Anda di halaman 1dari 7

Penggunaan Kata Yang Tepat

Nama: _____________

Situasi Melibatkan Tangan


Perkara Kegunaan Ayat contoh
1. menetak memotong atau mengerat sesuatu Pak Aris terpaksa menggunakan kapak
dengan benda tajam yang dihayun untuk menetak tulang lembu itu.
kuat-kuat.
2. menakik perbuatan membuat takuk atau torehan Beberapa orang budak nakal telah
yang kecil (biasanya pokok) menakik pokok getah itu.
3. memotong perbuatan menjadikan sesuatu lebih Kasman memotong kek itu kepada
kecil, berkeping-keping, terbahagi beberapa bahagian.
kepada beberapa bahagian, dan
sebagainya.
4. menebang perbuatan memotong habis pokok kayu Kami berjaya menebang pokok meranti
yang besar atau agak besar. yang tinggi itu.
5. mengerat perbuatan menjadikan sesuatu kepada Bapa sedang mengerat kayu di
beberapa bahagian (tidak sesuai untuk belakang rumah.
makanan)
6. memangkas memendekkan sesuatu dengan cara Pekerja itu sedang memangkas pokok
memotong seperti hujung rumput atau tinggi di tepi jalan raya.
pokok.
7. menebas memotong atau merambah pokok kecil Kami bergotong-royong menebas
belukar di belakang masjid.
8. menghiris perbuatan memotong sesuatu nipis- Kakak sedang menghiris bawang kecil.
nipis seperti timun, bawang, buah-
buahan, dan sebagainya.
9. mencantas perbuatan memotong dengan sekali Sambil melalui kawasan itu, mereka
hayun sahaja. mencantas ranting kayu dan pokok-
pokok kecil di kiri kanan.
10. mengelar perbuatan menghiris atau menggaris Emak mengelar ikan-ikan itu sebelum
sesuatu yang tidak begitu dalam dan digoreng.
tidak putus.

1. mengambil perbuatan memegang dan membawa; Jamilah mengambil bungkusan itu di


menerima dan menyimpan. pejabat pos.
2. menyambar perbuatan mengambil atau menangkap Burung-burung laut pandai menyambar
dengan pantas dengan menggunakan ikan di laut.
tangan; menangkap mangsa dengan
kuku atau paruh lalu membawa terbang
(helang dan sebagainya).
3. merampas mengambil hak orang lain dengan cara Pemuda itu telah merampas sebuah beg
paksa. tangan daripada seorang wanita.
4. merenggut menyentak dan menarik sesuatu Dia cuba merenggut jam tangan saya.
dengan pantas.
5. meragut menarik atau mencabut dengan paksa. Semasa hendak menaiki bas, seorang
pencuri telah meragut rantai leher
Zainab.
6. merentap menarik dengan kuat. Dia merentap baju lelaki itu sehingga
tertanggal butang.
1. menguli perbuatan meramas-ramas sesuatu Pak Majid menguli tepung untuk
adunan (biasanya tepung) agar sebati. membuat roti.
2. menggentel perbuatan menjadikan sesuatu bulat- Fatimah menggentel tepung itu bulat-
bulat atau berbutir-butir dengan hujung bulat sebelum dijadikan bebola ikan.
jari.
3. mencanai perbuatan menggelek adunan supaya Penjual roti canai mencanai adunan
rata dan nipis. tepung terlebih dahulu.
4. mengisar perbuatan menggiling sehingga hancur. Jaafar sedang mengisar padi di
belakang rumah.
5. menggaul perbuatan mencampurkan sesuatu Pak Leman sedang menggaul batu,
supaya sebati. pasir, dan simen.
6. mengepal perbuatan menggenggam sesuatu Mak Limah mengepal nasi lalu
supaya sebati. menyuap ke mulut anaknya.
7. meramas memegang-megang dan memicit-micit Dia meramas kertas itu lalu
dengan kuat. dibuangnya ke dalam tong sampah.
8. membancuh mencampurkan sesuatu seperti kad, air, Setelah membancuh kad-kad
warna dan sebagainya. permainan itu, dia pun
membahagikannya.
9. mengadun perbuatan meramas sesuatu campuran. Cik Raha sedang mengadun tepung
untuk membuat kuih.
10. mengacau menggaul sampai sebati; menggaul Emak dan kakak sedang mengacau
supaya tidak hangus seperti dodol dan dodol di belakang rumah.
sebagainya.

1. menjala menangkap ikan dengan menggunakan Asmin sedang menjala ikan di sungai.
jala.
2. mengail menangkap ikan denan menggunakan Tiap-tiap hujung, kami mengail ikan di
pancing atau joran. sungai itu.
3. memukat menangkap ikan dengan menggunakan Mereka sedang memukat di tepi pantai.
jaraing yang besar dan panjang
(biasanya di laut).
4. melukah menangkap ikan dengan menggunakan Kalau tidak ke laut, Jamil melukah di
bubu (yang membolehkan ikan masuk dalam sungai.
tetapi tidak dapat keluar).

1. menjemur memanaskan atau mengeringkan Tiap-tiap hujung minggu, dia


sesuatu di bawah sinaran cahaya menjemur bantal dan tilam di luar
matahari. rumah.
2. menyidai menggantung pakaian dan lain-lain Selepas membasuh, ibu menyidai
pada sesuatu supaya kering. pakaian di tengah panas.
3. mengampai menggantung atau menyangkut sesuatu Pekerja-pekerja itu mengampai jut di
untuk dijemur. atas batang kayu untuk dijemur.
4. menyangkut memaut atau menggantung sesuatu. Rahim menyangkut penyapu itu pada
sebatang paku.

1. menyalakan membuat sesuatu supaya menyala Dia menyalakan api dapur dengan
(biasanya api) mancis.
2. mencucuh menyalakan api pada sesuatu. Malik sedang mencucuh lampu minyak
tanah itu.
3. menghidupkan menyebabkan jadi hidup. Emak menghidupkan api dapur yang
telah terpadam itu semula.
4. membakar memanaskan di atas api supaya masak. Wak Nen sibuk membakar sate di
warungnya.
1. menyekat membahagikan sesuatu ruang atau Muniandy menyekat kawasan ayam
memisahkannya. dan kambingnya dengan sekeping
papan.
2. mengadang perbuatan atau sesuatu yang Kereta itu mengadang lalu lintas di
mengganggu perjalanan. situ.
3. menahan tidak melepaskan sesuatu supaya lalu. Ampang itu dibina untuk menahan
banjir.
4. menghalang menahan supaya tidak dapat bergerak Tiupan angin yang kencang telah
terus. menghalang nelayan turun ke laut.
5. menegah tidak mengizinkan daripada melakukan Ayah menegah abang mengikuti
sesuatu. aktiviti lasak itu.

1. menyimbah menyiram dengan air sehingga basah. Nenek menyimbah air pada permukaan
lantai.
2. menyiram menuangkan air pada sesuatu. Tiap-tiap pagi Encik Aruna menyiram
pokok bunga di kaki lima bangunan.
3. menjirus menyiram sesuatu dengan air. Petani itu merenjis tanamannya jika
hari tidak hujan.
4. merenjis memercikkan air pada sesuatu. Harun turut merenjis air mawar pada
pasangan pengantin itu.
5. mencurah perbuatan menyiram dengan banyak. Dia sengaja mencurah air di dalam
tempayan itu.
6. menuang memasukkan sesuatu benda cecair ke Pekerja-pekerja itu menuang cairan
dalam bekas. timah ke dalam jongkong.

1. merebus memasak di dalam air yang sedang Kakak merebus ketupat hingga lewat
mendidih. malam.
2. menanak berkaitan memasak (beras menjadi Kaum ibu sedang sibuk menanak nasi
nasi) dan menggulai daging.
3. menjerang berkaitan memasak (air) hingga Apabila kami tiba di rumahnya, dia
mendidih. terus menjerang air.
4. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu Haji Karim sedang mengukus putu
dengan wap air yang mendidih. piring.
5. memasak membuat atau mengolah makanan Nenek sedang memasak di dapur.
supaya masak.
6. merendang memasak sesuatu di dalam kuali Ibu merendang daging untuk juadah
dengan menggunakan minyak hingga hari raya.
kering atau tidak.

1. baling melempar atau melontar sesuatu. Kayu yang kamu baling itu terkena
bumbung rumahnya.
2. buang untuk sesuatu yang sudah tidak mahu Jangan buang sampah merata-rata.
digunakan lagi.
3. campak membuang atau melempar sesuatu Dia yang campak kulit rambutan itu ke
dengan kuat. arah kamu.
4. lempar membaling sesuatu kepada atau Tolong lempar bola itu ke arah sana.
melontar sesuatu jauh-jauh.
5. lontar membuang, membaling sesuatu Lontar peluru adalah sejenis sukan
melayang di udara. yang agak popular.
6. menghempas membaling, menjatuhkan sesuatu ke Dia menghempas ikatan kayu itu ke
bawah. tanah.
7. merejam membaling, menghumban sesuatu Orang ramai telah merejam artis itu
kepada sasaran bertubi-tubi. dengan telur busuk malam semalam.
8. menghumban membuang dengan cara yang kasar. Pemuda itu menghumban besi-besi
buruk ke dalam perigi buta.
1. memberkas kumpulan beberapa benda yang diikat Orang tua itu memberkas kayu api
sekali. yang telah dipotong.
2. membebat membalut dengan kain. Nenek membebat luka di kakinya
3. menambat mengikat sesuatu denan tali pada tiang, Ah Seng menambat anjingnya pada
pancang, dan sebagainya. tiang besi itu.
4. membungkus membalut sesuatu sehingga tidak Emak membungkus nasi yang hendak
kelihatan. dijual itu.
5. membalut membungkus sesuatu; membarut. Kami telah diajar cara-cara membalut
luka.
6. membarut perbuatan membalut sesuatu (biasanya Perempuan itu membarut perutnya
anak yang baru lahir, perut, dan dengan kain yang panjang.
sebagainya).

1. memanggang memasak di atas bara api. Tukang masak itu sibuk memanggang
ayam.
2. membakar memanaskan di atas bara api supaya Wahid sibuk membakar sate kerana dia
masak; memanggang. mendapat banyak tempahan.
3. menyalai mengasapi atau mengeringkan di tepi Mereka menyalai daging rusa yang
api. baru diburu itu.
4. menyinggang memanggang; menyalai. Mak Temah menyinggang daging
kerbau itu.

1. membuka membuat supaya tidak bertutup; Adila membuka kasut sebelum masuk
menyingkap; mendedahkan. ke dalam bilik itu.
2. melepaskan membiarkan lepas; menjadi tidak Johan melepaskan beberapa ekor anak
terikat lagi. ikan ke dalam kolam.
3. melucutkan menanggalkan pakaian, perhiasan, dan Faizal melucutkan cincinnya sebelum
sebagainya; melepaskan tali, ikatan mengambil air sembahyang.
dan sebagainya.
4. menanggalkan membuatkan supaya terbuka, lucut, Oleh sebab cuaca panas, kami pun
tidak melekat, dan sebagainya. menanggalkan baju.
5. membebaskan membiarkan bebas; melepaskan Tok Aki membebaskan beberapa ekor
burung peliharaannya pagi tadi.

1. menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan. Ayu menatang dulang yang penuh
berisi dengan kuih.
2. menjunjung membawa sesuatu di atas kepala. Perempuan itu menjunjung sebakul
sirih di atas kepalanya.
3. menjinjing membawa sesuatu dengan tangan Peladang itu menjinjing sebungkus
terhulur ke bawah. plastik yang berisi makanan.
4. mengelek membawa sesuatu di bawah ketiak. Sambil menunggu bas pemuda itu
mengelek senaskhah surat khabar.
5. menjulang mengangkat sesuatu ke atas; Pasukan bola sepak itu menjulang
mengangkat di atas bahu. pengurus mereka kerana layak masuk
peringkat akhir.
6. mendukung meletakkan di pinggang. Dia bangun lalu mendukung anaknya
keluar.
7. mengepit memegang sesuatu di antara lengan Ramlah mengepit sebuah buku lalu
dan badan atau di antara dua jari. pergi dari situ.
8. membimbit membawa sesuatu dengan Perempuan itu membimbit sebuah beg
menggunakan jari. tangan berwarna merah.
9. mengendong membawa sesuatu dengan Orang tua itu mengendong beberapa
membungkus di dalam kain, sapu ketul ubi kayu sambil mendukung
tangan, dan sebagainya. anaknya.
1. mencucuk menusuk dengan sesuatu yang tajam Kerani itu mencucuk kertas kecil pada
seperti pin, jarum, dan sebagainya. papan kenyataan dengan menggunakan
jarum peniti
2. menjolok merodok sesuatu dengan galah supaya Hamisah menjolok buah jambu di
gugur. belakang rumahnya.
3. merodok mencucuk ke hadapan atau ke atas. Askar itu merodok karung guni dengan
menggunakan bayonet.
4. menusuk mencucuk atau menikam dengan benda Perompak itu menusuk mangsanya
yang tajam sehingga tembus. dengan besi tajam.
5. menikam mencucuk atau melukai dengan senjata Seorang lelaki yang tidak dikenali telah
tajam. menikam pengawal keselamatan itu
dengan sebilah pisau.

1. mencuit menyentuh sesuatu dengan hujung jari. Dia yang mencuit kamu sebentar tadi.
2. menguis menepis atau menyepak sesuatu ke Mahanum menguis batu itu ke tepi
tepi. jalan.
3. menepis mengelak sesuatu seperti pukulan, Wak Karman dapat menepis tendangan
serangan, dan sebagainya dengan pemuda yang tidak siuman itu.
tangan atau sebagainya.
4. menangkis mengelak pukulan, tikaman, dan Sungguh pantas dia menangkis
sebagainya dengan tangan atau senjata. tumbukan guru silatnya.

1. menenun membuat kain daripada kapas, benang, Wanita itu menenun sehelai kain
atau sutera. songket.
2. menyulam menjahit sesuatu pada kain atau Amainah sendiri yang menyulam
pakaian. sarung bantal anaknya.
3. menganyam menjalin silang-menyilang Orang buta itu pandai menganyam
bakul dan tikar.
4. menekat menyulam sesuatu Perempuan itu menekat benang emas
pada sehelai cadar kecil.
5. mengait menyirat dengan menggunakan besi Kakak yang mengait baju panas itu.
kait khas.
6. memilin memintal benang, tali, dan sebagainya. Sebelum menjahit, dia memilin benang
terlebih dahulu.

1. mengelap mengesat atau mengeringkan dengan Selepas mandi dia pun mengelap
kain, kertas, dan sebagainya. badannya dengan sehelai tuala.
2. mengesat menyapu atau menggosok supaya Razali mengambil sehelai kain lalu
kering. mengesat meja itu.
3. menggosok membersihkan sesuatu dengan tangan, Selain mengemas, menggosok lantai
alat tertentu, dan sebagainya. juga adalah kerjanya.
4. menggilap menggosok supaya berkilat Pekerja itu sedang menggilap mangkuk
perak di rumah tuannya.
Situasi Melibatkan Mulut
Perkara Kegunaan Ayat contoh
1. menggigit perbuatan mencengkam atau Anjing peliharaan Encik Lim
memotong dengan gigi. menggigit kaki pemuda itu sehingga
berdarah.
2. menggerit menggigit sedikit-sedikit dengan Gigi tikus yang kuat dapat menggerit
menggunakan gigi hadapan (biasanya bekas plastik sehingga berlubang.
tikus, serangga, dan sebagainya).
3. mengunyah perbuatan untuk menghancurkan atau Gigi geraham gunanya untuk
melumatkan makanan sebelum ditelan. mengunyah makanan.
4. memagut perbuatan menggigit oleh haiwan (ular Seekor ular senduk telah memagut kaki
dan ayam) salah seorang pekerja di ladang getah.

1. menghembus berkaitan dengan udara/ angin yang Cik Siti menghempus api pelita itu
keluar dari mulut dan sebagainya dan supaya padam.
bergerak dengan cepat.
2. meniup perbuatan meniupkan udara melalui Adik saya tidak pandai meniup belon.
sesuatu seperti belon dan sebagainya.
3. menyembur sesuatu yang dipancutkan dari mulut, Pak Harun menyembur sirih ke badan
alat, dan sebagainya dan berkaitan Roslan.
dengan air, cat, pasir, minyak, dan
sebagainya.

1. menjerit suara jerit yang kuat kerana kesakitan Kanak-kanak itu menjerit apabila
atau ketakutan. ditunjukkan seekor lipas.
2. melaung memanggil dengan suara yang kuat Ayahnya melaung seberapa kuat tetapi
dan nyaring. tidak diendahkannya.
3. memekik suara panggilan yang kuat; teriak yang Apabila terlihat sesuatu lembaga di
keras. dalam rumahnya, dia pun memekik
sekuat-kuat hati.
4. meneriak memanggil dengan suara yang keras Sungguhpun dia meneriak dengan kuat,
dan nyaring. mereka tidak juga mendengarnya.
5. menyeru melaungkan sesuatu untuk memanggil Apabila mendengar orang menyeru
namanya, Raju terus berlari untuk
membuka pintu.
6. memanggil menyuruh datang atau kembali dengan Milah memanggil adiknya yang sedang
meneriakkan atau menyebut nama. bermain di taman permainan supaya
pulang ke rumah.
7. melolong menjerit atau meraung dengan nyaring; Perempuan itu melolong dengan
menangis dengan kuat. sekuat-kuat hatinya kerana tidak tahan
sakit.
8. meraung bunyi yang kasar; nyairng lagi panjang Wanita itu meraung apabila mendapat
anak tunggalnya telah meninggal
dunia.
9. meratap tangisan atau keluhan yang disertai Janganlah meratap kerana dia pasti
dengan kata-kata yang pilu tidak akan kembali lagi.
10. menyorak berteriak dengan suara yang kuat Kami menyorak ke arah pasukan yang
kerana gembira dan sebagainya. menang itu.
11. tempik bunyi teriakan atau sorakan kerana Kami memberi tempik sorak semasa
kegembiraan. menyambut kedatangan penyanyi itu.
12. menengking suara yang tinggi dan keras (biasanya Tidak baik menengking ibu bapa.
dalam nada marah)
1. melulur menelan bulat-bulat. Ular sawa itu melulur seekor anak
kambing di semak itu.
2. menelan memasukkan sesuatu ke dalam mulut Azlin menelan ubat itu walaupun pahit.
melalui kerongkong.
3. meneguk minum sesuatu yang cair Adik meneguk air di dalam botol itu
kerana terlalu haus.
4. menyedut menarik air, udara, minyak dan Tiap-tiap pagi, saya ke taman bunga itu
sebagainya melalui sesuatu. untuk menyedut udara bersih.
5. menghisap memasukkan sesuatu (ke dalam mulut, Bapa sedang menghisap rokok di
hidung, dan sebagainya) dengan anjung rumah.
tarikan udara.
6. menghirup menghisap dan menelan benda yang Aminah menghirup air kotak berperisa
cair. coklat dengan penyedut minuman.

Anda mungkin juga menyukai