Anda di halaman 1dari 2

Latihan 23. Aduh, sakitnya perut aku!

Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan nyatakan jenisnya sama ada Ayat
24. Para pelajar sila klik pada tajuk atau perkataan-perkataan berhuruf tebal
Penyata, Ayat Perintah, Ayat Tanya dan Ayat Seruan.
untuk akses ke laman web yang disenaraikan.
1. Tolong angkatkan beg itu dan letak di atas almari.
25. Aduhai, malang sekali nasib peminta sedekah itu!
2. Ayah akan pulang dari pejabatnya pada pukul 5 petang.
26. Sudahkah adik minum susu?
3. Amboi, sombongnya dia!
27. Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis
4. Apakah langkah membasmi masalah kemiskinan?
28. Wahai kawan-kawanku, marilah kita bersatu padu!
5. Cis, berani kamu merampas harta aku!
29. Ibu bapa diminta meletakkan kenderaan di sebelah dewan.
6. Jangkitan penyakit itu boleh menyebabkan kematian.
7. Para pelajar, sila penuhkan tempat duduk di hadapan. 30. Jemput masuk ke retoran kami.
8. Mengapakah baju awak basah?
31. Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April.
9. Usahlah kamu pergi ke kota itu, kelak kamu akan menyesal.
10. Cis, harimau di hutan lagi dapat kujinakkan, inikan pula cicak
32. Serahkan saja perkara ini kepada mereka.
mengkarung!
33. Jangan minum air itu.
11. Bagaimanakah saudara dapat membahagikan masa untuk belajar?
34. Para pelajar dilarang bermain di kawasan padang pada waktu rehat
12. Usahlah menangis lagi.
35. Berapakah harga kasut itu?
13. Wah, cantik sungguh kereta baru abang kamu itu!
36. Wah, menara itu sangat tinggi!
14. Laman web ini sesuai untuk para pelajar di peringkat universiti.
37. Saya akan berangkat pada malam esok
15. Oh, lihat anak kecil di hujung sana itu!
38. Perempuan tua itu ibunya?.
16. Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
39. Oh, dia sudah pergi ke sekolah!
17. Fail ini berkaitan kursus Bahasa Melayu Lanjutan peringkat A Level.
40. Cikgu kamu siapa?
18. Hai, nama saya Patsy!
41. Mereka berkumpul di padang sekolah.
19. Bagaimanakah layang-layang itu dibuat?
42. Ah, aku tiada masa untuk melayan engkau!
20. Siapkan kerja kamu dan hantar pada hari esok.
43. Bilakah Naveen akan balik?
21. Wahai adikku sayang!
44. Sila jawab surat ini sekarang.
22. Adakah kita ingin melihat generasi muda akan terus hanyut?
1 2020 © K.Izhar KIJ MBSSKL
45. Kenapa En. Lim tidak hadir? 69. Amboi, hebat sekali engkau beraksi!
46. Orang ramai diminta supaya mematuhi arahan untuk duduk di rumah 70. Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. 71. Wah, cantiknya burung merak ini!
47. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu. 72. Ke mana ibumu minggu lepas?
48. Di manakah rumah Puan Asiah? 73. Sila jamu selera.
49. Bangunan sekolah itu sudah mencecah usia 100 tahun. 74. Eh, bilakah kamu pulang ke tanah air?
50. Siapa yang akan mengiringi pelajar-pelajar itu? 75. Sila bawa bakul apabila ke pasar.
51. Oh, Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku! 76. Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini!
52. Bertolaklah dengan segera. 77. Jemput datang ke majlis kenduri anak kami
53. Surat itu dibaca oleh Ahmad? 78. Amboi, cantiknya baju kamu!
54. Berapakah jumlah kematian yang berlaku di Amerika Syarikat? 79. Tetamu sudah tiba?
55. Menangislah sepuas-puas hati. 80. Alahai, itu pun awak tidak boleh buat!
56. Musa sudah menjadi pegawai polis
57. Jemputlah ke rumah saya pada petang besok.
58. Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki?
59. Wah, bergaya benar dia hari ini!
60. Berdermalah kepada orang-orang yang hidup susah.
61. Para pelajar sudah berkumpul di dewan?
62. Ibu bapa diarahkan supaya memastikan anak-anak remaja mereka patuh
untuk duduk di rumah.
63. Norlia membeli pakaian dari kedai itu.
64. Wah, indah sekali pemandangan di sini!
65. Minta bersihkan meja awak ini
66. Pengetua sentiasa tersenyum kepada para pelajarnya.
67. Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu?
68. Berapakah harga sebuah rumah itu?
2 2020 © K.Izhar KIJ MBSSKL

Anda mungkin juga menyukai