Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Sepanjang bulan September, kami telah menjalankan projek Asas Sains


Komputer iaitu sistem pembelian pakaian atas talian. Kami amat bersyukur
kerana dapat menyelesaikan projek menggunakan aplikasi ‘Scratch’ dalam
masa yang ditetapkan.

Semasa menjalankan projek ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan


kemahiran yang telah kami pelajari. Kami juga dapat menguasai penggunaan
aplikasi ‘Scratch’ dengan menonton video-video daripada ‘YouTube’ dan juga
dengan menerima didikan serta panduan guru mata pelajaran kami, Cik
Azilawati binti Malik

Hasilnya, kami dapat membentuk sebuah sistem yang boleh membantu


pengguna menjimatkan masa dan tenaga. Ini kerana sistem kami dibentuk di
atas talian dan juga mudah digunakan.

Hubungan yang erat sesama ahli-ahli kumpulan juga dibentuk semasa


melakukan projek ini. Nilai kerjasama dan dedikasi memainkan peranan yang
amat penting dalam menjalankan projek ini.

Selepas menjalankan projek ini, kami telah mahir menggunakan aplikasi


‘Scratch’. Bukan sahaja sistem atas talian tetapi kami juga telah mahir
membuat permainan-permaian atau sistem-sistem yang lain.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kami yang projek ini membawa banyak


kebaikan dan kemahiran untuk kami. Kami berharap projek seperti ini dapat
dijalankan lagi pada masa depan. Sekali lagi, kami sangat bersyukur kerana
dapat meyiapkan projek ini dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai