Anda di halaman 1dari 2

selawat yang mulia di Bulan Suci dan

sekitar seribu kali ke atas


Rasulullah Sallallahu Al-Mu'alla
Selawat di Bulan Suci dan kira-kira
seribu ke atas Rasulullah
Ya Tuhan, Ya Allah, Wahai Fatah,
Wahai Yang Maha Mengetahui,
bukakanlah hati kami dan bukalah
kedua hati itu

Kenapa kita perlu berselawat kepada Nabi sallahu alaihi wassalam?


Sesungguhnya Allah subhanahu wa taala telah berfirman di dalam al-Quran :
(‫)ِإنَّ هَّللا َ َو َماَل ِئ َك َت ُه يُصَ لُّونَ عَ لَى ال َّن ِبيِّ ۚ يَا َأ ُّيهَا الَّذِينَ آ َم ُنوا صَ لُّوا عَ َل ْي ِه َوسَ لِّمُوا َتسْ لِيمًا‬
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Surah Al-Ahzab : 56]
Selawat ke atas Nabi sallahu alaihi wasallam adalah perintah yang disuruh oleh Allah jalla wa 'ala ke
atas hambaNya. Jadi, jika kita berselawat maka kita telah melaksanakan perintah Allah itu.
Di dalam ayat tersebut juga menyatakan bahawa Allah dan MalaikatNya juga berselawat ke atas
baginda Nabi.
Apakah maksud selawat Allah dan Malaikat?
Apabila disebut Allah berselawat kepada Nabi, ia bermaksud Allah memberi penghormatan,
kemuliaan, dan kebaikan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Manakala, maksud selawat
daripada Malaikat adalah mereka mendoakan kesejahteraan kepada Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda :
"‫" َمنْ صَ لَّى عَ لَيَّ صَ اَل ًة َواحِدَ ًة صَ لَّى هللاُ عَ لَ ْي ِه عَ ْشرً ا‬
“Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah mengucapkan selawat
kepadanya 10 kali.”
Maksud selawat Allah kepada hambaNya adalah Allah memberikan rahmat kepada sesiapa yang
berselawat ke atas baginda.
Jadi amatlah rugi bagi siapa yang tidak berselawat kepada Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Setiap kali kita mendengar nama Baginda, kita dituntut untuk berselawat kepadanya.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :
ُ ‫"ﺍﻟﺒَﺨﻴ ُﻞ ﻣَﻦ ُﺫ‬
" َّ‫ﻛﺮﺕ ﻋﻨﺪﻩ َﻓﻠَﻢ ﻳُﺼﻠّﻰ ﻋَ لَي‬
Maksudnya :
“ Orang yang bakhil adalah orang yang ketika namaku disebut disampingnya maka dia tidak
berselawat atasku”.
Semoga kita tergolong bersama di antara orang yang banyak berselawat ke atas baginda Nabi
sallallahu alaihi wasallam sehingga mendapatkan syafaatnya di hari akhirat kelak.
ّ‫صَ لّوا عَ لَى ال َن ِبي‬..

1. Orang yang dalam hidupnya mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW sejak ia bangun
tidur sampai tidur kembali, maka orang tersebut akan mendapatkan 4 keuntungan di dunia
dan 4 keuntungan akhirat. 4 keuntungan di dunia : 1. Dia disayangi orang di dunia 2. Dia
ditakuti musuh / syaitan 3. Hidup akan diberkati 4. Agama tidak akan tercemar.
2. 4. Keuntungan di Akhirat : 1. Dikubur kita mengenal wajah Rasulullah SAW 2. Rasulullah
SAW memberi syafaat pada orang yang selalu hidupkan sunnah 3. Rasulullah SAW
mengenal kita di padang mahsyar 4. Berjiran dengan Rasulullah SAWKelebihan Sunnah :
1. Dalam sunnah ada kejayaan 2. Mempunyai daya kekuatan luar biasa 3. Dapat sifat
ikram 4. Sunnah perbuatan kita telah mentauhidkan Allah SWT 5. Mempunyai nur
( memberi hidayah pada orang lain )

Anda mungkin juga menyukai