Anda di halaman 1dari 1

Soalan Ulangkaji 3

1. Nyatakan empat tonggak pendidikan UNESCO.


Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu
dikuasai oleh pelajar-pelajar iaitu belajar untuk menguasai ilmu (learning to know),
belajar untuk menguasai ilmu kemahiran (learning to do), belajar untuk menjadi insan
berguna (learning to be) dan belajar untuk harmoni dan kerjasama (learning to live
together).

2. Berikan satu cara bagaimana guru dapat memainkan peranan terhadap muridnya
untuk belajar hidup haromoni dan bekerjasama.
Toggak keempat dalam UNSECO ialah Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
(learning to live together) bermaksud pendidikan sebagai wadah untuk menjalinkan
hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai di
dalam negara berbilang kaum dan budaya. Guru berperanan untuk membimbing
pelajar untuk meneroka, memahami dan menghormati kepelbagaian budaya, agama
dan tingkah laku setiap kaum dan etnik sejak peringkat awal persekolahan. Selain
itu, guru perlu bersikap terbuka dan sentiasa mengadakan aktiviti yang melibatkan
semua murid tanpa mengira latar belakang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu merancang dan meransang penglibatan murid dalam
program seperti aktiviti dalam gerak kokurikulum. Guru perlu menerapkan nilai-nilai
murni semasa mengajar dan memberikan peluang belajar bergaul dan memahami
budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum atau budaya. Guru
berperanan penting mengajar pelajar supaya memahami perbezaan individu dan
bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama. Di samping itu, guru
perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan
menyelesaikan masalah dengan cara yang aman.

Anda mungkin juga menyukai