Anda di halaman 1dari 4

Panduan Ringkas

Pilihanraya MPP
KPMBM 2020/2021
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2020/2021


1 Panduan Ringkas Pilihanraya MPP KPMBM 2020/2021

1.0 Taklimat Calon

Semua calon dikehendaki menghadiri taklimat calon. Sesi taklimat ini memberi
peluang kepada calon untuk mengetahui secara terperinci mengenai perjalanan
pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

2.0 Kod Etika Calon

1) Calon hendaklah sentiasa berpakaian kemas.


2) Calon hendaklah bebas dari tindakan tatatertib dan kesalahan disiplin.
3) Calon telah menjelaskan segala bayaran yang telah ditetapkan oleh Kolej.
4) Calon hendaklah sentiasa memakai tag nama calon semasa tempoh berkempen dan
Hari Pengundian.
5) Calon tidak boleh mengganggu dan mempertikaikan proses pembuangan undi yang
telah ditetapkan.
6) Calon dilarang merakam mana-mana kertas undi semasa proses pembuangan undi.
7) Calon dilarang untuk cenderung kepada apa-apa aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai
suapan, sogokan atau rasuah oleh calon kepada pengundi.
8) Calon hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej Kolej.

3.0 Kod Etika Berkempen:

1) Berkempen menggunakan surat layang adalah dilarang. Penggunaan risalah


hendaklah mendapat kelulusan Urusetia Pemilihan MPP.
2) Berkempen hanya dibenarkan di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Urus
Setia Pemilihan MPP.
3) Calon dilarang berkempen melalui atau menggunakan persatuan yang di bawah
penyeliaan Hal Ehwal Akademik/Pelajar & Alumni atau persatuan luar.
4) Calon dilarang membuat tohmahan, fitnah, menghasut atau menyerang peribadi
mana-mana individu atau yang menyentuh sensitiviti kaum.
5) Calon dilarang memancing undi dalam kawasan pembuangan undi.
6) Kempen pemilihan ini tertakluk kepada segala had dan sekatan berhubung dengan
peraturan dan tatatertib sebagai pelajar Kolej seperti yang diperuntukkan dalam Akta
Kolej dan lain-lain peraturan untuk pelajar Kolej dan apa-apa had, sekatan dan
peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Urus Setia Pemilihan MPP.

1|P a g e
2 Panduan Ringkas Pilihanraya MPP KPMBM 2020/2021

3.1 Peraturan Poster Pemilihan MPP

1) Peraturan Penyediaan Poster

a) Setiap poster hanya dibenarkan mengandungi nama calon, kelas calon, Slogan dan
tanda X di mana-mana bahagian poster dan pengesahan pegawai yang ditugaskan
oleh Urus Setia Pemilihan MPP. Sila rujuk Lampiran 1 sebagai contoh.
b) Ukuran poster hendaklah tidak melebihi ukuran saiz kertas A4
c) Hanya poster berwarna hitam dan putih sahaja yang dibenarkan.
d) Calon dilarang menukar atau mengubah poster-poster yang telah disahkan oleh
pihak Urus Setia Pemilihan MPP.

2) Penggunaan Poster Dalam Pemilihan MPP

a) Poster hendaklah DIGANTUNG sahaja. Calon DILARANG SAMA SEKALI menampal


poster sama ada di dinding, tiang dan tempat-tempat kemudahan awam seperti
perhentian bas. Urus Setia Pemilihan MPP atau pihak Bahagian Keselamatan atau
mana-mana pihak yang dilantik oleh Urus Setia Pemilihan MPP berhak menurunkan
mana-mana poster yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b) Calon bertanggungjawab menanggalkan dan menurunkan poster yang digantung
serta memastikan kawasan tersebut bersih dalam tempoh tiga (3) hari selepas
pengundian pemilihan MPP selesai. Calon yang gagal mematuhi semua peraturan
di atas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
c) Calon yang gagal menurunkan poster serta gagal memastikan kawasan berkenaan
bersih di atas boleh dikenakan tindakan tatatertib
d) Calon dan penyokong hendaklah mematuhi apa-apa had dan sekatan lain
mengenai peraturan Kolej semasa berada di dalam kampus.

3) Berkempen melalui media elektronik dan media sosial

Calon dibenarkan berkempen melalui media elektronik dan media sosial tetapi
tertakluk kepada kod etika berkempen seperti dalam Perkara 3.0.

a) Mana-mana calon yang melanggar perkara 2.0, 3.0 dan 3.1 adalah tertakluk
kepada peraturan untuk pelajar Kolej dan juga apa-apa had, sekatan dan
peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Urus Setia Pemilihan MPP
dan segala had dan sekatan berhubung dengan peraturan dan tatatertib sebagai
pelajar Universiti seperti yang diperuntukkan dalam Akta Universiti dan Kolej

2|P a g e
3 Panduan Ringkas Pilihanraya MPP KPMBM 2020/2021

Universiti 1971.

4.0 Jangkamasa berkempen


Jangkamasa yang dibenarkan adalah 7 hari dari hari Penamaan calon atau tertakluk
kepada keputusan Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya MPP.

LAMPIRAN 1

CONTOH POSTER CALON

PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

HAZMAN BIN SULAIMAN


DBF 4A
USAHA BUKAN KATA

3|P a g e

Anda mungkin juga menyukai