Anda di halaman 1dari 5

KETUA PANITIA

~ Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan muird-murid.

~ Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli
atau dihasilkan sendiri

~ Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Guru Besar.

~ Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.

~ Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan


mengikut kemudahan guru-guru.

UNIT PERPUSTAKAAN

~ Membantu Penyelaras PSS dalam merancang, pengelolaan, pentadbiran


penggunaan unit perpustakaan.
~ Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa Induk.
~ Menentukan dasar pentadbiran, pembelian buku dan penggunaan perpustakaan.
~ Melatih dan menyelia kerani (jika ada) dan Pengawas PSS untuk membantu
menguruskan perpustakaan.
~ Menjamin bilik / ruang perpustakaan diurus dengan baik dan teratur.
~ Menyediakan jadual dan peraturan penggunaan perpustakaan.
~ Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang buku-buku dan bahan bacaan
yang diperoleh.
~ Merancang dan melaksanakan aktiviti unit perpustakaan.
~ Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan untuk semua kelas.
~ Menentukan pengguna membuat catatan tentang pinjaman dan penggunaan
perpustakaan dalam rekod pinjaman dan penggunaan.
~ Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada murid-murid cara menggunakan buku-buku
perpustakaan.
~ Memilih dan memesan bahan buku dan bahan bacaan yang lain untuk bacaan dan
rujukan.
~ Menguruskan pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan.
~ Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan, perabot dan peralatan
perpustakaan kepada Penyelaras PSS.
~ Mengelas, memproses (teknik) dan mengkatalog bahan-bahan buku dan bahan-
bahan bukan buku seperti akhbar, majalah, risalah dan bahan-bahan bercetak
yang lain.
~ Bertanggungjawab mengenai penyusunan bahan-bahan buku, majalah,
risalah,fail tegak dan bahan-bahan sumber lain.
~ Bertanggungjawab membaik pulih, menyemak dan menghapuskira bahan-bahan
buku dan bahan-bahan bukan buku yang lain dengan kerjasama jawatankuasa
perpustakaan yang lain.

UNIT APD

~ Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan


Unit APD.
~ Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa Induk.
~ Menyediakan dan menyesuaikan Jadual Waktu TV Pendidikan dan ASTRO
dengan Jadual Waktu Sekolah.
~ Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Waktu TV Pendidikan dan ASTRO
dengan Media Pendidikan yang lain serta memastikan guru-guru membuat
catatan pada rekod peminjaman dan pemulangan berkenaan.
~ Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan media teknologi di PSS
kepada guru-guru.
~ Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan sumber bagi meninggikan tahap
pencapaian pembelajaran dan pengajaran.
~ Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di
Unit APD.
~ Memastikan penerimaan alatan TV dan Radio sentiasa di dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
~ Melaporkan sebarang kerosakan alat pandang dengar supaya dibaikpulih dengan
seberapa segera kepada Penyelaras PSS.
~ Menyediakan laporan-laporan penggunaan Rancangan TVP dan ASTRO dan
bahan-bahan media lain kepada Jawatankuasa Induk PSS.
~ Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penyelaras PSS, Penolong
Kanan Akademik dan Guru Besar sekolah.

UNIT BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

~ Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan


PSS.
~ Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan memastikan
guru membuat catatan penggunaannya dalam buku tersebut.
~ Memproses, mengkelas dan mengkatalog bahan Bantu mengajar yang diterima
daripada KPN / JPN / PSPN / PPD atau agensi lain serta penghasilan oleh pihak
PSS / sekolah sendiri dan merekodkan bahan-bahan tersebut dalam Buku Rekod
Perolehan PSS ( Unit bahan bukan buku ).
~ Mengurus dan mengelolakan penghasilan bahan serta penggunaan bahan
tersebut dengan kerjasama Panitia Mata Pelajaran.
~ Membantu Penyelaras PSS dalam kerja-kerja memesan dan menerima bahan
BBM yang diterima oleh PSS.
~ Menyediakan jadual dan peraturan penggunaan bilik / ruang BBM.
~ Bertanggungjawab mengenai penyusunan BBM di PSS.
~ Bertanggungjawab dalam kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan
menghapuskira BBM dengan kerjasama guru-guru PSS yang lain.
~ Menjalankan semakan stok berdasarkan polisi yang ditetapkan.
~ Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber BBM di PSS bagi
meningkatkan pencapaian P&P.
~ Membuat penilaian ( dalam bentuk statistik / data dan laporan bertulis ) terhadap
perkhidmatan dan penggunaan BBM.
UNIT ICT /FROG VLE

~ Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan


PSS.
~ Menentukan dasar pentadbiran dan penggunaan komputer termasuk
penggunaannya.
~ Mencatatkan semua bekalan alat dan perisian komputer dalam stok / inventori.
~ Menyediakan jadual dan peraturan penggunaan makmal komputer dan komputer.
~ Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan komputer bagi pencapaian PdP.
~ Menentukan guru-guru subjek teras menggunakan Frog VLE dalam PdP setiap
minggu.
~ Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Komputer, senarai perisian komputer dan
lain-lain media elektronik serta memastikan guru-guru membuat catatan terhadap
penggunaannya.
~ Memastikan dashboard sekolah sentiasa “hijau” dalam pencapaian penggunaan
guru, murid dan ibu bapa dalam Frog VLE.
~ Menentukan pemenang Murid&Guru Champion dalam Frog VLE.
~ Bekerjasama dengan Guru Champion untuk membantu guru-guru subjek
membina site dalam Frog VLE.
~ Sentiasa membuat pengumuman button terkini dalam Frog VLE.
~ Bertanggungjawab dalam penyusunan pekakasan dan perisian media elektronik /
komputer di PSS.
~ Melapor sebarang kerosakan internet kepada 1bestarinet dan PKG PD.
~ Bertanggungjawab menyemak dan menghapuskira perkakasan komputer.

UNIT NILAM
~ Membantu GPM mempromosikan Program NILAM kepada murid dan guru-guru.
~ Mengadakan Pelancaran Program NILAM
~ Menyediakan jadual NILAM (setiap kelas) untuk aktiviti NILAM di Perpustakaan.
~ Memastikan sekurang-kurangnya murid-murid mempunyai 2 buah buku NILAM
dan menggalakan guru-guru merekod dan membuat pinjaman buku di
Perpustakaan.
~ Mengumpul data NILAM (setiap kelas)4 kali setahun.

~ Menganalisis data NILAM murid dan guru 4 kali setahun.

~ Mencari pemenang Pertandingan Terbanyak Bacaan NILAM setiap kelas


mengikut KPI bulanan dan tahunan sekolah.

UNIT MBMMBI

~ Membantu Penyelaras PSS menjayakan MBMMBI di sekolah.

~ Mewujudkan sudut MBMMBI di sekolah.

~ Memastikan guru-guru Bahasa menggunakan perisian MBMMBI semasa PdP.

~ Memastikan guru-guru merekod penggunaan perisian tersebut di makmal


komputer.

BALAI ILMU/PAPAN KENYATAAN

~ Membantu sekolah dalam pengisian ilmu pengetahuan dengan mewujudkan


sudut panitia, sudut berinformasi dan lain-lain.

~ Bekerjasama dengan Unit HEM dan Kokurikulum dengan pengisian kejayaan


sekolah dalam bidang sukan, ko akademik dan sahsiah.

UNIT BULETIN/SPEECH CORNER


~ Menerbitkan i-Buletin SKS dalam Frog VLE.
~ Memuatkan pengisian dan coretan peristiwa dan program yang dilaksanakan
dalam i-Buletin SKS.
~ Mewujudkan “Speech Corner”.
~ Mengendalikan aktiviti kepada murid-murid mengikut ketetapan pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai