Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH 3 OKTOBER 2012

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH

SJK CHUNG HUA BUSO 2012

1.0  TAJUK PROGRAM


Lawatan sambil belajar ke Taman Orkid, Muzium Negara, dan Planetarium Sultan
Iskandar

2.0  TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 3 Oktober 2012 (Rabu)

3.0  TEMPAT

Taman Orkid, Muzium Negara, dan Planetarium Sultan Iskandar

4.0  OBJEKTIF

4.1  Murid dapat menimba / menambah pengetahuan yang berguna untuk tujuan P&P.

4.2  Murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni dan berdisiplin semasa berada di
luar sesi P&P.

4.3  Mengeratkan hubungan sesama Guru, PPM/staf, murid serta ibu bapa.

4.4  Menjalankan dan mencapai sasaran serta objektif aktiviti yang telah
dirancangkan dalam takwim tahunan prasekolah 2012.

5.0 PESERTA

19 orang murid, 20 orang ibu bapa, 1 orang Guru Prasekolah, dan 1 orang PPM Prasekolah
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH 3 OKTOBER 2012

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

BIL MASA PERKARA CATATAN

1. 7.15  pagi Peserta rombongan berkumpul di Mendengar


Prasekolah SJK Chung Hua Buso taklimat

-       Taklimat oleh Guru Besar dan


Guru Prasekolah

2. 7.45 pagi Bertolak ke Taman Orkid

3. 9.00 pagi Tiba di Taman Orkid

4. 9.05  pagi Taklimat oleh wakil Pegawai di


Taman Orkid mengenai Taman
Orkid dan lawatan di Taman Orkid

5. 10.25 pagi Bertolak ke Muzium Negara

6. 10.50 pagi Tiba di Muzium Negara- Lawatan


di Muzium Negara

7. 12.00 tengah Bertolak ke KFC di The Spring


hari untuk jamuan tengah hari

8. 1.25 petang Bertolak ke Planetarium Sultan


Iskandar

9. 1.45 petang Tiba di Planetarium Sultan


Iskandar

10. 3.35 petang Bertolak balik ke SJK Chung Hua


Buso

11. 4.35 petang Tiba di SJK Chung Hua Buso

7.0      KUMPULAN SASARAN


LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH 3 OKTOBER 2012

Murid Prasekolah SJK Chung Hua Buso dan Ibu Bapa

8.0       IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada Taman Orkid, Muzium, Planetarium Sultan

Iskandar dan ibu bapa untuk menjayakan lawatan ini.

8.2 Murid dapat melihat pelbagai jenis bunga orkid.

8.3 Murid dapat melihat pelbagai spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hampir

atau telah pupus.

8.4 Murid dapat mengetahui sejarah awal tentang kemerkaan negara.

8.5 Murid dapat mengetahui nama bagi bintang serta kedudukan bintang dan bulan di

langit.

9.0        LAPORAN

Prasekolah SJK Chung Hua Buso telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman
Orkid pada 3 Oktober 2012. Seramai 19 orang murid prasekolah, 20 orang ibu bapa, 1
orang guru pengiring, dan 1 orang PPM prasekolah. Ibu bapa dan murid prasekolah
berkumpul di bilik prasekolah pada pukul 7.15 pagi. Taklimat ringkas telah disampaikan
oleh Cik Jenny Jong mengenai disiplin dan perkara yang perlu dititikberatkan.

Tepat pada pukul 7.45 pagi, kami bertolak ke Taman Orkid. Kami tiba di Taman Orkid
pada pukul 9.00 pagi untuk diberi taklimat oleh pegawai di Taman Orkid. Murid dapat
melihat lebih dekat pelbagai jenis bunga orkid.

Selepas Taman Orkid, para peserta lawatan bertolak ke Muzium Negara pada pukul
10.25 pagi dan tiba di Muzium Negara pada 10.50 pagi. Kami telah diperkenalkan dengan
seekor buaya kecil yang baru ditangkap semasa Hari Raya 2012 lalu. Murid juga diberi
pendedahan awal tentang pelbagai jenis haiwan yang hampir pupus seperti tenggiling,
landak, orang utan dan lain-lain lagi.

Seterusnya, kami makan tengah hari di KFC, The Spring pada pukul 12.25 tengah hari
selepas melawat Muzium Negara.
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH 3 OKTOBER 2012

Destinasi lawatan kami yang terakhir adalah Planetarium Sultan Iskandar. Kami telah
tiba di Planetarium Sultan Iskandar tepat pada pukul 1.45 tengah hari. Satu filem
mengenai kedudukan planet dan bintang telah ditayangkan. Murid telah didedahkan
mengenai sifat setiap planet dan bintang.

Kami tiba di sekolah pada pukul 4.35 petang.

10.0      PENUTUP

Melalui lawatan ini, murid prasekolah dapat menimba ilmu pengetahuan di luar bilik
prasekolah. Antaranya adalah seperti cara menanam orkid, cara hidup pelbagai kaum,
nama dan kedudukan bintang di langit. Murid dapat mengenal lebih dekat spesimen
binatang dan tumbuh-tumbuhan yang telah hampir pupus atau jarang dinampak oleh
murid pra. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan
ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

 11.0    LAMPIRAN

11.1 Nama murid, ibu bapa dan guru.

11.2 Senarai kedatangan murid, ibu, bapa dan guru pengiring.

11.3 Gambar

Disediakan Oleh:- Disahkan Oleh:-

___________________ __________________

( JENNY JONG ) ( HEE TAI THAI )

GURU PRASEKOLAH GURU BESAR

SJK CHUNG HUA BUSO SJK CHUNG HUA BUSO

Tarikh: Tarikh:
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH 3 OKTOBER 2012

Lampiran – Gambar

Anda mungkin juga menyukai