Anda di halaman 1dari 2

ASPEK DAN ISTILAH SASTERA

TEMA
-Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya samada cerpenis,
novelis, penyair, penyajak atau penulis skrip drama yang mendasari karya.
-Tema boleh terdapat 1 atau lebih dalam sesebuah karya. Banyak perkara yang dapat dijadikan tema
bagi sesuatu karya misalnya perjuangan, sejarah, kemiskinan,kemanusiaan, kehijauan alam dan
sebagainya.

PERSOALAN
-Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam suatu karya yang ada hubungan dengan tema. Persoalan
biasanya lebih dari satu, semakin panjang karya,maka semakin banyaklah persoalannya.

WATAK DAN PERWATAKAN


-Watak ialah sesuatu objek atau pelaku baik manusia atau haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Watak
inilah yang akan mengembangkan tema dan persoalan .
-Perwatakan pula adalah sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan.

LATAR
-Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya peristiwa. Latar terbahagi 3 latar
tempat, masa dan masyarakat. Latar tempat ialah tempat berlakunya peristiwa, latar masa ialah masa
atau tempoh berlakunya peristiwa dan latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita.

PLOT
-Plot adalah penceritaan peristiwa dengan berdasarkan hukum dan sebab. Ditafsirkan sebagai rentetan
peristiwa yang bersebab yan g dijalin melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian.

GAYA BAHASA
-Gaya bahasa ialah unsur keindahan iaitu cara seseorang pengkarya menggunakan bahasa yang baik
dan kreatif dalam karya.
1. Diksi : Pemilihan penggunaan kata yang baik dan tepat
2. Simile : Perbandingan menggunakan kata-kata seperti, umpama,bak, bagai, ibarat
3. Metafora : Merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi 2 kata. Contoh : Api amarah,
jambatan ukhuwah
4.Hiperbola : Sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud
sebenar. Contoh :” Kuih bakul limau mandarin” adalah bermaksud hidangan air mata
Yang melimpah –ruah. Ia merupakan satu gambaran yang berlebih-lebihan kerana air mata tidak
melimpah-ruah.
5. Sinkope : penyingkatan perkataan . contoh tak, nak, saja, ku, mu
6. Asonansi : Pengulangan bunyi vokal yang sama. Contoh vokal a,e,i,o dan u secara berulang dalam
setiap baris ayat. Misal : kita umpama sehelai daun ( pengulangan vokal sebanyak 5 kali )
7.Aliterasi : Pengulangan bunyi konsonan atau huruf konsonan pertama pada beberapa perkataan
berturutan dalam sesuatu baris puisi. Misal :Hijau menunas menyegar mata ( pengulangan konsonan m
sebanyak 3 kali )

8. Pengulangan
i.anafora- pengulangan awal baris (Banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam)
ii. epifora- pengulangan akhir baris (Keli masuk ruan keluar, matahari masuk bulan keluar)
iii. response
iv. repetisi-

9. Personifikasi : Pengorangan atau p;enginsanan. Bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda
mati, binatang, idea atau hal abstrak. (…kata-kata ibunya dahulu mengasak ke ruang fikirannya)

NILAI : Nilai-nilai yang murni ditunjukkan oleh watak seperti bertanggungjawab, jujur, amanaj, bijaksana,
tolong menolong dll

PENGAJARAN : Nasihat yang diperoleh dalam sesuatu kara. Contoh : Kita haruslah menolong orang yang
susah.

Anda mungkin juga menyukai