Anda di halaman 1dari 21

Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih &

Doa Selepas Solat

Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda.

Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan ibadah
tarawih dengan lebih sempurna.

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Isi Kandungan
1. Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih
2. Doa Selepas Tarawih
3. Seruan Bilal Untuk Solat Witir

Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih


Petunjuk:

 Bacaan untuk bilal ditandakan dengan warna biru


 Bacaan untuk makmum adalah berwarna hitam

Selawat yang dinyatakan adalah untuk solat 8 rakaat


Pra-Solat

1. Biasanya untuk memulakan solat tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:

  subhanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallaah wallahu akbar walaa haula walaa
quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim  

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

2. seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

3. kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah wassalama ‘alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


4. Disambung bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

5. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah wassalama ‘alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

6. Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina wahabibina wa syafi-‘ina wa zukh rinaa wa maulaanaa


muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang


mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
7. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah wassalama ‘alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

8. Seterusnya bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan


lafaz:

 solaatut taraawiihi min qiyaami syahri ramadhona asa bakumullah 

Solat Tarawih menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah memberikan ganjaran pahala

9. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Assolatu laa ilaha illallaah 

Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah


Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2
rakaat.
Selesai Solat Pertama

1. Sesudah salam solat yang pertama, bilal akan melafazkan:

 Fadlun minallah taala wani’mah 

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

1. Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

 Wamaghfirotan warahmah, Laa ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-mulku


walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada
sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang
menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
3. Bilal berselawat:

 Allahumma solli ‘ala Muhammad 

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

4. Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

4. Disambung oleh bilal dengan lafaz: 

 al Badrul muniiru muhammad 

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad

6. 

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang kedua  
Sesudah Solat Kedua

1. Sesudah salam solat kedua, bilal akan menyebut lafaz:

 Subhanal malikil ma’bud 

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

2. Para jemaah beramai-ramai menjawab:


 Subhanal malikil maujud, subhanal malikil hayyillazi la yanaa mu wa la yamuu tu wa
la yafuu tu abada. Subbuhun quddusun robbuna wa robbul mala’ikati warruhi,
subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallahu wallahu akhbar, wa la hau la wala
quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim. 

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha
Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala
pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu
daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

3. Seterusnya bilal berselawat:

 Allahumma solli ‘ala Muhammad 

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.

4. Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

5. Disambung oleh bilal dengan selawat:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad 

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi kami, kekasih
kami, yang mensyafaatkan kami, pertaruhan kami, dan pemimpin kami Muhammad SAW.
6. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

7.  Disambung oleh bilal dengan lafaz:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina wahabibina wa syafi-‘ina wa zukh rinaa wa maulaanaa


muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang


mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.

8. Para jemaah menjawab:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


9. Imam membaca doa setiap kali selesai satu tarawih (4 rakaat)

 Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar.
Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina
wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin 

Ya Allah, kami meminta redhaMu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada
kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia,
Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan
Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
10. Sesudah doa, bilal menyebut:

 al khalifatul awwalu amiirul mu’minin sayyiduna abu bakri as-Siddiq 

Khalifah yang pertama, pemimpin para ulama muslimin, saidina Abu Bakar as-Siddiq

11. Para jemaah menjawab:

 radiyallahu anh 

Telah reda Allah ke atas beliau


Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang ketiga  
Sesudah Solat Ketiga

1. Sesudah selesai memberi salam, bilal akan melafazkan:

 Fadlun minallah taala wani’mah 

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

2. Disambung oleh para jemaah:

 Wamaghfirotan warahmah, Laa ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-mulku


walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir 

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada
sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang
menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

3. Disambung oleh bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma solli ‘ala Muhammad 


Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
4. Para jemaah beramai-ramai menjawab:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

5. Disambung bilal dengan lafaz:

 al Badrul muniiru muhammad 

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad

6. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang keempat 
Sesudah Solat Keempat

6. Sesudah salam, bilal akan menyebut:

 Subhanal malikil ma’bud 

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

6. Para jemaah beramai-ramai menjawab:

 Subhanal malikil maujud, subhanal malikil hayyillazi la yanaa mu wa la yamuu tu wa


la yafuu tu abada. Subbuhun quddusun robbuna wa robbul mala’ikati warruhi,
subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallahu wallahu akhbar, wa la hau la wala
quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim. 

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha
Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala
pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu
daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
6. Disambung bilal dengan lafaz selawat.

 Allahumma solli ‘ala muhammad 

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

6. Para jemaah beramai-ramai menjawab:

 Sollallaah wa sallama alaiih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

6. Disambung oleh bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad 

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad

6. Para jemaah beramai-ramai menjawab:

 Sollallaah wa sallama alaiih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


6. Disambung oleh bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina wa nabiyyina wahabibina wa syafi’ina wa zukh rinaa


wa mau laana muhammad 

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, yang
mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad

6. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah wasallama ‘alaih 

Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


Setelah habis tarawih 8 rakaat ini, maka bacalah Doa Tarawih seperti
dibawah

 Doa Selepas Solat Tarawih


Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan
nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti
yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam
ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya. Ya Allah
Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami
laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami
harapkan. Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud
dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-
nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana. Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi
Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat
memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan
bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga,
minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah
Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang
yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang
berdukacita kerana ditolak amalan kami. Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami
keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri
kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak
ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka
yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang
berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan
muslimat. Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas
hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang
yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada
orang Islam. Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang
kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon. Dan sempurnakanlah
untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha
Pengasih daripada segala segala yang mengasihani. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik
kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji
untuk Allah Tuhan sekalian alam.

 
Akhiri Solat Tarawih Dengan Solat Witir
Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.

1. Untuk memulakan solat sunat witir, bilal menyeru:

 autiruu wa majjidu wa azzhimu syahrokum syahrossiyami rahimaku mullah. 

Adalah diberkati, dimuliakan dan dihormati bulan kamu (Ramadan) bulan untuk berpuasa,
moga-moga Allah merahmati kamu.

2. Makmum menjawab:

 Wamaghfirotan warahmah, Laa ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-mulku


walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir 

Solatlah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah! Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu
bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan segala pujian hanyalah untukNya, Dia
yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
3. Bilal berselawat:

 Allahumma solli ‘ala sayyidina wa nabiyyina wahabibina wa syafi’ina wa zukh rinaa


wa mau laana muhammad  

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, yang
mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad

4. Makmum menjawab selawat: 

 Sollallaah wa sallama alaiih   

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

Penutup
Setelah selesai melaksanakan solat witir, maka selesailah solat sunat tarawih untuk malam
tersebut.

Ambillah peluang ini untuk beramah mesra dengan jemaah lain untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim.

Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Anda mungkin juga menyukai