Anda di halaman 1dari 5

PEJABAT PENGURUSAN PPAM SERULING

Apartment PPAM Seruling


No.2, Jln P5A/5, Presint 5,
62200 Putrajaya, Tel : 018-2897458
Wilayah Persekutuan Putrajaya Email Address : mo.seruling@gmail.com

Tatacara Pengurusan Post-PKP di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)


Seruling, Presint 5, Putrajaya

Untuk Tujuan Pengubahsuaian:

• Pemilik rumah perlu menghubungi pihak Pejabat Pengurusan untuk mendapatkan kebenaran untuk
sebarang kerja ubahsuai, atau untuk menyambung semula kerja ubahsuai yang tertangguh sepanjang
tempoh Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) berlangsung.

• Sekiranya perlu untuk mendapatkan kebenaran pergerakan, pihak pemilik rumah perlu memohon sendiri
dengan balai polis yang berhampiran dengan mengemukakan senarai/nama kontraktor yang terlibat.
Surat tersebut perlu ditunjukkan kepada Pejabat Pengurusan sebelum memulakan kerja-kerja ubahsuai.

• Pihak pemilik / kontraktor terlibat perlu mengemukakan senarai lengkap nama kontraktor serta
maklumat pekerja (nama; no maykad/no passpot; no tel/hp; alamat/e-mel) mereka kepada pihak
Pengurusan Bangunan untuk tujuan pengesanan (tracing) oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak.

• Untuk tujuan keselamatan serta memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan, semua kerja
ubahsuai dihadkan antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja pada hari Isnin sehingga Jumaat;
dan 9.00 pagi hingga 11.30 pagi pada hari Sabtu. Tiada kerja-kerja ubahsuai dibenarkan ketika Cuti
Umum/Cuti Am.

• Bilangan pekerja untuk ubahsuai dihadkan kepada 4 orang sahaja dan pekerja juga tidak dibenarkan
merayau atau berjalan ke kawasan/blok/aras lain tanpa tujuan. Ini bertujuan untuk memudahkan
kawalan keselamatan dilakukan oleh pihak Pengurusan dan juga pihak Kawalan Keselamatan.

• Pekerja dari kontraktor pengubahsuaian juga perlu menjalani saringan suhu badan setiap pagi sebelum
memasuki Kawasan PPAM Seruling di Pos Kawalan Keselamatan.

• Pekerja dari kontraktor pengubahsuaian dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial – 1 meter
(social distancing) sepanjang kerja-kerja pengubahsuaian berjalan.

• Pekerja juga dikehendaki sentiasa memakai topeng muka (face mask) ketika berada di Kawasan PPAM
Seruling. Mereka juga dikehendaki mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti sentiasa
membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

• Untuk tujuan keselamatan dan kesihatan hanya enam (6) unit rumah untuk setiap blok akan dibenar
menjalankan pengubahsuaian dalam satu-satu tempoh. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan,
kesejahteraan serta kesihatan penghuni-penghuni yang telah berpindah/duduk di PPAM Seruling
terjaga/terjamin.
PEJABAT PENGURUSAN PPAM SERULING
Apartment PPAM Seruling
No.2, Jln P5A/5, Presint 5,
62200 Putrajaya, Tel : 018-2897458
Wilayah Persekutuan Putrajaya Email Address : mo.seruling@gmail.com

• Semua sisa binaan hendaklah diangkut keluar dan dibuang di luar Kawasan PPAM Seruling. Mana-mana
kontraktor yang didapati membuang sisa-sisa binaan di rumah sampah PPAM Seruling atau sekitarnya,
akan didenda oleh pihak Pengurusan, dan bermungkinan akan diberhentikan kerja-kerja ubahsuai serta
merta sehingga sisa-sisa binaan dibawa keluar. Kegagalan pemilik untuk memastikan syarikat
binan/pengubahsuaian mematuhi arahan ini juga boleh menyebabkan deposit mereka dipotong atau
tidak dikembalikan.

*********************

NOTA: Demi menjaga keselamatan serta kesihatan semua pihak, khususnya untuk penghuni yang telah
berpindah dan menghuni di PPAM Seruling, kami amat berharap Tatacara Pengurusan Post-PKP ini dapat
diikuti/dipatuhi oleh semua setiap masa.

#HapuskanCOVID1919
#JAGAJARAK
#Disiplinkandiri
PEJABAT PENGURUSAN PPAM SERULING
Apartment PPAM Seruling
No.2, Jln P5A/5, Presint 5,
62200 Putrajaya, Tel : 018-2897458
Wilayah Persekutuan Putrajaya Email Address : mo.seruling@gmail.com

Untuk Tujuan Pindah Masuk:

• Pemilik rumah perlu menghubungi pihak Pejabat Pengurusan untuk mendapatkan kebenaran untuk
berpindah masuk ke PPAM Seruling sepanjang tempoh Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) berlangsung.

• Sekiranya perlu untuk mendapatkan kebenaran pergerakan, pihak pemilik rumah perlu memohon sendiri
dengan balai polis yang berhampiran dengan mengemukakan senarai/nama kontraktor yang terlibat atau
untuk diri sendiri bagi tujuan pergerakan dan perpindahan ini. Surat tersebut perlu ditunjukkan kepada
Pejabat Pengurusan sebelum melakukan perpindahan.

• Pihak pemilik / kontraktor terlibat perlu mengemukakan senarai lengkap nama serta maklumat pekerja
atau diri mereka (nama; no maykad/no passpot; no tel/hp; alamat/e-mel) kepada pihak Pengurusan
Bangunan untuk tujuan pengesanan (tracing) oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak.

• Untuk tujuan keselamatan serta memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan, semua kerja
perpindahan dihadkan antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja pada hari Isnin sehingga Jumaat;
dan 9.00 pagi hingga 11.30 pagi pada hari Sabtu. Tiada kerja-kerja perpindahan dibenarkan ketika Cuti
Umum/Cuti Am.

• Bilangan pekerja/pemilik untuk perpindahan dihadkan kepada 4 orang sahaja dan pekerja/pemilik juga
tidak dibenarkan merayau atau berjalan ke kawasan/blok/aras lain tanpa tujuan. Ini bertujuan untuk
memudahkan kawalan keselamatan dilakukan oleh pihak Pengurusan dan juga pihak Kawalan
Keselamatan.

• Pekerja dari kontraktor perpindahan atau pemilik serta keluarga perlu menjalani saringan suhu badan
sebelum memasuki Kawasan PPAM Seruling di Pos Kawalan Keselamatan.

• Pekerja dari kontraktor perpindahan atau pemilik dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial – 1
meter (social distancing) sepanjang kerja-kerja peroindahan berjalan.

• Pekerja atau pemilik juga dikehendaki sentiasa memakai topeng muka (face mask) ketika berada di
Kawasan PPAM Seruling. Mereka juga dikehendaki mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti
sentiasa membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

• Untuk tujuan keselamatan dan kesihatan hanya tiga (3) unit rumah untuk setiap blok akan dibenarkan
melakukan proses perpindahan dalam satu hari. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan,
kesejahteraan serta kesihatan penghuni-penghuni yang telah berpindah/duduk di PPAM Seruling
terjaga/terjamin.

• Semua sisa atau sampah bukan domestik hasil perpindahan ini hendaklah diangkut keluar dan dibuang di
luar Kawasan PPAM Seruling. Mana-mana kontraktor/pemilik yang didapati membuang sisa atau sampah
bukan domestik di rumah sampah PPAM Seruling atau sekitarnya, akan dikenakan denda oleh pihak
Pengurusan.
PEJABAT PENGURUSAN PPAM SERULING
Apartment PPAM Seruling
No.2, Jln P5A/5, Presint 5,
62200 Putrajaya, Tel : 018-2897458
Wilayah Persekutuan Putrajaya Email Address : mo.seruling@gmail.com

*********************

NOTA: Demi menjaga keselamatan serta kesihatan semua pihak, khususnya untuk penghuni yang telah
berpindah dan menghuni di PPAM Seruling, kami amat berharap Tatacara Pengurusan Post-PKP ini dapat
diikuti/dipatuhi oleh semua setiap masa.

#HapuskanCOVID1919
#JAGAJARAK
#Disiplinkandiri
PEJABAT PENGURUSAN PPAM SERULING
Apartment PPAM Seruling
No.2, Jln P5A/5, Presint 5,
62200 Putrajaya, Tel : 018-2897458
Wilayah Persekutuan Putrajaya Email Address : mo.seruling@gmail.com

Untuk Tujuan Berurusan Di Pejabat Pengurusan:

• Penghuni dikehendaki berurusan di kaunter Pejabat Pengurusan sahaja. Hanya seorang penghuni (boleh
ditemani suami/isteri atau ibu/ayah) dibenarkan berada di kaunter.

• Penghuni dan juga kakitangan Pejabat Pengurusan dinasihat mengamalkan penjarakan sosial – 1 meter,
(social distancing) ketika berurusan.

• Penghuni juga dinasihatkan menggunakan topeng muka (face mask) ketika berurusan di Pejabat
Pengurusan. Mereka juga dikehendaki mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti sentiasa
membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

• Penghuni diharap tidak berkumpul beramai-ramai di dalam mahupun di luar Pejabat Pengurusan PPAM
Seruling.

• Sekiranya tiada halangan, diharap para penghuni tidak membawa bersama mereka bayi/kanak-kanak dan
juga warga emas (kumpulan yang berisiko) ketika berurusan di Pejabat Pengurusan PPAM Seruling.

*********************

• NOTA: Demi menjaga keselamatan serta kesihatan semua pihak, khususnya untuk penghuni yang telah
berpindah dan menghuni di PPAM Seruling, kami amat berharap Tatacara Pengurusan Post-PKP ini
dapat diikuti/dipatuhi oleh semua setiap masa.

#HapuskanCOVID1919
#JAGAJARAK
#Disiplinkandiri

Anda mungkin juga menyukai