Anda di halaman 1dari 15

1

2
3
ORGANISASI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah beroperasi secara menyeluruh di sekolah.


Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada semua aspek pendidikan yang disyorkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang
bertanggungjawab, sering diperkatakan oleh berbagai-bagai golongan masyarakat. Bahkan
jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun,
sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan pelbagai kajian, analisis, perbincangan
dan juga kritikan. Orang ramai sama ada mempunyai anak yang sedang belajar di sekolah
atau tidak, terlalu peka terhadap apa yang berlaku di sekolah kerana mereka merasakan
bahawa sekolah adalah organisasi yang menjadi milik mereka bersama. Justeru itu,
mereka sering melahirkan rasa ketidakpuasan hati melalui media massa, dalam majlis-
majlis mesyuarat, seminar, dialog dan sebagainya, termasuklah juga dalam perbualan
seharian.

Bila sekolah diperkatakan maka sudah tentulah Pentadbir menjadi bahan dan
sasaran kritikan dan sungutan tersebut. Ini kerana mereka menganggap bahawa
kekurangan dan kelemahan sesebuah sekolah itu adalah berpunca dari kelemahan dan
kekurangan pengurusan dan juga pentadbirannya dari aspek organisasi kurikulum sekolah
rendah. Dengan itu dapatlah dilihat betapa beratnya beban tugas dan tanggungjawab
seorang Pentadbir dan guru-guru sekolah yang memainkan pelbagai peranan seperti
seorang pemimpin, pengurus, pentadbir, pengelola, perancang, penyelia, pengawal, penilai
dan sebagainya dalam menjayakan kurikulum sekolah rendah dengan organisasi yang
mantap. Tugas dan tanggungjawab ini kian hari kian mencabar ke arah positif untuk
pentadbir di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, JabatanPelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah, sekolah dan seterusnya kepada para guru.

Dalam konteks negara kita hari ini cabaran tersebut menjadi lebih hebat lagi dengan
wujudnya perkembangan dan peluasan pendidikan dalam jangkamasa beberapa tahun
kebelakangan ini. Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, Pentadbir dan guru-guru
memikirkan bagaimana hendak meningkatkan kualiti prestasi atau pencapaian murid-
muridnya dalam bidang akademik dan dalam peperiksaan awam tetapi juga mesti memberi
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian matlamat dan Falsafah
Pendidikan Negara keseluruhannya yang seharusnya dijelmakan dalam semua bentuk

4
perancangan dan tindakan yang dilakukannya. Maka, organisasi kurikulum sekolah rendah
memainkan peranan yang penting untuk melicinkan pencapaian matlamat dan objektif
pendidikan negara kita.

Prestasi sesebuah sekolah biasanya dihubungkaitkan dengan prestasi Pentadbir


sebagai seorang pemimpin, pengurus, pentadbir dan pendidik. Pengurusan sekolah yang
baik dan kewujudan iklim organisasi kurikulum sekolah rendah yang sesuai serta kondusif
dengan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan
dan kemampuan Pentadbir. Dalam banyak hal Pentadbir merupakan orang yang paling
penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau bertanggungjawab bagi semua
kegiatan yang berlaku di sekolah dan sekitarnya. Kepimpinannya menentukan arah
organisasi kurikulum sekolah rendah, gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap
profesionalisme guru-guru dan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran
kepada murid-muridnya.
 
Pentadbir juga merupakan orang perantaraan utama organisasi kurikulum sekolah
rendah diantara sekolah dan masyarakat dan cara yang ditunjukkannya dalam kemampuan
dan kedudukannya yang sedemikian, sebahagian besar menentukan sikap ibu bapa dan
murid terhadap sekolah. Jika sesebuah sekolah itu berkemampuan menjadi tempat yang
dapat memberi peranan kepada murid mempunyai reputasi yang terbaik mengikut
kemampuannya, maka orang boleh menyatakan dengan tegas bahawa kepimpinan
Pentadbir itu merupakan kunci kejayaan. Sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah,
pengurusan sekolah bukan sahaja sangat luas, tetapi unik dan kompleks. Di sekolah
rendah berbagai-bagai kegiatan dirancang dan dilaksanakan, yang diarahkan kepada
pencapaian matlamat mendidik murid-murid supaya menjadi manusia yang sempurna,
seimbang dan harmonis dari semua segi:intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,
nilai-nilai estetika dan sosial yang dicerna melalui tiga bidang asas kurikulum iaitu
komunikasi, alam dan manusia dan perkembangan individu.

Kegiatan-kegiatan itu boleh digolongkan kepada dua bidang utama dalam organisasi
kurikulum sekolah rendah. Pertama ialah bidang kurikulum, yang dilaksanakan melalui
pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan begini memerlukan
suasana iklim dan keadaan yang sesuai, kondusif dan menyumbang terhadap pencapaian
matlamat pendidikan. Bidang yang kedua ialah kegiatan pengurusan dan pentadbiran yang
dilakukan untuk menyumbang ke arah menyedia dan mewujudkan suasana dan iklim yang
diperlukan itu. Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah
pula semestinya tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik

5
disokong oleh pengurusan yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang
berkesan.

2.0 DEFINISI SEKOLAH

Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan
belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap
sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra
sekolah, sekolahrendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi
lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra
Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah
Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13
hingga 19 tahun. Manakala Universiti, Kolej, Institut, Maktab dan sebagainya adalah pusat-
pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama, yakni memberi pendidikan
( mengajar dan belajar ) 

3.0 DEFINISI PENDIDIKAN

Pendidikan yang dimaksudkan ialah satu perubahan tingkahlaku individu setelah


mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Pendidikan itu sendiri
merangkumi proses PdP tersebut. Pengajaran dapatlah diertikan sebagai satu sistem
kegiatan yang ditujukan kepada pelajar. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk membawa
perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru. Untuk
mencapai tujuan itu, guru perlulah mempunyai pandangan yang jelas terhadap perubahan
tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru, iaitu dari segi
pengetahuan dan kefahaman yang guru mahu pelajar dapat gunakan serta perubahan
dalam sikap mereka.

Pembelajaran pula adalah satu proses yang membawa kepada berlakunya


perubahan dan perlakuan dalam diri seseorang individu hasil daripada pengalaman-
pengalaman baru yang diperolehi atau dialaminya. Perubahan perlakuan pertuturan (verbal
behaviour ) seseorang individu itu adalah menjadi perhatian utama kerana daripada
penulisan dan pertuturannya dapat dipastikan sama ada telah berlaku perubahan perlakuan
seseorang itu.

6
4.0 DEFINISI ORGANISASI

Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu
yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Organisasi
kurikulum sekolah rendah membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang
mempunyai objektif mentadbir, mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuah
sekolah diserahkan kepada Pentadbir dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugas
mengajar dipikul oleh guru-guru di sekolah tersebut. Murid-murid pula mempunyai peranan
belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah
yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik

Kedudukan Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Negara

Rajah 4.1 : Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia

 Dalam sistem pendidikan negara, kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian paling
bawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pelajaran akan membuat dasar pendidikan
dengan diterajui oleh Menteri Pelajaran. Dasar-dasar yang digubal serta rekabentuk
kurikulumoleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) itu diserahkan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannya
kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), manakala PPD akan memastikan sekolah-
sekolah melaksanakan dasar pendidikan dan rekabentuk kurikulum daripada BPK tersebut.
Dalam keempat-empat peringkat itu, hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di mana
murid ini akan menerima proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran yang dirancang khas oleh BPK yang telah disalurkan melalui
organisasi kurikulum sekolah rendah

7
5.0 PERANAN SEKOLAH

Organisasi kurikulum sekolah rendah menetapkan sekolah supaya berperanan menyusun


gerakan pendidikan untuk membangun, memupuk dan menyuburkan seluruh potens
ikeinsanan dari sudut-sudut rohaniah mahupun jasmaniah, sehinggalah pontensi itu dapat
membina kemampuan kendiri ( boleh berdikari ) untuk terus subur dan berkembang.
Disamping itu mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan suasana
persekitaran sehingga insan yang dilahirkan (dari kesan pendidikan ) itu akan sentiasa
berusaha membangun diri, keluarga, organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan
kemampuan masing-masing.

Antara peranan sekolah sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

 sebagai pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia
yang kompetan dan berilmu
 menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat.
 menjadi katalis ( pemangkin) perubahan.
 menjadi pusat pembinaan budaya ilmu dan penggerak kepada gerakan memajukan
prinsip pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
 berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam
pembinaan tamadun bangsa.
 menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial (masyarakat ) dan politik
dan juga membangkitkan kesedaran perjuangan.
 menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi,
latihan, khidmat bimbingan dan runding cara serta penyelidikan
 melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan beradab, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan kemakmuran
negara.

6.0 SUMBER DI SEKOLAH

Organisasi kurikulum sekolah rendah sebagai sebuah organisasi pendidikan sudah tentu
sekolah mempunyai sumber atau tenaga untuk menjalankan peranan-peranan di atas.
Pengurusan sekolah memainkan peranan penting kepada asas organisasi tersebut. Selain
dari pengurusan, guru dan murid, falsafah pendidikan sekolah, kurikulum, panitia mata

8
pelajaran, pusat sumber sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya adalah juga sumber
yang menentukan pencapaian sekolah. Selain dari sumber-sumber fizikal dan infrastruktur
seperti bangunan, padang dan gelanggang permainan, keceriaan dan keselamatan.

7.0 FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH

Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan
yang dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah itu. Falsafah dan matlamat ini
perlulah seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke-arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab dan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."

Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang
ditetapkan itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid
mendapat pengalaman hidup, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan
kerjasama di antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Perhatian yang wajar haruslah
diberi kepada perkembangan murid secara menyeluruh bukan hanya menitikberatkan satu-
satu aspek tertentu sahaja. Kejayaan atau kegagalan mencapai hasrat dan kehendak
falsafah dan matlamat pendidikan sekolah bergantung kuat kepada peranan Pentadbir
sesebuah sekolah itu. Prinsip yang terkandung dalam falsafah dan matlamat pendidikan
sekolah itu boleh difahamkan sebagai hasil program pendidikan sekolah yang akan tercapai
setelah ianya terlaksana dalam satu jangka masa tertentu.

8.0 PENGURUSAN PENDIDIKAN


 
Secara umumnya organisasi kurikulum sekolah rendah disokong oleh pengurusan
pendidikan serta struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang
tertentu di setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain ( complimentary ).
Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan
berkesan

9
BIDANG PENGURUSAN SEKOLAH

Guru Besar

Penolong Kanan Penolon Kanan Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid Pentadbiran Kokurikulum

 Disiplin  Pengurusan  Sukan


 Bimbingan Kurikulum  Olahraga
dan  Panitia Mata  Persatuan
Kaunseling Pelajaran  Kelab
 Lawatan  Pusat Sumber
 SPBT  Peperiksaan
 KWAPM dan Penilaian

Rajah 8.1 : Menunjukkan Bidang Pengurusan Sekolah

Organisasi kurikulum sekolah rendah serta pengurusan pendidikan merupakan bidang yang
amat istimewa kerana ia merupakan aspek-aspek yang sangat penting dalam proses
pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan
pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana
sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari
berkembang sama. Organisasi kurikulum sekolah rendah juga dikaitkan dengan kualiti
pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan.
Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan
sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja ( job market ), tetapi dalam masa
yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan


Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi
seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan

10
ketangkasan jasmaniyang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman
yang berdaya tahan.
9.0 PERANAN PENTADBIR

Di antara peranan dan tanggungjawab Pentadbir sebagai pengurus sesebuah organisasi


pendidikan dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

 memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara


yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.
 membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan
tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu
sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.
 memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya
bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.
 mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-
citadan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
 membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan
semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi.
 menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-
cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk
menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

10.0 PERANAN GURU

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam organisasi kurikulum sekolah rendah
semasa mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan
pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan
menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan
berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya peka kepada organisasi kurikulum
sekolah rendah untuk menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

 Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam


proses pembelajaran.

11
 Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap
positif, kreatif dan inovatif.
 Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan
serta bersistematik.
 Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan
pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.
 Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi
dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
 Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap
pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
 Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang
peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.
 Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat
penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat
bekerjasama dalam satu pasukan.
 Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi
yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan
peka terhadap persekitaran luaran.
 Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional
berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
 Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri
( self-image ), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi
diri.

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di


pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan
dan juga aktiviti-aktiviti sosial

11.0 ORGANISASI KURIKULUM

Organisasi kurikulum sekolah rendah boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan
kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi
prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan
asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

12
Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah
menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara
langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kurikulum sekolah rendah
merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan
waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar
bilik darjah( kokurikulum ) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan
yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat
sekolah

.Dalam organisasi kurikulum sekolah rendah terdapat dua jenis kurikulum sekolah
iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-
aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada
pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran,
sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah
pengajaran, pengurusanpengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal
berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah
ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi
mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum
yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklimsekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah
dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak,
aspirasi dan kepercayaan seseorang murid

12.0 PANITIA MATA PELAJARAN

Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan
pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan
kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan
mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan
semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid
sejajar denganFalsafah Pendidikan Negara dengan aplikasikan organisasi kurikulum
sekolah rendah. Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid
di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran
berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam
rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di
antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.

13
Fungsi dan peranan PMP dalam organisasi kurikulum sekolah rendah sejajar
dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

 memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang


diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.
 memilih dan mencadangkan kepada Pentadbir buku teks untuk digunakan oleh
murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.
 memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan
pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat
sumber sekolah.
 menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang
penggunaannya kepada pelajar.
 menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi
tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.
 mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap
peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru
 merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam
hal-hal berkaitan profesional perguruan.
 membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.
 membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan
peruntukan yang diberi.
 merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid
darimasa ke semasa.

13.0 RUMUSAN

Dalam perancangan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, penentuan bagi kedua-duanya


didokong oleh beberapa faktor. Apabila semua sumber dapat diurus dengan baik dan
menghasilkan kecemerlangan dari semua segi, dapatlah diandaikan bahawa tiada
pembaziran. Terdapat di kalangan guru sudah berpuas hati apabila telah berjaya
menghasilkan peratus keputusan yang tinggi sedangkan beliau tidak menggunakan
seluruhnya sumber yang diperuntukan. Ini belum dapat memberi jaminan kepada guru
tersebut bahawa setiap tahun beliau akan memperolehi kejayaan yang sama. Begitu juga
Pusat Sumber Sekolah. PSS ghalibnya jarang menerima kunjungan dari semua pihak di

14
dalam masyarakat sekolah itu. Jika dibuat bancian sudah tentu terdapat individu-individu,
sama ada dari kalangan guru atau murid tidak pernah menghampiri PSS. H al ini bukanlah
aneh kerana sememangnya pendekatan dan tarikan yang terdapat di PSS itu sendiri tidak
memberansangkan.

Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam semula


jadi sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh banyak pihak
suatu masa dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah mula memberi tumpuan
kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi ini. Pentadbir juga
tidak kurangnya melakukan pembaziran sumber. Ini berlaku kerana pengetahuan yang
cetek dalam sesuatu hal menjadikan beliau sentiasa bimbang dan tidak berani membuat
keputusan yang segera. Nyatalah ilmu yang luas dan pertimbangan yang rasional akan
membantu Pentadbir melakukan tugas dengan sempurna dan juga dapat menguruskan
semua sumber yang tersedia dengan berkesan serta penggunaan yang optimum dari
sumber tersebut.

Organisasi Kurikulum Pendidikan Sekolah Rendah adalah satu komponen penting


dalam Kurikulum Sekolah Rendah. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah memainkan
peranan yang instrumental untuk menjayakan kurikulum secara menyeluruh. Jikalau
Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah tidak diaplikasikan dalam mana-mana sistem
pendidikan maka kurikulum itu mungkin mengalami kekangan untuk mencapai matlamat
dan objektif kurikulum tersebut. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang disyorkan
oleh KementerianPelajaran Malaysia bersama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Malaysia adalah panduan yang amat mantap untuk diaplikasi oleh Jabatan Pelajaran
Negeri ( PPD ) dan sekolah-sekolah secara praktikal. Organisasi Kurikulum Sekolah
Rendah yang efektif adalah tanda positif kepada pembangunan mana-mana sistem
kurikulum secara amnya

15

Anda mungkin juga menyukai