Anda di halaman 1dari 5

TEKNOLOGI PEMBUATAN.

2.1.1 Mengenal pasti teknologi pembuatan produk

Teknologi pembuatan produk : Kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan tangan
atau mesin

Kaedah teknologi pembuatan produk:

• Kaedah konvensional

Menggunakan teknologi asas yang dikendalikan oleh individu menggunakan tangan.

Peralatan asas yang digunakan adalah seperti tukul, pahat, gergaji dan banyak lagi.

Produk yang dihasilkan adalah terhad dan memerlukan jangka masa yang lama untuk disiapkan.

• Kaedah moden

Menggunakan mesin yang lebih cepat

Kaedah ini dapat menjimatkan masa, kos dan bahan berbanding dengan kaedah konvensional

Individu dapat menjalankan banyak tugas yang berlainan dalam masa yang sama. (Multitasking)

2.1.2 Menghuraikan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan
pembuatan moden

Carta alir proses pembuatan


Contoh pembuatan menggunakan kaedah konvensional dan kaedah moden

2.1.3 Membandingkan beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam
proses penghasilan produk

2.1.4 Membuat lakaran model 3D bermaklumat

Lakaran model 3D digunakan untuk menvisualkan idea daripada pereka bentuk.

Reka bentuk dalam lakaran boleh dimanipulasi daripada keadaan sekeliling seperti bentuk alam
semulajadi atau bentuk geometri

Lakaran yang dihasilkan mestilah mempunyai maklumat penting seperti bahan, saiz, warna dan lain-lain.

Rujuk elemen dan prinsip reka bentuk untuk diimplementasikan dalam lakaran

2.1.6 Membuat acuan model 3D

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Antaranya ialah:

A. Tuangan (Casting)
Proses membentuk produk melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang
telah disediakan

B. Acuan (Moulding)
Proses penuangan bahan ke dalam acuan atau injection moulding dan dibiarkan mengeras
C. Pembentukan (Forming)
Mengubah bentuk bahan menjadi bentuk yang dikehendaki
D. Pemesinan (Machining)
Proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki
E. Sambungan (Joining)
Bahagian atau komponen disambungkan menjadi satu produk yang baru
Model

Satu objek yang seakan-akan menyerupai reka bentuk produk. Terdapat 2 jenis model yang digunakan
iaitu:

a. Model Statik

. Dihasilkan untuk menunjukkan rupa bentuk sebenar produk

. Penilaian dilakukan dari segi rupa bentuk, warna, saiz dan pembuatan proses

b. Model Berfungsi

. Dihasilkan untuk menilai kefungsian beberapa bahagian pada produk

. Penilaian dilakukan dari segi pergerakan, kesesuaian cantuman dan jenis bahan yang digunakan

Proses menghasilkan acuan model 3D

a) Menghasilkan model awal 3D

Model awal 3D : Model yang digunakan untuk mendapatkan rupa bentuk luaran dalam proses
pembinaan acuan

Bahan yang digunakan :

1. Lilin
2. Tanah liat
3. Kayu
4. Plastik

Kaedah terkini : Menggunakan mesin pencetak 3D

b) Membuat Acuan

Acuan – Bekas tuangan sesuatu bahan yang hendak dibentuk

Dibentuk menggunakan bahan seperti:

1. Pasir
2. Tanah liat
3. Plaster of paris
c) Tuangan

Terdapat 2 jenis tuangan iaitu :

i. Tuangan panas

Satu teknik tuangan yang menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan.

Contoh bahan tuangan: plastik, timah, tembaga dan besi keluli

ii. Tuangan sejuk


Kaedah ini tidak menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan

Contoh bahan tuangan: plaster of paris dan resin epoxy

Proses menghasilkan acuan menggunakan Plaster of Paris

2.1.8 Membuat kemasan model 3D menggunakan konsep electrostatic dan electroplating

Mengapa perlu ada kemasan?

1. Melindung permukaan produk daripada calar dan karat daripada tindak balas udara dan air
2. Menambahkan nilai estetik pada produk dengan memberikan warna dan tekstur yang cantik
pada produk

Kaedah – kaedah kemasan serta bahan binaan


a) Konsep electrostatik

Electrostatik – Suatu kajian sains yang digunakan untuk menjelaskan cas – cas elektrik yang statik

b) Konsep electroplating

Electroplating – Suatu kaedah kemasan yang digunakan untuk membuat saduran pada permukaan bagi
menghilangkan kelemahan sesuatu bahan

Bahan-bahan untuk proses electroplating

2.1.9 Menilai model 3D yang telah dihasilkan

Tujuan :

i. Mengatasi kelemahan yang akan timbul


ii. Inovasi berterusan perlu dilakukan supaya produk yang dihasilkan lebih kompetitif dan
berdaya saing

Anda mungkin juga menyukai