Anda di halaman 1dari 13

Panduan

Menyediakan
Buku Log
Pengakap

Oleh

Nourman Rayn Datuk Awang Zaini


Setiausaha Pasukan Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah

Edaran Dalaman
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Pengenalan
Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-
mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik
yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri
ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah
menguatkan tekad dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk
memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan
dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya
ditimbulkan kerana secara langsung, apabila ianya dijadikan alasan atau disifatkan
sebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat
Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.

Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu
merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang
tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan
pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa
Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun
perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.

Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta
melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.

Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa,
bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini
telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi
kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh
membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.

Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang muktamad, tetap ataupun wajib
dipatuh, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca mempelajari
kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.

NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI


Setiausaha Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah

Kota Kinabalu
26 Disember 2008

2
APAKAH ITU BUKU LOG?
Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti
bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian
lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan
panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu.
Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi
sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti
dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula
menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun
grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap
penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli
Pengakap tersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh
Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan
peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan
mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil
kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun
berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300
helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada
satu jangka masa yang lama.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah
‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin
mengambil ujian tertentu?’

Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya
menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21
cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan
sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan
persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan
Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya
catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa
tersebut.

Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang
lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang
disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan
buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersbeut
mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin
yang telah diterimanya?

3
Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-
tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku


2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku
3) Lencana Keris Perak - 1 buku
4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

UNIT PENGAKAP MUDA

1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku


2) Lencana Usaha - 1 buku
3) Lencana Maju - 1 buku
4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA

1) Lencana Ekspedisi - 1 buku


2) Lencana Jayadiri - 1 buku
3) Lencana Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku
6) Ujian Sikap - 1 buku

UNIT PENGAKAP KELANA

1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku


2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku
3) Projek - 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku

4
* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai
seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan di dalam Buku
Log Peribadi ataupun di dalam sebuah buku log berasingan.

Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang
ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh
menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :

- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.


- Kursus dan seminar yang dijalani
- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri
- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai

Nota : Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri
yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan
Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.

NOTA:

Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah
menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-
buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.

1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian


2) Buku Log Lencana Usaha
3) Buku Log Lencana Maju
4) Buku Log Lencana Jaya
5) Buku Log Pengembaraan
6) Buku Log Lencana Jayadiri
7) Buku Log Lencana Kegiatan
8) Buku Log Lencana Kemahiran
9) Buku Log Lencana Perkhidmatan
10) Buku Log Lencana Ekspedisi\
11) Buku Log Ujian Sikap

* Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah
atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.

5
FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG
Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat
dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)


Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.
Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak
mudah binasa akibat basah.

Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis
serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Berikut merupakan contoh bagi


lapisan luar buku yang telah saya
hasilkan bagi sebuah pihak Majlis
Pengakap Daerah di masa lepas

6
Halaman pertama
Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya
para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan
penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis.


Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan


Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama


buku log yang mengandungi
maklumat peribadi penulis bagi buku
log tersebut.

7
Halaman kedua
Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi
ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan
pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian
yang disenaraikan.

8
Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan


setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara
berikut :

1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa


buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai
penulisan.
3) Penambahan fakta (sekiranya tertinggal semasa menulis
nota atau fakta yang diperolehi selepas selesai penulisan
nota)

Contoh kegunaan ruangan


kosong di sebelah kanan
setiap muka surat di dalam
Buku Log.

9
Foto, lakaran dan sample di dalam buku log
Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk
ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun,
ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun
berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

10
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap
diarahkan untuk mengumpulkan sample tertentu seperti tumbuhan, serangga dan
sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya
perlu) dan sample boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

11
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku
log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam
buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta
nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.

12
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah
menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan
ayat yang panjang berjela-jela.

Contoh catatan laporan pengembaraan

Kesimpulan

Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa
yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan
lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas
dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).

Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya
merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti,
program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.

13

Anda mungkin juga menyukai