Anda di halaman 1dari 11

NOTA

TAJUK :

PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB)
1993 Pindaan 2002
OBJEKTIF:

Selepas kursus ini, diharapkan para peserta dapat:-

1. Memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan dalam Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 & pindaan-pindaannya;

2. Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;

3. Meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan sendiri; dan

4. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan/ melanggar peraturan

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 2


Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(Pindaan) 2002 [ P.U.A. 246 ] Tarikh Kuatkuasa 20.6.2002
1. Peraturan 3A
Kewajipan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan mana-
mana pegawai yang melanggarnya boleh menyebabkan diambil tindakan
tatatertib

2. Peraturan 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A. 176)
Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan

3. Peraturan 3C
1. Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan
kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bahawannya dan
mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana
pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan
ini.

2. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal


mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar
mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan
cuai dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

4. Peraturan 4
(4)(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat
setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

4(2) Seseorang pegawai tidak boleh


(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya.
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak
yang munasabah bahawa :-
(i) membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai pegawai
awam ;
atau
(ii) menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.

(4)(2)(d) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan memburukkan


nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

4(2) (e) Seseorang pegawai tidak boleh kurang kecekapan atau kurang
berusaha

4(2)(f) Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 3


4(2) (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab

4(2) (h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa pengaruh / tekanan


luar untuk menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam
sama ada tuntutan sendiri atau anggota perkhidmatan awam yang lain.

4(2) (i) Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan
dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
ingkar perintah

4(2) (j) Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugas
rasmi

5. Peraturan 4A - Gangguan Seksual

“Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap


orang lain”
 Perbuatan
 Lisan
 Tulisan

6. Peraturaan 5 – Pekerjaan Luar

 Berdasarkan jawatan yang dipegang/ diarah oleh Ketua Jabatan.


Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang kerajaan ada kepentingan.

 Atas kepentingan persendirian/ saudara atau badan – dia seorang


pemegang jawatan

 Boleh dapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan dengan syarat:-


- Di luar waktu pejabat.
- Tidak jejas kegunaan pegawai.
- Tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan.

 Jenis-jenis pekerjaan luar yang dilarang:-


a. Melibatkan diri dalam pengurusan atau menjalankan perusahaan
perdagangan, pertanian dan sebagainya.
b. Bekerja dengan tujuan mendapat upah dengan mana-mana
syarikat, firma institusi atau orang perseorangan.
c. Sebagai seorang pegawai pakar memberi keterangan pakar sama
ada percuma atau dengan tujuan mendapat upah.
d. Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.

7. Peraturan 6 - Pakaian

 Pakaian yang sepatutnya yang ditentukan oleh Kerajaan melalui


KPPA/ KSU semasa bertugas dan juga ketika menghadiri upacara
rasmi jika upacara rasmi tidak ditentukan pakai pakaian yang
sepatutnya.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 4


Peraturan Pakaian Rasmi

Rujukan Pekeliling
a) Pekeliling Perkhidmatan 2/1985
b) Pekeliling Perkhidmatan 4/2005
c) Surat Pekeliling Ikhtisas 13/1969
d) Surat Pekeliling Ikhtisas 6/1985
e) Surat Pekeliling Ikhtisas 7/2001
f) Surat Pekeliling Perkhidmatan 1/2006

Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1983


a) Corak tanda nama - huruf warna puteh
b) latar belakang hitam
c) satu nama sahaja
d) semat dibaju di dada sebelah kiri
e) tidak memakainya dianggap sebagai ingkar perintah

8. Peraturan 7 – Menyalahgunakan Dadah

 Kecuali bagi maksud perubatan – Di bawah Akta Perubatan 1971.


Boleh dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan
awam

9. Peraturan 8 - Hadiah

 Dilarang terima hadiah jika ianya mempunyai kaitan, sama


secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan
pelaksanaan tugas
 Jika ragu-ragu atau sukar ditolak hadiah tersebut boleh diterima
tetapi segera dilaporkan kepada Ketua Jabatan.
 Ketua Jabatan akan menentukan sama ada hadiah tersebut boleh
diterima atau pulangkan balik.

 KETUA JABATAN BOLEH BENARKAN

- Menerima surat pujian sempena persaraan/ pertukaran dengan


syarat tidak terkandung dalam bekas yang mahal.

- Pungutan spontan dari pegawai sempena persaraan, pertukaran,


perkahwinan

10. Peraturan 10 – Pemunyaan Harta (PP 3/2002)

 Pegawai hendaklah mengisytiharkan harta apabila:-

a) Dilantik ke dalam perkhidmatan awam.


b) Dikehendaki oleh Kerajaan.
c) Memperolehi harta tambahan.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 5


d) Pelupusan
e) Genap tempoh 5 tahun.

 Harta siapa yang perlu dilaporkan:


- Harta Pegawai
- Isteri/suami pegawai
- Anak-anak pegawai tetapi tidak termasuk anak yang bukan di
bawah tanggungan
- Harta pegawai yang dipegang oleh orang lain bagi pihak pegawai

 Jenis harta yang perlu dilaporkan


a) Harta Tak Alih
- Tanah, termasuk tanah pendudukan sementara
- Bangunan, segala jenis bangunan termasuk rumah kedai,
warong atau ruang pejabat
- Rumah, segala jenis rumah

b) Harta Alih
- Wang simpanan
- Saham
- Kenderaan bermotor, barang kemas, perabut, alat sukan,
keahlian kelab dan lain-lain.

 Harta alih yang nilainya setiap satu melebihi enam (6) bulan
emolumen atau RM10,000 mana yang terendah

 Pemilikan Harta Yang Dilarang


- Memiliki lesen-lesen untuk menjalankan:
i. Kenderaan perniagaan.
ii. Kenderaan perkhidmatan awam.
iii. Perniagaan hiburan.

- Memohon/ memiliki tanah kerajaan untuk pembalakan/


perlombongan.

- Pemilikan Tanah Secara Diberimilik oleh Kerajaan


i. Tidak melebihi 20 ekar tanah pertanian
ii. Tidak melebihi 2 lot tapak perumahan.
(Jika telah sedia ada melebihi had dibenarkan sebelum PP
2/2002, boleh terus memilikinya)

11. Peraturan 11 – Menyelenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/


Pendapatan Yang Sah

 Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen/


pendapatan yang sah;

 Mempunyai kawalan kewangan atau harta (alih tak alih) yang


nilainya tidak seimbang dengan emolumen / pendapatan yang sah.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 6


 Ketua Jabatan boleh minta penjelasan secara bertulis dalam tempoh
30 hari - kemukakan kepada Lembaga Tatatertib untuk
pertimbangan.

12. Peratuarn 12 - Tidak Boleh Pinjam Wang/ Jadi Penjamin Kepada


Peminjam Wang.

a) Langsung/ tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.


b) Yang dengannya pegawai ada urusan rasmi
c) Yang tinggal/ miliki tanah/ perniagaan dalam kawasan pegawai ada
kuasa rasmi.
d) Yang menjalankan perniagaan beri pinjaman wang

 Boleh pinjam wang/ penjamin kepada peminjam yang meminjam


wang daripada institusi kewangan, penanggung insurans atau
koperasi atau menanggung hutang melalui perjanjian sewa beli
barang

Syarat:-
a) Tidak tertakluk kepada kuasa rasminya
b) Tidak menimbulkan skandal awam
c) Agregat hutang tidak meletakkan pegawai berada dalam
keterhutangan kewangan yang serius

Boleh Tanggung Hutang tapi..............


a) Wang yang dipinjam atas cagaran tanah – tidak melebihi nilai
tanah
b) Kemudahan kredit – Institusi kewangan berlesen
c) Pinjaman dari syarikat insuran/ polisi
d) Pinjaman dari kerajaan dan koperasi
e) Pinjaman sewa beli
f) Pinjaman Pendidikan dengan syarat jangan sampai diisytihar
bankrap.

13. Peraturan 13

Ditafsirkan…..
a) Agregat hutang tidak bercagar melebihi 10 kali emolumen
bulanan
b) Penghutang penghakiman – tak jelas dalam tempoh satu bulan dari
tarikh penghakiman
c) Bankrap/ pemakan gaji tak solvent

Tanggungjawab Ketua Jabatan


a) Tidak memperakukan pinjaman pegawai yang gaji bersihnya kurang
daripada 40%
b) Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan kerja atau
kelakuan pegawai sebelum dan semenjak berada dalam
keterhutangan kewangan yang serius.
c) Berusaha mendapatkan laporan/perintah mahkamah mengenai
petisyen hutang penghakiman /kebankrapan.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 7


d) Menyemak sama ada pegawai telah menjelaskan hutang tersebut
dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penghakiman atau tidak.
e) Mengemukakan perakuan tatatertib kepada Lembaga Tatatertib jika
pegawai gagal selesaikan hutangnya atau mengambil tindakan lain
yang bersesuaian

14. Peraturan 15 – Meminjamkan Wang

 Tidak boleh dengan faedah

15. Peraturan 16 - Penglibatan Dalam Pasaraan Niaga Hadapan

 Sebagai pembeli/penjual

16. Peraturan 17 – Cabutan Bertuah/ Loteri

 Tidak boleh adakan cabutan bertuah/loteri selain daripada maksud


kebajikan

17. Peraturan 18 – Menerbitkan Buku

 Tidak boleh berasaskan maklumat rasmi teperingkat

18. Peraturan 19 – Pernyataan Awam

 Tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis


 Memudaratkan apa-apa dasar/program/ keputusan kerajaan
 Memalukan atau memburukkan nama kerajaan
 Melemahkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan
 Mengedarkan apa-apa pernyataan/ulasan yang dibuatnya atau
orang lain

 Tidak boleh membuat sama ada secara lisan atau bertulis


 Membuat ulasan tentang kelebihan ada-apa dasar atau keputusan
kerajaan
 Memberi maklumat/fakta berhubung dengan fungsi kerajaan
 Memberi penjelasan mengenai apa-apa peristiwa atau laporan
melibatkan kerajaan
 Menyebarkan maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada
yang dibuat olehnya atau orang lain

19. Peraturan 20 – Penyunting Akhbar/ Majalah/ Jurnal

 Tidak boleh jadi penyunting/ ambil bahagian/ sumbangan kewangan


kepada penerbit/ jurnal kecuali
a) Penerbitan jabatan
b) Penerbitan profesional
c) Penerbitan organisasi sukarela/bukan yang bercorak politik

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 8


20. Peraturan 21 – Kegiatan Politik

 Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan


Pengurusan Profesional dilarang bergiat dalam politik atau memakai
lambang parti politik.
a) Membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik
b) Terbit, edar buku, artikel mengenai politik
c) Merayu undi
d) Egen pilihan raya/agen tempat mengundi
e) Bertanding apa-apa jawatan
f) Pegang apa-apa jawatan dalam parti politik

 Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Perlu tidak boleh bertanding,


memegang apa jawatan politik

 Pegawai Kumpulan Sokongan yang lain boleh pegang jawatan AJK


dengan syarat dapat kelulusan:
a) Gunasama – KPPA
b) Bukan Gunasama - KSU

 Walau bagaimanapun semua pegawai yang bercuti sebelum bersara


dan dapatkan kelulusan – boleh aktif dalam politik

 Semua pegawai boleh jadi ahli biasa dengan syarat dapat kelulusan
Ketua Jabatan.

21. Peraturan 22 – Membawa Prosiding Undang-undang Dan Bantuan


Guaman

 Tidak boleh bawa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan


peribadi akibat dari tugas rasmi tanpa mendapat kebenaran Ketua
Setiausaha Kementerian

 Bagaimanapun pegawai yang menerima notis mengenai tindakan


undang-undang ke atasnya bersabit dengan tugas rasminya boleh
mendapatkan bantuan guaman

 Tanggungjawab Ketua Jabatan

- Ketua Jabatan hendaklah memberi ulasan kepada permohonan


bantuan guaman yang dibuat oleh mana-mana pegawai sama
ada menyokong atau tidak tuntutan tersebut berasaskan segala
fakta dan hal keadaan kes berbangkit dari tugas awamnya

22. Peraturan 23 – Tidak Hadir Bertugas

 Ketidakhadiran termasuk kegagalan untuk hadir pada suatu masa


dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi
menjalankan tugasnya.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 9


23. Peraturan 24

 Seseorang pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
terlebih-dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan
tatatertib
 Tanggungjawab Ketua Jabatan Dalam Kes Tidak Hadir Bertugas
- Mengeluarkan surat arahan panggil balik bertugas A.T Berdaftar
- Jika selepas surat tersebut dikeluarkan sama ada pegawai
melaporkan diri atau tidak Ketua Jabatan bertanggungjawab
melaporkan kes tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib

 Jenis Kes Tidak Hadir


a) Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau kebenaran dan pegawai
dapat dikesan.
b) Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti dan kebenaran dan tidak
dapat dikesan.

24. Peraturan 38 - Hukuman Tatatertib

 Jenis Hukuman
a. Amaran
b. Denda
c. Lucuthak Emolumen
d. Tangguh pergerakan
e. Turun gaji
f. Turun Pangkat
g. Buang Kerja

 Pihak Lembaga boleh mengenakan satu atau apa-apa kombinasi dari


dua atau lebih hukuman tersebut.

25. Peraturan 43 – Tahan Kerja Bagi Tujuan Siasatan

 Lembaga Tatatertib boleh jika difikirkan perlu menahan kerja


seseorang pegawai bagi maksud penyiasatan dalam dua keadaan:-
i. Apa-apa kesalahan jenayah
ii. Perlanggaran tatatertib yang serius

 Penahanan kerja di bawah peraturan ini hanya bagi tempoh tidak


melebihi (2) bulan dan dibayar emolumen penuh.

26. Peraturan 44 – Penahanan Kerja

 Lembaga Tatatertib boleh jika difikirkan perlu menahan kerja


seseorang pegawai dalam dua (2) keadaan:-
i. Apabila prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai:
atau
ii. Apabila tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja sedang/
akan diambil terhadap seseorang pegawai.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 10


 Layak menerima sekurang-kurangnya separuh (½) dari emolumen
bulanan.

27. Peraturan 46 – Gantung Kerja

 Perintah Gantung Kerja boleh dikenakan terhadap seseorang


pegawai jika:-
i. Apabila seseorang pegawai disabitkan oleh mahkamah; atau

i. Apabila seseorang pegawai dikenakan perintah tahanan buang


negeri dan sebagainya

 Tidak layak menerima emolumen bulanan dalam tempoh di gantung


kerja

28. Peraturan 28(2) - Tanggungjawab Ketua Jabatan

a) Mendapatkan laporan daripada Pihak Polis dan Pendaftar mahkamah


b) Mengemukakan perakuan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sama
ada pegawai perlu ditahan kerja atau tidak

29. Peraturan 28(5) - Tanggungjawab Ketua Jabatan

a) Mendapatkan keputusan perbicaraan daripada pihak Pendaftar


Mahkamah
b) Mengemukakan perakuan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sama
ada pegawai perlu di gantung kerja atau tidak
c) Jika tiada rayuan dibuat Ketua Jabatan hendaklah membuat syor
kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sama ada pegawai patut dibuang
kerja atau dikenakan hukuman selain daripada buang kerja atau
ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau tidak
dikenakan apa-apa hukuman tatatertib.

Jabatan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Pejabat, IAB. 11

Anda mungkin juga menyukai