Anda di halaman 1dari 7

Mengingat, Menyubur & Menggerakkan Jiwa‐jiwa Misi Bekerja di Jalan Allah

Disusun oleh:
Ahmad Suki Che Mohamed Arif
Pengerusi WADAH Kedah
November 2017

Prolog: Semacam ada satu kelalaian/kelekaan di jiwa ummah… majoriti sibuk dengan urusan
masing-masing yang semacam tidak berkesudahan (dari zaman remaja hingga zaman tua).
Terperangkap dengan kesibukan hidup; bangun tidur/sarapan/kerja/belajar/beribadat ala kadar
(yang wajib)/menghadapi rutin kekeluargaan/ dan tidur semula… sehingga terlupa apa sebenarnya
yang dicari dalam hidup? Apa sebenarnya yang Allah beri tanggungjawab kepada kita? Adakah
kita sedar amanah kekhalifahan yang Allah letakkan pada kita semua sebagai umat Nabi
Muhammad saw – subur dan aktifkah ianya dalam segenap jiwa & minda kita – pada setiap
detik/masa dan perbuatan/aktiviti kita? Agama Allah akan terus memberi rahmat kepada seluruh
alam jika jiwa umatnya segar dan ghairah untuk sentiasa bekerja untuk agama Allah. Sebaliknya,
agama Allah mungkin akan terus lemah dan terhina jika jiwa-jiwa penganutnya hanya
mementingkan kepentingan hidup masing-masing.

‫اﺟ ﺘـَ ﺒَ ﺎ ُﻛ ْﻢ َو َﻣ ﺎ َﺟ ﻌَ ﻞَ ﻋَ ﻠَﻴْ ُﻜ ْﻢ ِﰲ اﻟ ّﺪِ ﻳ ِﻦ ِﻣ ْﻦ‬ ِِ ِ


ْ ‫اﻪﻠﻟ َﺣ ﱠﻖ ﺟ َﻬ ﺎد ﻩ ۚ ُﻫ َﻮ‬
ِ‫ﺎﻫ ُﺪ وا ِﰲ ﱠ‬ ِ ‫وﺟ‬
ََ
ِ
‫ﲔ ِﻣ ْﻦ ﻗـَ ﺒْ ﻞُ َوِﰲ َٰﻫ َﺬ ا ﻟ ﻴَ ُﻜ ﻮ َن‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َﺣ َﺮ ٍج ۚ ﻣ ﻠﱠﺔَ أَﺑِﻴ ُﻜ ْﻢ إِﺑـْ َﺮاﻫ ﻴﻢَ ۚ ُﻫ َﻮ َﲰﱠﺎ ُﻛ ﻢُ ا ﻟْ ُﻤ ْﺴ ﻠ ﻤ‬
‫ﻴﻤ ﻮا اﻟ ﺼﱠ َﻼ ةَ َوآ ﺗُﻮا‬ ِ ً ‫اﻟ ﱠﺮ ُﺳ ﻮ ُل َﺷ ِﻬ‬
ِ ‫ﻴﺪ ا ﻋَ ﻠَﻴْ ُﻜ ْﻢ َوﺗَ ُﻜ ﻮﻧُﻮا ُﺷ َﻬ َﺪ اءَ ﻋَ ﻠَﻰ اﻟ ﻨ‬
ُ ‫ﱠﺎس ۚ ﻓَﺄَﻗ‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ‫اﻟ ﱠﺰَﻛ ﺎ ةَ َواﻋْ ﺘَ ﺼ ُﻤ ﻮا ﱠﻪﻠﻟ ُﻫ َﻮ ﻣَ ْﻮَﻻ ُﻛ ْﻢ ۖ ﻓَﻨ ﻌْ ﻢَ ا ﻟْ َﻤ ْﻮ َﱃٰ َوﻧ ﻌْ ﻢَ اﻟ ﻨﱠﺼ ﲑ‬
Al-Hajj: 78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia
lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu
menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu
Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini,
supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan
supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta
berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian
sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

1) Mission daripada Allah & untuk Allah

ِ ‫اﻪﻠﻟِ ﺣ ﱠﻖ ِﺟ ﻬ‬
ۚ ِ‫ﺎد ﻩ‬ ِ
َ َ ‫َو َﺟ ﺎﻫ ُﺪ وا ِﰲ ﱠ‬
Dan berjihadlah kamu pada Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.

 Allah memulakan dengan mesej yang sangat strong, sangat menggesa, mengetuk
setiap sanubari pembaca (yang merasakan/yakin bahawa mesej ini daripada Allah)
bahawa bekerjalah untuk Allah dengan sepenuh hati & sepenuh kekuatan.

 ِ ‫ ﻓِﻲ ﱠ‬berjihad fillah lebih strong daripada fisabilillah – secara langsung pada Allah.

1
 Justeru, ‫ﻪﻠﻟﺍﺍ‬ ِ ‫ َﻭ َﺟﺎ ِﻫﺩُﻭﺍ ﻓِﻲ ﱠ‬berusahalah dengan sepenuh tenaga, dengan sepenuh kekuatan,
segenap minda dan fikir, rasa dan buat hendaklah diusahakan untuk jihad ini dengan
‫ َﺣ ﱠﻖ ِﺟ َﻬﺎ ِﺩ ِﻩ‬. Apakah hak Allah untuk kita tidak sepenuh hati berjihad kepadaNya? (Betapa
super besar/tinggi kasih & rahmat Allah yang telah kita terima selama ini).

 Jihad di sini merangkumi segenap bentuk perjuangan; melawan musuh, melawan


nafsu, berusaha sepenuh ikhtiar, daripada apa sahaja elemen yang menyebabkan
manusia lalai/lupa/engkar/kufur kepada Allah. Justeru, ianya termasuk “memerangi”
(berjuang bersungguh‐sungguh) sifat‐sifat / rutin‐rutin / perangkap‐perangkap
kehidupan yang menyebabkan kita menjauhi Allah, melupai peranan / mission kita
dihidupkan Allah di mukabumi sementara ini.

2) Kita sememangnya dipilih Allah untuk menunaikan amanahNya

‫اﺟ َﺘـ ﺒَ ﺎ ُﻛ ْﻢ‬


ْ ‫ُﻫ َﻮ‬ Dia lah yang memilih kamu.

 Allah memberi keistimewaan kepada kita dengan memilih kita menjalankan mission
ََ ٓ ُ ْ ُ ُ ّ ٗ ٗ ُ ُ ََۡ َ َ َ ََ
Allah di mukabumi sementara ini.
ٗ َ ُ ََ ُ َ ُ
ِ َّ‫ك ۡم أ َّمة َو َسطا ِلَكونوا ش َه َدا َء ٱل‬
ۗ‫اس َو َيكون ٱ َّلر ُسول عل ۡيك ۡم ش ِهيدا‬ ٰ‫وكذٰل ِك جعلن‬
Al-Baqarah 143 (sebahagian ayat). Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam),
umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...

 Kadang‐kadang kita rasa tidak mampu tetapi Allah tahu kita mampu.

 Justeru, terimalah… Sempurnakanlah tugasan ini! Sempurnakanlah kelemahan satu


demi satu untuk memiliki momentum yang sesuai menjalankan tugasan ini.

3) InsyaAllah kita semua akan dipermudahkan…

ۚ ‫َوﻣَ ﺎ َﺟ ﻌَ ﻞَ ﻋَ ﻠَﻴْ ُﻜ ْﻢ ِﰲ اﻟ ّﺪِ ﻳ ِﻦ ِﻣ ْﻦ َﺣ َﺮ ٍج‬


dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

 Berbeza dengan agama lain, kita dibenarkan berkahwin, boleh makan daging, kita
boleh “berseronok” (berkeadaan tenang) dalam batas‐batas yang dibenarkan agama.
Kita ada sistem “rukshah” yang membenarkan ambil keringanan (batas syarak).

 Rasa berat dan payah adalah sesuatu yang relatif… apabila kita telah menerima dan
bersedia dengan tugasan/mission ini, ianya akan menjadi ringan & mudah.

 Lebih tinggi keimanan dan keteguhan hubungan kita dengan Allah, segala‐galanya
akan menjadi lebih mudah.

2
 Kita juga kena bina persekitaran yang boleh menyokong kita agar dapat memudahkan
menyempurnakan mission Allah ini (keluarga, kerjaya, ekonomi, kesihatan dan
sebagainya).

4) Ianya bukan tugas yang baru… Kita adalah mata rantai pejuang zaman sekarang

ِ ‫ِﻣ ﻠﱠﺔَ أَﺑِﻴ ُﻜ ﻢ إِﺑـ ﺮ‬


ۚ َ‫اﻫ ﻴﻢ‬ َْ ْ agama bapa kamu Ibrahim.

 Semenjak daripada Nabi Ibrahim as (malah nabi‐nabi sebelum itu) lagi tugas ini telah
dilaksanakan pada setiap generasi.

 Beruntunglah hamba‐hamba Allah yang telah dicatat sebagai pekerja‐pekerja Allah di


mukabumi ini pada setiap mata rantai kehidupan manusia.

 Di sini disebut Nabi Ibrahim as kerana agama‐agama besar dunia ini (yang disebut
dalam alQur’an) bertemu pada Nabi Ibrahim (sama ada melalui jalur Nabi Ismail
ataupun Nabi Ishak‐Yaakob).

 Semua manusia sama agama asalnya, Tuhannya/Penciptanya dan agama itulah yang
semua kita (manusia) anuti sekarang.

 Agama yang benar adalah agama yang mengikut agama Nabi Ibrahim. Walaupun
agama lain mengakui Nabi Ibrahim sebagai agama bapa mereka, mereka sebenarnya
tidak mengikut contoh Nabi Ibrahim.

5) Kita semua MUSLIMIN dan ianya datang dengan keistimewaan/tanggungjawab…

‫ﲔ ِﻣ ْﻦ ﻗَـ ﺒْ ﻞُ َو ِﰲ َٰﻫ َﺬ ا‬ ِ ‫ﻫ ﻮ َﲰﱠﺎ ُﻛ ﻢ ا ﻟْﻤ‬


َ ‫ﺴ ﻠ ِﻤ‬
ْ ُ ُ َُ
Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini

 Islam bukan hanya agama Nabi Muhammad saw, ianya agama semenjak asal sudah
dinamakan Islam. Nama agama Yahudi dan Kristian tidak ada sebutan dalam kitab
mereka tetapi sebenarnya rekaan penganutnya sahaja.

 Islam bermaksud menyerah diri sepenuhnya kepada Allah (seorang yang berserah diri
kepada Allah akan memenuhi segala perintah Allah). Justeru, bekerja untuk Allah
menjadikan kita seorang muslim yang sebenarnya.

 Menurut Zakir Naik, terdapat dua kriteria untuk menjadikan kita secara minimum
sebagai Islam; percaya kepada Allah yang esa dan percaya kepada Nabi Muhammad
saw sebagai pesuruh Allah. Sebenarnya inilah seruan yang terdapat di dalam kitab‐
kitab suci utama agama lain tetapi itulah masalah mereka sudah tidak mengikut kitab

3
suci malah (pemuka‐pemuka agama mereka) merosakkan apa yang ditulis dalam kitab
mereka.

6) Tugas besar/sebenar kita adalah menyebarkan risalah Allah di mukabumi ini

ِ ‫ﻟِﻴَ ُﻜ ﻮ َن اﻟ ﱠﺮ ُﺳ ﻮ ُل َﺷ ِﻬ ﻴ ًﺪ ا ﻋَ ﻠَﻴْ ُﻜ ْﻢ َوﺗَ ُﻜ ﻮﻧُﻮا ُﺷ َﻬ َﺪ اءَ ﻋَ ﻠَﻰ اﻟ ﻨ‬


ۚ ‫ﱠﺎس‬
…supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi ke atas kamu, dan supaya kamu pula menjadi saksi
kepada umat manusia.

 Tanggung jawab ini (kepada yang dinamakan Muslimin) adalah mengajak manusia
untuk seutuhnya mematuhi risalah Allah (ingat peristiwa Rasulullah saw menangis
apabila dibacakan ayat bahawa Baginda menjadi “saksi” kepada umat inii dan ketika
Rasulullah saw bertanya berkali‐kali dalam Haji Wada’ sama ada Baginda telah
menyampaikan kepada umatnyaii).

 Justeru, jangan terperangkap dengan kesibukan kehidupan di dunia sehingga terlupa


fokus utama bahawa kita ada mission besar Allah di mukabumi ini, mission sebagai
khalifah Allah (al‐Baqarah: 30) yang menyebarkan risalah Allah di mukabumi ini.

7) Tugas ini berat – Mintalah pertolongan Allah – Nescaya Allah tolong

ِ ِ ِ ِ
َ ‫ﻴﻤ ﻮا اﻟ ﺼﱠ َﻼ ةَ َوآ ﺗُﻮا اﻟ ﱠﺰ َﻛ ﺎ ةَ َوا ﻋْ ﺘَﺼ ُﻤ ﻮا ِ ﱠﻪﻠﻟ ُﻫ َﻮ ﻣَ ْﻮ َﻻ ُﻛ ْﻢ ۖ ﻓَﻨ ﻌْ ﻢَ ا ﻟ‬
ٰ‫ْﻤ ْﻮ َﱃ‬ ُ ‫ﻓَﺄَﻗ‬
ِ ِ
ُ‫َوﻧ ﻌْ ﻢَ اﻟ ﻨﱠﺼ ﲑ‬
Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

 Allah super‐maha berkuasa. Dia boleh membuat segala‐galanya.

 Kadang‐kadang untuk melaksanakan tugas ini ianya terasa berat, susah/sukar, terlalu
banyak cabarannya, semacam terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan,
ternampak seolah‐olah kita tidak normal dan seumpamanya; hanya Allah yang
memahami, hanya Allah tempat kita mengadu, hanya Allah yang dapat membantu,
hanya Allah yang boleh melindungi kita... hakikatnya hanya Allahlah segala‐galanya.

 Ianya akan menjadi mudah dan kuat apabila kita sentiasa berhubung/mengadu/
‫ﻓَﺄَﻗِﻳ ُﻣﻭﺍ ﺍﻟ ﱠ‬.
merayu/merintih/memohon bantuan dan pertolonganNya melalui solat َ‫ﺻ َﻼﺓ‬

 Salah satu masalah besar dalam masyarakat yang menyebabkan kita terperangkap
dengan kesibukan duniawi dan terlupa tanggungjawab bekerja di jalan Allah adalah
kerana ekonomi. Ramai manusia yang “rosak” kerana banyak fokus yang berlebihan
kepada survival ekonomi. Justeru, Allah telah mengurniakan satu sistem ekonomi
‫ َﻭﺁﺗُﻭﺍ ﱠ‬. Kita kena menjayakan sistem
maha hebat kepada orang Islam, iaitu zakat َ ‫ﺍﻟﺯ َﻛﺎﺓ‬

4
ini dengan seutuhnya. Kita perlu melahirkan satu ummah yang sensitif untuk
menjayakan sistem hebat ini. Pengurusannya hendaklah dioptimalkan.

 Berpegang teguhlah padaNya ِ ‫َﺻ ُﻣﻭﺍ ﺑِﺎ ﱠ‬


ِ ‫ َﻭﺍ ْﻋﺗ‬. Follow exclusively the Guidance and the
law of Allah: obey Him alone: fear Him and have all your hopes and expectations in
Him: invoke Him alone for help: trust in Him and pray to Him for all your needs –
Tafheemul Qur’an (al‐Maududi).

 Hakikatnya ‫ﻳﺭ‬ ِ ‫ﻫ َُﻭ َﻣ ْﻭ َﻻ ُﻛ ْﻡ ۖ ﻓَ ِﻧ ْﻌ َﻡ ْﺍﻟ َﻣ ْﻭﻟَ ٰﻰ َﻭﻧِ ْﻌ َﻡ ﺍﻟﻧﱠ‬. Dia lah Pelindung kamu. Maka Dia lah
ُ ‫ﺻ‬
sahaja sebaik‐baik Pelindung dan sebaik‐baik Pemberi pertolongan.

8) Penutup

 Apabila diduga dengan kesibukan hidup duniawi (ataupun kita yang sengaja
meletakkan diri pada kesibukan yang kita ciptai sendiri; berlebihan menonton
TV/berInternet, berlebihan beraktiviti untuk kepentingan duniawi, termasuk hanya
berlebihan fokus kepada ibadat fardhi sahaja [ingatlah pada syair Ibnu Mubarak
rahimahullahiii), kita mudah terleka atau hilang fokus terhadap tujuan sebenar kita
dilahirkan di mukabumi sementara ini (ingatlah pada peringatan seperti al‐Insyiqaaq:
6 & al‐Infithaar: 5).

 Kembalikanlah fokus hidup kita sebagaimana yang dikehendaki Allah. Bekerjalah di


jalan Allah untuk Allah dengan penuh kesungguhan. Sememangnya kita telah dipilih
dan diberi kepercayaan istimewa daripada Allah. Tugas ini sebenarnya menyambung
tugas yang dilaksanakan oleh orang‐orang sebelum kita. Ianya tidak akan menjadi
berat apabila kita ingin menunaikan tugas sebagai seorang MUSLIM sejati. Tugas
besar/sebenar kita sebenar adalah menyebarkan risalah Allah di mukabumi ini.
Kadang‐kadang ianya terasa berat, susah/sukar, terlalu banyak cabarannya, hanya
Allah yang memahami dan hanya pada Allah tempat kita meminta pertolongan.

 Mengembalikan fokus kehidupan dengan menyuburkan gerak kerja berjuang untuk


agama Allah sangat‐sangat penting kepada keselamatan akhirat kita yang lebih
menjamin (Ingatlah as‐sof: 11‐12, al‐Baqarah: 214, Ali‐Imran: 142, & seumpamanya).

 Sesungguhnya beruntunglah hamba‐hamba Allah yang menyambung mata rantai


pekerja‐pekerja Allah di mukabumi ini dan menunggu tamatnya tugasan untuk diganti
oleh mata rantai yang lain…
ۡ َ ٰ َ َ َّ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ َّ ْ ُ َ ٰ َ َ ْ ُ َ َ ٞ َ َ ۡ ُ ۡ َ ّ
َ َ‫ن َب ُهۥ َوم ِۡن ُهم َّمن ي‬
ۖ ‫نت ِظ ُر‬ ‫مِن ٱلمؤ ِمن ِي رِجال صدقوا ما عهدوا ٱ عليهِۖ ف ِمنهم من قض‬
ٗ َ ْ ُ
٢٣ ‫َو َما بَ َّدلوا ت ۡب ِدي‬
Ahzab: 23. Di antara orang‐orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya
ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)
sedikitpun.

5
i
Dari Ibnu Mas'ud ra. ia berkata, Nabi SAW berkata kepadaku, "Bacalah alquran untukku."

Maka aku menjawab, "Wahai Rasulullah, bagaimana aku membacakan alquran untukmu, bukankah alquran
diturunkan kepadamu?"

Nabi SAW bersabda, "Aku suka mendengarnya dari selainku."

Lalu aku membacakan untuknya surat An Nisa' hingga sampai pada ayat (yang artinya), 'Maka bagaimanakah
(halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (Rasul) dari tiap‐tiap umat dan
Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).' (QS. An Nisa'
ayat 41).

Beliau berkata, "Cukup."

Maka aku menoleh kepada beliau, ternyata kedua mata beliau dalam keadaan bercucuran air mata." (HR.
Bukhari no. 4582 dan Muslim no. 800).

ii
Sebahagian terakhir daripada khutbah Haji Wada’…

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali‐kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata‐kataku
yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut
kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama‐lamanya, itulah Al‐Quran dan Sunnahku.
hendaklah orang‐orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah
orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata‐kataku dari
mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya‐ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada
Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin
mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya
meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang
sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.

Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami
kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai
pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah
masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?

6
iii
“Wahai ahli ibadah di dua tanah Haram ...
seandainya kau melihat kami,
niscaya kau akan tahu bahwa engkau dan ibadahmu itu hanyalah main‐main belaka ..

Orang yang membasahi pipinya dengan linangan air matanya ...


sementara kami membasahi leher kami dengan darah‐darah kami ..
Atau orang yang membuat lelah kuda perangnya dalam kesia‐siaan ...
sementara kuda‐kuda kami lelah payah di medan pertempuran ..

Aroma bagimu adalah wewangian yang semerbak, sementara wewangian kami ….


adalah pasir dan debu‐debu yang mengepul …

Telah datang kepada kita sabda sang nabi ….


Perkataan yang jujur lagi benar dan tidak dusta …
Bahwa tidaklah sama debu‐debu kuda di jalan Allah yang menempel di hidung seseorang dan
kobaran asap dan api yang menyala‐nyala …
Inilah kitabullah yang berbicara di antara kita …
orang mati syahid itu tidaklah mati, dan ini bukanlah kedustaan …”

Anda mungkin juga menyukai