Anda di halaman 1dari 11

Syarah Qatrul Ghaisiyah

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:43 AM]

SIRI 100

َّ ‫لرحْ َم ِن ۘا‬
‫لرحِ ي ِْم‬ َّ ‫بِس ِْم ۘاهلل ِِِ ۘا‬
Yang berbahagia tuan-tuan yang dirahmati Allah, hari ni kita baca kitab tasawuf muka 44,

Apa, penghabisan kita baca minggu sudah ? Ada Tuan Husin atur daripada atas ni, bagaimana kita
nak pelihara anggota, dia bawa mai satu-satu. Dia kata, jaga mata. Bagaimana mata kita jaga ? Lepas
tu lidah, kita baca dari atas sana, ada la ! Baris 4, lepas tu dia bawa mai satu satu la ! Kita baca dah
atas tu, dia kata pelihara mata, baris 6 pelihara lidah. Lidah dulu, lepas tu baru mata. Kemudian
telinga mereka itu, tangan mereka itu, kaki mereka itu.

Inilah, kalau kita baca ilmu tasawuf ni, memelihara. Kita memelihara anggota kita yang zahir, dan
memelihara hati kita bagi elok.

Anggota kita yang zahir, kita pelihara macamana ? Ikut macam hak Tuhan atur, kita ambil daripada
ayat Quran, daripada hadis Rasulullah, tengok macamana kita jaga anggota ! Sampai kita jaga hati.
Inilah titik berat pengajaran tasawuf, dimana pun orang ngaji tasawuf, nak pelihara ini saja. Pelihara
ini, inilah jalan Allah.

Dulu ni, waktu Tuhan mula-mula buat alam buat manusia, firman Allah, Dia habaq dalam Quran, Dia
kata ;

ِ ْ ‫ض َو ْال ِجبَا ِل فَاَبَيْنَ ا َ ْن يَّحْ مِ ْلنَ َها َوا َ ْش َف ْقنَ مِ ْن َها َو َح َملَ َها‬
َ ‫اْل ْن‬
‫سان‬ ِ ‫ت َو ْاْلَ ْر‬ َ َ‫ضنَا ْاْلَ َمانَة‬
ِ ‫علَى السَّمٰ ٰو‬ َ ‫اِنَّا‬
ْ ‫ع َر‬
Surah Al Ahzab, ayat 72

Innaa ‘aradnal amaanata ‘alas samaawaati walardi wal jibaali fa abaina ai yahmil nahaa wa ashfaqna
minhaa wa hamalahal insaana

Sesungguhnya Allah telah mendedah kan amanah pada sekelian langit dan bumi, maka mereka
enggan menerima. Bila ditonjolkan pada manusia, mereka menerima.

Jadi, manusia ; sapa dia tu ? Pada Nabi Adam dulu. Apa amanah ini ? Yang Tuhan bagi, Yang Tuhan
kata dibagi pada langit dan bumi, depa tak mau terima. Sebab, bukan Tuhan paksa, Tuhan bagi
pilihan. Mau-kah kamu menanggung amanah ? jika kamu tunai elok-elok, Aku bagi kamu bahagia,
bagi selesa hidup dunia akhirat. Tapi kalau kamu tunai tak elok, Aku siksa kamu. Yang tu langit bumi
tak mau terima. ‫ ; فَاَبَيْنَ ا َ ْن يَّحْ مِ ْلنَ َها‬fa abaina ai yahmil nahaa ; enggan mereka itu nak menanggung
amanah ini.

‫سان‬ ِ ْ ‫ ; َو َح َملَ َها‬wa hamalahal insaana ; maka Tuhan dedahkan pada Nabi Adam, Nabi Adam terima.
َ ‫اْل ْن‬
Bila Nabi Adam terima, makna anak cucu ikut terima. Jadi, amanah ni apa ni ? Makna, bila Tuhan
bagi jadi, suatu makhluk Dia bagi jadi. Jadi tu, suatu nikmat Allah. Nikmat yang paling besar kan !
Kata nikmat ijad ; nikmat dijadikan. Kita semua ada ! nikmat ijad ini. Bila Tuhan bagi jadi, lepas tu
Tuhan nak bagi nikmat tambahan. Yang tu yang langit bumi tak mau ! Tak mau tanggung. Hak nikmat
ijad pun, tak bolih nak mensyukuri nikmat Allah. Apa lagi kalau Tuhan bagi nikmat-nikmat tambahan,
tak bolih nak syukur. Tu depa tak mau, tak berani.
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Lepas tu Dia tonjolkan kepada Nabi Adam, hah ! macamana kamu ? Aku bagi pada kamu dan anak
cucu kamu, amanah ! jika kamu laksana elok-elok, niscaya kamu esok hidup bahagia di-akhirat kelak,
masuk syurga. Nabi Adam memang tau, dia biasa dok syurga, dia mau la anak anak cucu dia masuk
syurga. Syurga tu elok sungguh-sungguh. Dia pun mau la, dah dia keluar dari syurga, balik ke-syurga.
Bukan saja dia, anak cucu dia pun, dia mau balik ke-syurga. Tapi, Tuhan buat syarat la. Engkau kena
tanggung amanah Allah. Kalau engkau laksana elok-elok, engkau juga anak cucu engkau bolih balik
syurga. Tapi jaga, kalau tak laksana elok-elok, nanti diseksa dalam neraka. Nabi Adam biasa juga
tengok neraka, dia tak mau la kan ! Tu Tuhan firman ;

ِ ْ ‫ ; َو َح َملَ َها‬wa hamalahal insaana ; maka ditanggung olih manusia, amanah. Jadi, apa amanah ? Ni,
َ ‫اْل ْن‬
‫سان‬
nikmat tambahan ini. Dia bagi anggota, Dia bagi mata, telinga, lidah, Dia bagi hati untuk mengenal
Allah, tu amanah. Lepas tu Dia bagi lagi nikmat tambahan hak kasar, hak seni. Hak kasar apa dia ? Tu
segala makan minum, pakaian, tempat tinggal, Dia bagi dunia ni elok. Dia bagi semua perkara-
perkara dalam dunia ni habuan kita guna, untuk menyambung hidup. Ni semua bukan “free”, hari-
hari kita bangkit kita bolih makan roti canai, bukan free. Tu amanah Allah.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:43 AM]

Kita bolih mandi, kita bangkit pagi-pagi kita mandi bagi elok, kita bolih minum. Tu amanah Allah.
Bukan percuma ! Inilah manusia ni, menanggung amanah Allah.

Lepas tu Dia bagi lagi nikmat-nikmat yang seni (halus) ; macam ibadat, Dia bagi kita Quran, Dia bagi
kita sembahyang. Jika kita tunai elok, kita bahagia la ! Tuhan angkat kita setinggi-tinggi darjah. Tapi
jaga, kalau tak elok Dia seksa. Inilah yang kata amanah.

Jadi kita, bila diterima olih Nabi Adam, turut turun sampai anak cucu, amanah. Langit dan bumi, tak
mau ! Tu yang Tuhan kata ;

‫ ; َفا َ َبيْنَ ا َ ْن يَّحْ مِ ْلنَ َها‬fa abaina ai yahmil nahaa ; enggan mereka itu nak menanggung amanah ini. Bukan
Tuhan paksa, Tuhan bagi kata dua (pilihan). Maka manusia tanggung (terima).

Ini kita dok baca amanah Allah, banyak kan ! Jadi, sebahagian dari-nya, anggota kita. Ini amanah
Allah. Lepas tu nikmat tambahan lagi, untuk jasmani kita. Lagi lebih dari tu, nikmat-nikmat rohani. Tu
yang tinggi. Nikmat yang paling tinggi, nikmat rohani kita. Sebab tu orang orang yang laksana betul-
betul nikmat Allah ini, dia dapat bahagia, setinggi-tinggi darjah. Tapi jaga, risiko besar. Tak junjung
betul amanah Allah ni, Tuhan seksa sampai terok, bakar dengan api, katok dengan besi duri.

Jadi, sekarang kita tanggung nikmat Allah ni. Sebahagian-nya iaitu-lah anggota kita, setiap satu. Ingat
! Bila mata kita bolih lihat, bukan free ! amanah yang kita kena jaga ! letak bagi betul ! Apakah benda
yang kita kena lihat ? Apa benda yang tak bolih ?

Kita orang islam ni, inilah kita kena atur elok-elok. Ada orang memang daripada mula Tuhan atur,
jadi dia senang jaga amanah Allah ni. Senang-senang pun susah juga kan ! Tapi jadi elok, selari
macam nabi-nabi rasul-rasul, Tuhan atur mereka. Senang dengan suasana mereka, susah payah pun
mereka elok saja atur. Macam wali-wali Allah, yang tu Tuhan atur depa elok. Mata depa letak elok,
telinga depa letak elok, lidah pun Dia letak elok, kaki tangan depa pun letak elok. Bukan macam kaki
tangan kita ! Habis susah ! susah kan, tapi letak elok. Tu orang orang yang Tuhan kurniakan
pertolongan. Mai kita, bolih ka ? Kita ada sikit, Tuhan bagi peluang saja, hampa mau dak jadi macam
orang orang nu ! Macam orang orang, macam nabi-nabi rasul-rasul yang bolih pelihara elok amanah
ini, mau dak ? mau-kah kamu jadi macam wali-wali Allah, pelihara amanah Allah dengan elok ?
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Peluang Tuhan buka, itulah mai orang belakang, orang orang mukmin Dia bagi kesempatan. Supaya
kita bolih. Kalau kita nak hidup macam orang orang dulu, memang bolih. Tapi kena susah sikit. Alam
sekeliling kita ni, mendorong kita kepada pecah amanah. Sabit orang, banyak tak tunai amanah.
Suasana kita, keadaan kita. Tapi ada yang orang tunai amanah. Orang yang dia usaha, bila usaha
Tuhan buka jalan. Kita, bila kita usaha, Tuhan buka jalan. Kita nak jaga mata kita, bolih dak ? Bolih,
kita usaha Tuhan buka jalan. Betulkah kita nak jaga lidah kita, bolih ka ? bolih. Tapi susah sikit, kita
tak lah macam nabi-nabi rasul-rasul. Mereka mudah sikit kan ! Sebab mereka di-sedia macam tu !
Lidah mereka tu tak keluar perkataan-perkataan yang keji. Kalau orang cakap keji pun, dia tak terbit
lidah mereka tu ! Tu memang Tuhan sedia lodah mereka elok. Mai kita, lidah kita ni kira nak keluar
perkataan-perkataan yang tak elok, perkataan keji. Jadi, itulah kita kena ada sikit jihad, kena usaha.
Usaha untuk membaiki.

Inilah kita baca, hari tu yang Tuan Husin bawa mai ni, dia ajak, dia anjurkan ini, jalan usaha untuk
baiki. Sapa juga yang ambil kesempatan, ambil peluang yang Tuhan buka jalan, kita bolih. Usaha, kita
juga bolih jadi macam orang orang solih dulu. Tapi usaha kita kena berterusan, jangan sekerat jalan.
Inilah, mai kita baca balik baris 6 daripada bawah ; maka jatuhlah pula.

َّ ‫لرحْ َم ِن ۘا‬
‫لرحِ ي ِْم‬ َّ ‫بِس ِْم ۘاهلل ِِِ ۘا‬

Dan senantiasa mata mereka itu dengan melihat kepada barang yang jadi kebajikan dengan melihat
akan dia, yaitu seperti melihat kepada Qur’an dan hadis Nabi dan melihat kepada bagai-bagai ilmu
yang membawa kepada amalan akhirat, dan melihat kepada tiap-tiap sesuatu yang menunjuk atas
Allah Taala, dan

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:43 AM]

melihat kepada dua ibu bapak dan barang yang lain daripada segala yang tersebut itu daripada tiap-
tiap barang yang jadi kebajikan dengan melihat akan dia.

Dan senantiasalah telinga mereka itu dengan mendengar akan Qur’an dan hadis Nabi dan bagai-
bagai ilmu yang bangsa akhirat dan mendengar pengajaran dan nasihat dan barang yang lain
daripada yang tersebut itu daripada barang yang jadi kebajikan dengan didengar akan dia. Dan
senantiasalah tangan mereka itu dan kaki mereka itu dan badan mereka itu terhantar atas tiap-tiap
barang yang jadi kebajikan kepada akhirat, dan atas tiap-tiap barang yang jadi kebaikan dan khidmat
dan ibadah kepada Tuhan mereka itu.

Maka pada waktu itu bercahayalah segala anggota mereka itu dengan cahaya ibadah mereka itu
karena tiap-tiap kebajikan itu ada baginya nur, dan tiap-tiap kejahatan itu zulmah.

Maaf, tak ada rakaman syarahan. Baca ambil faham lah, tak pa lah ! Kita tahu lah, kena jaga segala
anggota zahir, mata telinga lidah kaki tangan, jangan buat larangan tapi buatlah segala amalan
ibadat. Mujahadah sungguh-sungguh dan berterusan jihad nafsu ni. Senantiasa hadir majlis ilmu bagi
menjaga hati, senantiasa mahasabah diri, tafsir ibadat. Qadha mana mana yang tinggal, atau baiki
mana yang tak elok. Latihan yang berterusan, ingat selalu yang kita sedang dalam perjalanan ke-
negeri akhirat, negeri tempat kembali yang kekal. Ingat dunia ni tempat ujian, tempat kita susah
Syarah Qatrul Ghaisiyah

payah, pun sikit saja. Bandingkan kalau kita susah nanti bila nak tempuh permulaan alam akhirat,
bila mula masuk kubur, kalau kita tak bersedia ! Latih diri untuk buat segala suruhan bagi elok-elok,
tinggalkan segala tegahan sedaya mampu. Mau ingat selalu yang tu ! Ingat nak buat baik, tak mau
buat jahat.

Senantiasa ingat musuh kita syaitan yang tak pernah lalai untuk menyesatkan kita, kita saja yang
selalu lalai.

َّ ‫لرحْ َم ِن ۘا‬
‫لرحِ ي ِْم‬ َّ ‫ِبس ِْم ۘاهللِ ِِ ۘا‬

Maka jatuhlah pula nur ibadah yang menerang akan segala anggota mereka itu

Makna, kalau kita usaha membaiki anggota-anggota kita. Kita pelihara mata kita bagi elok, mata kita
sudah ada nur. Bila mata kita ada nur, tak bolih kita nak tengok benda hak keji, tak bolih ! macam
nak termuntah, tak bolih ! Tu kata mata ada nur. Telinga ada nur, begitu juga. Kita ajar telinga kita
supaya mendengar perkara yang elok, lama-lama baru ada nur. Bila ada nur, tak bolih kita nak
dengar benda hudoh, tak bolih ! dia berasa macam-macam. Macam nak termuntah. Tu, telinga ada
nur. Hak ni dia kata ni ;

jatuhlah pula nur ibadah yang menerang akan segala anggota mereka itu yang zahir ke dalam hati
mereka itu.

Daripada mata, terus ke-hati. Daripada telinga pi ke-hati. Apa makna tu ? Makna, kalau kita
mengeluarkan perkataan dengan lidah kita, macamana kita terkeluar perkataan yang tak elok. Hati
tak terima, dia berasa macam nak termuntah. Kita sendiri berasa ! Tu anggota kita sudah ada nur.
Bila anggota nak ada nur ? Bila kita latih dia. Yang ni semua, usaha sendiri. Kita mengaji tasawuf,
ialah usaha untuk amal. Ngaji tasawuf, bukan kita nak baca kitab nak bagi faham ! Tu satu step, mula
faham kitab. Tu, nak kena latih tu ! Faham kitab bolih kan ! Kita baca sendiri, kita ulang-ulang baca,
bolih faham. Latih tu, tu mengaji tasawuf. Ngaji tasawuf bukan kita hafal kitab, ngaji fekah sungguh,
hafal kitab.

Yang ni kita latih bagi anggota kita elok, susah ka dak ? Susah sikit, bukan susah banyak. Bukan
senang sangat pun tidak la !

Baca baris 5 ;

Maka pada waktu itu bercahayalah hati mereka itu dengan nur ibadah dan khidmat anggota mereka
itu.

Cahaya tu apa makna ? Cahaya, bukan makna cahaya macam lampu. Cahaya tu makna hati tu terang
jalan. Jalan Allah ni berasa senang, kita nampak…..tu bercahaya la ! Bercahaya pula anggota kita,
Syarah Qatrul Ghaisiyah

bermakna kita tak berasa nak buat benda-benda yang keji, yang Tuhan larang. Tu makna bercahaya
la tu ! Cahaya telinga kita, cahaya lidah kita, cahaya mata kita. Bila kita tengok perkara-perkara yang
keji, kita berasa tak bolih ! macam saya kata tadi, berasa macam nak termuntah. Tu, mata kita ada
cahaya.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:43 AM]

Maka pada waktu itu baharu dapat tetap hati mereka itu berhadap kepada Tuhan mereka itu.

Jadi, anggota kita elok, berjalan ikut landasan, hati pun berjalan ikut landasan. Rajin ni, dari muka 43
kita baca. Dibawah ada “tanbih” tu, ulang baca sampai muka 44, 45 ni, balik baca ulang-ulang
dirumah, selalu. Letak kitab atas meja, selalu baca. Ni ! daripada tanbih ni, sampai muka 45. Hak ni
kita baru baca muka 44. Bagi kita berasa, berasa dengan hati, nak amal ni ! nak amal ! baru jadi elok.

Maka pada waktu itu baharu dapat tetap hati mereka itu berhadap kepada Tuhan mereka itu.

Maka pada waktu itu jadi berhadaplah kulliah ( ‫; ) كليه‬

Apa kulliah ? Keseluruhan. Kuliah ni bukan kuliah universiti.

kulliah ( ‫ ; ) كليه‬keseluruhan diri mereka itu.

jadi berhadaplah kulliah ( ‫ ) كليه‬mereka itu artinya zahir mereka itu dan batin mereka itu

Tu makna keseluruhan diri. Tu, hak dia habaq, kita faham. Hak nak balik pada diri kita ? tu la !
terpulang lah ! kalau kita usaha, sampai. Tak usaha memang tak sampai !

berhadaplah kulliah ( ‫ ) كليه‬mereka itu artinya zahir mereka itu dan batin mereka itu kepada Allah
Taala. Maka pada waktu itu

Tu, berapa kali ‘maka pada waktu itu’ ? Pertama, kedua…ni yang ke-4 ni ; Maka pada waktu itu.

Maka pada waktu itu dapatlah mereka itu keluar daripada hati mereka itu akan segala sifat yang
mazmumah ( ‫ ) مذمومه‬yaitu hubbud dunia dan hubbul mal

Tu kita baca dah dulu, tang mana kita baca ? Kita baca sifat mzmumah, sifat-sifat yang keji. Muka 23.

Baca balik muka 44/45.


Syarah Qatrul Ghaisiyah

sifat yang mazmumah ( ‫ ) مذمومه‬yaitu hubbud dunia ( cenderong pada keduniaan ) dan hubbul mal (
cenderong hati pada harta benda ) dan hubbuj jah ( suka pada kebesaran ) dan hubbur riyasah (
suka pada ketinggian ) dan hasad dan takabbur dan riya dan ujub dan sum’ah dan syurah dan barang
yang daripada barang yang tersebut itu daripada segala sifat yang mazmumah.

Tengok balik muka 23 >>>>> 26.

Muka 45 kita catit ; rujuk muka 23>26. Sifat-sifat keji (mazmumah).

Balik baca lah ! memang kita baca dah, cuma kita nak ambil bagi rendang balik..

Maka pada waktu itu baharulah dapat tetap di dalam hati itu oleh segala sifat yang mahmudah

Mahmudah, sifat yang terpuji. Sambung dari sifat keji tu..Muka 23 >> 26 sifat keji. Muka 26>>>>>32,
sifat-sifat terpuji. Baca balik.

Maka pada waktu itu baharulah dapat tetap di dalam hati itu oleh segala sifat yang mahmudah yaitu
at taubat dan al khauf.

Ni semua muka 26 >>>>>>32, sifat-sifat mahmudah (terpuji).

Maka yaitu telah terdahulu sebutnya ( muka 26>32) ;

dengan tafsilnya, maka kembali lihat olehmu akan dia.

Tuan Husin suruh kita tengok balik. Kita ambil kitab ni, kecik nipis, ambil buboh dalam hati kita.

Maka pada waktu itu jadi merdekalah ia daripada diperhamba akan dia oleh nafsu dan syaitan

Sekarang ni, walau pun kita tak berasa, tapi kita ni di-perhamba olih nafsu, di-perhamba olih syaitan.
Syaitan guna nafsu. Bila kita ni kalah dengan nafsu dengan syaitan, kalah ! habis !

Habis semua, dunia ni menguasai kita. Orang kafir ludah muka kita. Luku kepala kita, tak bolih buat
apa ! Apa pasai kita tak bolih buat apa ? Sebab kita jadi hamba nafsu hamba syaitan. Tu, macamana
kita tunjuk semangat berapi-api, mana bolih ! Bukan atas dasar semangat ! Orang islam ni, dia
meninggi dengan takwa ! Bukan semangat, kalau kata semangat….oooiii ! Tambah orang melayu,
semangat berapi-api. Tuang air sikit ! Habis ! Padam habis !!! tak dak apa ! Kalau kita tengok
Syarah Qatrul Ghaisiyah

semangat, hah ! kita nak berjuang bermati-matian..kita nak menegakkan islam..bermati-matian.


Betul ???

Betoi apa ! Kalau kita dikuasai olih nafsu dan syaitan, mana bolih ! Main dengan syaitan. Nasib tak
baik, ada orang….dia pi ambil syaitan pulak ! Pi ambik syaitan pula buat tolong dia. Pi bertapa
dimana nu, nak ambil syaitan, tolong. Cari ilmu-ilmu apa ka, ilmu kebal apa semua, pi bertapa minta
tolong syaitan. Yang tu lagi terok. Tu makna syaitan buat kuda, syaitan kuda kita. Bila kita salah jalan,
kita ambil nafsu ambil syaitan, kita kena patah balik la jalan kita. Bila salah dihujung jalan, kita patah
balik pada pangkal jalan.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:49 AM]

Iaitu takwa pada Allah. Bila kita takwa pada Allah, Allah atur la kita. Dia bagi jadi kita, Dia letak pada
kita macam-macam peraturan. Kalau kita ikut elok, Allah atur kita sebaik-baik. Kita tak payah
fikir..fikir sikit-sikit saja, bukan fikir sampai retak kepala. Kalau kita tak ikut jalan Allah, kita tak ikut
jalan takwa ! jenoh fikir, sampai retak kepala pun tak jadi ! Ikut nu ikut ni, hal dunia kacau bilau
macam-macam. Segi pelajaran segi ekonomi, segi politik apa semua. Mana kita bolih hambat ! Tapi
kita ada senjata, iaitu takwa pada Allah. Dalam surah Ali Imran, apa firman Allah :
۟ ‫وا َوتَتَّق‬
َ ‫وا َْل يَض ُّرك ْم َكيْده ْم‬
‫شيْـًٔا‬ ۟ ‫صبِر‬
ْ َ ‫ۗ َوإِن ت‬
wa in tashbiru wa tattaqu la yadhur rukum khaiduhum syai’a

Jika kamu sabar dan bertakwa, tidak memudharatkan kamu olih tipu daya mereka itu.

Sapa mereka itu ? orang kafir. Mereka bukan bolih menguasai orang islam, Tuhan tak izin. Jika orang
islam takwa. Tuhan tak izin, macamana pun Tuhan tak izin, kalau orang islam takwa.

Kita tak payah nak meninggi ekonomi, politik, semangat. Tu bukan dia, bukan jalan. Jalan kita, kalau
kita semaikan orang islam ni, takwa pada Allah. Tuhan atur elok la ! Dalam Quran Tuhan kata ;
۟ ‫وا َوتَتَّق‬
‫وا‬ ۟ ‫ص ِبر‬
ْ َ ‫ ; َو ِإن ت‬jika kamu sabar dan bertakwa.
َ ‫ ; ۗ َْل يَض ُّرك ْم َكيْده ْم‬tidak memudharatkan kamu olih tipu daya mereka itu.
‫شيْـًٔا‬

Depa buat pi apa pun ! Hampa nak buat peluru berpandu, bom atom, bukan Tuhan nak izin. Buat-
buat bom atom, meletup negeri sendiri..Tapi kalau orang islam takwa. Sekarang ni orang islam tak
takwa. Kita selalu tertipu daya dengan orang.

Baik, baca kitab kita ;

(6) Maka pada waktu itu jadi merdekalah ia daripada diperhamba akan dia oleh nafsu dan syaitan
dan dunia dan makhluk.

(7) Maka pada waktu itu tetaplah ia jadi hamba bagi Allah Taala.

Kita jadi hamba bagi Allah. Ya Allah, jadikan hamba Mu ni hamba Engkau ya Allah. Redhokanlah
hamba sebagai hambaMu ya Allah. Kita nak jadi hamba Allah. Bukan kita kata saja nak jadi hamba
Allah, memang kita sedia diri untuk jadi hamba Allah. Tak mau buat perkara lain, buat perkara yang
Tuhan suruh saja.
Syarah Qatrul Ghaisiyah

(7) Maka pada waktu itu tetaplah ia jadi hamba bagi Allah Taala.

(8) Maka pada waktu itu patutlah hatinya bagi menerima mukasyafah yaitu memandang mata
hatinya akan keelokan sifat Tuhannya

‫واحد اْلحد الفرد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوااحد‬
Wa hidul ahadul far dush shamadullazi lam yalid walam yulad walam yakul lahu kufuwan ahad

Ni sifat-sifat Allah, apa dia kata tadi ? Mukasyafah ; menerima mukasyafah, makna terbuka lah hati
untuk mengenal Allah. Bila hati mengenal Allah, tak dak masaalah kita. Nampak jalan !

Hak jalan hudoh, kadang kita nampak macam elok, tu hati tak terbuka. Jalan hak elok kita nampak
macam hudoh, tu bila hati tak terbuka. Bila ada mukasyafah, pembukaan hati. Kita lihat yang elok itu
elok, yang hudoh itu hudoh !

dan diberi ketahuilah akan dia dengan segala hikmah yang dijadi akan makhluk ini dan dibuka
baginya dengan mengetahui segala ilmu malakut.

Orang islam, kalau Tuhan angkat pi alam malakut, habis ! makna tak dak apa suatu masaalah ! dunia
ni senang saja. Tu-lah orang orang dulu perang. Perang dengan orang kafir, restu daripada Allah.
Saad bin Abi Waqqas, dia budak lagi bila nabi wafat. Saad ibn Abi Waqqas, memimpin tentera pi
perang dengan orang Parsi. Orang Parsi ada kapal, depa naik kapal menyeberang Teluk Parsi tu.
Orang Parsi naik kapal pi, orang islam dok ternganga-nganga ! nak buat apa ? Tapi bila orang Parsi
naik kapal seberang Teluk Pasai, kapal belayar pi ! Saad Abi Waqqas kata ; Wahai orang orang
mukmin ! Mari kita ikut mereka, kita ikut mereka dengan kuda.

َّ ‫لرحْ َم ِن ۘا‬
‫لرحِ ي ِْم‬ َّ ‫ ; ِبس ِْم ۘاهلل ِِِ ۘا‬latam ikut atas laut tu, dengan kuda. Kuda tak tengelam. Kaki belah bawah saja
dalam air, kuku belah atas tak kena air pun. Orang Parsi tengok orang islam mai, naik kuda rempuh
ikut atas air tu ! Teluk Parsi tu luas dari Selat Melaka lagi. Depa orang Parsi cepat cepat, kapal depa
tu pi mendarat di-darat nu. Lari turun kapal tu, lari pi balik negeri. Gerun pada orang islam ni !
Tengok kuda lari atas laut.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:49 AM]

Tu ! Sa’ad bin Abi Waqqas, terlalu tinggi nilai iman dia. Bukan dia seorang saja, dia bolih pandu
semua orang islam tu. Orang islam semua gantung pada dia saja. Jadi, senang saja Tuhan bantu.
Kalau mereka ada ri’ayah Allah, senang Tuhan buat.

Tu, tatkala orang Perancis serang negeri dekat Libya tu, mai dengan kapal serang habis. Lari orang
islam Tunisia. Orang habaq la pada Abu Maryan. Orang Perancis mai serang, orang islam lari tak
tahan askar Perancis. Depa ada senapang apa semua, ada dah.

Abu Maryan duduk 200 batu jauh. Dia bawa pedang, dia keluar ..mai merenyut anak tikus keliling
dia, dia tetak anak tikus tu, dia tetak dia tetak. Habis anak tikus tu mampuih. Hak mana ada, lari …..
Syarah Qatrul Ghaisiyah

Rupanya dia tetak setiap sekoq anak tikus tu, seorang orang Perancis mati. Orang yang pi perang tu,
nampak Abu Madyan dok serang orang Perancis. Padahal-nya dia keluar daripada rumah dia, dia
tetak anak tikus situ. Senang saja Tuhan buat !

Jika kita buat itu dengan ri’ayah Allah, dengan restu Allah. Tetak anak tikus pun orang kafir mati.

Sekarang jadi gitu orang islam ??? Tidak !!! Sebab orang islam tak dak takwa. Tak upaya, kelemahan
orang islam sebab tidak takwa !

(9) Maka pada waktu itu bercahayalah hatinya dengan nurul waridat dan dengan nurul makrifat yang
dilimpah oleh Tuhan mereka itu di dalam hati mereka itu.

(10) Maka pada waktu itu baharulah dapat menerima musyahadah hati mereka itu akan keelokan
Zat Tuhannya yang ahadiyah muthallaqah ( ‫ ) أحدية مطلقة‬dengan nur makrifat yang daripadaNya.

(11) Maka pada waktu itu tetaplah musyahadah mereka itu akan Tuhan mereka itu hingga hasillah
bagi mereka itu hal fana’, kemudian hal baqa’ yaitu seperti barang yang telah lalu sebutnya pada
tafsil yang kedua pada bicara musyahadah.

Inilah kita ! Tahu dak, macam budak-budak dok pi mengaji. Kerajaan hantar pi mengaji luar-luar
negeri la ! Ada budak-budak yang pass tinggi, kerajaan hantar pi luar negeri. Pi sana, kerajaan bagi
biasiswa.

Biasiswa tu, sebagai belanja untuk belajar. Bukan gaji ! Gaji nanti sat ! hang belajar pass elok-elok,
balik mai baru kerajaan bagi gaji besar ! Demikian lah Tuhan, Dia bagi hamba Dia mai dok sini ni, Dia
bagi sementara. Dia bagi macam-macam, kita mai duduk ni macam budak-budak sekolah, macam
budak-budak pi mengaji luar negeri lah. Belajar elok, laksana apa kewajipan kita, buat elok-elok.
Lepas tu, pass elok-elok, balik la ! Tak patut budak, kalau kerajaan hantar dia pi luar negeri, dia pi
dok poya-poya pi menari kelab malam, pi berkelah tepi pantai. Pi dok seronok suka. Tak bolih, sebab
orang hantar tu nak suruh mengaji. Nak seronok suka nanti sat, hang balik mai esok, dah pass tinggi
dah. Hah ! yang seronok suka lah !

Orang bagi gaji besar bagi rumah, hang duduk elok-elok. Sementara mengaji, mana bolih !

Demikian hamba yang Tuhan hantar mai dunia ni, gitu ! Kita mai ni ada kewajipan kita. Buat elok-
elok, laksana elok-elok. Biasiswa Tuhan bagi dekat kita, buat elok-elok. Esok nak ndak lebih, nak
banyak, nak senang lenang, nanti la ! Balik esok !

Memang Tuhan sediakan kita untuk hidup sejahtera senang lenang, tapi bukan di-sini !

Sudah, kita sampai sini.

Inilah segala hal perjalanan mereka itu dan maqam mereka itu. Wallahua’lam.

Alhamdulillah, selesai taip syarahan Utz Hj Ali Hj Ahmad.

Hari ni 16 Mac 2022


Syarah Qatrul Ghaisiyah

13 Sya’aban 1443 Hijrah.

Pukul 1 pagi.

Tamat pada malam selasa, 25 Bulan Jumadil Awal tahun hijrah 1348 yang menghimpun akan
beberapa kalimah yang sedikit ini oleh Husein Nashir bin Muhammad Thayib Al Mas’udi Al Banjari
yang dinama akan perhimpunan ini dengan Qathrul Ghaisyiyah Fi Ilmis Shufiyah ‘Ala Syariatil
Muhammadiyah.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ اللهم ان القضاء والقدر غلباني‬.‫الحمدهلل رب العالمين والصالة والسالم على سيد المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬
‫ اللهم أغنني بفضلك حتى استغني بك عن طلبني انت الذي أشرقت‬.‫وان الهوى بوثائق الشهوة أسرني فكن انت النصير لي ياهللا‬
‫اْلنوار في قلوب اولسانك حتى غرفوك ووحدوك وانت الذي أزلت اْلغيار من قلوب أحبابك حتى لم يحبوا سواك ولم يلجاوا الى‬
‫غيرك وانت المؤنس لهم حيث أو حشتهم العواليم وانت الذي هذيتم حتى استبانت لهم المعالم‬.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:49 AM]

‫ اللهم كيف يرجى‬.‫اللهم ماذا وجد من فقدك وماالذي فقدك من وجدك لقد خاب من رضي دونك بدْل ولقد خسر من بغى عنك متحوْل‬
‫ اللهم يسرلي ما عسر وأجرني وْل تعسر على‬.‫سواك وانت ما قطعت اْلحسان وكيف يطلب من غيرك وانت ما بدلت عادة اْلمتنان‬
‫ وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله‬.‫مما اجر وحولني عما ضرويعدني عما حقر الى يوم الدين يارب العالمين آمين اللهم آمين‬
‫وصحبه وسلم‬.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/27/2022 11:49 AM]

Apa qada’ ( ‫ ) قضأ‬Allah ? Ketentuan yang telah ditentukan Allah. Ketentuan yang telah ditentukan
Allah, kita bolih kah tolak ? Tak bolih, sebab Tuhan atur Dia menentu, mesti Dia buat. Apakah yang
Dia atur pada kita esok ? Mana kita tau ! Tapi apa yang Dia atur mesti Dia buat-lah ! Hak sekarang,
hak berlaku sekarang kita tahu dah, semuanya qada’ Allah. Qada’ Allah pada kita ni macam-macam
la. Ada yang kita suka ada yang kita tak suka. Sat-lagi lepas sembahyang, kita pun nak turun balik,
mai orang panggil kita sila jamu-makan dirumah dia. Seronok juga kan, dia nak sambut puasa. Nak
buat kenduri sambut puasa. Atau pun sudah-sudah sembahyang nanti, elok kita nak turun balik, mai
hujan dengan ribut, tak upaya nak balik. Payung tak bawa, apa pun tak bawa. Payung ada pun tak
bolih, ribut mai, tergendala kita. Semua tu qada’ Allah, makna ketentuan yang telah Dia atur. Bila
Tuhan atur ? Dari azali, kata hari jumaat hati ni, lepas sembahyang jumaat, ada apa-apa perkara yang
berlaku dekat kita, Dia atur siap, kita tak tau. Kita mana bolih agak-agak. Agak-agak tu kadang
berlaku kadang tak berlaku. Yang berlaku itu, yang telah ditentukan Allah. Ini kata qada’ .

Hari-hari, atau setiap masa kita menerima qada’ Allah ini. Kita terima dengan apa ? Dengan hati yang
suka, tu kata redho. Bukan kita buat-buat suka, tapi kita seronok. Pasai apa kita suka dengan qada’
Allah ? Sebab setiap satu yang Tuhan tentu, semua ada kebaikkan. Tuhan ni bukan nak menyusah
orang, atau dia buat ainaya kita, tidak ! Bila sekali Dia bagi jadi kita, Dia atur hidup kita sangat elok.
Dari satu masa ke-satu masa ada perubahan pada kita, Dia atur semuanya jadi elok pada kita.
Kadang-kadang kita berasa elok. Kadang-kadang hak elok kita berasa macam tak elok, sebenarnya
elok. Kalau kita tinjau halus-halus, daripada kita hidup sampai sekarang, ada dak benda tak elok ?
Benda hak tak elok yang Tuhan bagi jadi dekat kita ? Kalau kita tinjau halus-halus, dengan akal yang
waras, tak dak hak tak elok. Tapi kita fikir dengan akal kita yang waras, tak ada yang tak elok tu pada
kita. Semua perkara yang elok. Elok apa, Dia bagi sampai sakit gigi ? Yang kita sakit gigi sampai nak
Syarah Qatrul Ghaisiyah

baca Fatihah pun tak bolih nak makan pun tak bolih, sakit tak sangga, elok ka ? Kita pandang sekali
gus memang tak elok. Yang kita pandang tak elok tu, kadang-kadang elok, sangat elok. Dalam Quran
Tuhan peringat ni ;

‫سى أَن تحِ بّوا شَيئًا َوه َو ش ٌَّر لَكم‬


ٰ ‫ع‬َ ‫َير لَكم ۖ َو‬ َ ‫سى أَن ت‬
ٌ ‫َكرهوا شَيئًا َوه َو خ‬ ٰ ‫ع‬َ ‫َو‬
wa 'asā an takrahụ syaiaw wa huwa khairul lakum, wa 'asā an tuḥibbụ syaiaw wa huwa syarrul lakum

NOTE ;

Surat Al Baqarah ayat 216

‫شيْـًٔا َّوه َو ش ٌَّر لَّك ْم َو ه‬


َ‫ّٰللا يَ ْعلَم َوا َ ْنت ْم َْل ت َ ْعلَم ْون‬ َ ‫ع ٰ ٰٓسى ا َ ْن تحِ ب ُّْوا‬
َ ‫شيْـًٔا َّوه َو َخي ٌْر لَّك ْم ۚ َو‬ َ ‫علَيْكم ْال ِقت َال َوه َو ك ْرهٌ لَّك ْم ۚ َو‬
َ ‫ع ٰ ٰٓسى ا َ ْن ت َ ْك َره ْوا‬ َ ‫ِب‬
َ ‫كت‬

Kutiba 'alaikumul-qitālu wa huwa kur-hul lakum, wa 'asā an takrahụ syaiaw wa huwa khairul lakum,
wa 'asā an tuḥibbụ syaiaw wa huwa syarrul lakum, wallāhu ya'lamu wa antum lā ta'lamụn

Artinya: “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh
jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Makna ; kadang-kadang kita tak suka pada satu perkara itu, tapi perkara tu menjadi kebaikkan
kepada kita. Kadang-kadang kita suka satu perkara tu, sebenarnya perkara tu tidak baik untuk kita.

Selalu berlaku, Tuhan buat.

Sebab apa Dia bagi kita susah, bagi sakit ? Sebab nak bagi pahala. Orang kalau bangkit pagi
sembahyang subuh, dia sihat ; dapat satu sembahyang. Kalau kita sakit kita sembahyang subuh,
dapat 10 sembahyang. Sekali sembahyang dapat 10 sembahyang. Pahala satu sembahyang dapat 10
, jadi pahala 100. Kita lagi sakit, sakit tu berat sikit, dapat 30. Kalau kita sakit gigi nak kumur pun
sakit, kita ada 30, lebih lagi sakit kita dapat 70. Jadi, satu sembahyang kita dapat 70 sembahyang.
Bukan mudah tu, kena sembahyang 2 bulan. Atau kita biasa dok sihat kita kena sembahyang 2 bulan.

Anda mungkin juga menyukai