Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin al Khattab berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat
dan setiap orang itu bergantung apa yang ia niatkan”. Diriwayatkan oleh al Bukhari
dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah (beliau mengangkat martabat Hadith ini dan menyandarkannya
kepada Nabi SAW. “Sesiapa yang berbuka satu hari daripada bulan Ramadhan dengan
tiada keuzuran dan sakit, tidak akan menggantikan (pahala) puasa tersebut dengan puasa
sepanjang tahun jikalau ia berpuasa”. Ibnu Mas’ud berpendapat sedemikian. Diriwayatkan
oleh al Bukhari.
KHAMIS 7 APRIL 2022
5 RAMADHAN 1443
Berkata al Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin al Hasan bin Ahmad al Asfahani: Syarat wajib
puasa ada empat perkara iaitu Islam, baligh, berakal dan mampu untuk berpuasa.
ISNIN
11 APRIL 2022 9 RAMADHAN 1443
PINTU IBADAH
Bagi setiap sesuatu itu mempunyai pintu dan pintu ibadah ialah puasa