Anda di halaman 1dari 2

@Ustazah NIK SKK TH1

RUJUK BUKU TEKS MUKA SURAT 92, 93 DAN 94

1. Istinjak adalah menghilangkan najisyang keluar daripada qubul dan dubur,


dengan menggunakan air atau benda-benda kesat atau dengan kedua-duanya
sekali.

2. Hukum istinjak adalah wajib.

3. Contoh istinjak menggunakan air :-

a. Air mutlak b. Air terjun

c. Air sungai d. Air mata air

e. Air perigi f. Air salji

g. Air embun h. Air hujan

4. Contoh istinjak menggunakan benda kesat :-

a. Tisu b. Batu

c. Kertas d. Tuala

e. Kain f. Daun kering

g. Kulit kayu

5. Cara istinjak menggunakan air :-

a. Guna tangan kiri ketika beristinjak

b. Bersihkan qubul atau dubur dengan air

6. Cara istinjak menggunakan benda kesat :-

a. Sapu qubul atau dubur dengan benda kesat

b. Sapu dengan 3 kali sapuan. Jika ada lagi najis, boleh sapu lagi sehingga

bersih dari najis.

c. Setiap sapuan menggunakan benda kesat yang baharu.


@Ustazah NIK SKK TH1

7. Antara kelebihan beristinjak :-

a. Ibadah solat diterima

b. Kesihatan terpelihara

c. Terhindar daripada penyakit

d. Dikasihi Allah

8. Adab qada hajat :-

Adab sebelum Adab semasa Adab selepas


Tidak membawa nama Tidak bercakap, makan Membaca doa keluar
Allah atau minum tandas

Memakai alas kaki Tidak membuang air Melangkah keluar dengan


merata-rata kaki kanan

Memakai penutup kepala

Membaca doa masuk


tandas

Melangkah masuk dengan


kaki kiri

Anda mungkin juga menyukai