Anda di halaman 1dari 2

Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) meliputi semua pekerja yang:

1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap


2. Berumur 18-60*
3. Bekerja dalam sektor swasta**
4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
*Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang
tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan
TIDAK perlu mencarum
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri,
pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP
Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu
memenuhi syaratsyarat tersebut:

1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan


pekerjaan (LOE)
2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti
membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:

• Pembuangan kerja dan pertindihan


• VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
• Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
• Bankrap atau penutupan tempat kerja
• Pembuangan kerja konstruktif
• Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
• Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang
membahayakan keselamatan
Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:

• Pembuangan akibat salah laku pekerja


• Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
• Persaraan
• Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas
persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak
perkhidmatan)
Proses Pendaftaran:
Langkah 1:

1. Daftar di Portal EIS dan isi permohonan selengkapnya di


https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction .
2. Berikut adalah garis panduan pendaftaran:
https://drive.google.com/file/d/1TbbAdF45NzBi3yTae9Xm6-
VzDfCLBrf0/view?usp=sharing
Dokumen sokongan yang perlu disertakan:

a. Salinan kad pengenalan


b. Salinan surat diberhentikan (VSS, MSS dan sebagainya)
c. Salinan slip gaji (6 bulan)
d. Salinan akaun bank
e. Dokumen sokongan lain yang berkaitan (eg: laporan polis, kes melibatkan
jabatan buruh)
• Proses akan diambil dalam masa 1 bulan
• Notis pemberitahuan pengakuan akan dipapar selepas penghantaran
permohonan berjaya
Langkah 2:

1. Daftar kursus latihan


2. Anda juga boleh mengisi borang permohonan latihan di pautan tersebut:
https://drive.google.com/file/d/1SxPYbcuhblRIc1p4BruZAUq-
LU0KtfGy/view?usp=sharing
3. Emel kepada contact@myproasia.com
• Proses akan diambil dalam masa seminggu
• Notis pemberitahuan pengakuan akan dipapar selepas penghantaran
permohonan berjaya
4. Proasia akan menghubungi calon dalam tempoh 3 hari selepas menerima
emel dan menyusun tarikh latihan.
5. Menyertai latihan dan menerima sijil beserta elaun latihan

Langkah 3:

1. Menghantar tuntutan Dokumen yang perlu disertakan:


a. Invois
b. Sijil
c. Bukti Kehadiran
d. Borang Tuntutan
e. Borang Elaun

Laporan akhir Pembayaran akan diterima selama 14 hari selepas penghantaran


yang telah Berjaya.

Anda mungkin juga menyukai