Anda di halaman 1dari 6

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI TAMADUN AWAL

1.0 INDIA
Sistem ekonomi tamadun india terbahagi kepada dua . Yang pertama adalah system
ekonomi sara diri. Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan penting dalam
perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mempunyai pengetahuan yang
luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk membajak, menyemai, menuai menerusi
Rig Veda. Di samping bercucuk tanam, mereka juga terlibat dalam penternakan binatang.
Mereka menternak lembu, kambing, biri-biri dan kuda (untuk mengangkut bijirin). Menjelang
akhir zaman Vedik (1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber makanan
yang penting. Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu. Barli dan
gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah makanan sekunder.

Sistem ekonomi yang kedua pula ialah dari segi sistem ekonomi komersial. Pada zaman
Pra-Maurya (600-322 SM), perkembangan yang signifikan dalam bidang ekonomi telah
berlaku. Padi, tebu dan kapas telah ditanam secara meluas. Walaupun peralatan yang
digunakan adalah primitif, namun petani-petani berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang
berlebihan. Hasil pertanian yang lebih disimpan dan digunakan untuk memenuhi keperluan
penduduk bandar yang melibatkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Selain itu, hasil
yang berlebihan juga dijual kepada orang lain atau ditukar dengan orang lain untuk
memperolehi barang keperluan yang lain.

Selain itu, aktiviti perdagangan juga telah peningkatkan lagi tahap ekonomi tamadun india.
Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas,
perak dan tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan
perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan
Asia Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari
Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan
Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan
daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan
peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara Greek,
Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah
melalui laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut
mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan merupakan
peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.
2.0 ROM
Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan. Dalam bidang pertanian, iklimnya
membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum,. anggur dan zaitun. Akueduk
(saliran air) dan empangan telah dibina. Mereka juga menternak biri-biri dan kambing. Dari
segi perdagangan, Rom merupakan pusat perdagangan yang penting dan maju terutama
ketika di bawah pemerintahan Maharaja Augustus iaitu apabila wang syiling digunakan.
Rom menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang sibuk, mengimport sutera dan lada
putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu permata, kulit penyu, rempah ratus,
pokok jati, ebony, lada hitam, sutera China dan tekstil dari India . Dari Timur Afrika dibawa
gading, emas, bulu binatang, batu ambar, lilin dan hamba pula dibawa dari Rusia dan
Jerman. Dati Britain dibawa timah hitam, besi, tiram dan anjing perburuan. Gelas yang
tebaik dibawa dari Mesir atau sidon di Phoenicia. Dari Sepanyolmkapal-kapalnya membawa
logam, emas, perak, bahan pencelop, linen dan minyak zaitun. Afrika Utara menghantar
hamba, serbuk emas, batu marmar Afrika, gading dan binatang liar untuk pertunjukan. Asia
Kecil dan Syria membekalkan kain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat, barang-barang
kulit dan keluli. Industri dijalankan oleh beberapa orang artisan tempatan yang memiliki
kedai-kedai sendiri. Rom telah mengeksport wain, gelas, emas dan kain linen .

3.0 MESIR
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Mesir terkenal
dengan kegiatan pertanian kerana Lembah Sungai Nil memberikan tanah yang subur dan
anugerah Allah yang tidak ternilai memandangkan kawasan sekitarnya yang lain merupakan
kawasan padang pasir yang tidak memberikan apa-apa hasil. Pada mulanya penduduk
tamadun Sungai nil ini mengusahakan gandum, barli, fleks, sayur-sayuran, kacang, lobak,
kurma, menanam pokok pyprus untuk membuat bot, tali dan sender, ternakan kambing, biri-
biri dan lembu hanya untuk sara diri. Namun, lama kelamaan kegiatan ini bertukar menjadi
komersil apabila hasil bertambah hingga melebihi keperluan diri dan keluarga. Ini berlaku
apabila mereka mula menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi ini.
Bagi menambahkan hasil, bajak,dan syaduf (alat mengangkut air dari Sungai Nil) digunakan.
Terusan bagi mengairi tanaman juga dibina. Perusahaan utama yang dijalankan ialah
pembinaan kapal, membuat bir dari barli dan wain dari anggur, membuat tembikar, gelas
dan membuat kain dari rami. Perlombongan tembaga juga diusahakan. Pada mulanya
perniagaan dijalankan melalui sistem barter, kemudian berkembang kepada perdagangan
hingga ke peringkat antara bangsa menggunakan jalan darat iaitu melalui Sinai serta
menggunakan sistem kafilah dan jalan laut.. Mesir telah mengeksport gandum, tembikar,
barang-barang kemas dan mengimport kayu perabut (kayu gergaji), emas, perak,dan
gading. Urusan perdagangan dijalankan dengan Babylonia, Syam, Crete (Yunani), Afrika,
Asia dan Rom.

4.0 MELAYU
Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu tediri daripada kerajaan agraria (kerajaan ini terletak
di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya berasaskan pertanian)
dan kerajaan maritim ( kerajaan yang terletak di pesisiran pantai yang memberi tumpuan
kepada perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut).

Kerajaan agraria (seperti Kerajaan Dvaravati di Lembah Sungai Chao Phraya, Kerajaan
Funan di Lembah Mekong dan Kerajaan Angkor di Lembah Mekong) menghasilkan hasil
pertanian (seperti padi) , hasil hutan (seperti damar, kapur barus, rotan, pencelup) dan
perlombngan.Perdagangan dijalankan secara tukar barang.

Kerajaan maritim pula memperolehi barangan dari kerajaan agraria dan kemudiannya
menjalankan perdagangan entrepot. Perdagangan antarabangsa dijalankan melalui
pelabuhan entrepot seperti pelabuhan Oc-eo di Funan, pelabuhan Ko-ying di Sumatera dan
pelabuhan lembah Bujang di Kedah. Barangan yang didagangkan ialah rempah ratus, hasil
hutan, cendana, damardan ubat-ubatan. Perdagangan dijalankan secara tukar barang
dengan pedagang India, China, Arab dan Eropah.

Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah


Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti hasil hutan,
pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat hubungan perdagangan dengan China
(barang seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan
India.

Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit dan
Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan timur-barat iaitu Selat
Melaka dan Selat Sunda.
5.0 MESOPOTAMIA
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada peringkat
awal, masyarakat dalam tamadun Mesopotamia mengusahakan tanah untuk kegiatan
pertanian (sememangnya Lembah Tigris dan Euphrates amat subur untuk pertanian),
mereka menanam gandum dan barli. Di kawasan tanah tinggi mereka nenanam bijirin.
Tanaman utama ialah jagung, kurma, sayuran-sayuran (bawang putih, daun salad, bunga
bawang, kunyit, ubi sengkuang, lobak, thyne dan lobak putih). Bajak digunakan dalam kerja-
kerja pertanian. Tambak dibina untuk mengelakkan banjir.Pada peringkat awal iaitu sebelum
mereka mengenal teknologi moden, mereka mengisar menggunakan tangan..Mereka juga
menternak kambing biri-biri, lembu, kerbau dan keldai. Keldai digunakan untuk kenderaan.
Di samping itu mereka juga menangkap ikan menggunakan kail dan jala. Dari segi
perusahaan, Mesopotamia mengusahakan tembikar, pertukangan kayu, membuat patung,
membuat alat-alat perhiasan, membina kapal dan pakaian. Kegiatan ekonomi pada
peringkat awal hanyalah untuk menyara diri mereka sendiri. Konsep sara diri di sini
bermaksud mengusahakan pertanian dan ternakan untuk menyara diri dan keluarga sendiri
dan tidak diperdagangkan. Apabila tanah pertanian itu diusahakan secara giat iaitu apabila
mereka telah menggunakan bajak, membina tambak dan membuat sistem pengairan, hasil
bertambah dan apabila mereka mula membuat perhubungan dengan orang luar dan
memerlukan barang yang tidak terdapat di tempat mereka, perdagangan mula dijalankan...
Konsep komersil mula mengambil tempat. Barang-barang dagangan dijual kepada orang
padang pasir yang berpindah randah. Pada mulanya mereka menggunakan sistem barter
(tukar barang) tetapi apabila mereka telah pandai menggunakan wang perak, perdagangan
menjadi bertambah pesat dan di sini sistem komersil digantikan dengan perdagangan.
Konsep perdagangan merujuk kepada sistem perniagaan yang melibatkan orang luar atau
peringkat antara bangsa. Mesopotamia membuat hubungan dagang dengan India,Mesir dan
Mediterranean. Barang-barang eksportnya ialah kain, barang kemas dan senjata. Import
utama Mesopotamia ialah kayu balak, logam dan batu ( dari Mesir), tembaga (dari Turki dan
Parsi), walnut, gam dan emas.
6.0 YUNANI
Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana keadaan muka bumi
bergunung-ganangdan tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya, perdaganganhanya
dijalankan di kawasan pesisir pantai seperti Mesir, Syria dan Phoenecia. Athens dan Corinth
menghadapi masalah kekurangan makanan kerana kekurangan tanah pertanian. Negara
kotatersebut terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar. Athens mendapatkan
bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam.Athens juga menjadi pusat
pengumpulan barang keperluan dari timur. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini
telah menaikkan harga barang.Kesannya, ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria
pada Zaman Graeco-Rom.

7.0 CHINA
Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian. Sejak zaman Han, tenggala
telah diperkenalkan untuk membuat batas. Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta
kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah. Sistem penggiliran tanaman
diperkenalkan untuk menjaga kesuburan. Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada
zaman Dinasti Shang. Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan
mengawal banjir. Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti
Han dan diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah
dan Barat. Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di
Barat iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China. Mulai zaman
Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan jalan yang
menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom. Jalan laut ini berkembang
semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal yang belayar
dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga
dengan kapal dari China dan India. Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak
pelabuhan kerajaan awal adalah bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman
Dinasti Tang. Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan
perdagangan didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar
berikutan perkembangan perdagangan. Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan
oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan
alat pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu

Anda mungkin juga menyukai