Anda di halaman 1dari 9

Syarah Qatrul Ghaisiyah

Siri 04.

َّ ‫لرحْ َم ِن ۘا‬
‫لر ِح ِيم‬ َ ‫ِبس ِْم ۘاهللِ ۘا‬

Hari ni kita baca kitab tasawuf Qatrul Ghaisiyah, muka 4, baris 2.


Kita ingat balik ilmu tasawuf yang kita dok baca ni, mungkin kalau kita baca macam ini, di-
masjid, ramai macam ni, orangramai berhimpun, kita baca. Orang kata ilmu tasawuf ini tak
sesuai, selalu orang kata tak sesuai, kadang-kadang kata tak sesuai untuk orang muda-muda,
hanya untuk orang tua-tua saja. Ada kata ilmu tasawuf ini memundurkan orang islam. Ada
tuduhan-tuduhan.

Bagi ketahuan, yang kata kita mengaji ilmu tasawuf ini, apa yang kata ilmu tasawuf ? Iaitu
membuangkan dari hati kita sifat-sifat yang keji, dan bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji.
Itulah ilmu tasawuf, bukan nak salah apa ! Tak ada salah apa, tak ada mundur apa, yang kata
menyeleweng la, yang itu semua orang yang pakai agak-agak, pakai dengar orang kata. Jadi,
ilmu tasawuf ini, apa dia ? Iaitu kita mempelajari bagaimana kita nak buang sifat-sifat yang
keji dari hati. Sifat-sifat keji itu, macam hasad, kita pun tak mau kan! Hasad, macam riak,
macam takabur, macam bakhil. Sifat-sifat keji ini duduk cengkam pada hati manusia, nak
buang hak tu !

Jadi, usaha untuk membuang sifat-sifat yang keji, kemudian bersifat dengan sifat-sifat terpuji,
macam apa ? Macam syukur, redho, sabar, tawakkal pada Allah, itu sifat-sifat terpuji.
Jadi ilmu tasawuf ini, usaha untuk membuang sifat-sifat keji dan bersifat dengan sifat-sifat
terpuji, yang tu kata ilmu tasawuf.

Jadi, bila dia mai rupa belakang ni, orang ni, kadang-kadang orang yang amal tasawuf yang
keterlaluan, jadi orang tengok, apa tasawuf macam tu ! Sebenarnya, apa pun kena ambil tahu,
kena belajar, baru-lah kita tahu sesuatu. Kalau kita pakai dok teka ikut jauh saja, yang tu tak
bolih dapat keadaan yang sebenar.

Kita baca muka 4, baris 2, kata Ibnu Khaldun, siapa Ibnu Khaldun ni ? Seorang ahli fikir
islam, semua orang pakai dia. Orang kafir pun pakai Ibnu Khaldun ni. Seorang ahli falasafah
islam, Ibnu Khaldun. Jadi, apa kata Ibnu Khaldun, orang tasawuf pun ambil perkataan dia, tu
makna perkataan dia bolih pakai la kan !

Kita baca kitab, qala musannif...

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Dan telah berkata Ibnu Khaldun di dalam mukaddimah tawarikhnya bermula ilmu ini
(tasawuf), yaitu setengah daripada ilmu syarak yang datang akan dia di dalam agama islam di
dalam kurun yang pertama lagi,

Jadi makna dari zaman Rasulullah ada, kurun pertama kurun Rasulullah. Dari kurun pertama
ada dah ilmu tasawuf. Tapi ilmu-ilmu ini, ilmu apa pun, ilmu fekah ka, ilmu tauhid ka, semua
nya terkumpul, dok dalam Quran, dalam hadis Rasulullah. Orang tak perisi bawa keluar.
Lepas tu, mai belakang sikit barulah orang perisi, ambil ilmu fekah boh satu kitab asing,
orang mengaji ilmu fekah, mengajilah. Mai ulama tauhid pula, kutip dari Quran dari hadis,
boh satu kitab tauhid. Orang tasawuf pun gitu juga, ambil kutip-kutip dari Quran dari hadis,
boh dalam kitab tasawuf. Itu-lah.
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Asal semua dok dalam Quran dalam hadis. Kalau dok dalam Quran dalam hadis sampai kita
belakang ni, susah la kita nak baca. Kita pegang Quran kita nak cari tang mana dok ilmu
fekah. Bab sembahyang, kita nak cari, jenoh nak cari. Baca 2 juz tak jumpa lagi, itulah. Nak
cari pula sembahyang subuh 2 rakaat, tang mana dok ? Kita cari dalam Quran, cari sampai
habis pun tak jumpa kan ! Mana kata sembahyang subuh 2 rakaat, mana nak jumpa. Jadi
ulama telah ambil dari Quran dari hadis ni, susunlah buat ilmu-ilmu yang berasingan. Ini-lah
ilmu tasawuf pun dibuat dari dulu lagi, sebagai ilmu yang berasingan. Ilmu fekah disusun dari
tahun hijrah, 100 lebih na! 100H lebih tu orang susun dah ilmu fekah. Ilmu tauhid, tahun 300
baru orang susun ilmu tauhid. Demikian ilmu tasawuf, tahun 300 baru susun. Dulu daripada
tu, dok ada dalam Quran dalam hadis. Tapi, walaupun macam tu, ilmu itu ada. Ini Ibnu
Khaldun kata, dalam kurun pertama lagi.

Dan adalah asalnya bermula mereka itu segala kaum yaitu senantiasalah mereka itu berjalan
atas jalan ahlul hak dan hidayah

Ahlul hak tu makna perjalanan yang sebenar dan petunjuk dari Allah. Makna orang-orang
dari dulu lagi, mereka ini semua baik, buang sifat-sifat yang keji dari hati, bersifat dengan
sifat-sifat terpuji, dari dulu. Semua, sahabat-sahabat Rasulullah semua orang baik, orang-
orang yang tidak ada sifat-sifat keji dalam hati. Itulah makna mereka itu beramal dengan ilmu
tasawuf, walau pun mereka tak kata-lah ilmu tasawuf. Tapi amalan depa, ilmu tasawuf.
Semacam juga depa pi belajar sembahyang, macamana nak rukuk, nak sujud. Tentu depa
belajar kan! , ajar pula anak-anak depa macamana nak sujud, nak rukuk. Tapi depa tak kata-
lah, ini...aku ajar fekah ni dekat hang. Tak kata na ! Ajar macamana cara-cara, nak baiki
zahir, ibadat-ibadat yang zahir. Inilah juga mereka ajar bagaimana nak baiki hati, amalan
batin, ini-lah ilmu tasawuf.
Baca kitab...

Berjalan atas jalan ahlul hak dan hidayah pada hal mereka itu mengikut dengan segala jalan
salaf ,

Salaf ni sapa dia ? Orang-orang yang terdahulu. Orang terdahulu ni pula sapa dia ? Zaman
sahabat, zaman tabi’in, tabik tabi’in, tabik tabik tabi’in, tu semua orang dulu, tu orang salaf
katanya. Jadi ilmu ini @ amalan yang baik ini dalam islam, duduk pada orang-orang dulu.
Orang kemudian ikut orang dulu. Orang kemudian nak cipta satu pembaharuan untuk orang
kemudian, bolih kah ? Mana bolih, tak bolih ! Mana bolih cipta sesuatu, tak bolih ! Perelok,
bolih kah ? Hak orang dulu buat, kita perelok, bolih kah ? Hak tu pun payah juga, memang
orang dulu ni, depa perelok dah. Orang dulu ni, bila mereka buat satu amalan, mereka perelok
dah. Kita nak perelok lagi daripada mereka tu, kacau juga na ! Bolih la atas asas kita fikir,
apa salah kita nak perelok daripada orang dulu, bolih-lah. Tapi tak dak praktik, tak bolih
berlaku. Orang dulu sangat elok, sahabat-sahabat Rasulullah, mereka sembahyang
macamana. Sembahyang 2 rakaat sampai 3 jam. Kita 3 minit, mana nak bolih. Itu-lah, depa
dah elok, kita nak perelok lagi tu, kacau juga na! Ibadat depa, baca Quran elok, sembahyang
elok, puasa pun elok.

Tak pa lah, kalau kita kata nak perelok lagi, bolih-la, tak ada apa salah kan. Tapi nak cipta
baru, mana bolih, sebab islam ni syariat. Perjalanan yang dibawa olih Rasulullah saw, ajar
pada sahabat, sahabat amal. Kita nak cipta islam baru, bolih-kah ? Tak bolih.
Gagah-nya kita nak tonjol balik yang kadang-kadang orang belakang ni tak tahu, tak tahu
banyak berkenaan dengan islam. Jadi kita nak habaq balik, yang tu bolih la. Memang orang-
orang dulu dia tahu semua. Mai belakang-belakang ni, sibuk orang kerja, dia tak tahu semua.
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Jadi, dia berasa itu saja. Ugama ni, dia berasa itu saja, satu skop yang sempit. Jadi kita nak
habaq balik dekat dia, kata luas lagi ugama ni, tak pa. Zaman dulu la, 70/80, 100 tahun dulu,
masa tu kita faham ugama ni sempit. Orang-orang melayu ni sempit. Yang sempit tu, kita
buat bagi sempit, sehingga bila mai orang putih, dia ajar ilmu-ilmu baru ni, geografi la, orang
tua-tua tak bagi mengaji, ilmu sains tak bagi ngaji. Tu makna orang tua-tua dulu, dia faham
ugama dengan skop yang kecil. Depa kata, tak bolih orang putih ajar ni, esok kita ikut depa
jadi kafir. Situ-lah, orang kita 70/80 dulu, zaman saya kecil-kecil dulu, tak bolih. Belajar
bahasa inggeris pun tak bolih, tapi ada orang ngaji.

Dalam islam tidak-lah, bolih kita luaskan skop dia, kerana islam ni, apa juga suatu yang baik
untuk umat dia, tidaklah dilarang.
Tapi, buat baru tak bolih !
Kita baca kitab, baris 6...

Pada hal mereka itu mengikut dengan segala jalan salaf daripada umat ini yaitu jalan segala
orang yang besar-besar daripada segala sahabat Nabi ‫ ﷺ‬dan tabiin.

Orang besar-besar tu apa ? Orang-orang yang soleh. Tuan Husin kata orang besar-besar ni
orang yang soleh-soleh, orang hati dia tumpu pada Allah. Yang tu orang yang besar-besar.
Orang yang tinggi darjah disisi Allah. Tu orang besar.

Dan adalah mereka itu di dalam hal yang demikian itu yaitu adalah ia di dalam hal yang
sangat elok ,

Hal tu apa ? Hal makna sifat batin, yang sangat elok.

Iaitu adalah ia didalam hal yang sangat elok dan yaitu hal yang berputus mereka itu kepada
berbuat khidmat kepada Allah Taala pada zahir dan pada batin mereka itu ,

Berputus tu apa dia ? Makna beribadat dengan yakin, tak ada dolak-dalik dah. Tu makna
putus. Putus berbuat khidmat kepada Allah Taala pada zahir dan pada batin mereka itu .
Khidmat tu, makna apa juga kebaikkan yang kita buat tu nama khidmat. Kita, duduk-duduk
kita hari-hari kita buat apa ? Kita hendaklah khidmat pada Allah dan khidmat pada makhluk
Allah. Kita memikir, hati kita usaha untuk khidmat pada Allah dan pada makhluk Allah.
Itulah kerja kita, itulah kerja orang tasawuf. Itu yang kata khidmat ni, makna berbuat sesuatu
yang baik pada Allah, buat ibadat la. Buat suatu yang baik pada makhluk Allah.

Lepas tu, orang tasawuf ni, dok saja pakai kain sehelai sepinggang dok buat ibadat pada
Allah, tak peduli hang aku ? Itu tasawuf dalam skop yang kecil, bolih juga ! Tapi, suatu skop
yang besar, sahabat-sahabat Rasulullah, mereka macamana ? Mereka orang tasawuf, mereka
buat ladang kurma, anggur, gandum. Mereka berniaga, tapi tidak-lah untuk diri mereka, yang
tu-lah ! Jadi, orang tasawuf berniaga, bolihkah ? Bolih.
Orang tasawuf berniaga, kalau berniaga besar, kita bolih ambil orang kerja, bantu dia, orang-
orang miskin tak ada kerja, kita ambil untuk bantu dia. Akhir tahun, tutup kira-kira, keluar
zakat, bukan saja zakat-zakat yang wajib, sedekah sunat pun keluar juga. Kalau ada
keuntungan lagi, bolih buat apa lagi. Buat tempat belajar, buat bantu pada anak-anak yatim.
Tu orang tasawuf berniaga. Kita berniaga, pasai apa kita berniaga ? Sebab kita nak buka jalan
supaya orang islam membeli dari orang islam. Bila orang islam tak berniaga, orang islam
terpaksa beli pada orang bukan islam. Jadi, kita berniaga supaya orang islam bolih beli pada
orang islam, makna tu, itulah orang tasawuf berniaga ! Tiada untuk bangga diri, tidak diambil
Syarah Qatrul Ghaisiyah

keuntungan untuk nafsu. Bila orang islam nak pakai kain untuk tutup aurat nak sembahyang,
hendak-lah orang-orang islam buat, usaha buat kilang kain, supaya orang islam pakai kain
yang dibuat olih orang islam. Kita tak ada sangsi dah ! Tak ada ragu-ragu dah. Demikian. Itu
cara orang tasawuf.

Kalau orang kata, orang islam ni kalau semua jadi tasawuf, tak ada apa semua, orang kafir
ambil habis semua negeri kita, tak ada apa. Tinggal kain sehelai sepinggang, betul ka ? Tak
betul na !

Tasawuf bukan ajar kita bagi malas, malas itu bukan tasawuf, itu pemalas. Tasawuf ajar kita
rajin. Titik berat tasawuf apa ? Macam saya kata tadi, menyuci hati dari sifat-sifat yang keji,
nak buang hasad, nak buang takabbur, nak buang riya’ , ujub, sampai tak ada dah sifat-sifat
keji dalam hati kita, tu makna orang tasawuf. Bolih jadi kita mengaji kitab, kalau tak mengaji
kitab pun tak pa. Kalau kita bolih buang sifat-sifat yang keji, kita sendiri tahu, sifat hasad
mana bagus. Sifat takabur, tak kan bagus ! Sifat suka marah, dendam dalam hati bukan bagus
kan. Kita bersifat dengan sifat sabar, sifat syukur, semua orang kata. Kadang-kadang orang
susah hati, kita pi nasihat dia, sabar-lah. Tapi kita pun tak tau kita tak mengaji, kita tak tau
sabar tu macamana, cuma kita tau kata saja. Inilah kita belajar ilmu tasawuf, iaitu untuk usaha
membaiki hati.

Lepas tu nak buat lain, buat-lah. Nak buat kilang kain, buat. Buat kilang TV bolih kah ? Tak
bolih, orang tasawuf, depa tak bolih. Orang tasawuf tak bolih buat sesuatu yang melalaikan
dari Allah, tak bolih la. Buat kilang makanan, baik la, sebab makanan orang islam, hendaklah
dibuat olih orang islam. Sekarang, orang islam makan makanan yang dibuat olih orang bukan
islam, tu tidak baik. Semua orang islam bersalah, kita makan suatu makanan yang dibuat olih
orang bukan islam, semua orang islam salah ! Kita usaha buat supaya kita makan makanan
yang dibuat olih orang islam.

Ada orang islam buat makanan, tapi orang islam tak mau beli dekat orang islam, dia nak beli
pada orang bukan islam. Yang tu salah dia. Bila kita nak beli makanan, tentulah kita pilih
makanan yang dibuat olih orang islam, tak berapa sedap sikit tak pa-lah. Kalau kata orang
islam buat tak berapa sedap, kalau orang bukan islam buat, sedap sikit, tak pa, kita makan
juga yang tak sedap. Sebab bila kita makan makanan yang dibuat olih orang islam, lebih
bersih. Yang pertama lebih bersih, kedua kita menolong orang islam yang berniaga, kita
tolong dia. Kita menolong diri kita sendiri dan kita menolong dia. Bila kita mengikuti jalan
Allah, semua tu kena timbang, jangan pakai redas ikut nak jadi, tak bolih !
Baca kitab, qala musannif....

Hal yang sangat elok dan yaitu hal yang berputus mereka itu kepada berbuat khidmat kepada
Allah Taala pada zahir dan pada batin mereka itu dan berkekalanlah mereka itu berpaling
daripada segala perhiasan dunia dan kesedapannya ,

Ajar diri, supaya dunia ini kita ambil untuk kita kadar keperluan. Kita nak ambil dunia ini
untuk kita, jangan berlebih, kadar keperluan. Kalau lebih jadi macamana ? Kita ambil harta
dunia lebih, jadi macamana ? Kita jadi orang yang tamak, jadi orang yang sombong, tak bolih
ambil lebih. Kita ambil sekadar keperluan kita, yang lebih bagi dekat orang. Lebih, sapa nak
ambil, ambik !
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Kalau kita ambil makanan lebih, jadi macamana ? Jadi penyakit. Makan berlebihan, mana
bolih ! Makan berlebihan, benda makan tu lebih, jadi penyakit. Kalau makan berlebihan
tentang kelazatan benda, jadi apa ? Jadi penyakit juga. Orang, kalau dia makan sekadar saja,
keperluan dia, makan-makan sikit habis hilang lapar, berhenti. Dia tak penyakit. Jadi, inilah
dunia, kalau kita sabar sikit, kita jangan ambil berlebihan, hilang-lah dari kita, penyakit zahir
dan penyakit batin. Hati kita bersih, badan kita pun sihat. Sabit tu, orang-orang soleh badan
sihat, hati bersih. Orang soleh la. Sekarang payah kita nak cari orang soleh, dok tang mana
pun tak tau kan ? Tapi, orang-orang soleh dulu, gitulah, badan mereka sihat, hati bersih.
Sebab mereka tidak ambil dari dunia ini, berlebihan. Kalau kita tak ambil dari dunia ni
berlebihan, kita nak buat apa ? Nak bagi orang kafir kah ? Kalu nak bagi, bagi. Padahal nya
tak bagi orang kafir, orang dulu-dulu ada dunia pada tangan, bagi pada saudara-saudara yang
susah. Habis tak dak, bagi pada Baitulmal.

Orang kata, orang islam ni, kalau semua tak ada dunia, macamana ? Macamana kita nak
tolong orang miskin, macamana kita nak sedia senjata, nak perang jihad, macamana ? Orang
kafir luku kepala kita. Sekarang ni, orang kafir luku kepala orang islam ni, rata-rata. Adakah
pasai orang islam ni amal tasawuf ? Sapa amal tasawuf ? Yang orang kafir dok luku kepala
orang Palatine tu, depa amal tasawuf ka ? Orang kafir luku kepala. Dak, kadang-kadang depa
sembahyang pun, dak ! Orang kafir dok luku kepala orang islam ni, bukan pasai orang islam
amal tasawuf. Sebab orang islam tidak amal dengan tasawuf. Kita, kalau orang melayu ni,
amal dengan tasawuf, orang kafir tak bolih ! Nak cari makan dinegeri kita pun tak bolih. Dia
nak jual apa, dia nak jual perabot apa semua, kita tak buloq nak beli. Dia nak jual peti
telivisyen, kita tak mau, buat apa !

Sekarang ni, dia jual, kita beli, kita teringin nak beli. Orang ni beli besar, orang tu beli lagi
besar, tak ada duit kita hutang pada orang kafir, kita bayar riba. Itu yang depa dok bertanak.
Depa kaya raya ni, pasai apa ? Ambil duit kita. Sebab kita tidak amal dengan jalan ini. Kita,
orang islam, kalau dia amal, ambil harta sekadar keperluan saja, ambil dunia kadar keperluan.
Orang kafir tak bolih duduk dalam negeri. Depa nak cari makan tak bolih, depa nak pekena
kita tak bolih.

Jadi, jalan Allah sangat elok. Apabila kita tak ikut jalan Allah, kita binasa. Lepas, rata-ratalah
didunia ni, orang islam tak ikut jalan Allah, rata-rata orang islam binasa. Kalau orang islam
ikut jalan Allah, maka Allah baiki hal orang islam.
Baca kita, baris 11...qala musannif...

Berkekalanlah mereka itu berpaling dari segala perhiasan dunia dan kesedapannya dan
berpaling daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Allah Taala, dan berasinglah mereka
itu di dalam hal yang demikian itu daripada makhluk dengan melazim duduk di dalam
khalwah dan gua-gua bukit karena menuntut berkekalan mereka itu dengan berbuat ibadah
kepada Allah Taala dan menuntut berkekalan berpaling daripada barang yang lain daripada
Allah Taala.

Jadi, asal dia semua orang islam ni, orang tasawuf. Semua orang islam ni, zahir dia baik, hati
pun baik. Dari dulu dari zaman sahabat, tabiin, semua orang islam ni satu saja, tak ada puak-
puak, satu saja nama dia, orang islam. Zaman sahabat kita namakan sahabat Rasulullah, lepas
tu zaman tabiin, makna orang yang mengikut sahabat, tak ada puak-puak. Lepas tu mai
kebelakangan sikit bila negeri islam telah maju, harta benda banyak, pemerintah islam telah
luas. Misalnya zaman pemerintahan Sayyidina Umar, islam ni, tang mana negara islam ?
Sebelah utara sampai Syria, belah selatan sampai Yaman, belah timur sampai Iran, belah
Syarah Qatrul Ghaisiyah

barat sampai Mesir. Semua tu seorang saja perintah, Sayyidina Umar saja. Negeri luas,
sekarang ni ada berapa raja tu ? Zaman Sayyidina Umar memerintah, seorang saja. Negeri
luas, maju, orang islam semua kaya-raya, berniaga besar. Pusat perniagaan semua mai
daripada islam, dari zaman Sayyidina Umar, turun sampai khalifah-khalifah belakang semua
orang kaya raya. Lepas tu, tak ikut jalan Allah la, dah senang lenang, masing-masing buat
rumah besar-besar, buat kenderaan, kereta kuda elok-elok. Masa tu orang pakai kereta kuda
lah, elok-elok. Semua bangga dengan kekayaan masing-masing, rumah tingkat-tingkat. Jadi,
sudah lari dari jalan Allah. Orang tasawuf ada juga golongan ni, golongan ulama-ulama yang
tak mau ni, yang takut. Jika kita ambil dunia berlebihan untuk diri, kalau kita ambil dunia
lebih untuk baiki orang islam, baik-lah. Ini, mereka masa itu ambil dunia berlebihan untuk
diri sendiri, untuk nafsu. Jadi orang tasawuf tak mau-lah, lepas tu depa buat suatu. Depa asing
diri, pergilah mana-mana tempat sunyi, mereka buat ibadat. Ini yang kata pergi khalwah ni !
Tempat-tempat sunyi, buat ibadat.

Dulu pada tu, tak ada, semua orang islam ambil dunia ini sekadar diri sendiri, sekadar
keperluan. Hak lebih, bagi Baitulmal, bagi negara. Zaman Sayyidina Umar, dia buat lampu
jalan. Dulu mana ada lampu jalan kan. Lampu jalan ni daripada zaman Sayyidina Umar lagi,
bukan kata masa kita saja buat lampu jalan. Cuma kita lampu letrik, orang dulu pakai minyak.
Rata-rata, lorong-lorong Sayyidina Umar buat lampu, buat post-office. Ingat la kita buat post-
office, Sayyidina Umar buat dah, buat penjaga-penjaga semua. Itulah mula Sayyidina Umar
buat polis, jaga keamanan, rata lorong rata tempat jaga keamanan. Sayyidina Umar buat
pejabat, ada kerani-kerani semua tu, duit banyak, duit negara banyak. Orang individu islam,

semuanya tasawuf, tapi negara kaya. Yang tu-lah, sebuah negeri, jika orang islam semua jadi
tasawuf, orang islam semua zahid. Negeri islam kaya, jadi, gitulah kita bina negara. Kita nak
buat titi, nak buat empangan, nak siapkan alat senjata, semua untuk negara. Orang perang tak-
kan nak beli senapang sendiri, nak beli meriam sendiri, semua negara la ! Negara yang kaya,
bolih siap senjata-senjata yang canggih. La ni, negara islam miskin, sebab orang islam, dia
dok bolot duit, bolot harta. Orang islam ni bolot harta sendiri, lepas tu orang islam semua
harta banyak, negara islam miskin. Jika orang islam tidak bolot harta, harta orang islam
pindah pada negara islam. Jadi, orang islam semua zahid, negara maju, negara kaya. Itu,
kalau kita bolot harta, kita membazir. Sebab tu kita tengok tauke-tauke sekarang ni, tauke
minyak, dia ada kapalterbang sendiri. Tauke telaga minyak tu, ada kapalterbang sendiri.
Makan pagi dia pi Mesir, makan tengahari dia naik kapalterbang pi London, balik malam
tidur dia pi Bangkok, tauke minyak tu.

Negara islam bukan bolih macam tu ! tak bolih macam tu ! Kena, orang islam, individu dia
amal tasawuf, berniaga besar-besar rata-rata, kembali pada masyarakat islam, pada negara
islam.
Sambung baca kitab....

Dan adalah mereka itu di dalam hal yang demikian itu bersahabat mereka itu dengan segala
orang yang besar-besar daripada salaf yang tersebut dahulu itu, dan berkekalanlah mereka itu
di dalam hal yang demikian itu hingga sampai akhir kurun yang pertama.

Bila akhir kurun pertama, pecahlah orang islam, jadi ada orang ahli dunia ada orang ahli
akhirat. Dulu-dulu tidak, dulu orang islam semua ahli akhirat. Masa tu islam maju, islam
kuat, takluk sampai mana nu, sampai pi Rom bolih takluk lagi, seba orang islam ahli akhirat.
Bila mai kebelakangan, negeri pun dah luas, harta banyak, jadi pusat perniagaan, orang islam
sudah pecah. Ada ahli dunia, ada ahli akhirat. Ahli akhirat sikit saja timpuih saja, ada berapa
Syarah Qatrul Ghaisiyah

orang. Lain semua jadi ahli dunia. Mulai situlah islam menurun balik, menurun sampai
kebelakangan ni, semua orang islam jadi ahli dunia.

Dah kita jadi ahli dunia, kita ikut belakang orang, tak kesampaian juga, kalau dapat dunia
banyak pun tak-pa juga. Tak kesampaian tapi kita ahli dunia tapi tak kesampaian. Yang kata
ahli dunia tu apa ? Tamak, hati tu nak ndak banyak tapi tak bolih dapat, tapi nak ndak
banyak. Ahli akhirat ni orang yang nak ndak akhirat. Pemberian ? Allah, bukan sah kata nak
ndak dunia Dia bagi dunia, tidak na ! Orang yang nak dunia, bukan Tuhan nak bagi, Tuhan
bagi juga, yang dia bagi ini ialah yang Dia menentukan, bukan yang orang hendak. Kalau
kita nak dunia, usaha nak cari dunia banyak-banyak , Tuhan bagikah ? Dia bagi kadar yang

Dia kehendaki, kadar yang Dia tentu daripada azali lagi, takat tu Dia bagi na! Bukan Dia ikut
kita nak ndak, bukan ikut kehendak kita. Orang nak ndak akhirat bolih kah ? Baiki, kalau kita
usaha untuk baiki akhirat kita, hal-hal yang lepas daripada mati. Baiki hal yang akan kita
tempuhi selepas daripada mati, macamana kita nak baiki ? Itu yang kata orang ahli akhirat.
Orang ahli akhirat, buat kerja kebaikkan untuk akhirat. Tuhan bagi dekat dia akhirat, dunia
pun Tuhan bagi. Sebab tu zaman sahabat zaman tabiin dulu, dunia pun Tuhan bagi, sebab
mereka bekerja untuk akhirat.
Sambung baca kitab....hingga sampai akhir kurun yang pertama.

Kemudian tatkala berhamburan oleh berhadap kebanyakan manusia kepada kesedapan dunia
di dalam kurun yang kedua dan di dalam segala kurun yang kemudian daripadanya,

Jadi, tatkala itulah orang islam, dalam kurun ke-2 lagi tinggal-lah hadap pada akhirat,
berhadap pada dunia. Ada segelintir orang yang masih tetap, itulah kita nama orang-orang
tasawuf, tetap hati mereka pada akhirat. Lepas tu sampai kurun yang ke-6 hijrah, tatkala
orang Mongolia langgar negara islam, orang islam tak ada dah nak perang. Yang ada,
masing-masing berniaga, buka gedung besar-besar, buka ladang, cari kuli banyak, berniaga
impot ekspot, kaya raya, buat kereta kuda elok-elok, hias dengan emas batu permata. Itulah,
bila orang Mongolia langgar tahun hijrah kurun 6 tu, tak ada orang nak perang, tak dak!

Itulah orang islam mula menurun, dengan sebab ambil dunia berlebihan. Jadi, dunia ni tak
bolih, bila kita ambil berlebihan dia jadi racun. Tumpu hati pada dunia, datang orang
Mongolia langgar, tak ada orang nak jihad, tak ada ! Siapa pun tak ada, lari, orang islam lari.
Dah lari, orang Mongolia tetak, mereka masuk satu kampung ada 11 ribu, depa cincang
sampai habis 11 ribu orang islam tu. Tak peduli dah, minta ampun, hak sembah kaki orang
Mongolia pun ada, dia cincang juga. Sebelas ribu, darah mengalir macam air, bangkai busuk
macam tu, 11 ribu depa bunuh, saja depa nak bunuh orang islam, bunuh habis. Jadi, Tuhan
biar, sebab apa Tuhan tak bantu orang islam ? Dengan sebab orang islam tak bantu diri
mereka, berpoya-poya, tumpu pada keduniaan abaikan hala akhirat, hingga bila datang
musuh, tak ada orang yang sanggup perang.

Masing-masing depa duit banyak, depa nak upah orang perang, semua nak upah, nak upah
dekat sapa ? Sapa nak makan upah, nak pi mati nak upah ka, tak dak la!

Ini yang kata, didalam kurun yang kedua dan didalam segala kurun yang kemudian
daripadanya, dan banyaklah pula daripada manusia yang besar-besar daripada ulama yang
mempunyai ilmu dan amal cenderung mereka itu ,
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Orang-orang ulama sendiri yang ada ilmu, semua cenderung pada dunia juga.

Cenderung mereka itu dan suka bercampur dengan segala orang yang tertentu berhadap
mereka itu kepada dunia semata-mata,

Inilah, masa tu Khalifah, gaji orang banyak-banyak, Khalifah masa tu bukan dia mahu ambil
orang arab buat pengawal. Dia takut orang arab guling dia, dia tak mau, ambil orang lain.
Ambil orang Turki, orang Qatar. Khalifah gaji pengawal dia, pengawal gaji besar, jaga
peribadi Khalifah. Khalifah, tak payah kira la, harta benda banyak, banyak bukan pasai apa,
dok ambil duit Baitulmal, duit banyak, kaya, negeri islam luas, hasil-hasil banyak masuk,
Khalifah dok guna duit Baitulmal. Buat macam-macam, cari gundek banyak-banyak, hias
istana dia. Orang yang mana-mana damping Khalifah kaya raya, termasuklah orang-orang
alim, ulama yang mau juga keduniaan, duduk damping dengan Khalifah, jadi kaya raya.
Itulah kecacatan orang islam dari dulu lagi, pemerintahan orang islam dibinasakan olih dunia.

Kerana kecenderungan pada dunia itulah, binasa kita. Zaman kurun permulaan dulu, mereka
semua tuntut akhirat, bila tuntut akhirat, Tuhan bagi akhirat dan dunia. Mai orang belakang,
tuntut dunia. Depa nampak orang dulu dapat dunia juga. Orang dulu dapat dunia depa tuntut
akhirat, depa dapat dunia, Tuhan bagi juga, bagi akhirat bagi dunia. Orang belakang tengok
orang dulu senang depa pulun nak senang, tuntut dunia, Tuhan binasakan dengan dunia. Itu
yang kita dok baca dalam ayat, ada selalu kita dengar orang dok baca Tuhan tidak mengubah
nasib suatu kaum melainkan kaum itu mengubahkan nasib mereka. Apa makna tu ? Ubah
daripada baik kepada tidak baik-kah atau kita berubah daripada tidak baik kepada baik ? Asal
ayat itu turun dekat kaum Saba’ dulu ni. Mereka itu Tuhan bagi duduk dalam negeri yang
aman makmur, mereka semua itu takwa kepada Allah, Tuhan bagi mereka semua makmur,
mereka buat ampangan. Daripada air-air terjun negeri mereka, buat ampangan. Sekat
ampangan tu buat tanam, tanah subur Tuhan bagi. Tanam sikit saja banyak naik, tumbuh, jadi
makmur-lah negeri mereka itu. Dalam Quran Tuhan,
Allah SwT berfirman:

‫طيِبَةٌ َو َربٌّ َغفُ ْو ٌر‬


َ ٌ ‫ق َربِ ُك ْم َوا ْش ُك ُر ْوا لَهُ بَ ْلدَة‬ ِ ‫سبَإ ٍ فِي َم ْس َكنِ ِه ْم آيَةٌ َجنَّت‬
ِ ‫َان َع ْن يَ ِمي ٍْن َو ِش َما ٍل ُكلُ ْوا ِم ْن ِر ْز‬ َ ‫لَ َق ْد َكانَ ِل‬
“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka
yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan):
“Makanlah olehmu dari rizki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu
kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha
Pengampun”. (QS. Saba’: 15).

Itu negeri Saba’, negeri yang baik dan dibawah nihayah Tuhan yang Pengampun, , mai
belakang dah senang-senang, tuntut keduniaan, usaha cari dunia, kawan ni menipu kawan ni,
nak cari dunia, tinggal-lah jalan takwa. Lama-lama Tuhan binasakan mereka. Mai-lah tikus
buat lubang dalam ampangan depa tu, mai air bah pecah habis ampangan tu, dah tikus buat
lubang. Pecah ampangan tu, tak bolih nak buat dah, air pun tak dak, tanah pun kering, jadi-
lah mereka papa. Dulu mereka senang. Itu yang Tuhan kata, sesungguhnya Allah tidak

mengubahkan nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang sendiri. Makna mereka ubah
dari takwa kepada tidak takwa, Tuhan binasakan mereka. Dah depa ubah diri mereka
daripada takwa kepada tidak takwa, Tuhan binasakan negeri depa. Mari-lah sairun arin, air
bah yang dahsyat. Dulu, air bah dulu, sekarang pun air bah juga, tapi itu dulu, pecah negeri
Saba’ habis tenggelam semua, apuih pokok-pokok, pecah habis bangunan semua. Tuhan buat
lama dah kan, dinegeri Saba’ dulu, di Yaman.
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Jadi, tidak-lah Allah mengubah mereka, sebenarnya Allah ubah la, jadi dengan sebab mereka
sendiri yang ubah diri mereka, daripada takwa kepada tidak takwa.
Kalau orang ubah diri dari tidak takwa kepada takwa, Allah bagi. Dalam Quran ada firman
Allah,
QS 7. Al A'raaf:96

َ‫ض َولَ ٰـ ِكن َكذَّبُواْ فَأ َ َخذْنَ ٰـ ُه ْم ِب َما كَانُواْ َي ْك ِسبُون‬


ِ ‫آء َوٱأل َ ْْ ْر‬
ِ ‫س َم‬ ٍ ‫َولَ ْو أ َ َّن أ َ ْه َل ْٱلقُ َر ٰى َءا َمنُواْ َوٱتَّقَ ْواْ لَفَتَحْ نَا َعلَ ْي ِهم بَ َر َك ٰـ‬
َّ ‫ت ِمنَ ٱل‬

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan
melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-
ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. "

Kalaulah ahli satu negara itu beriman dan bertakwa, niscaya kami bukakan kepada mereka
barakat ( makna kebaikkan yang berpanjangan ) dari langit dan bumi...
Turun hujan elok, bumi subur, keluar dari bumi barang emas perak semua, keluar minyak,
semua elok. Tapi dengan sebab mereka itu tidak takwa, Tuhan binasa. Sampai sekarang
begitu juga.

Tu makna ubah nasib, ubah nasib ni macamana ? Ubah daripada takwa ke tidak takwa, Tuhan
binasa. Atau ubah dari tidak takwa kepada takwa, Tuhan bukakan barakat daripada langit dan
bumi.
Sambung baca kitab....

Ini yang kata, ulama yang mempunyai ilmu dan amal, cenderung mereka itu dan suka mereka
itu bercampur dengan segala orang yang tertentu (makna khalifah-khalifah) berhadap mereka
itu kepada dunia semata-mata, maka pada ketika itu menentulah oleh segala mereka yang
berhadap mereka itu kepada berbuat ibadah ,

Jadi, orang tasawuf ni, menyisih diri, buat ibadat. Tapi sikit, tatkala itu bilangan orang
tasawuf sikit. ...baca kitab...

Buat ibadah kepada Allah semata-mata itu dengan nama yang asing yang tertentu dengan
nama sufiyah, dan dinama akan segala ulama yang tertentu dengan jalan mereka itu ulama
tasawuf dan ahli tasawuf.

Itulah yang jadi perbezaan, tidak dulu, orang-orang islam semua ahli tasawuf. Bila mai orang
islam hadap pada dunia, ulama-ulama sendiri pun hadap pada dunia, mai-lah orang-orang
yang tak mau, yang takut pada Allah ni, hadap pada akhirat, itulah yang dikenali dengan
nama ahli tasawuf. Tu timbul nama ahli tasawuf. Dulu tak ada, dulu kata orang islam semua.
Amal elok, zahir elok batin elok. Mai-lah zaman kebelakangan ini, itulah beza antara orang
yang baiki zahir saja dengan orang yang baiki zahir dan batin.

Kita berhenti sini, Dan adalah bagi mereka itu.....


Wallahuaqlam.

Anda mungkin juga menyukai