Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera,Ybhg/Tuan/puan/cik

Saya selaku Setiausaha Kembara Mahasiswa Aceh di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) Universiti Selangor, ingin membuat permohonan sumbangan bagi menjalankan
misi sukarelawan Aceh pada 18Mac-02 April 2020 nanti. Tujuan kami untuk mewujudkan misi
sukarelawan adalah bagi menjalankan projek khidmat pendidikan dan kajian sosiobudaya.
Melalui projek ini, kami dapat menambah pengetahuan tentang kebudayaan masyarakat di
Banda Aceh, dan melahirkan rasa empati terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam tsunami
Aceh 2004. Maka, demikian sumbangan daripada Ybhg/tuan/puan/cik sangat dihargai sekaligus
memberi manfaat kepada kami untuk mengembangkan persefahaman budaya di peringkat
internasional.

Berikut adalah surat rasmi untuk Ybhg/tuan/puan/cik dan brochure tentang misi kami:

--

Yang benar,

Muhammad Afiq Bin Rudy Azmir,

Setiausaha.Kembara Mahasiswa Aceh.

Universiti Selangor (UNISEL)

MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN BAGI KEMBARA MAHASISWA BITARA ACEH 5.0

Anda mungkin juga menyukai