Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Affrini Azim bin Zahari,

D20101038048,
Program Ijazah Sarjana Muda,
Sains (Matematik) dengan Pendidikan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Dr. Syed Abdul Malik Syed Mohamad,


Timbalan Dekan,
Akademik dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak. Tarikh: 20 Disember 2011

Yang Berbahagia Dr,

Permohonan Untuk Menambah Jam Kredit Bagi Semester 1 2011/2012

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Saya Muhammad Affrini Azim bin Zahari (D20101038048), Program Ijazah Sarjana Muda
Sains (Matematik) Dengan Pendidikan (AT48) Semester 3 Sesi 2010/2011 ingin memohon
kebenaran daripada Dr. Untuk menambah bilangan jam kredit untuk sesi pembelajaran pada semester
ini.

3. Hal ini demikian kerana pada semester 4 (2011/2012) hanya 18 jam kredit dihadkan untuk
pendaftaran. Oleh itu, saya ingin menambah 2 jam kredit lagi bagi kursus universiti supaya jumlah
jam kredit pada semester akan datang menjadi 20 jam kredit. Selain itu, saya ingin menambahkan
jumlah jam kredit pada semester hadapan kerana ingin meringankan jam kredit pada semester akan
datang.

4. Oleh yang demikian, saya amat berharap Yang Berbahagia Dr. Dapat membenarkan saya
untuk menambahkan bilangan jam kredit pada semester 4 (2011/2012) akan datang. Segala
kerjasama daripada Yang Berbahagia Dr. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

...............................................
(MUHAMMAD AFFRINI AZIM BIN ZAHARI)
Program Ijazah Sarjana Muda,
Sains (Matematik) dengan Pendidikan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Anda mungkin juga menyukai