Anda di halaman 1dari 2

Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi

sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal
(?).
Contohnya:
1. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu?
2. Puan Mariam guru sekolah?
3. Adik masih menangis?
4. Dia terperanjat?
5. Emak membasuh kain?’

Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah yang diletakkan pada unsur yang dijadikan
fokus atau judul ayat. Dalam bahasa Melayu, lisan, partikel -kah biasanya diletakkan pada hujung
ayat seperti yang berikut:

6(a) Dia ke sekolah?


6(b) Dia ke sekolahkah?

7(a) Mereka berlepas pagi tadi?


7(b) Mereka berlepas pagi tadikah?

8(a) Ayah hendak membaca akhbar sekarang juga?


8(b) Ayah hendak membaca akhbar sekarang jugakah?

9(a) Istana itu cantik?


9(b) Istana itu cantikkah?
10(a) Minggu lalu kamu ke Melaka?
10(b) Minggu lalu kamu ke Melakakah?
1. Kamu sudah makan?
2. Kerja rumah awak belum siap?
3. Nasi ini basi?
4. Meja itu rosak?
5. Pagi tadi hujan?
6. Awak menangis?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Soalan :

Jawapan : Ya, saya sudah makan.

Soalan:

Jawapan : Kerja sekolah saya belum siap lagi.

Soalan:

Jawapan: Nasi ini telah basi.

Soalan :

Jawapan : Meja itu rosak.

Anda mungkin juga menyukai