Anda di halaman 1dari 12

SKRIP PROJEK RATU (EPISOD 1)

BIODATA RATU
NAMA : MARLYN BUNDOI
UMUR : 20 TAHUN
ASAL : KAMPUNG API-API KENINGAU

BIL PERKARA INSERT / VISUAL DURASI


1 MONTAGE 15 saat
2 ESTABLISHED SHOT BANDAR KENINGAU (secara fast cut) INSERT SHORT 30 saat
BANDAR
(GRAFIK - BANDAR KENINGAU DALAM PETA BERGERAK)
KENINGAU

3 PENGENALAN 4 minit

JOVENEA
JOVENEA
Hai apa khabar penonton Projek Ratu. Program ini merupakan rancangan baru dan akan
MENGACARA
bersiaran sebanyak 13 episod selama 30 minit. Untuk episode pertama ini saya Jovenea SAMBIL
BERJALAN DI
sebagai pengacara akan membawa anda mencari Ratu. Ratu apa…Ratu Kaamatan.
BEBERAPA
Projek Ratu merupakan satu-satunya rancangan yang akan mencari dan menjejak 13 ratu LOKASI
Kaamatan atau Unduk Ngadau untuk membawa penonton menyelusuri keindahan tempat
kelahiran mereka sehingga membawa mereka menjadi ratu Kaamatan. Apakah
keistimewaan yang ada pada mereka sehingga di gelar Ratu akan kita gali dan cungkil.
Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau hanya terdapat di Negeri Sabah.

Bukan itu sahaj, setiap ratu mempunyai 2 tugasan atau projek yang perlu disempurnakan
iaitu projek pertama setiap ratu perlu menunjukkan kebolehan memasak. Samada masakan
tradisional atau masakan popular. Projek kedua ratu terpilih akan menunjukkan kebolehan
melakukan aktiviti lasak.
Untuk episod pertama kita dah mengenalpasti seorang ratu kelahiran Keningau ini iaitu
MARLYN BUNDOI (pause dan insert gambar Marlyn). Beliau masih muda iaitu berumur
20 tahun. Kalau dari maklumat yang saya peroleh Marlyn ni menetap di Kampong Api-Api
PETA KAMPUNG
Keningau. Kita akan mencari dan menjejak Marlyn. API-API

INSERT SHOT PENGACARA BERJALAN

Sebenarnya kehadiran kru penerbitan Projek Ratu tidak diketahui oleh Marlyn. Tapi kita
PENGACARA
dah berpakat dengan keluarga Marlyn untuk membuat kejutan pada Marlyn. Hari ini
BERADA DI
katanya Marlyn bercuti dan aktiviti hariannya di waktu pagi beliau akan ke pasar pagi untuk PASAR. INSERT
SHOT KEADAAN
mencari lauk atau sayur untuk di masak. Kita akan ke pasar pagi. Jom…
KEADAAN PASAR

( INSERT SHOT – PENGACARA BERADA DI PASAR PAGI. KRU SECARA KANDID


MERAKAM AKSI JOVENEA BERJUMPA DENGAN KAKAK MARLYN DAN BERCAKAP CANDID SHOT
SESUATU. SETELAH SEGALANYA BERSEDIA JOVENEA SAMBIL MENGAJAK KRU
MENUNJUKKAN TEMPAT MARLYN SEDANG MEMBELI IKAN. SAMBIL MARLYN
MEMBELI IKAN MEREKA MEMBUAT KEJUTAN ).

Jovenea
Hai, kamu marlyn ka. Saya Jovenea pengacara untuk rancangan Projek Ratu. Tahniah
kerana kamu terpilih untuk menjadi tetamu khas dalam projek ratu.

Marlyn
(sambal terpinga-pinga) Program apa ni. Maaf saya tidak faham.
Jovenea
(menjelaskan)
Projek ratu merupkan program pencarian 13 Ratu untuk 13 episod dan akan di siarkan di
saluran TV RTM. Kamu merupakan Ratu yang bertuah kerana terpilih dalam program ini.
Apa yang perlu kamu lakukan hanya membawa kami jalan-jalan dan kami ada 2 projek
untuk kamu laksanakan.

( INSERT MUKA MARLYN YANG TERPERANJAT )

Jovenea
Kamu membeli ikan mau masak apa.
INSERT SHOT
IKAN2 DI PASAR
Marlyn
Mau masak untuk makan tengahari. Ada tetamu mau datang, jadi saya akan masak
hanava.

Jovenea
Bagus bah. Kami sangat berbesar hati sekiranya Marlyn dapat menunjukkan kami cara-
cara memasak hanava. Tapi sebelum memasak apa kata bawa dulu kami jalan-jalan
sekitar Keningau.

Marlyn
Owhh boleh-boleh tiada masalah. Kalua boleh bagi la saya tukar pakaian dulu bagi cantic-
cantik.
Jovenea
Ok boleh. Jom

(JOVENEA DAN MARLYN PUN BERLALU PERGI)

4 COMMERCIAL BREAK 1

5 GRAFIK - BIODATA RATU 20 saat


Syot : Close Up & MLS Ratu (beberapa angle syot. Grafik tulisan di sebelah kanan frame)
 Nama penuh
 Umur
 Bangsa
 Tempat kelahiran

6 (DI RUMAH MARLYN, MARLYN TELAH SIAP MENUKAR PAKAIAN YANG LEBIH 5 minit
CANTIK)
(REAKSI JOVENEA DAN MARLYN KETAWA DAN BERLALU PERGI. MEREKA
BERDUA BERADA DI BANDAR KENINGAU)

Marlyn
Jovenea, sekarang kita berada di bandar Keningau. Kalau Jovenea nak tahu Keningau INSERT SHOT
BANDAR
telah di nobatkan sebagai “Permata di Pedalaman Utara Borneo” oleh Timbalan Ketua
KENINGAU DAN
Menteri Sabah pada tahun 2018 sempena Tahun Melawat Keningau. Keningau KERATAN AKBAR
dikenali sebagai “Permata di Pedalaman Utara Borneo” kerana di dalamnya terdapat
tempat tarikan yang tidak pernah orang ketahui keindahan dan sekaligus oleh menjadi
tarikan pelancongan.
Jovenea
Wah menarik. Mesti ramai penonton tidak tahu mengenai keistimewaan Keningau. INSERT SHOT
Sebelum tu saya nak bertanya budaya masyarakat disini.

Marlyn
Ramai masyarakat di sini dari suku kaum Kadazan Dusun dan Murut kerana dua kaum ini INSERT SHOT
KAUM KADAZAN
adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan
DUSUN, AKTIVITI
budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya. (Marlyn cerita HARIAN
PENDUDUK
sikit mengenai adat masyarakat sini)
KENINGAU,
PERTANIAN,
PERNIAGAAN
Jovena
DLL (VARIETY
Marlyn sendiri suku kaum mana SHOT)

Marlyn
(jawab soalan)

Jovenea
Kalau ikut sejarah, ramai juga ratu Unduk Ngadau berasal dari keningau. Bagaimana ye
Marlyn boleh tertarik untuk masuk Unduk Ngadau.
GAMBAR / VIDEO
MARLYN
BERSAMA
Antara soalan kepada Marlyn :
KELUARGA
1. Siapa yang beri dorongan
GAMBAR-
2. Bagaimana pertandingan Unduk Ngadau di Daerah keningau
GAMBAR / VIDEO
3. Apa yang paling utama di nilai semasa masuk pertandingan ini. MARLYN
MENYERTAI
4. Apa perkara paling sukar untuk di buat semasa pertandingan.
UNDUK NGADAU
GAMBAR UNDUK
( insert gambar Marlyn semasa unduk ngadau – video dan still foto)
NGADAU DI
KENINGAU /
SUASANA
Marlyn
UNDUK NGADAU
(bercerita mengenai permulaan bagaimana mula-mula memasuki Unduk Ngadau) / KERJA
BELAKANG
Jovenea
TABIR UNDUK
Kita dah mendengar cerita pahit manis, pengalaman Marlyn. Sekarang kita nak uji bakat NGADAU
memasak marlyn pulak. Ikan sudah beli tadi. Peralatan pun sudah cukup.

Marlyn
Sekarang kita berada di rumah saya (jika tidak sesuai cari tempat lain yang menarik). Saya
akan menyediakan hanava iaitu sejenis masakan tradisional di sini. Bahan yang
diperlukan……

(INSERT SEGMEN MEMASAK HANAVA SAMBIL MARLYN MENERANGKAN CARA- PERLU BANYAK
CLOSE UP
CARA DAN DI SAMPUK OLEH JOVENEA)
MASAKAN

7 COMMERCIAL BREAK 2

8 GRAFIK - BIODATA RATU 20 saat


Syot : Close Up & MLS Ratu (beberapa angle syot. Grafik tulisan di sebelah kanan frame)
 Makanan Kegemaran
 Hobi
 Cita-Cita
9 Jovenea 5 minit
KERATAN AKBAR
Banyak tempat menarik boleh kita lawati sebenarnya di Keningau. Seperti yang marlyn
/ ONLINE STORY
bercakap di awal rancangan keningau telah di nobat sebagai “Permata di Pedalaman
Utara Borneo” . Kalau tak salah saya Marlyn, Keningau juga merupakan merupakan
bandar kelima terbesar selepas Tawan dan Lahad Datu betul tak.

Marlyn
INSERT SHOT
Ye betul tu. Banyak tempat menarik di sini antaranya adalah Kampung Kraf Kg.Batu
TEMPAT2 INI
Lunguyan, Ansip Ferry Memorial Park, The Oath Stone Keningau, World War 2 Memorial
Park, Muzium Warisan Keningau, Gua Laing, Gua Batu Salag, Bukit Trig, Bukit Matanoi,,
Air Terjun Tinaaman, Tindian White Water Rafting,

Jovenea
Banyak betul ye tempat untuk dilawati

Marlyn
Memang banyak. Pasar tamu sahaja ada beberapa antaranya Tamu Ground Keningau, INSERT SHOT
PASAR TAMU
Pasar Tamu Apin-Apin, Pasar Malam Keningau, Tamu Kraf Taman Bandukan. Kalua nak
cerita banyak la Jovenea.

Jovenea
Saya sebenarnya tertarik mendengar pasal Bukit Trig tu. Teringin kalau boleh Marlyn bawa
kita ke sana. Boleh ke Marlyn yang cantik ni memanjat Bukit Trig

Marlyn
Jangan pandang saya sebelah mata. Belum cuba belum tau.
Jovena
Ok sebelum kita mencabar Jovenea mendaki Bukit Trig, kita nak dengar lagi cerita
mengenai Unduk Ngadau. Belum puas kita bercakap mengenai pertandingan Unduk
Ngadau kan.

Soalan : SHOT MARLYN


MENJAGA
1. bagaimana menjaga kecantikan diri luar dan dalam
KECANTIKAN /
2. rahsia kekal cantic MUNGKIN ADA
PETUA YANG DI
3. pakaian siapa yang sediakan
AMALKAN PERLU
SHOT
Marlyn
GAMBAR
( menjawab soalan – insert gambar ) PAKAIAN UNDUK
NGADAU / JIKA
MASIH DISIMPAN
PERLU SHOT
10 COMMERCIAL BREAK 3

11 GRAFIK - BIODATA RATU 20 saat


Syot : Close Up & MLS Ratu (beberapa angle syot. Grafik tulisan di sebelah kanan frame)
 Perkara paling teringin di buat
 Negara yang ingin dilawati

ATAU

Teaser : SEKIRANYA MARLYN DI BERI 1 JUTA, APA YANG MARLYN AKAN BUAT
(jawapan ringkas dlm 20 saat shj)
12 Jovenea 5 minit
Kita bersama semula dalam rancangan Projek Ratu. Bersama saya Marlyn seorang ratu
Kaamatan pada tahun 2018. Nampak tak pakaian kami macam mau bersukan kan. Itu
tandanya kami akan melakukan aktiviti lasak. Tadi Marlyn kata di boleh mendaki bukit.
Jadi kita lihat bagaimana si cantic jelita kami berdua akan pergi mendaki Bukit Trig.

( INSERT KEDUA MEREKA BERJALAN MENUJU KE BUKIT TRIG – MENGGUNAKAN INSERT SHOT
KENDERAAN)

Marlyn
Jovenea, kita sudah sampai ke kaki Bukit Trig. Beberapa persediaan yang perlu ialah
kasut yang sesuai, pakaian yang sesuai, air mineral dan sedikit makanan…takut lapar.
Kalau kita sudah bersedia jom kita mendaki.

( BERMULA PENDAKIAN - INSERT BEBERAPA ANGLE PENDAKIAN. CLEAN


SOUND DIPERLUKAN)

Jovenea
Marlyn, apa kata kita berhenti berehat. Tak sanggup rasanya nak teruskan mendaki
(bercakap sambal kepenatan). Kamu masih berstamina ya. Bagaimana kamu kekalkan
stamina. Ndak penat ka.

Marlyn
Saya sentiasa melakukan aktiviti sihat di rumah. Seperti jogging dan berbasikal. Baru kita
akan sihat luar dan dalam. Kamu mau kelihatan cantik sampai tua kan. Kena la rajin
bersenam. Jom kita terus berjalan.
(MENERUSKAN PERJALANAN )

Jovenea
Ok ok kita stop dulu. Minta air. Penat bah

Marlyn
( ketawa sambal memberi air kepada Jovenea)

Jovenea
Kamu nampak gembira walaupun penat.

Marlyn
Mestilah kena gembira. Saya kan membawa tetamu ke negeri kelahiran saya. saya kena
kelihatan sentiasa gembira.

Jovenea
Kamu tidak pernah ka terfikir mau keluar dari Keningau atau mencari kerja di bandar KK
contohnya

Marlyn
( menjawab soalan)
Ok la Jovena, kita kena cepat berjalan kalua tidak kita bermalam di dalam hutan ni. Jom
kita terus berjalan.

( MENERUSKAN PERJALANAN SEHINGGA KE PUNCAK )


Marlyn
Yeayyy…akhir nya kamu berjaya Jovenea. Ini lah pemandangan bandar Keningau yang
cantik dari atas bukit.

Jovenea
Betul betul sangat cantik. Hilang rasa penat bila dapat lihat view yang sangat cantik ni. Kita
harap penonton juga dapat merasai kecantikan view dari sini. Nampaknya Marlyn berjaya
selesaikan Projek ke-2. Marlyn mendaki bukit dengan riang tanpa rasa penat. Tahniah
Marlyn. Cantik tidak semestinya lemah bukan.

Marlyn
Bohong kalua saya cakap tidak penat. Penat tu mesti ada tapi kita pandai control supaya
depan kamera masih nampak cantik hahaha.

Jovenea
Ok saya pun kena kontrol cantik depan kamera hahaha. Baiklah Marlyn, sudah ½ jam kita
bersama. Tak sedar masa sangat cepat. Kita terpaksa ucap selamat tinggal kepada
penonton. Projek ratu ingin mengucapkan terima kasih kepada Marlyn kerana berkongsi
pengalaman dan membawa kita berjalan-jalan sekitar Keningau, jamu kita makan Hanava
dan bersama mendaki Bukit Triq.

Marlyn
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada team penerbitan Projek Ratu kerana
memberi peluang kepada saya. jangan serik yang untuk datang lagi ke Keningau.
Jovenea
Pasti kami akan ke sini lagi. Sehingga berjumpa di episode akan datang. Babai

(KEDUA MELAMBAIKAN TANGAN)

( CLOSING KREDIT – INSERT SHOT JOVENEA & MARLYN TURUN BUKIT SEHINGGA
SAMPAI KE BAWAH)

JUMLAH 26 minit

Anda mungkin juga menyukai