Anda di halaman 1dari 3

TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN

BAB 2: BANTUAN KECEMASAN

2.1 Resultasi Kardiopulmonari (CPR)

2.1.1 Menyatakan apakah itu CPR dan situasi yang memerlukan CPR

MAKSUD CPR
 Cardiopulmonary Resuscitation ialah bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik
tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan
jantung dan pernafsaanya

SITUASI YANG MEMERLUKAN CPR


 Jika seseorang individu tidak bernafas
 Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi
 Jika seseorang individu tidak memeberikan respons terhadap rangsangan
Contoh:
1. Serangan Jantung
2. Renjatan eletrik
3. Lemas
4. Panahan petir

2.1.2 Mendemonstrasi kaedah CPR

1. Periksa respons mangsa


- Memastikan keselamatan diri sendiri, mangsa dan orang di sekitar selamat.
- Tepuk bahu mangsa dan tanya ‘Encik okey?’
- Jika mangsa memberikan respon, kenal pasti masalah mangsa dan dapatkan S – Shout
bantuan.
- Jika mangsa tidak menunjukkan sebarang respons
- Membuat panggilan ke talian kecemasan 999 untuk bantuan perubatan segera EMS
(Emergency Medical Services)

2. Buka saluran pernafasan


- Periksa saluran udara dan pastikan tiada apa-apa yang menghalang aliran udara.
- Untuk membuka laluan udara masuk dan keluar dalam pernafasan.
- Periksa sama ada mangsa mampu bernafas sendiri dgn memerhatikan pergerakan turun
& naik dada.
- Mendengar dengusan dan haba hembusan.

3. Tekanan Dada
- Jika tanda-tanda pernafasan tidak ada atau tidak normal, mula tekan dada.
- Tekan di bahagian tengah dada.
- Tekan sedalam 5 – 6 cm.
- Kadar tekan dada perlu berada kadar
- 100 – 120 setiap minit.
- Antara tekanan lepaskan semula daya yang dikenakan kepada dada supaya ia
kembali kepada kedudukan asal.

1
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 2: BANTUAN KECEMASAN

4. Bantuan pernafasan
- Jika masih tiada pernafasan, picit hidung mangsa dan hembuskan udara ke dalam
mulutnya selam 1 saat setiap hembusan.
- Langkah ini membolehkan udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan sampai ke
peparu.

5. - Kurangkan gangguan semasa tekanan dada dilakukan.


- Lakukan 2 bantuan nafas selepas 30 tekan dada diberikan

2.1.3 Menerangkan kepentingan CPR

KEPENTINGAN CPR

Suatu usaha pertolongan cemas untuk memulihkan pernafasan mangsa


yang terhenti atau tidak normal.

Memastikan bekalan oksigen dapat disalurkan terus ke seluruh badan


apabila fungsi jantung mengalami kegagalan secara tiba-tiba.

Ilmu yang sangat berguna untuk menyelamatkan nyawa mangsa sebelum


bantuan sepenuhnya tiba.

Peluang kepada pesakit untuk diselamatkan adalah lebih tinggi kerana


berjaya diselamatkan sebelum tiba di hospital.

Tindakan awal yang dapat memberikan harapan kepada mangsa yang


mengalami kemalangan seperti kecederaan parah, kejutan elektrik, lemas,
tercekik, keracunan, serangan jantung, angin ahmar, patukan ular atau
terbakar.

2
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 2: BANTUAN KECEMASAN

2.2 Helmich Maneuver

2.2.1 Menerangkan Helmich Maneuver dan kepentingannya

Maksud Helmich Maneuver

- Ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu


yang tercekik
- Tercekik ialah keadaan yang berlaku apabila saluaran pernafasan tersekat disebabkan
oleh makanan atau bendasing
- Situasi yang memerlukan bantuan Helmich Maneuever
1. Susah bernafas secara tiba-tiba
2. Bunyi pernafasan tidak normal
3. Menggenggam kerongkong atau leher
4. Susah atau tidak boleh bercakap
5. Batuk
6. Kebiru-biruan pada bibir
7. Pernafasan yang cepat
8. Pengsan

Kepentingan Heimlich Maneuver


1. Memulihkan keadaan saluran pernafasan yang tersekat.
2. Mengatasi masalah kekurangan oksigen pada paru-paru dan penyerapannya ke dalam
darah.
3. Menyelamatkan mangsa daripada lemas. Jika dibiarkan selama 10 minit dalam keadaan
tercekik, otak mangsa akan gagal berfungsi kerana kekurangan bekalan oksigen di dalam
darah.

2.2.2 Membuat demonstrasi Helmich Maneuver

1. Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan


2. Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan gengamkan tangan kanan
3. Letakan gengaman tangan kanan di antara pusat dengan dengan bawah rusuk mangsa. Letakan
tangan kiri di atas tangan kanan yang digengam
4. Tekan dan sentak ke atas dgn kuat dan cepat.
Tekanan yang diberikan akan menambahkan tekanan di dalam peparu menyebabkan bendasing
tertolak keluar

Kaedah Helmich Maneuver pada diri sendiri


- Adalah dgn meletakan tangan diantara pusat dengan bawah rusuk
- Cuba berikan tekanan pada bahagian tersebut dgn membongkokan badan
- Jika tiada tenaga cari objek separas pingang seprti kerusi atau meja, bongkokkan badan
tolak badan dgn seluruh tenaga kepada objek tersebut

Anda mungkin juga menyukai