Anda di halaman 1dari 6

5 Jenis Sihir Khusus Kepada Isteri

Hakmilik @https://perawatislam.com 1
5 Jenis Sihir Khusus Kepada Isteri

PERHATIAN:

Anda dibenarkan untuk menyebarkan ebook ini secara


PERCUMA sahaja. Dengan syarat tidak mengubah
segala isi kandungan di dalamnya.

PENTING:

Sekiranya anda tidak mendapatkan ebook ini dari laman


web saya, sila daftarkan diri anda melalui link di bawah:

https://perawatislam.com/5-sihir

Dengan mendaftar, anda tidak akan terlepas info-info


terkini tentang ilmu perubatan Islam, ebook-ebook
percuma terbaru dari saya, dan juga tawaran ekslusif
untuk produk-produk saya di masa akan datang.

Hakmilik @https://perawatislam.com 2
5 Jenis Sihir Khusus Kepada Isteri

Terima kasih kerana anda sudi untuk mendapatkan ebook saya ini. Di dalam ebook ini saya
akan kongsikan dengan anda 5 jenis sihir dimana sihir-sihir ini memang ditujukan khusus
kepada golongan isteri.

Apakah tujuannya sihir ini ditujukan kepada golongan isteri?

Kerana bertujuan untuk menghalang isteri daripada disetubuhi oleh suaminya dan akhirnya
menyebabkan suami menceraikan isterinya.

Bagaimana sihir ini berlaku?

Jin sihir yang dihantar kepada mangsa akan bertindak untuk menyerang organ seks isteri
sehingga mengakibatkan mangsa tidak dapat melakukan hubungan suami isteri, dan
akhirnya akan mengakibatkan perceraian.

Sihir yang ditujukan kepada golongan isteri ni dipanggil sebagai Sihir Ikatan.

Dan daripada sihir ini dipecahkan kepada 5 jenis.

Menurut Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, iaitu ulama di dalam bidang perubatan ruqyah
syar’iyyah, 5 jenis sihir tersebut ialah:

1) Sihir Ikatan Halangan


2) Sihir Ikatan Hilang Rasa
3) Sihir Ikatan Pendarahan
4) Sihir Ikatan Sumbat
5) Sihir Ikatan Pendalaman

1. Sihir Ikatan Halangan

Isteri yang terkena sihir ini akan menyebabkan dia tidak dapat disetubuhi oleh suaminya
dengan pelbagai sebab yang tidak diketahui oleh isteri sendiri.

Hakmilik @https://perawatislam.com 3
5 Jenis Sihir Khusus Kepada Isteri

Bagi kes-kes yang lebih kronik, kedua-dua paha isteri akan terkunci apabila hendak
melakukan persetubuhan dengan suaminya.

2. Sihir Ikatan Hilang Rasa

Bagi anda yang terkena sihir ini, jin akan menyerang dibahagian sistem penerima
rangsangan dibahagian otak wanita.

Keadaan ini akan menyebabkan mangsa tidak dapat merasai kenikmatan persetubuhan dan
akhirnya akan mengakibatkan hubungan suami isteri menjadi hambar selama
bertahun-tahun.

3. Sihir Ikatan Pendarahan

Cara sihir ini dilakukan ialah jin akan menuju ke bahagian rahim wanita (menarik otot rahim)
atau melompat secara tiba-tiba keluar dari aliran darah yang dilaluinya sehingga
menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak diwaktu-waktu ingin melakukan
persetubuhan.

Apabila keadaan ini berlaku, maka suami terpaksa menghentikan aktiviti persetubuhan
kerana menganggap ianya sebagai darah haid.

4. Sihir Ikatan Sumbat

Sihir jenis ini pula akan mengakibatkan persetubuhan suami isteri tidak dilakukan dengan
lancar.

Ini kerana di dalam faraj isterinya dirasakan seperti ada sesuatu atau macam ada daging
yang tumbuh dan menutup saluran lubang faraj.

Keadaan ini akan menyebabkan isteri tidak dapat disetubuhi oleh suaminya.

Hakmilik @https://perawatislam.com 4
5 Jenis Sihir Khusus Kepada Isteri

5. Sihir Ikatan Pendalaman

Satu lagi jenis sihir ikatan yang akan ditujukan kepada golongan isteri ialah dikenali sebagai
sihir ikata pendalaman.

Biasanya sihir jenis ini akan ditujukan kepada wanita yang baru bergelar isteri. Maksudnya
yang baru mendirikan rumahtangga.

Sihir ini akan menjadikan suaminya merasakan isterinya seperti bukan lagi anak dara.
Perasaan ini lama kelamaan akan menyebabkan suami akan menceraikan isteri yang baru
dikahwininya.

CARA RAWATAN

Setelah saya kongsikan dengan anda jenis-jenis sihir ikatan, sekarang tiba masa untuk saya
kongsikan dengan anda cara untuk merawatnya.

Lakukan langkah-langkah di bawah.

1) Lakukan bacaan muqaddimah ruqyah ruqyah. Bacaan untuk muqaddimah ruqyah ialah
seperti di bawah:

- Surah Al-Fatihah
- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5.
- Surah Al-Baqarah ayat 102.
- Surah Al-Baqarah ayat 163 dan 164.
- Surah Al-Baqarah ayat 255.
- Surah Al-Baqarah ayat 285 dan 286.

2) Kemudian disambung pula bacaan ayat-ayat ruqyah kepada pesakit. Saya sangat-sangat
menggalakkan ketika ini suami yang membacakan ayat-ayat ruqyah tersebut. Kerana ketika

Hakmilik @https://perawatislam.com 5
5 Jenis Sihir Khusus Kepada Isteri
membacakan ayat-ayat ruqyah, tangan perawat perlu diletakkan ditempat yang isteri rasa
sakit.

3) Selesai membaca ayat-ayat ruqyah pada isteri, anda sambung pulak dengan bacaan dari
Surah Al-Furqan ayat 23. Baca ayat ini sebanyak mungkin sehinggalah anda pengsan.

4) Sediakan air yang sudah dibacakan dengan ayat-ayat ruqyah termasuklah ayat-ayat
pembatal sihir. Boleh download senarai ayat-ayat ruqyah yang saya dah sediakan bersama
ebook ini. Dalam senarai tu dah termasuk sekali dengan ayat pembatal sihir. Baca je semua
ayat-ayat yang saya kongsikan.

5) Ambil 7 lembar daun bidara segar, dan lembutkan (tumbuk) dan larutkan dengan air di
dalam bekas sederhana besar. Dekatkan bibir ke air yang sudah dicampur dengan daun
bidara yang ditumbuk tadi, dan bacakan Ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan
surah an-Nas sebanyak tujuh kali. Gunakan untuk minum dan mandikan pesakit selama 7
hari.

6) Bacakan Surah al-Fatihah, Ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah
an-Nas sebanyak 70 kali atau lebih selama 3 atau 7 hari.

7) Ambil bekas seramik yang bersih dan tuliskan padanya Surah Yunus ayat 81-82 dan
basuh dengan minyak habbatus sauda. Kemudian sapukan dengan kerap didahi dan dada
pesakit selama 3 hari. Syeikh Ibn Taimiyah telah membolehkan dalam fatwanya (Majmul al
Fatwa 19/64) untuk menuliskan Al Qur’an atau dzikir-dzikir kemudian melarutkannya dan
meminumkannya kepada orang sakit.

Hakmilik @https://perawatislam.com 6

Anda mungkin juga menyukai