Kem Bestari Solat
Kem Bestari Solat
2019
KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT 2019
Fasa 2
SK BANDAR EASTER KOTA TINGGI
PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Tanpa
solat seorang muslim itu tidak dapat menjadi muslim yang sejati yang sentiasa mendapat rahmat
daripada Allah S.W.T. Dengan kesedaran tentang betapa pentingnya solat maka pihak j-QAF SK
Bandar Easter merancang menganjurkan KEM BESTARI SOLAT 2019 2019 (KemBEST
(KemBEST 19’19’)
Program ini adalah program rangkaian yang terdapat dalam program j-QAF yang dilaksanakan di
seluruh negara. Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi memastikan murid
berjaya menguasai kaifiyat wuduk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari
segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara intensif di sekolah. Oleh itu, kertas
kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan program ini. Semoga usaha
murni ini akan diberkati Allah S.W.T. Aamin..
OBJEKTIF
Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh 2
fasa kem ini.
Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam
tempoh 2 fasa kem ini.
Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik.
TEMA
“Solat Pembentuk Insan Dinamik”
TEMPAT
SK Bandar Easter, Kota Tinggi.
1
KemBEST 2019
2019
ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1
TENTATIF
Rujuk Lampiran 2
BELANJAWAN
Rujuk Lampiran 3
KUMPULAN SASAR
Kesemua murid yang beragama Islam di SK Bandar Easter.
PENUTUP
Program peningkatan kemahiran solat yang akan dijalankan ini amat memerlukan
komitmen dari semua pihak kerana misi yang dibawa adalah amat besar iaitu membentuk
generasi seimbang dan harmonis dalam segenap aspek. Generasi inilah yang akan meneruskan
kesinambungan kepimpinan negara di masa hadapan. Semoga dengan kerjasama dari semua
pihak akan menjayakan program ini seterusnya melahirkan golongan pelajar yang berdisiplin dan
mempunyai sahsiah diri yang jitu serta berakhlak mulia, insyaAllah. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat bantuan, keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.
LAMPIRAN 1
2
KemBEST 2019
2019
STRUKTUR ORGANISASI
JAWATAN KUASA KemBEST 2019
2019 fasa 2
SK Bandar Easter Kota Tinggi.
PENAUNG
Pn. Ngatina bt Senen (Guru Besar SK Bandar Easter)
PENASIHAT
En. Mohamad Halim bin Isa ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
En. Zainuddin bin Noh (Penolong Kanan 1)
Pn. Fazilawati bt Samsuddin ( Penolong Kanan HEM )
En. Mohd Sobirin bin Mohd Azehar (Ketua Panitia P.Islam)
PENYELARAS
Pn. Juwita bt Akal Ali
AHLI JAWATANKUASA
UNIT DOKUMENTASI
Pn. Medina bt Mohd Noor
Pn. Hairayu bt Haron
UNIT KESELAMATAN
En. Azmi bin Abu
En. Mohd Asyraf bin Ismail
En. Azeze bin Ahmad
UNIT FASILITATOR
En. Afandi bin Salam (K)
En. Zainowawi bin Izani
En. Saiful bin Salman
En. Khairul Izuri bin Kasmuri
Pn. Siti Nur Huda bt Misni
Pn. Salmah bt Ahmad
Pn. Salmah bt Aya
Pn. Rosliana bt Ribon
Pn. Jasminarti bt Abd. Latif
3
KemBEST 2019
2019
MODUS OPERANDI
4
KemBEST 2019
2019
LAMPIRAN 2
TENTATIF
2 OKT 2019 (RABU)
TAHUN 1&2
7.30 Pg : SLOT 1 : Tayangan Slide – Asas Solat dan Wudhuk.
8.00 Pg : SLOT 2 : Latih Tubi – Bacaan dalam wudhuk dan Solat
9.00 Pg : Bersurai
LAMPIRAN 3
PERBELANJAAN
a) Minuman Pagi /Petang 232 orang X RM 1.29 = RM 299.28
JUMLAH = RM 299.28
5
KemBEST 2019
2019