Anda di halaman 1dari 55

Membina Rumah Tangga Bahagia: 1

Hukum Mencium Alat Kelamin


Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya. Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri. Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya. Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

Kaedah Semulajadi Rancang Kehamilan


Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Kaedah semula jadi (Natural Family Planning). Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan `subur' (masa ovulasi). Ini akan menghalang telur disenyawakan oleh sperma. (Sila berbincang dengan doktor anda mengenai tempoh subur.) Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan `subur' (masa ovulasi). Pasangan wanita juga perlu menyimpan rekod kitaran haid mereka dengan teliti untuk memastikan tempoh subur. Kaedah semula jadi (Natural Family Planning) berasaskan menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis cara menganggarkan masa subur iaitu :

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 2


kaedah kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks, kaedah simptomtermal.

Bagi sesetengan pasangan, kaedah semula jadi tidak sesuai terutama pada :1. Wanita yang mempunyai kitaran haid tidak menentu. 2. Pasangan yang tidak dapat merancang hubungan kelamin dengan baik seperti mereka yang baru berkahwin, atau lama berpisah. 3. Wanita yang sering terlupa kitaran haid disebabkan terlalu sibuk. Penggunaan kaedah semula jadi tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan kaedah semula jadi hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata. Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan kaedah semula jadi, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Bersetubuh Siang Hari Di Bulan Ramadhan


Bersetubuh di siang hari Ramadhan antara suami isteri adalah suatu dosa besar dan berikut adalah hukuman ringkasnya :1) Puasanya terbatal 2) Kedua-dua mereka berdosa besar. 3) Wajib menggantikan puasa mereka berdua 4) Wajib melunaskan kaffarah menurut turutannya ( jika pasti tidak mampu barulah akan turun kepada kaffarah kedua) a- Membebaskan seorang hamba (namun hal ini sudah tiada di zaman ini) b- Puasa berturut-turut selama dua bulan (jika sudah mencuba dan tidak mampu, namun jika belum mencuba sudah mendakwa tidak mampu ia adalah ditolak, demikian juga seseorang yang sihat wal afiat dan segar bugar serta kaya pula, haram bagi mereka untuk menggantikan kaffarah 2 bulan puasa kepada yang ketiga) Amat mudahlah untuk memberi makan 60 fakir miskin bagi seorang yang kaya. Cuba kita kirakan, anggaplah sekali makan sehingga kenyang hanya RM 5.00 x 60 orang, hanya mencecah RM 300 sahaja. Sangat tidak ada ertinya bagi mereka yang bergaji besar. Justeru itu, kalau bukan karena nasihat pasti dari doktor pakar yang menyatakan anda mempunyai sakit sehingga tidak boleh berpuasa 2 bulan berturut, barulah boleh menggantikan kaffarat puasa 2 bulan berturut-turut menjadi memberi makan 60 fakir miskin. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 3 c- Memberi makan 60 orang faqir miskin Tanpa menafikan perdebatan fiqh yang panjang bereknaan samda kaffarah jatuh kepada lelaki sahaja atau kedua-dua mereka. Saya kira bagi meringkasakna jawapan, eloklah pihak wanita melunaskan kaffarah dengan member makan 60 orang miskin. Manakala si lelaki perlu berpuasa 60 hari. Wallahu'alam.

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah


: : . Dari Ibn Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula: Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW .menolaknya :Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah 1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat. 2) Membaca Bismillah. 3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali. 4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri 5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun. 6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 4 menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi. 7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari: Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318): . . Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA. : : ! . . . Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 5 Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. : . Dari Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani) 10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahualam.

Rujukan: Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Amalan Yang Dilakukan Untuk Memperolehi Zuriat


Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa. Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 6 penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat. Amalan pertama. Selepas Fajar ataupun Solat Subuh - Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. Amalan kedua. -Suami hendaklah membaca Ya Mutakabbir (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. -Isteri hendaklah membaca Ya Awwal (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. -Isteri hendaklah membaca setiap hari Ya Zaljalaali Wal Ikram 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Suami Isteri Berjimak Sebelum Mandi Wajib


Soalan: Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya? Jawapan: Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah; "Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri". Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya, maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A'lam.

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 7

Menonton Filem Lucah Bersama Suami Isteri


Saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks.ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meransangkan nafsunya dulu sebelum melakukan hubungan kelamin.apa pendapat ustaz? JAWAPAN : Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain" Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula. Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja. Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga. Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith : Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 ) Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17) Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 8 Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian. sekian ust zaharuddin

Membayangkan Orang Lain Ketika Bersama Suami Isteri


Ustaz, saya ada kemusykilan dalam hal kekeluargaan. Begini persoalan saya, ketika saya berjimak suami saya pernah berterus terang dengzn saya dan mengatakan dia sering membayangkan perempuan lain ketika berjimak dengan saya. Alasannya dia mahu masa berjimak di panjangkan dan kenikmatan lebih puas. Jika saya tidak salah dalam Islam ada hukum zihar, tetapi zihar ni yang saya paham ialah menyamakan angota tubuh badan dengan muhrim. Tetapi dalam kes saya ini terletak dalam ketegori apa? Apa hukumnya, dan adakah ia sama dengan zihar? Perlukah suami saya membayar kifarah seperti zihar? Harap ustaz dapat memberi maklumat yang secukupnya kepada persoalan saya ini. JAWAPAN Menurut majoriti ulama, hukum membayangkan lelaki dan wanita bukan suami atau isteri semasa melakukan hubungan seks adalah diharamkan. Terutamanay jika ia dijadikan kebiasaan, nafsunya terhadap isteri atau suaminya akan semakin pudar dan beralih kepada si lelaki dan wanita luar yang diharamkan buatnya, maka secara mudahnya ia diharamkan kerana tergolong dalam "Muqaddimat azZina" atau jalan-jalan permulaan kepada pelakuan haram zina. Disebutkan oleh para ulama bahawa : Ertinya : "kerana mata itu berzina, dan zinanya adalah pandangan yang haram, dan minda juga berzina dan zinanya adalah membayangkan yang diharamkan" Justeru mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menanggapnya adalah salah satu bentuk zina. Sama juga haramnya minum air kosong sambil dibayangkan minuman arak. Demikian yang disebutkan oleh Ibn Al-Haj Al-Maliki (Al-Madkhal) , Ibn Abidin Al-Hanafi, Ibn Al-Mufleh Al-Hanbali ( Dipetik dari kitab Ar-Ri'ayah al-Kubra oleh Ibn Aqil). Bagaimanapun tidaklah hukumannya seberat zina yang sebenar hingga disebat atau di rejam hingga mati. Cuma ia tergolong dalam saalah satu dosa. Bermakna, berdasarkanhadith Nabi sesiapa yang mendatangi isterinya maka ia beroleh pahala, maka dalam hal ini, ia beroleh dosa kerana pemikirannya itu. Sebahagian ulama Syafie hanya menanggapnya sebagai makruh dan hanya tergolong dalam bab haram kerana "Sadd az-Zariah" iaitu bagi menutup jalan-jalan maksiat yang mungkin berlaku hasil perbuatan tersebut. Adapun sebagaia yang diketahui oleh para ulama, setiap perkara yang diharamkan atau tidak www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 9 digalakkan kerana Sadd Az-Zariah adalah harus di ketika diperlukan. Bermakna, menurut pandangan sebahagian ulama Syafie, jika si suami sebagai contoh amat tidak mampu bersama dengan isterinya kecuali jika membayangkan wanita lain, jika tidak mereka akan bercerai atau pelbagai mudarat besar lain akan berlaku, di ketika yang khas demikian, perbuatan tadi menjadi baginya. Berdasarkan kaedah Ertinya : "Mudarat yang lebih ringan" ( Al-Asbah Wa An-Nazair, As-Suyuti) Walaupun demikian, terdapat sebahagian ulama Syafie yang lain sependapat dengan mazhab lain dalam hal mengharamkannya, Antaranya yang disebut oleh al-Iraqi ( Rujuk Torhu At-Tathrib) Ertinya : "Sekiranya ia menyetubuhi isterinya dan di dalam pemikirannya seseorang yang haram baginya, maka ianaya adalah haram baginya dan setiap penyerupaan itu" Kesimpulan saya Memang benar, sebuah Hadith Qudsi menyatakan bahawa " Ertinya : Apabila hambaku bermonolog (memikirkan) untuk melakukan satu kejahatan , maka Aku ( Allah) akan mengampunkannya selagi mana ia tidak melakukannya, dan jika ia lakukannya maka aka dituliskan baginya satu dosa, dan jika ditinggalkannya dituliskannya satu pahala, sesungguhnya ditinggalkannya keranaKU" ( Muslim) Bagaimanapun pendalilan menggunakan dalil ini untuk mengharuskan tindakan tadi adalah ditolak oleh majoriti ulama kerana pemikiran sedemikian termasuk dalam kategori permulaan zina yang juga diharamkan oleh Allah SWT. Malah bukan semua hasrat dalaman hati itu terkecuali dari dosa, malah masih terdapat bentuk yang juga akan diazab seperti hadith lain yang berbunyi : Ertinya : Apabila bertemu dua Muslim dengan pedang masing-masing berbunuhan satu sama lain, maka keduanya di dalam neraka" Nabi menambah apabila ditanya sahabat akan mengapa yang dibunuh juga ke neraka dengan kata Baginda :

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 10 Ertinya : Ia sangat ingin dan berazam membunuh saudaranya" ( Bukahri dan Muslim) Ini bermakna apabila ia telah bertindak cuma gagal, ia disamakan dengan mengkhayalakan orang lain ketika persetubuhan yang juga dianggap telah memulakan langkah. Kecualilah jika ia hanya khayalan si bujang.

Pandangan yang terkuat adalah ianya haram sebagaimana majoriti mazhab dan sebahagian ulama Syafie. Sekadar ingin mendapatkan lebih kepuasan dengan tindakan demikian juga adalah haram, malah ia boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada isterinya. Adapunbagi yang sememangnya amat amat terpaksa, ia boleh menjadi harus dengan syarat tidak memberitahu isterinya atau suaminya akan hal demikian bagi menjaga perasaan mereka. Wallahu'alam. Bagaimanapun ia tidak termasuk dalam kategori zihar. Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Memasukkan Alat Vibrator Kekemaluan Isteri


Apakah hukumnya memasukkan alat seperti vibrator kekemaluan isteri sebagai sebahagian dari muqadimah sebelum melakukan jimak. Jawapan: Sebelum melakukan jimak, disunat dan digalakkan kepada suami-isteri melakukan rangsangan sebagai mukadaimah jimak. Larangan-larangan umum wajiblah dipatuhi seperti tidak melalui dubur, tidak sewaktu isteri didatangi bulan dan seumpamanya. Dalam masa yang sama, kita sentiasa diingatkan dengan satu qaedah bahawa sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia adalah haram. Ini adalah prinsip sadduz zaroe'. Perlulah diingati vibrator itu samada dengan kehadiran atau ketiadaan suami akan tetap merangsang nafsu seseorang yang menggunakannya. Penggunaan vibrator kemaluan suami ini untuk muqadimah jimak ini ditakuti boleh membawa kepada perkara haram. Dalam jangka masa yang panjang, si isteri mungkin pada suatu hari mendapati dia lebih puas dengan vibrator tersebut daripada suaminya. Si isteri mungkin merasakan tidak perlu risau ketiadaan suaminya untuk memuaskan nafsu naluri semulajadinya. Ini boleh merosakkan kehidupan rumahtangga muslim yang selama ini bahagia, aman dan tenteram.

Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri


Saya ingin bertanya apakah hukum si suami memancutkan air mani diluar faraj isteri dengan tujuan untuk merancang keluarga secara semulajadi tanpa ubatan. Jawapan: 1. Firman Allah: Telah berjayalah orang-orang mukmin itu...dan mereka itu adalah orang-orang yang menjaga kemaluannya melainkan ke www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 11 atas isteri-isteri mereka.." Firman-Nya lagi: Kamu adalah pakaian bagi mereka dan mereka adalah pakaian bagi kamu" Tempat yang adil bagi air mani si suami ialah faraj si isteri. Tidak boleh ditumpahkan di tempat yang lain pada isteri melainkan dengan keredoan isteri sendiri. 2. Merancang keluarga secara umumnya adalah harus. Di dalam Islam sendiri kita diajar bahawa kualiti lebih baik daripada kuantiti. Merancang keluarga ertinya menjarakkan di antara anak terdahulu dengan anak yang terkemudian. Tujuan umumnya adalah untuk perkembangan dan kesihatan si ibu dan juga si anak. Si ibu boleh berehat seketika. Rehat ini menyihatkan. Si anak pula dapat kasih sayang dengan lebih sempurna dan dapat menyusu sehingga puas. Anak yang belum puas menyusu tetapi telah mendapat adik mungkin akan merasa dengki dengan adiknya, berebut menyusu dll. Menyusu yang digalakkan ialah selama 2 tahun. Peribadi yang dididik secara langsung oleh Rasulullah seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah juga menjarakkan anak mereka, Hasan dan Husin. Terdapat di kalangan masyarakat Islam yang merancang keluarga secara semulajadi yaitu tanpa penggunaan ubat seperti melakukan perkelamian sewaktu safe period, memancut di luar faraj dll. Cara ini adalah lebih baik. Walaubaimanpun, sekiranya tidak dilakukan secara semulajadi seperti melalui suntikan ubat-ubat tertentu, ia juga adalah harus.

Bersetubuh Melalui Jalan Belakang (Dubur)


Bolehkah kita bersetubuh melalui jalan belakang ke dubur dan apakah hukumnya perbuatan seperti itu. Jawapan: Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikut oleh seorang muslim ketika bersetubuh. Antaranya, persetubuhan tidak boleh dilakukan pada dubur isteri. Perbuatan seperti ini bukan sahaja menyalahi adab, bahkan menyalahi hukum Islam. Hukum mendatangi isteri pada duburnya adalah haram di sisi syariat. Pengharaman ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil seperti berikut:1) Daripada al-Quran Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 223, yang bermaksud: "Isteri kamu adalah (seumpama) tempat kamu menanam benih, maka datangilah mereka sebagaimana yang kamu kehendaki..." Para mufassirin (penafsir al-Quran) berpendapat bahawa dalam ayat tersebut Allah s.w.t. menyuruh kaum lelaki untuk mendatangi isteri-isteri pada faraj mereka, pada bila-bila masa yang mereka sukai (kecuali waktu haid), dan dengan apa jua cara yang mereka kehendaki. Imam al-Alusi berpendapat, ayat tersebut tidak bermaksud membenarkan para suami mendatangi isteri mereka "pada mana-mana tempat" yang disukai, bahkan bermaksud "daripada mana-mana jalan", iaitu sama ada melalui jalan depan mahupun belakang, yang penting, mesti pada faraj. Beliau juga menyatakan bahawa pada ayat yang sebelumnya, Allah telah melarang suami daripada mendatangi isteri ketika mereka haid. Sebab kepada larangan tersebut adalah kekotoran yang ada pada faraj isteri ketika itu. Justeru, mendatangi isteri pada duburnya juga haram kerana kekotoran yang ada pada dubur(1). www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 12

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, Imam Fakh ruddin al-Razi menyatakan "Faraj perempuan diumpamakan seperti tanah, air mani seperti biji benih, dan anak seperti pokok yang tumbuh"(2). Justeru, bersetubuh pada dubur isteri adalah haram kerana dubur tidak sesuai diumpamakan seperti tanah untuk menanam benih kerana perbuatan seumpama itu tidak boleh menghasilkan anak. Syeikh Muhammad Mutawalli Sy'arawi menyatakan bahawa selepas menyuruh lelaki mendatangi isteri mereka, Allah memerintahkan mereka agar menyediakan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka pada masa depan. Ini bermakna, tujuan asal senggama ialah untuk mendapatkan anak, tidak sekadar berseronok-seronok (3). Oleh itu, bersetubuh pada dubur isteri menyalahi perintah Allah s.w.t. yang tersebut dalam ayat 233 tersebut. Prof. Dr. Wahbah al -Zuhaily menyatakan bahawa suami diharuskan untuk mendatangi isteri pada qubulnya (faraj) tetapi tidak pada dubur. Iaitu mereka bebas menyetubuhi isteri pada masa dan dengan apa cara yang mereka sukai, dengan syarat pada faraj isteri sahaja (4). 2) Dari pada Hadith Nabi s.a.w. Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya (5), telah meriwayatkan banyak hadith berkaitan pengharaman bersetubuh pada dubur isteri. Antaranya: Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mendatangi isteri ketika haid, atau pada duburnya, juga mereka yang berjumpa bomoh seraya membenarkan apa yang diperkatakannya, mereka telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad" Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Terlaknatlah golongan yang mendatangi isteri mereka pada duburnya" Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah tidak akan memandang kepada lelaki yang berliwat, juga lelaki yang mendatangi isterinya pada dubur" Wallahu 'alam __________ (1) Tafsir Ruhu al-Ma'ani, Jil.2, Hal.118, Cet. 1417H/1997M, Dar el-Fikr, Beirut-Lubnan. (2) Tafsir al-Kabir, Jil.3, Juz.6, Hal.75, Cet. Pertama-1405H/1985M, Dar el-Fikr, Beirut-Lubnan. (3) Fiqhu al-Mara'h al-Muslimah, Hal.29, Cet.Pertama 1998H, al-Daru al-'Alamiah li al-Kutub wa alNashr, Kaherah-Mesir. (4) al-Fiqhu al-Islami wa Adillatuhu, Jil.9, Hal.6589, Cet.ke-4 1418H/1997M, Dar el-Fikr, DamsyikSyria (5) Tafsir Ibnu Kathir, Jil.1, Juz.1, Hal.332, Cet.Pertama 1417H/1996M, Maktabah al-Iman li al-Nasri wa al-Tauzi', Mansourah-Mesir www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 13

Suami Menelan Air Mani Isteri Dan Sebaliknya


Apa yang saya tahu ialah air mani itu tidak najis. Soalannya apakah hukumnya suami menelan air mani isteri dan isteri menelan air mani suami? Jawapannya : Oleh kerana Allah SWT menganggap air mani sebagai air yang hina, (Surah al-Sajadah: 8, Surah al-Mursalat: 20), jadi sebaik-baiknya perbuatan menelan air mani tersebut dijauhkan. Abu Hanifah menganggap air mani itu najis. Tidak sah sembahyang orang yang menanggungnya, contohnya memakai pakaian yang ada kesan air mani. Manakala Imam Shafie dan Ahmad menganggap air mani tidak najis, tetapi ia sebagai air yang perlu disucikan. Rasulullah SAW menyuruh Aisyah membersihkan pakaian yang ada padanya air mani, tanpa menyuruh mengulangi sembahyang orang yang memakai pakaian yang ada kesan air mani. Maknanya, air mani dianggap tidak bersih di sisi syara, walaupun tidak dianggap sebagai najis. Ia perlu dibersihkan. Orang yang berjanabah perlu mandi wajib, manakala kesan air mani pada tubuh dan pakaiannya perlu dibersihkan. Rasulullah SAW menyuruh orang yang beriman supaya bersegera mandi wajib ataupun sekurangkurangnya membersihkan kesan mani pada tubuh badan dan berwuduk sebelum makan/minum atau tidur. Itu tidak termasuk larangan bagi orang yang berjanabah mendekati Allah SWT dengan sembahyang, memegang/baca Quran, tawaf dan lain-lain ibadah. Ini menunjukkan bahawa keadaan tidak suci itu disebabkan oleh persetubuhan atau keluar mani. Maka tidak sewajarnyalah berlaku perbuatan menelan air mani oleh suami atau isteri. Di dalam sebuah hadis, Aisyah memberitahu bahawa Rasulullah SAW tidak melihat kemaluanku dan aku juga tidak melihat kemaluannya ketika Baginda mencampuriku. Mafhum muwafaqah dari hadis ini menunujukkan bahawa melihat kemaluan pasangan ketika bersetubuh bukan sunnah Nabi SAW, apatah lagi untuk menjilat atau menelan air mani. Wallahu a'alam. Ruj: 1. Hashiah Ibn Abidin Ala al-Dur al-Mukhtar 2. Fath al-Bari 3. Majmu Syarh al-Muhazzab

Kerjasama Penting Untuk Kepuasan Seks Yang Maksimum


DALAM konteks perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami dan isteri perlu saling membantu untuk mengecapi dan menghayati nikmat serta keseronokannya. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 14 Tanpa kerjasama dan jalinan hubungan yang mesra, hubungan seks hanya akan menjadi satu rutin dan hanya dilakukan atas dasar tanggungjawab atau terpaksa. Situasi sebegini akhirnya akan bertukar kepada kebencian apabila hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa nikmat kepada pasangan. Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua pasangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka. Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik dan membantu pasangan mencapai klimaks dengan melakukan rangsangan yang mencukupi mengikut panduan pasangan. Tanpa kerjasama antara pasangan untuk memberi panduan dan galakan, pasangan tidak akan sampai kemuncak kepuasan dan hubungan seksual menjadi hambar. Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual tanpa panduan daripada pasangan masing-masing. Contohnya suami tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga mendapat kepuasan seks bersama. Jika boleh, sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan. Bukannya melakukan sesuatu yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.

Seks Bagi Pesakit Jantung


LELAKI yang mempunyai pengalaman serangan jantung kadang-kala keliru sama ada mereka selamat ketika melakukan hubungan seks. Sehingga kini kajian menunjukkan aktiviti seksual berkurangan selepas serangan sakit jantung kerana mereka bimbang penyakit itu akan berulang dan membawa maut. Kebiasaannya lelaki yang mengalami masalah jantung, fizikalnya menurun dan begitu juga kemampuan syahwatnya. Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr Mohd Ismail Tambi, berkata sakit jantung adalah penyakit serius yang boleh menyebabkan kematian dan mereka yang mengalaminya dan pernah mendapatkan rawatan tidak boleh melakukan aktiviti lasak di luar kemampuan. Begitu juga ketika melakukan hubungan seks. Ia seperti berjalan selama 20 minit dan apabila mencapai klimaks jumlah tenaganya adalah sama seperti menaiki tangga. Bagaimanapun, jika pergerakan badan di luar kemampuan fizikal, kita akan mengalami tekanan pada jantung yang memungkinkan kita diserang sakit jantung, katanya. Beliau berkata, mengikut statistik, terdapat satu peratus sahaja mereka yang kembali mengalami serangan jantung ketika melakukan aktiviti seks kerana mereka melakukannya di luar kemampuan sendiri. Bagi lelaki yang pernah menerima rawatan, doktor akan memberi ubat yang melancarkan perjalanan darah, menjalani latihan pemulihan jantung seperti melakukan senaman yang sesuai dan mengubah cara diet seperti mengurangkan pengambilan garam, menurunkan berat badan serta berhenti merokok. Doktor akan memastikan mereka tidak mengalami sesak nafas dan sebagainya yang membabitkan www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 15 komplikasi jantung. Apabila jantung kembali kepada tahap yang normal, ini bermakna untuk melakukan hubungan seksual adalah selamat, katanya. Beliau berkata, seseorang yang mempunyai sejarah dalam serangan jantung tidak bermakna kehidupan seks mereka berakhir kerana seks tidak terlalu berisiko kepada jantung. Jika anda sudah mampu untuk berjalan dan menaiki tangga, anda juga mampu untuk melakukan hubungan seks. Sesetengah pesakit jantung melakukan hubungan seks bersama pasangannya semula pada minggu ketiga dan keempat selepas rawatan ataupun pembedahan, katanya, katanya. Beliau berkata, hubungan intim seks adalah satu hubungan yang dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan tidak kira untuk lelaki mahupun wanita. Ia satu kepuasan dalaman bukan sahaja dari segi rangsangan anggota malah secara dalaman, katanya. Katanya, dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang melakukan hubungan intim, dapat mengelakkan daripada mobiliti ataupun masalah kesihatan. Mereka juga dapat menyegarkan kesihatan kerana apabila eraksi semasa persetubuhan, pelancaran darah akan berlaku sekali gus mengeluarkan kimia tertentu di dalam badan yang dapat menyegarkan mental, fizikal, semangat dan emosional, katanya. Beliau berkata, waktu yang dianggap sesuai melakukan hubungan seks bersama pasangan ialah pagi selepas semalaman tidur dengan nyenyak atau dapat waktu rehat yang cukup. Untuk bulan pertama elakkan daripada melakukan aktiviti seks melalui posisi yang mampu memberikan tekanan kepada jantung atau posisi yang memerlukan banyak pergerakan. Pergerakan yang keterlaluan boleh membawa kepada keletihan yang berlebihan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih kencang. Anda boleh mempelajari pelbagai posisi yang dianggap selamat dan selesa kepada anda. Lakukanlah posisi yang bukan dominan kepada pergerakan pasif. Biar pasangan anda melakukan pergerakan dominan berkenaan. Peranan dominan dan pasif di sini membawa maksud kepada aktiviti sentuhan dan pergerakan, katanya. Beliau berkata, lelaki normal yang memainkan peranan dominan, posisinya selalu di atas. Bagaimanapun, bagi peranan yang pasif misalnya, posisi pasangannya pula akan berada di atas. Anda boleh memilih untuk melakukannya dalam posisi baring (side by side). Pergerakan ini lebih selesa dan rangsangan juga dapat dilakukan. Selain itu, posisi duduk juga sesuai di mana posisi sebegini membolehkan pasangan bertindak sebagai dominan serta menstabilkan posisi dan mengekalkan eraksi, katanya. Katanya, senaman adalah baik untuk jantung dan aktiviti seksual itu sendiri adalah sebahagian daripadanya. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 16 Dengan rawatan yang berterusan berserta sokongan daripada pasangan anda, adalah tidak mustahil bagi anda untuk kembali kepada kehidupan seks anda semula. Namun begitu, jika anda mendapati terdapat sebarang komplikasi yang membuatkan anda berasa tidak selesa selepas melakukan hubungan seks, anda perlu berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut, katanya. FAKTA Seksual selepas serangan jantung Sesetengah pesakit jantung melakukan hubungan seks bersama pasangannya semula pada minggu ketiga dan keempat selepas rawatan atau pembedahan. Hubungan seksual dapat menyegarkan mental, fizikal, spiritual dan emosional. Waktu yang dianggap sesuai melakukan hubungan seksual bersama pasangan anda ialah pagi sesudah semalaman tidur dengan nyenyak atau mendapatkan rehat yang mencukupi. Senaman adalah baik untuk jantung dan aktiviti seksual itu sendiri adalah sebahagian daripadanya.

Persediaan Menghadapi Malam Pertama


Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama. 1) Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda. 2) Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut berbau petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur. 3) Tergesa-gesa - Tergesa-gesa merupakan penyakit paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat kerjasama mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 17 menembak hasilnya boleh mengecewakan. SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat pemanasan di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat bertempur. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan. 1) Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin samasama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke daerah-daerah yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai. 2) Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi. 3) Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang perkasa. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya. 4) Jangan pura-pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda. BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. .

Petua Rumahtangga Bahagia


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berduaduaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 18 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersamasamanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. 13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. 19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. 20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 19 yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Fakta Mengenai Percintaan

Storge (Kawan Karib) Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketenangan dan cinta yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu timbul dan berkembang secara perlahan-lahan daripada perhubungan karib yang lama. Selalunya, pasangan Storge mempunyai minat dan keinginan yang sama. Mereka gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan. Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan. * Agape (Pengorbanan) Bermaksud altruistik. Individu ini mengambil berat mengenai pasangan mereka. Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu. Akan tetapi mereka yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya dan sekiranya mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan. * Mania (Kepunyaan) Sangat hebat dan obses. Kebanyakan individu yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka. Mereka juga suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu mereka sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 20 * Pragma (Logikal) Bermakna praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta. Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan. * Ludus (Permainan) Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri. Individu yang memiliki cinta itu menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai.

Waktu Terbaik Untuk Melakukan Seks


KAJIAN perubatan mendapati hubungan seks yang dihadkan atau ditumpukan kepada waktu subur saja tidaklah berkesan. Malah melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu subur atau sebaliknya (berselang sehari atau berselang dua hari) adalah lebih berkesan dalam mendapat kehamilan. Mungkin tertumpu kepada waktu subur lebih mendatangkan tekanan sehingga mengganggu kesuburan, mungkin juga waktu subur terbabit sebenarnya bukanlah waktu subur. Mengeluarkan air mani setiap hari mungkin boleh mengurangkan jumlah bilangan sperma yang ada pada setiap ejakulasi. Sperma dihasilkan setiap hari oleh testis dan disimpan sementara waktu di dalam epididimis. Mengeluarkan air mani berselang hari bermakna anda mengeluarkan stok sperma untuk sebanyak bilangan hari terbabit. Mengeluarkan air mani setiap hari bermakna anda mengeluarkan stok sperma yang baru dihasilkan pada hari itu (stok hari sebelumnya mungkin sudah banyak habis dikeluarkan). Sperma boleh bertahan sehingga 72 jam di dalam badan wanita (ada sperma yang hayatnya hanya beberapa minit saja). Melakukan hubungan seks setiap berselang sehari atau 2 hari memastikan sperma sentiasa ada di dalam saluran falopian wanita. Jika tepat masanya berlaku ovulasi dan telur memasuki saluran falopian, maka ia berpeluang disenyawakan oleh sperma yang sudah sedia menunggu. Waktu hubungan seks tiada kaitan dengan peluang kehamilan. Ikutlah keselesaan anda berdua. Secara teori, mungkin waktu malam lebih elok memandangkan isteri terus berbaring selepas itu, maka tidak banyak air mani akan keluar dari farajnya. Menggunakan suhu badan isteri juga tidak begitu tepat. Jika kitaran isteri sangat tepat, anda boleh www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 21 menjangkakan bila berlakunya ovulasi (pengeluaran telur) iaitu 14 hari sebelum tarikh haidnya yang akan datang. Jika tidak, gambaran ini boleh dibuat berdasarkan corak kitaran haid yang lalu. Pada waktu suhu badannya menurun, ovulasi baru saja berlaku atau ia sudah berlaku dalam masa 48 jam yang lalu, anda mungkin sudah terlepas peluang itu. Ini boleh dibantu dengan ujian air kencing (mengesan kehadiran LH) setiap empat jam, ia boleh memberi tekanan kepada isteri, harganya juga mahal. Tempoh mencuba bergantung kepada kehendak masing-masing. Sebagai panduan, bagi pasangan yang tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan kesuburan, tempoh setahun digunakan sebelum mendapatkan rawatan perubatan. Mendapatkan rawatan lebih awal tidak salah, cuma besar kemungkinan isteri anda akan hamil dengan sendirinya dalam masa setahun terbabit, seperti kira-kira 90 peratus pasangan yang lain. Hanya 10 peratus pasangan saja yang masih gagal hamil setelah setahun mencuba.

Kewajipan Mandi Junub / Hadas Besar


Perkataan junub ataupun janabah menurut bahasa bererti jauh. Dalam surah al-Qasas: 11 terdapat firman Allah yang bermaksud: Maka kelihatan Musa oleh saudara perempuannya dari jauh. Menurut istilah syarak, ia bererti orang yang tidak suci, kerana sesuatu sebab seperti keluar air mani, bersetubuh dan sebagainya seperti yang akan dijelaskan. Istilah junub ini digunakan merujuk kepada kaum lelaki dan perempuan, sama ada ketika jamak atau tunggal. Orang yang berada dalam keadaan junub ditegah daripada mendirikan sembahyang, membaca al-Quran, tawaf dan lain-lain larangan yang akan dijelaskan, yang telah ditetapkan oleh Allah. Untuk membolehkan seseorang yang dalam keadaan junub itu melakukan amalan ibadah yang ditegah, seseorang itu hendaklah mandi, yang diistilahkan sebagai mandi junub. Berikut ini dijelaskan dengan ringkas sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi junub: i. Keluar air mani, iaitu sama ada ia berlaku kepada lelaki atau perempuan, biar dengan sebab apa pun, kerana mimpi, bersenda gurau, memandang sesuatu dengan ghairah ataupun setakat berkhayal atau memikir sesuatu yang merangsang keluar air mani. Dalam sebuah hadis daripada Ummu Salamah, dia berkata: Ummu Sulaim pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu menerangkan yang hak. Adakah perempuan wajib mandi apabila bermimpi? Jawab Rasulullah: Ya, apabila dia melihat air mani. Menurut hadis riwayat Abu Daud dan lainnya, daripada Saidatina Aishah, dia berakta: Rasulullah telah ditanya tentang lelaki yang merasakan basah tetapi tidak ingat yang ia bermimpi. Rasulullah berkata, dia wajib mandi. Mengenai lelaki yang berasa dirinya bermimpi, tetapi tidak berasa sesuatu yang basah, maka baginda menyatakan, dia tidak wajib mandi. Lalu Ummu Sulaim berkata: Perempuan juga bermimpi seperti itu. Adakah dia juga wajib mandi? Baginda menjawab: Ya, kaum wanita itu adalah www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 22 belahan lelaki. Mujahid telah berkata, menyatakan ketika dia dan sahabat-sahabatnya iaitu Ibnu Abbas Thawus, Said bin Jubair dan Ikrimah duduk di masjid, dan ketika itu Ibn Abbas sedang mendirikan sembahyang, tibatiba datang seorang lelaki bertanyakan, kalau ada di antara mereka yang ada di situ boleh memberi fatwa. Salah seorang daripada sahabat itu bertanyakan lelaki berkenaan kalau dia mahu bertanyakan sesuatu. Lelaki itu berkata, Setiap kali saya membuang air kecil, ia selalu diiringi oleh air yang terpancut. Salah seorang daripada sahabat bertanya sama ada air itu yang menjadi asal kejadian anak. Lelaki itu menyatakan, ya. Lalu mereka menjawab, mengatakan kalau begitu dia wajib mandi. Lelaki berkenaan beredar pergi dalam keadaan tidak puas hati. Setelah Ibn Abbas menyempurnakan sembahyangnya, dia meminta Ikrimah supaya memanggil lelaki tadi datang. Apabila lelaki itu datang menemuinya, Ibn Abbas bertanyakan kepada sahabat sama ada fatwa yang diberikan itu berlandaskan kitabullah, daripada Rasulullah atau daripada sahabat. Mereka menyatakan tidak! Fatwa tersebut hanya lahir daripada fikiran mereka sendiri. Setelah lelaki tadi tiba berhampiran Ibn Abbas, beliau bertanya sama ada dia berasa air itu keluar disertai oleh rasa syahwat. Lelaki itu menyatakan dia tidak bersyahwat ketika itu. Dia juga tidak berasa letih setelah air itu keluar. Ibn Abbas menyatakan bahawa hal demikian berlaku kerana cuaca dingin yang mempengaruhi. Kerana itu dia tidak wajib mandi junub, memadai dengan berwuduk sahaja. Berdasarkan hadis di atas, dijelaskan juga bahawa orang yang bermimpi, tetapi tidak bertemu dengan air mani, maka dia tidak wajib mandi. Ibn Munir berkata, menurut ingatannya hukum ini telah disepakati oleh ahli-ahli ilmu. Selain daripada itu, apabila seseorang itu bangun tidur, lalu dia mendapati basah pada pakaian atau selimut misalnya, tetapi dia tidak ingat sama ada dia bermimpi, maka dia wajib mandi sekiranya dia yakin bahawa itu adalah air mani. Ini kerana pada zahirnya air itu keluar asalnya disebabkan mimpi yang dia tidak ingat. Andainya dia tidak pasti adakah itu air mani atau bukan, dia tetap wajib mandi junub demi untuk berjaga diri. Menurut Mujahid dan Qatadah, orang yang dalam keadaan demikian tidak wajib mandi, kecuali dia benar-benar yakin bahawa apa yang ditemui itu adalah air yang terpancar (mani). Keyakinan asal yang ada pada dirinya ialah dia dalam keadaan suci. Hal demikian tidak boleh hapus semata-mata kerana kebimbangan atau keraguan. Orang yang merasakan air maninya hendak keluar ketika dia dalam keadaan bersyahwat, lalu ia menahan kemaluannya, menyebabkan air mani tidak keluar, dia wajib mandi kerana hadis yang lepas menyatakan bahawa kewajipan mandi itu dikaitkan dengan melihat air mani. Tanpa melihatnya, hukum wajib mandi itu tidak berlaku. Tetapi sekiranya air itu keluar ketika dia berjalan misalnya, dia wajib mandi. Orang yang melihat air mani pada kainnya tetapi tidak tahu bila air itu keluar, dan secara kebetulan telah melakukan sembahyang, dia wajib mengulangi sembahyang, bermula daripada waktu tidurnya www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 23 yang terakhir, kecuali kalau ada tanda-tanda membuktikan bahawa air mani itu keluar sebelum itu. Ketika itu dia perlu mengulangi sembahyang yang terdekat sekali dengan tidur di mana air mani itu keluar. ii. Melakukan hubungan jenis. Iaitu memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam alat kelamin perempuan, biarpun tidak keluar air mani. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah daripada Nabi beliau bersabda yang bermaksud: Apabila lelaki telah duduk di antara bahagian-bahagian tubuh wanita yang empat, kemudian meletihkannya, maka bererti dia telah wajib mandi. Menurut satu riwayat lain menurut Muslim, sekalipun dia dia tidak mengeluarkan mani. Dalam sebuah hadis daripada Said bin Musayyab, dinyatakan bahawa Abu Musa al-Asyhari berkata kepada Aishah: Saya ingin menanyakan sesuatu, tetapi saya rasa malu kepada anda. Jawab Aishah: Tanyalah dan jangan malu-malu kerana saya ini adalah ibumu. Maka ditanyakan tentang lelaki yang melakukan hubungan jenis tetapi tidak sampai keluar mani. Lalu Saidatina Aishah menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: Apabila alat kelamin wanita bertemu dengan alat kelamin lelaki, maka wajiblah mandi. Berdasarkan ijmak ulama, hubungan itu hendaklah terlaksana dengan betul, bukan semata-mata menyentuh tanpa melakukan hubungan jenis. iii. Terhentinya haid dan nifas. Ketentuan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu dekati mereka hinggalah suci. Maka apabila telah suci, bolehlah kamu datangi mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Rasulullah pernah bersabda kepada Fatimah bin Abi Hubaish yang bermaksud: Tinggalkan sembahyang selama hari-hari haid, mandilah dan kemudian sembahyang. iv. Mati. Orang yang meninggalkan dunia wajib dimandi berdasarkan ijmak. v. Orang kafir yang baru masuk Islam. Orang yang berada dalam keadaan junub dilarang mengerjakan sembahyang, fardu atau sunat. Larangan ini berdasarkan firman Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa: 43. Dilarang juga mereka yang berada dalam keadaan junub mengerjakan tawaf sama ada tawaf fardu, wajib atau sunat. Selain daripada itu orang yang berjunub dilarang membaca al-Quran. Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abu Talib beliau berkata: Rasulullah pernah membacakan al-Quran di hadapan kami setiap waktu, baik berwuduk terlebih dahulu mahupun tidak, selama beliau tidak dalam keadaan junub - hadis riwayat Tirmizi, Nasaiy dan Ahmad. Juga dilarang menyentuh al-Quran dan tinggal di dalam masjid. Adalah lalu di dalam masjid bagi orang yang berada dalam keadaan junub tidak dilarang. Larangan di atas berdasarkan ayat al-Quran surah anwww.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 24 Nisa: 43 yang bermaksud: Janganlah pula berdiam di masjid ketika kamu dalam keadaan junub, kecuali jika sekadar lalu sehinggalah kamu mandi terlebih dahulu. Perempuan haid atau nifas boleh lalu dalam masjid dengan syarat tidak mengotori masjid dengan titisan darah. Larangan lain ialah melakukan sujud tilawah atau sujud syukur. .

7 Langkah Cakaran Harimau Dan Labah-Labah


Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan. Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat. Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini. Nor Bahyah yang semakin popular dalam program agama di televisyen menambah, langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang. Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya. Beliau yang mendapat pendidikan di Maktab Mahmood di Alor Setar, Kedah dan seterusnya melanjutkan pengajian agama di Universiti Al Azhar, Mesir, berkata, apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing. Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan ter****t sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 25 Beliau turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Kata Nor Bahyah, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri. Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'. Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir,' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,'' ujarnya. Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri. Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,'' katanya. Kata Nor Bahyah, Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga. Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,'' tambahnya.

8c Sebab Suami Benci Isteri


C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata... C2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua... C3. CELUPAR Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 26 selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. C4. COMOT Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun. C5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2... C6. CEREWET Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.... C8 CUAI Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, and mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....

Hubungan Kelamin Tidak Sepatutnya Menyakitkan


SAKIT? Hubungan kelamin tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan. Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 27 Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka. Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema. Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan. Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan, mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar. Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya. Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda. Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj. Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris. Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan penis lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual - memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin, kata Dr. Shah Reza. Mengapa kesakitan berlaku? Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah: * Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin * Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis), kata Dr. Shah Reza. * Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut - menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak * Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 28 Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan. Jenis-jenis kesakitan dan langkah-langkah perlu Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj. Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing. Kesakitan vulva Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan. Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan. Kesakitan faraj * Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku. Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj. Pada permulaan menopaus, hormon wanita - estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin, ujar beliau. Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu. Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala. Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan lubrikasi/pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah. * Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria * Vaginismus: Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut. Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 29 pengantin baru, Dr. Shah Reza. Antara penyebab-penyebab vaginismus: * Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan * Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom * Jangkitan vulva dan faraj. Kesakitan serius di bahagian dalam faraj Merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj. * Penyakit keradangan pelvis * Masalah dengan rahim * Endometriosis * Ketumbuhan di kawasan pelvis * Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus * Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau * Ketumbuhan telur reproduksi. Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan. Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan: * Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku * Bilakah anda berasa sakit * Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya * Sejarah perubatan * Sejarah keluarga.

Pilihan rawatan * Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 30 * Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi * Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj * Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda. Peranan emosi Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis. Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram. Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan, Dr. Shah Reza menarik perhatian. Nasihat beliau: Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah. Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

Isteri Tak Puas - Bagaimana Suami Tangani?


Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan, Sepanjang tujuh tahun perkah-winan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri. "Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga tergalas di bahu saya. "Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu " Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 31 insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya? Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri. Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin. Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian rumah tangga yang semakin lesu. Apa perlu dilakukan oleh isteri: 1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. 2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar. 3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang. 4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri. 5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. 6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman. 7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama. Apa perlu dilakukan oleh suami: 1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang tenang bukan tertekan. 2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan hubungan suami isteri. 3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama. 4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima. 5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 32

Rawat Cepat Klimaks


RAMAI suami mengalami masalah ejakulasi tidak mahu berterus terang kepada isteri dan cuba mengatasinya secara sendirian tanpa pengetahuan isteri. Pada hal, rawatan paling berkesan adalah terapi seksual yang memerlukan kerjasama daripada isteri, lagipun rawatan ini jauh lebih murah berbanding rawatan perubatan. Masalah cepat ejakulasi dan disfungsi ereksi adalah dua gangguan fungsi seksual yang saling berkaitan kerana masalah cepat ejakulasi ini jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan disfungsi ereksi. Begitu juga sebaliknya, difungsi ereksi menyebabkan cepat ejakulasi. Bagaimanapun suami tetap masih member! Alasan bahawa hubungan seksual dengan isteri masih boleh dilakukan walaupun ia berlaku dalam waktu yang singkat. Selain disfungsi ereksi, cepat ejakulasi juga boleh disebabkan oleh kebiasaan suami ingin mencapai ejakulasi secara tergesa-gesa di peringkat awal hubungan seksual, fungsi zat serotonin yang lemah dan masalah hipersensitif yang menyebabkan gagal orgasme. Mengecewakan isteri: Lambat laun, masalah cepat ejakulasi ini boleh menyebabkan isteri kecewa dalam diam kerana menghadapi masalah gagal orgasme bila suami cepat ejakulasi. Isteri gagal orgasme disebabkan tidak cukup menerima rangsang-an seksual, bahkan rangsangan suami terhenti kerana dia cepat ejakulasi dan isteri tidak mencapai sebarang kepuasan. Cara me-ngatasi: Masalah cepat ejakulasi, suami tidak perlu tergesa-gesa untuk mengetahui statusnya sama ada disebabkan oleh disfungsi ereksi atau sebaliknya. Jika ia disebabkan oleh disfungsi ereksi, maka atasi masalah ini terlebih dahulu. Jika mampu ditangani dengan baik, masalah cepat ejakulasi dengan sendirinya dapat di-atasi. Jika bukan disebabkan oleh difungsi ereksi, masalah cepat ejakulasi boleh diatasi dengan pengambilan ubat untuk mengawal ejakulasi, melakukan latihan mengawal ejakulasi (terapi seks) dan pembedahan untuk membetulkan urat saraf. Rawatan menggunakan ubat dan terapi seks, paling banyak menjadi pilihan utama lelaki yang menghadapi masalah cepat ejakulasi berbanding cara pembedahan. Pengambilan ubat dan terapi perlu dalam pengawasan doktor pakar. Sayangnya kebanyakan lelaki lebih suka memilih ubat berbanding terapi seks. Jawapannya, ada tiga sebab kenapa mereka berbuat demikian, pertama lebih mudah, latihan memerlukan masa dan ketekunan sedangkan mereka mahukan hasil segera. Dan ketiga, umumnya suami malu berterus terang dengan isteri. Sebenarnya terapi seks adalah jauh lebih murah dan isteri boleh membantu dan lebih memahami masalah suaminya. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 33

Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin


Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. - Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas. - Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. - Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. - Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. - Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'. - Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air. - Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu. - Kurangkan dari memakan Pisang Embun. - Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. - Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. - Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. J - angan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar. - Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua. - Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 34 - Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air. - Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin. - Jangan jima' di dalam air. - Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit. - Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. - Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks. - Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit. - Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Langkah Pertama Sebelum Berjimak


Beberapa tip untuk panduan. (1) Pastikan anda telah berikan "hint" atau isyarat untuk bersama awal-awal lagi. Wanita mengambilmasa untuk berahi dan bersedia. Isyarat anda membantu wanita menaikkan nafsu. (2) Pastikan cukup tidur dan rehat. Kesihatan amat penting untuk memastikan anda dapat memberi dan mendapat seks yang terbaik. (3) Sebolehnya makan sejam sebelum melakukan seks.Jangan makan terlalu kenyang dan jangan makan pedas. (4) Kebersihan amat penting sekali. Pastikan anda bersih terutama pada tempat yang anda mahukan. Anda bersih dan pasangan anda pun bersih. Wanita sepatutnya mencuci dengan pembersih khas bahagian bahagia anda itu. Lelaki pun perlu menggunakan pencuci sebegitu. (5) Kekemasan tempat bersama adalah penting. Pastikan kemas, berbau bersih dan wangi tetapi tidak terlalu wangi dan bercahaya suram. (6) Berus gigi anda dan dicadangkan membersihkan mulut dengan pencuci mulut kumuran. (7) Pastikan tempat bersama mempunyai bantal dan selimut yang sesuai. Pastikan tempat seks anda bersih. Seks adalah hubungan, lanjutan hubungan yang panjang. Seks yang terbaik adalah apabila ia dilakukan www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 35 dengan sayang dan cinta.

Masa Yang Sesuai Untuk Berjimak


Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat. Cara berjimak yang dituntut. 1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 36 3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.

Tatasusila Bersetubuh Suami Isteri


Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua. Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral. Bimbingan Islam itu antara lain adalah: a) Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin. Dari hadi riwayat Abu Daud telah disebutkan dan bererti: Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja? Lalu beliua menjawab. Demikian inipun lebih bersih dan suci. b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaiman tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 37 bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk. c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih saying. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati. d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan. e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih saying seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. Allahumma Shalli `Alaa Muhammad. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya. f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya. g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali. Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya. Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud: Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi. Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan? Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 38 yang sopan. Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang bisa membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki bisa tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang oleh agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri. Firman Allah Taala: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. (Al Quran Surah An Nur Ayat 30) Lagi firman Allah Taala: Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka. (Al Quran, Surah An Nur Ayat 31) Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain. (Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a) Sabda Rasulullah s.a.w.: Janganlah kamu perlihatkan pahamu, dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan jangan pula paha orang mati. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim) Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan. Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 39 kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta. Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata. Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain. Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan. Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks. Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya. Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati bukan buta mata yang sesungguhnya. Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksukan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya.

Kemanisan Berumahtangga
Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 40 Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang. Dengan sebab itu, sebelum seseorang melangkah ke jinjang pelamin, buatlah persediaan secukupnya baik dari segi ekonomi, ilmu, perasaan dan tingkah laku. Seseorang yang merancang untuk berkahwin mesti dapat menjangkakan kedudukan kewangannya selepas perkahwinan dan seterusnya selepas menimang cahaya mata. Jangkaan-jangkaan yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian, sewa rumah (jika perlu), kenderaan, pakaian, peralatan, bil, keluarga belah suami atau isteri dan banyak lagi pertimbangan luar jangkaan. Jika anda merasa berkemampuan untuk menguruskan kesemua hal-hal yang tersebut, maka selepas perkahwinan nanti, anda akan merasa lebih selesa. Jika tidak, bawalah pasangan anda berbincang bagi mendapatkan pemahaman dan keputusan agar kelak masing-masing dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing. Persediaan dari segi kesihatan juga dirasakan semakin perlu akhir-akhir ini. Sebelum berkahwin, anda perlu memastikan kesihatan anda memuaskan kerana takut kalau-kalau ia boleh mempengaruhi kesihatan pasangan dan merosakkan mahligai bahagia. Ilmu juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga. Orang yang berilmu biasanya lebih matang cara berfikir dan bertindak, lebih sabar dalam menghadapi kerenah rumahtangga dan tidak terburu-buru membuat keputusan. Apabila anda berkahwin, anda perlu ingat selalu bahawa insan yang dikahwini mempunyai perasaan yang berlainan daripada anda. Oleh sebab itu, jika anda dapat menyelami perasaan masing-masing, bahtera rumahtangga lebih mudah dilayari walaupun dilanda gelora. Selalulah berkomunikasi dan cuba selesaikan sebarang masalah sebelum masuk tidur. Setelah berkahwin, anda juga perlu menjaga tingkah laku. Semua kelakuan dan tabiat yang kurang disenangi sebelum berumahtangga perlulah dibuang. Anda juga harus berkelakuan mengikut situasi kerana walaupun anda berkahwin dengannya, anda perlu ingat dia punya keluarga yang perlu dijaga perasaannya.

Bahaya Melakukan Seks Ikut Dubur


MENGIKUT fahaman saintifik, lubang najis ketika wanita itu masih dalam perut ibu adalah bersatu dengan salur faraj dan kemudiannya kedua-dua saluran itu terasing. Jadi tidak hairan jika terdengar yang sebilangan kecil wanita terasa lebih terangsang jika salur najisnya dirangsang dengan jari atau dengan ereksi pasangan. Hubungan liwat dianggap sebagai hubungan seksual luar tabii dan dari segi hukum undang-undang negara jika disabit kesalahan boleh dihukum. Mengikut Islam perilaku ini dilarang sama sekali kerana elemen luar tabii, haram hukumnya. Faraj direka Tuhan untuk ereksi lelaki, tempat yang sesuai untuk disalurkan sperma untuk mendapat cahaya mata. Ini tidak berlaku jika hubungan seksual dilakukan di dalam lubang najis. Oleh kerana lubang najis itu sensitif dan mengandungi mukosa yang tipis kemungkinan ia boleh www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 41 tercedera dan juga berisiko kepada perempuan untuk mendapat buasir jika otot dinding salur najis terkoyak. Melakukan hubungan penetratif seksual ke dalam faraj selepas selesai melakukan hubungan penetratif ke dalam lubang najis akan memberi risiko jangkitan kepada faraj. Ini kerana lubang najis ada banyak kuman dan kulat yang boleh mengakibatkan keradangan dan bau kepada faraj. Jika ini berlaku, wanita itu mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan faraj dan masalah kesuburan jika jangkitan merebak ke selaput endometrium dan salur telur. Perkara yang sering berlaku ialah, lelaki yang seronok dengan hubungan penetratif seksual ke dalam lubang najis akan terus ketagih dengan hubungan itu yang kononnya lebih sempit dan amat terangsang jika dibandingkan dengan hubungan seksual di faraj. Sebenarnya ini hanya pendapat dan pilihan individu saja. Kajian menunjukkan yang faraj wanita memang tempat sesuai untuk melakukan hubungan penetratif seksual. Faraj dalam kawalan wanita dan dia boleh menyempitkan atau mengembangkan saluran itu mengikut usaha dan dayanya. Anggota sulit wanita mengandungi banyak bahagian yang boleh merangsang wanita saperti klitoris, bibir kecil, U-spot, G-Spot (langit faraj) P dan C spot dalam faraj, jika dibandingkan dengan salur najis yang hanya mengandungi satu tempat yang merangsangkan dan ini pun hanya terdapat kepada sebahagian kecil wanita.

Persiapan Alam Perkahwinan


Aku terpanggil untuk menitipkan serba sedikit dan berkongsi pengalaman dalamana persiapan untuk menjadi raja sehari perlu dirancang penuh ketelitian agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa meninggalkan sebarang kemelut dan masalah. Mudah-mudahan dengan sedikit panduan yang digariskan ini bakal mengundang lebih ramai lagi pasangan diluar sana menjadi komuniti suami isteri. 1. Kos hantaran pasti menjadi bualan. Dengan perubahan harga minyak dan kenaikan harga getah dipasaran secara tidak langsung meningkatkan wang hantaran sekaligus. Dari pengamatan aku, kos terkini melamar anak dara adalah disekitar RM 6,000 dan keatas. Oleh yang demikian, tatkala berlangsungnya majlis pertunangan, tawar menawar perlu dilakukan agar kita tidak dibebani dengan isu ini. Kita bukan berurusan jualbeli, tetapi tuntutan agama menjadi tiang seri. 2. Kos kenduri bagi meraikan hari persandingan pasti memerlukan kos yang tinggi. Justeru, rancang corak bagaimana meraikan hari gemilang kita, bagi yang berkemampuan pasti keluarga boleh www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 42 membantu. Yang penting, ikut kemampuan diri atau ukur baju dibadan sendiri. Lebih menjimatkan sekiranya sajian dimasak sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan caterer yang tumbuh bagai cendawan. Tidak kurang RM 8,000 dibelanjakan bagi jemputan seramai 500 orang. Fikirfikirkanlah..nak lebih mudah, kenduri ala-kadar pasti menjimatkan. 3. Bila sebut bersanding, pasti kita tidak dapat lari dari kos pelamin, betapa hebatnya kita diraikan akan terpancar dua sejoli diatas singgahsana. Ada yang berhabisan dipelamin demi sekali seumur hidup. Tepuk dada tanya selera, nasihat aku...pelamin tidak perlu gah kerana kos pasti mencapai RM 2,000 untuk hiasan yang tidak dipakai lama. 4. Pernah saksikan cerita' wedding planner' atau bahasa kita mak andam. Mak andam adalah orang yang paling signifikan dalam urusan perkahwinan. Bagi wanita, beliau ini menentukan wajah kita dihari perkahwinan kelak. Segala aksesori dan kosmetik hari gemilang disewa segalanya. Demi memeriahkan lagi, upacara photografi dengan pakaian beraneka pasti menjadi pilihan hati. Terpulang kepada anda semua yang menentukan. Dari pengalaman saya dan teman-teman, kosnya hampir mencecah RM 2,000 bersih dan kita boleh lihat mak andam tersenyum puas mengira upah dinikmati. 5. Persiapan majlis walimatul urus bukan mudah dilaksanakan, yang datang membantu pasti menyerikan majlis kita ini. Pasti kita tidak lupa kos persiapan seperti kad jemputan, bunga telur, khemah, kerusi meja, penanggar, duit rokok, kompang dan sebagainya. Sejak akhir-akhir ini, aturcara majlis diserikan dengan karaoke, tari menari dan juga kugiran yang ditempah khas. Ini semua pasti memerlukan pengorbanan wang RM. Sila sediakan RM 6,000 bagi prasarana yang diceritakan tadi. Anda yang mengatur semuanya. 6. Lafaz nikah pasti menjadi bukti kita sebagai pasangan suami isteri. Yang belum menghadiri kursus perkahwinan, adalah disarankan berbuat demikian. Kos upah tok kadi dan saksi berserta mas kahwin mesti berada dalam poket kita sentiasa. Sehabis lafaz, sila jangan malu dan segan hulurkan habuan mereka ini. Dalam sampul kita selitkan RM 100 setiap seorang. Mas kahwin ikut aturan negeri masingmasing, yang berkemampuan demi kasih sayang kepada isteri, hadiah gelang dan cincin bertkahta permata pasti menjadi habuan dan ikatan kasih abadi. Begitulah diantara beberapa kos yang terbabit dalam kerangka pelan perkahwinan. Kepada pasangan yang menanti hari bahagia sambil hari dihitung satu persatu, persiapan seperti ini tidak dapat kita hindari. Apa yang penting, rancang mengikut kemampuan kerana berlebihan akan pasti meninggalkan lebih kesan buruk dari yang baik. Kehidupan selepas perkahwinan sepatutnya diperhalusi kerana bahtera rumahtangga dibina takut nanti dilanda gelora angkara hutang merata. kepada warga Mykakis yang ingin mendirikan rumahtangga di waktu terdekat ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan berbahagia keanak cucu. Sekiranya memerlukan perunding bicara untuk pelan perkahwinan sederhana, jangan ragu-ragu dan segan untuk pm saya dengan kadar segera.

Petua Mengasihi Isteri


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 43 sekadar ingin menyatakan "I Love You". 2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. 3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh. 5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai. 6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik. 7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri. 8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan. 10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. 11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri. 13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan. 14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala. 16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan. 17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai. 19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak. 20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 44 22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan kemachoan kamu! 6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benarbenar inginkan kamu disisi mereka. 7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. 9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. Lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu itu kerana mereka SAYANGkan kamu! www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 45

Nafkah Batin Bukan Hanya Kepentingan Seks


NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja. Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir (seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu. Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya. Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya." Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya." Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 46 Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud: "Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)." Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi. Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi. Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat. Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya. Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain. Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami. Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu. Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak. Ibnu Abbas pernah berkata: Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka." www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 47

Pentingnya Seks Dalam Perkahwinan

KOMUNIKASI yang paling dalam antara suami isteri ialah hubungan seks. Perasaan kasih sayang boleh dicurahk hubungan seks. Namun apa yang sering berlaku didalam rumahtangga ialah golongan wanita terlalu memandang masaalah berkaitan seks. Bagi wanita, mereka lebih mementingkan hubungan mesra sahaja. Lelaki dan wanita me citarasa seks yg berbeza. Bagi kaum lelaki mereka akan lebih mesra bila kehendak seks dipenuhi terlebih dahulu. mereka lebih meginginkan kepuasan emosi barulah memikirkan tentang hubungan seks.

Kebanyakan lelaki tidak faham tentang keinginan wanita untuk bermesra dan menganggap wanita menyembunyik seksnya. Perkara ini sering menyebabkan berlakunya pertelingkahan dalam keluarga. Saat suami inginkan seks, d pula tidak bersedia, ia mungkin akan menyebabkan suami merasakan dirinya ditolak dan bertindak menjauhi ister juga dengan isteri, dia mungkin merasakan perkara yang sama kerana suami mula manjauh.

Didalam menghadapi masaalah sebegini, sebaik-baiknya pasangan suami isteri tahu perbezaan antara mereka ber antara buku yang menjelaskan tentang ini ialah 'Men Are From Mars Women Are From Venus'. Perbezaan keta lelaki dan wanita ialah dari segi fisiologi. Hormon didalam tubuh lelaki membuatkan ghairah seksual berlaku den dan dilepaskan dengan cepat juga setelah orgasme. Berlainan pula dengan wanita, kenikmatan seksual terbentuk a dan tetap tahan lama walaupun telah mengalami orgasme. Jika perbezaan ini saling difahami, ia mungkin memba menyelesaikan masaalah seks didalam rumahtangga. Komunikasi yang mesra dan saling bantu membantu didalam hubungan suami isteri merupakan langkah pertama seks yang istimewa. Dengan adanya komunikasi yang baik, pasangan suami isteri akan meningkatkan ghairah ser hebat.

Seks yang istimewa akan mengingatkan pasangan suami isteri tentang cinta murni yang telah membawa mereka b alam pernikahan. Seks yang istimewa jugaakan membuka hati wanita untuk merasakan dirinya dicintai dan akan menghargai cinta suaminya. Tetapi bagi lelaki pula, seks yang istimewa akan membuatnya lupa kepada kekecewa ghairah didalam hubungan cinta dibangkitkan. Wanita menginginkan sebuah kasih sayang bagi membuka pintu h hubungan seks manakala lelaki pula menginginkan hubungan seks terlebih dahulu untuk membuka pintu hatinya seseorang wanita. MENGAPA GHAIRAH SEKS SUAMI PADAM?

HUBUNGAN seks antara suami isteri merupakan rahsia yang tidak perlu deketahui oleh orang lain. Ia terlalu prib dikongsi oleh org lain selain pasangan masing-masing. Namun ia mungkin diketahui oleh orang lain jika tidak ad didalm diri masing-masing.

Adakah itu akan terjadi akibat pengaruh kelalaian wanita didalam menaikkan ghairah seks pasangannya? Berikut punca suami tidak memiliki ghairah seks. 1) SEOLAH-OLAH TIDAK SUKA SEKS Wanita perlu satu kesedaran untuk berubah, jangan berbicara tentang seks dengan nada yang menghina sehingga menyebabkan suami rasa hilang minayt.

* Tidak berani menunjukkan ekspresi diri atau berkelakuan seperti malu-malu kucing ketika melakukan hubunga www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 48

2) TIDAK PERNAH KAWAL SEKS Pastikan dan biar suami anda tahu anda menginginkan hubungan seks itu. Jangan sembunyikan perasaan didalam Tidak salah jika anda yang mengambil inisiatif memulakannya dahulu. 3) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN

Golongan wanita harus tahu bahawa lelaki lebih memandang kepada luaran jika dibandingkan dengan wanita. Le mudah terangsang, hanya melalui penampilan. Sebab itu lelaki mudah terperangkap secara fizikal.

4) TERLALU MENGHARAP Sebenarnya lelaki tidak suka jika wanita terlalu bergantung harap kepadanya bagi memenuhi segala keperluan leb mengenai seks. Keadaan bertambah buruk jika wanita itu merengek-rengek seperti seorang yang tidak matang. Kesimpulannya, isteri harus yakin dan tahu menempatkan seks pada tahap yang sebenarnya didalam hubungan an suami isteri. Jangan harapkan suami tahu apa yang anda inginkan, tetapi wujudkanlah sikap saling terbuka terutam kepuasan seks yang anda perolehi bersama.

Seks Yang Mulia Dan Bahagia


Bila berumah tangga, ingat selain dari nafkah zahir (duit dan harta), nafkah batin juga WAJIB ditunaikan ( seks). Mengikut adab dalam Islam. Seks dengan isteri hendaklah sopan santum. Janganlah lakukan seks yang buas dengan berbagai cara yang tidak senonoh. Dan bilamana si suami sudah puas, maka dia tinggalkan isteri diatas ranjang terkapai-kapai, sebab isteri belum puas. Walaupun suami sudah pancut airmani dan merasa puas, sedangkan isteri belum puas, maka suami 'usahalah' sedaya upaya meneruskan hubungan batin tersebut sehingga isteri merasa puas dengan lain-lain cara saperti meraba-raba, mengusik-gusik clitoris, buah dada dan sebagainya sehingga isteri merasa puas. Sebelum melakukan hubungan kelamin atau seksual dengan isteri, suami isteri harus bersedia dengan berbagai cara seperti: mandi dan bersihkan diri pakai wangi-wangian yang lembut dan sedap baunya. Suasana kamar hendaklah dalam keadaan romantika Pasanglah lampu yang samar-samar Isteri, pakailah pakaian yang nipis, separuh terbuka agar timbulnya sedikit keghairahan pada suami. Mulakan jimak atau seks dengan pelahan-lahan cumbu-cumbuan, peluk-pelukan dan barulah pelahan-lahan masukkan zakar kearah faraj secara sopan sehingga isteri puas. Jangan hanya menuggu suami sahaja untuk membuat seks, sesekali isteri wajib mengoda suami. Kalau suami nampak kurang, isteri harus terus datang mengancam. Godalah suami anda sebaik mungkin melebihi godaan wanita-wanita lain. Agar suami anda sentiasa sayangkan anda. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 49

Kewajipan Bersetubuh Suami Isteri


Agama Islam telah menetapkan kewajipan suami iaitu memberi nafkah lahir dan batin kepada isterinya. Kewajipan nafkah lahir itu umpamanya memberinya makan, minum, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Sedang nafkah batin adalah mengisi dan memuaskan keperluan seksual isteri. Bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari satu maka berkewajipan menggilir isterinya itu menurut kesepakatan mereka bersama. Dan kesempatan itu tidak boleh diingkari. Dengan ketentuan seperti itu menunjukkan bahawa suami mempunyai kewajipan memenuhi hajat seksual isterinya. Begitu juga sebaliknya, seorang isteri pun mempunyai kewajipan melayani hajat seksual suaminya. Isteri tidak boleh menolak bila pada suatu saat ia diperlukan suaminya untuk berhubungan kelamin. Dan ini memang tugas bagi setiap isteri, sebagai imbalan jerih payah suami yang telah dengan sukarelanya memenuhi kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam perkahwinan. Dengan adanya kewajipan yang timbal balik antara suami isteri maka dapatlah di penuhi kewajipan seksual masig-masing dengan bersetubuh. Dengan demikian tidak akan terjadi kesimpang siuran di dalam memenuhi hajat mereka berdua. Seperti halnya pada suatu waktu suami mengajak isterinya bersetubuh. Akan tetapi ajakannya itu ternyata ditolak. Demikian pula ada kalanya seorang isteri mengajak suaminya berhubungan kelamin, tetapi ajakan itu ditolaknya. Kalau hal ini berterusan, pasti terjadi kekecewaan dari pihak isteri. Mengapa sampai terjadi hal seperti itu? Ada dua penyebabnya yang tidak difahami oleh suami isteri iaitu: a) Kerana suami atau isteri tidak mengetahui tanda-tanda bila biasanya masa berahi keduanya datang. Suami tidak mengetahui tanda dan masa berahi isterinya. Demikian pula isteri tidak mengetahui tanda dan masa berahi suaminya. b) Suami atau isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh dari partnernya masing-masing. Suami tidak mengetahui kemampuan bersetubuh isterinya. Begitu juga isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh suaminya. Apabila kedua penyebab itu dapat diketahui oleh kedua belah pihak, maka tidak akan terjadi kesalahfahaman antara keduanya; kerana tidak ada unsur paksaan atau perasaan terpaksa di dalam setiap hubungan seks. Kedua unsur itu dapat menjadi hambatan dalam mencapai keharmonian dalam rumah tangga. Berapa kalikah suami mampu mengadakan hubungan seks dalam seminggu atau sebulan? Tidak ada jawapan yang tepat mengenai soal ini. Semua orang yang tergolong ahli dalam bidang seksual tidak ada yang menyimpulkan secara tepat. Sesungguhnya bilangan yang normal tidak ada, semuanya berbezabeza antara satu dengan yang lain. Ada orang yang melakukan hubungan seks sekali pada setiap malam. Ada yang melakukannya dua hari sekali, ada yang setiap tiga hari sekali, ada yang melakukannya sekali

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 50 dalam seminggu, bahkan ada yang melakukannya 3-4 kali dalam sebulan. Tegasnya tidak ada bilangan yang tetap dalam hal ini kerana kemampuan seksual tidak boleh diukur dari wujud fizik, umpamanya ukuran zakar. Akan tetapi bergantung dari kemampuannya memprodusi air mani, kesihatan badan, makanan yang cukup vitamin, cukup istirehat, perasaan selalu gembira, pengaruh ransgsanga-rangsangan yang erotis dan sebagainya. Kesemua itu dapat mempengaruhi kemampuan bersetubuh seseorang. Begitu juga kemampuan seksual menjadi menurun bila terjadi gangguan penyakit, dalam keadaan lapar, bekerja berat, dalam penderitaan, ketegangan-ketegangan perasaan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu tidak ada ketentuan waktu yang boleh digunakan sebagai jadual bersetubuh. Agama Islam membenarkan kahwin dengan empat orang wanita. Ketentuan itu tentu erat sekali hubungannya dengan kemampuan seksual seseorang. Kerana empat orang wanita yang dikahwininya itu tentu menuntut nafkah batin kepada suaminya. Dengan demikian, ia wajib menggilir isterinya itu selama empat hari dalam seminggu. Jadi melihat peraturan Islam yang demikian, kemungkinan besar secara alamiah rata-rata manusia itu mempunyai kekuatan atau kemampuan senggama empat kali dalam seminggu. Mengenai bila datangnya masa berahi wanita, pengetahuan ini memang perlu diketahui oleh setiap wanita sebab mengajak isterinya bersetubuh di saat-saat ia tidak ada ghairah seksual, hasilnya tentu tidak memuaskan kerana hubungan seks yang dilakukan keduanya atas dasar suka sama suka dan saling hajat-menghajatkan. Ertinya di dalam batin isterinya tidak ada kehendak untuk menolak. Di sinilah perlunya seorang suami yang dapat mengetahui masa berahi isterinya. Menurut Marshall dalam Physiology of Reproduction, dia menulis Masa bangkitnya nafsu berahi wanita pada umumnya sehabis menstruasi (haid). Sedang menurut Ellis adalah kebalikannya iaitu sebelum datangnya masa haid, hanya kadang-kadang saja nafsunya memuncak sehabis haid. Pada tahun 1918 Marie Stopes dalam bukunya yang popular Married Love mengatakan bahawa ratarata nafsu seks wanita menjadi naik dan mencapai puncaknya dua kali dalam sebulan. Iaitu satu kali dalam dua minggu, sedang pada waktu haid nafsu itu turun serendah-rendahnya. Dari ketentuanketentuan yang diberikan oleh Marie Stopes itu, maka pada tahun 1919 Dr Havelok Ellis membuat kesimpulan sebagai berikut: i.Pada wanita memang ada gelombang syahwat yang teratur, yang sejalan dengan gelombang haid. ii.Ada dua puncaknya yang tertinggi pada gelombang itu. Dari berbagai pendapat di atas itu, kiranya ada satu pendapat yang agaknya bersesuaian dengan firmah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: Maka apabila mereka telah suci (dari haid) maka datangilah mereka dengan cara yang diperintahkan Allah kepada kalian. (Al-Quran, Surah Al Baqarah Ayat 222)

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 51 Perintah mendatangi isteri sehabis masa haid di dalam ayat itu, dapat diambil suatu kefahaman bahawa pada saat-saat habis haid itulah nafsu seks wanita naik memuncak. Sehingga perlulah Allah memberi peringatan kepada para suami dengan bahasa yang halus untuk menggauli isterinya. Dan dari kefahaman itu dapat pula ditarik suatu kesimpulan bahawa puncak kepuasan dalam bersetubuh dapat dicapai berkat adanya keserasian kehendak dan bererti pula persetubuhan itu didasari oleh perasaan suka sama suka. Kebolehan suami dalam menentukan masa berahi isterinya dan kesedaran dalam mengukur kemampuan suaminya merupakan kunci kejayaan bersama dalam mencapai kepuasan seksual. Sehubungan dengan itu selain pengetahuan yang telah diterangkan mengenai masa datangnya berahi wanita yang kebanyakannya jatuh pada hari-hari menjelang dan sesudah haid, ada kalanya seorang isteri mempunyai tabiat yang berbeza. Suami yang bijak hendaklah, memperhatikan tanda-tanda dari kelakuan isterinya yang dapat diertikan sebagai ajakan untuk bermain seks sebab mengajak secara terus terang untuk bermain seks bagi seorang wanita bertentangan dengan sifat wanita kerana jiwanya yang banyak diliputi oleh rasa malu. Begitu pula kesedaran seorang isteri dalam mengukur kemampuan seks suaminya agak penting juga. Isteri hendaklah memperhatikan tabiat suaminya di dalam setiap hubungan seks. Umpamanya beberapa kali kekuatannya di dalam setiap persetubuhan, atau beberapa kali keinginan seksual dalam seminggu dan lain sebagainya yang patutnya dijadikan catitan. Di samping itu seorang isteri patut mengetahui pekerjaan suami pada hari itu kiranya mempunyai pekerjaan berat, tentu pada malam harinya tidak dapat mengajak berhubungan kelamin dengannya. Kerana pekerjaan berat mempengaruhi pula daya kemampuan seks seseorang. Jadi seorang isteri dapat menunda persetubuhan pada hari lain. Membina kehidupan seksual yang sihat antara suami isteri, maka dikehendaki sikap toleransi dan saling memberi kebahagiaan merupakan kunci bagi bahagianya perkahwinan. Biasanya usaha menuju ke arah itu tidak mendapat kesulitan apabila suami isteri itu pandai menyesuaikan dan mengatur frekuensi hubungan seks antara mereka berdua secara teratur.

Seks Sukses - Rumahtangga Bahagia


Masalah seksual seringkali menjadi topik yg menarik untuk dibicarakan. Tidak klimaks, sukar teransang dan hilang ghairah adalah antara yg kerap diutarakan. Masalah tentang seksual tidak harus dipandang remeh kerana ianya sebenarnya melibatkan kebahgiaan perkahwinan. Kegagalan menyelesaikan masalah seksual pasangan suami isteri tidak mustahil akan menyebabkan rumahtangga porak-peranda. Artikel berikut mengupas tentang masalah seksualiti lelaki dan wanita dan diberi sekali tip menarik untuk menjadikan seks suatu yg sukses dan membahgiakan perkahwinan. 1) Foreplay (pemanasan) Pemanasan atau foreplay adalah reaksi untuk memulakan seksual yg menyenangkan. Paling tidak sediakan waktu 30 minit utk bermesra dan bercengkerama dgn pasangan. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 52 2) Oral seks (keintiman) Ia menjadi syarat utama utk mendapatkan ghairah seksual. Dlm hal ini suami atau isteri perlu mencari bahagian paling sensual pasangannya. Fokuskan fikiran waktu itu utk melakukan sentuhan dan ciuman penuh perasaan. 3) Ciuman (kucupan) Ciuman atau kucupan mesra mampu menjadikan seks lebih indah dan bermakna. Bibir merupakan dfaerah sensitif dan paling mudah mencipta ghairah. Selain itu ciuman di bahagian tubuh yg lain juga turut memiankan peranan. 4) Aktiviti seksual di pagi hari Kegiatan di pagi hari diyakini lebih 'segar' dan cukup berpotensi bg pasangan yg menginginkan keturunan. Selain itu juga memberi kelainan, jika selama ini anda lebih menumpukan aktiviti seksual di malam hari. 5) Variasi teknik seks Tidak ada salahnya jika pasangan mencuba variasi seks. Teknik yg sama mungkin menimbulkan kebosanan dan variasi posisi seks mampu menghalau perasaan ini selain dari memberikan kepuasan. 6) Titik G-Spot Menemui titik G-Spot di bahagian klitoris adalah perkara paling utama dalam memastikan pasangan mencapai orgasme. Carilah daerah sensitif ini utk kesenangan pasangan. 7) Percaya Diri Percaya pada diri di samping bertemu cara memperoleh seks yg dikehendaki, membuatkan anda lebih ghairah. Ingatlah anda mampu 'cemerlang' tampil di hadapan pasangan anda. Biarlah pasangan melihat dan menikmati keindahan tubuh anda. Jauhkan fikiran lain yg mampu mengganggu kosentrasi. 8) Stimulasi seks Stimulasi seks dapat meningkatkan mood, misalnya mencatat hal-hal yg membuat pasangan merasa erotik 9) Perhatikan waktu yg tepat Sebagai tahap akhir utk mencapai seks yg suksess demi kebahgiaan perkahwinan adalah dgn memperhatikan waktu yg tepat utk melakukan kegiatan seksual. Kajian kengatakan bahawa lima hari sesudah menstruasi terkahie adalah contoh yg sgt tepat utkl melakukan hubungan. Waktu ini wanita lebih subur dan lebih mudah diransang.

Kamar Tidur Bukan Sekadar Tempat Melakukan Seks


Tempat tidur bukan sekadar tempat memadu asmara tetapi menjadi tempat untuk bercerita akan kehidupan seharian bersama pasangan. Apa yang terjadi di pejabat, perihal perjalanan ke tempat kerja dan sebagainya boleh diceritakan kepada pasangan anda. Tahukah rahsia disebalik kamar 'tertutup' ini. Ini bukan sekadar tempat anda melakukan hubungan seksual tetapi jika kena pada caranya, ia boleh mempertingkatkan rahsia keintiman anda berdua. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 53 1) Jika kamar tidur anda masih sama susunan perabotnya seperti lima tahun dahulu, apakata anda menggunakan kreativiti untuk menyusun atur kembali perabot. Biarpun barang lama jika diubah posisinya, pasti cantik. Tampak lebih menarik, jika anda mengecat bilik tidur dengan warna yang lebih romantis. Bila semuanya tampak serba baru, bolehlah anda kerahkan tenaga berlebihan dengan aksi yang lebih hebat. Peliharalah, nikmati dan bersuka rialah di tempat tidur. Pasti anda merasai nikmat multioragasme. 2) Lakukanlah secara spontan dan mulailah berasmara ketika ada kesempatan. Anda boleh memulai asmara dengan secara ringan ketika berehat selepas makan tengahari, dikerusi belakang kereta atau mula meransang pasangan dari arah belakang, di saat dia berehat. Ucapkan kepadanya bahawa anda benar-benar mahukannya pada malam hari. Pasti pasangan anda rasa dihargai dan ungkapan kehebatannya selepas anda berasmara. 3) Berkomunikasilah secara terbuka dan jujur tentang rahsia keinginan dan keperluan seksual. Seks bukan sesuatu yang memalukan sebaliknya akan menambah kasih sayang antara anda dan pasangan. Jika anda merasakan 'persembahan' pasangan kurang hebat, beritahulah secara jujur. Jangan takut meminta apa yang anda inginkan di tempat tidur. Ini termasuklah hubungan seksual mahu dilakukan dua atau tiga kali semalam. Bukankah itu hak anda? Tapi perlulah ada cara tersendiri bagaimana memikat suami kerana setiap orang, lain caranya. Bersuaralah dengan nada memujuk, lelaki biasanya akan cair dengan cara ini. Pastikan semuanya baik-baik sahaja dan menyenangkan. 4) Belajarlah bagaiamana seks yang hebat, baca, pelajari dan praktikkan. Membaca bukan sekadar menambah ilmu pengetahuan tetapi anda boleh membincangkannya dengan pasangan bagaiamana untuk menjadikan hubungan seksual anda hebat dan menjadi kenangan. Memang lelaki agak malas dalam hal pembacaan kerana bagi mereka, ia membuang masa. Tapi anda boleh jadi tempat menimba ilmu dan salurkan kepada pasangan. 5) Berlama-lamaanlah ketika anda tengah asyik di tempat tidur. Ia boleh memberikan ketenangan apatah lagi anda dapat memerhatikan raut wajah pasangan yang sedang lena tidur. Jangan biarkan anda dan pasangan dibelenggu dengan masalah sebaliknya saling berkerjasamalah agar anda memperoleh kesenangan terutamanya ketika melakukan hubungan seksual. 6) Paling penting ketika di tempat tidur, anda hendaklah menjaga kebersihan diri. Jangan tampil dengan gaya selekeh kerana ia boleh mematikan mood pasangan. Ada sesetengah orang tidak begitu menjaga penampilan diri. Sekadar berkain batik, memakai T-shirt ayau berseluar pendek ia boleh mematikan mood anda. Memang ada yang membahaskan bahawa apa yang dipakai itu tidak penting kerana anda akan melucutkannya kelak tetapi sebenarnya baju nipis yang membaluti tubuh, lebih memberikan ghairah awalan untuk anda memulakan langkah seterusnya. Bukan sekadar pakaian tetapi mandilah sebersih-bersihnya selain memakai haruman. Bukankah kebersihan itu dituntut oleh agama? Jadi apabila nafas anda tidak berbau, tubuh harum menyengat memberikan ghairah berlebihan. Nikmatilah hubungan seksual dengan penuh kasih dan sayang. 7) Jangan sesekali egois di tempat tidur. Buangkan sikap buruk anda itu kerana ia akan memberikan tekanan kepada pasangan. Berikan kerjasama yang sebaik-baiknya ketika anda melakukan hubungan seksual, barulah anda akan menikmatinya sepenuh rasa. Ikutilah rentak pasangan dan sesekali pamerkan skill anda, barulah daya seksual lebih menarik. Percayalah anda akan merasai nikmat seksual yang berkekalan. www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 54 8) Penting untuk anda mengetahui nilai bercinta dengan hanya berhubungan seksual. Yakinlah memberikan pasangan anda waktu untuk penyesuaian diri dan anda akan merasai begitu dihargai pasangan.

Kembalikan Keghairahan Anda Dalam Melakukan Seks


Sekiranya anda mengalami masalah ini, usah bimbang. Ubahlah sikap anda dan praktikkan beberapa perkara untuk mengembalikan ghairah seksual suami yg telah terpadam. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda. Ciuman Walaupun adakalanya dianggap remeh oleh pasangan tapi ciuman sebenar dapat membangkitkan kembali ghairah anda pada pasangan. Cumbu-cumbuan Bercumbu satu sama lain seperti membelai, memeluk dan sebagainya. Cumbuan dapat membangkitkan ghairah seksual. Cumbuan dapat menyalurkan natural amphetamine dan endorphin keluar tubuh, meransang satu emosi yang dahsyat tapi tidak seperti orgasme. Suasana romantik Semasa bersama dgn pasangan pastikan keadaan romantik, lampu dgn cahaya yg suram akan membuatkan perasaan untuk hubungan intim menggebu-gebu. Sesuatu yang baru Mencuba sesuatu yg baru dapat menghangatkan hubungan. Kebanyakan pasangan ingin mencuba posisi eksotik, tapi mereka malu untuk melakukannya. Godalah pasangan Menggoda pasangan merupakan kesukaan para wanita, namun tidak begitu dgn lelaki. Anda boleh cuba menggoda pasangan anda misalnya dgn membisikkan kalimat cinta. Lakukan suatu tindakan Jika salah satu dari anda bersikap pasif andalah yang harus proaktif. Sebagai wanita tidak salah anda memulaknnya dahulu, biarkan anda mengemudikan acaranya. Tiada apa yg hendak dimalukan dgn pasangan masing2. Jadilah bos yg mengusulkan seks dan mengendalikan dalam permainan cinta.

Saling Memahami Kehendak Pasangan


Sesekali membiarkan pasangan anda melakukan apa yg dia suka(pastiakan bahawa anta turut merelakannya) terhadap badan anda, tentu mengasyikkan. Kalaupun anda tidak biasa, jgn segan2 untuk menyatakan keinginan kerana ini akan membuatkan dia berusaha lebih baik, agar kalian sama2 menikmatinya. Cari peluang untuk mandi bersama. Jangan lupa persiapan bilik mandi, seperti gabungan sabun wangi atau bauan lavender, alunan muzik romantis atau nyalaan lilin-lilin aromaterapi dikatakan www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Membina Rumah Tangga Bahagia: 55 dapat membangkitkan ghairah seksual, sekali gus meredakan stres yg dialami. Posisi klasik iaitu wanita di bawah dan lelaki di atas, masih merupakan posisi paling diminati. Ini kerana ia lebih memungkinkan pasangan, untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada aktiviti yg sedang dilakukan. Memeluk erat sambil menatap mesra ke dalam mata masing-masing turut mencipta, satu perasaan luar biasa semestinya. Jangan sesekali menganggap bahawa anda ketinggal;an zaman, jika masih gemarkan posisi klasik ini. Malah tidak perlu bimbang bahawa pasangan anda mungkin merasa bosan terhadap kegiatan seksual kalian, selagi anda mampu membangkitkan nafsu gairahnya dgn tip-tip terkini.

www.kahar_stipersgt@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai