Anda di halaman 1dari 11

LAMPIRAN D

1
LAMPIRAN D

PERATURAN
PERTANDINGAN

KEJOHANAN PENCAK SILAT


MRSM SE-MALAYSIA
KALI KE-9, 2012

“ PENCAK DITARI
KEPAHLAWANAN TERPATRI”

2
LAMPIRAN D

PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI


Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni dalam beberapa
aspek persilatan, iaitu dari aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah kepada aspek beladiri.

Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di mana


persembahan adalah dilakukan di kalangan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja mengikut
kaedah-kaedah peraturan pertandingan.

1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN

1.1 Gelanggang Pertandingan

a. Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan keluasan tidak


kurang dari 81 meter persegi (9X9).
b. Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai atau pentas yang rata yang pada
pendapat pengadil ia tidak membahayakan peserta.

1.2 Kelengkapan Gelanggang

Kelengkapan gelanggang adalah terdiri dari:


a. Jam pertandingan
b. Gong atau alat yang berfungsi sama.
c. Alat Perakam kaset atau alat-alat untuk muzik silat.
d. Kerusi, meja, ruang rehat peserta dan gelanggang pertandingan
e. Alat tulis

1.3 Kelengkapan peserta

Pakaian pesilat yang terdiri daripada:


a. Pakaian kepala (Tengkolok)
b. Pakaian badan (baju, kain samping, bengkung, seluar dan baju layang)
Warna dan potongan yang sesuai untuk pertandingan mengikut kreativiti dan
tradisi Melayu yang berasaskan nilai-nilai murni.
c. Sebarang 'aksesori' tambahan adalah dibenarkan.
d. Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara kategori II
( Seni Tempur Silat)
e. Bersamping bagi pesilat perempuan adalah wajib.
f. Pakaian yang menonjolkan lambang mana-mana perguruan atau negeri
(atau MRSM) adalah dilarang dan tidak dibenarkan.
g. Pesilat perempuan muslim diwajibkan memakai kain tudung dan
digalakkan bagi pesilat perempuan non-muslim.

3
LAMPIRAN D

2. CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN

2.1 Masa persembahan bagi semua kategori ialah 3 minit.

2.2 Wisel akan dibunyikan sekali sebagai tanda permulaan. Pada 10 saat sebelum masa
persembahan berakhir, wisel dibunyikan sekali lagi. Kemudian wisel akan dibunyikan
dua kali sebagai tanda akhir persembahan sesuatu kategori.
Markah akan dipotong sekiranya persembahan itu kurang dari masa yang ditetapkan.

2.3 Persembahan bagi semua kategori menggunakan hanya Muzik Gendang Kedah
sahaja yang akan disediakan oleh penganjur.

3. ATURAN PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada pasukan-
pasukan yang membuat persembahan di kalangan pesertanya sahaja.

3.2 Larangan-larangan dalam persembahan ialah:

a. Persembahan-persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai.


b. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejak, meludah dan
sebagainya.
c. Kelakuan yang mencabar.
d. Memakai pakaian yang tidak menunjukkan sifat murni kependekaran
Melayu.
e. Solekan kepada para pelajar adalah tidak dibenarkan pada kejohanan kali ini.
f. Pendedahan aurat bagi peserta perempuan seperti baju berlengan
pendek, potongan leher yang luas dan pakaian ketat.

4
LAMPIRAN D

4. PENILAIAN MARKAH

4.1 Nilai Markah


Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada kategori persembahan seperti
berikut:

a. Kategori Seni Tari Silat


i. Wiraga 50
ii. Wirama 20
iii. Wirasa 30
Jumlah =100

b. Kategori Seni Tempur Silat


i. Teknik Serang Bela 40
ii. Kekayaan Teknik 20
iii. Ketangkasan & Kecekapan 20
iv. Daya Tahan & Pernafasan 10
v. Kemantapan Sikap 10
Jumlah = 100

c. Kategori Seni Jurus Silat


i. Wiraga 50
ii. Wirama 20
iii. Wirasa 30
Jumlah =100

4.2 Perincian Pemarkahan


Bagi maksud pemberian markah yang lebih objektif markah yang lebih maksimum
bagi unsur-unsur yang diperhatikan adalah:

Unsur Penilaian Kategori I dan III

a. Wiraga
1. Kekayaan gerak 10
2. Kemantapan gerak 10
3. Keterampilan & Keseragaman 10
4. kaedah pencak silat 10
5. Keserasian pakaian & kelengkapan 10
Jumlah kecil 50

b. Wirama
1. Ketepatan gerak dengan irama 10
2. Keserasian gerak dengan muzik 10
Jumlah kecil 20

5
LAMPIRAN D

c. Wirasa
1. Penghayatan gerak 10
2. Kemantapan ekspresi 10
3. Tertib & sopan santun 10
Jumlah kecil 30

Unsur Penilaian Kategori II

a. Teknik Serang dan Bela


1. Serangan / belaan yang logik 10
2. Sikap awal,lintasan serangan dan
kekuatan 10
3 Kaedah pencak silat 10
4. Keberkesanan serangan / belaan 10
Jumlah kecil 40

b. Kekayaan Teknik
1. Keanikaragan teknik 10
2. Jumlah teknik serang / bela 10
Jumlah kecil 20

c. Ketangkasan dan Kecepatan


1. Ketepatan waktu serang / bela 10
2. Kecepatan dan ketepatan serangan 05
3. Kemurniaan dan daya tarik 05
Jumlah kecil 20

d. Daya Tahan dan Pernafasan


1. Daya tahan tubuh 04
2. Permanfaatan tenaga 02
3. Pernafasan 04
Jumlah kecil 10

e. Kemantapan sikap
1. Sikap sopan santun 05
2. Sikap tegas dan berani 05
Jumlah kecil 10

6
LAMPIRAN D

4.3 Perincian Penolakan Markah – Bagi semua kategori

a. Nilai 5 (lima) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan


persembahan kurang 15 – 29 saat dari waktu yang ditentukan.
b. Nilai 10 (sepuluh) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan
persembahan kurang 30 – 45 saat dari waktu yang ditentukan.
c. Nilai 15 (lima belas) markah ditolak dari peserta pertandingan yang
melaksanakan persembahan kurang 60 saat dari waktu yang ditentukan.
d. Peserta diberi masa 15 (lima belas) saat untuk menyelesaikan gerakan terakhir
dari persembahannya.Persembahan akan dihentikan oleh Ketua Pertandingan jika
peserta tidak memberhentikan persembahan pada akhir tempoh masa tersebut.
Persembahan di dalam tempoh masa ini tidak akan diberi penilaian oleh para
pengadil.

4.4 Perkara-perkara yang membolehkan penolakan nilai semasa pertandingan:

a. Perkara a.b dan c dalam para 4.3 seperti di atas.


b. Jatuh aksesori:
i.Tengkolok ( kecuali semasa acara tempur ) – nilai 2 ditolak.
ii.Pakaian / hiasan badan - nilai 1 ditolak.
c. Keluar gelanggang (samada satu atau dua belah kaki atau badan ) – nilai 1 ditolak.
d. Perkara-perkara a dan b dalam para 4.2 tajuk 4– nilai 1 ditolak seperti:
i. Meludah
ii. Isyarat lucah
iii. Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai kesopanan
iv. Perlakuan mencabar.
v. Solekan yang berlebihan.

5. SUSUNAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Susunan pelaksanaan teknikal pertandingan adalah :


a. Pegawi Teknikal / Dewan Hakim
b. Ketua Pertandingan dengan dibantu
i. Dewan Juri
ii. lima orang Juri
iii. Setiausaha Pertandingan & Penolong
iv. Pengamat Waktu & Penolong.
V. Pengurus peserta.
vi. Pembantu gelanggang.
c. pasukan perubatan.
d. juri rayuan.

7
LAMPIRAN D

6. PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap kategori yang
dipertandingkan.

6.2 Dalam keadaan dimana jumlah markah yang diperoleh adalah sama, maka unsur-
unsur berikut dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan susunan ini
bagi kategori I,II dan III sahaja.

1. Nilai Wiraga atau kekayaan serang bela.


2. Nilai Wirama atau kekayaan teknik
3. Nilai pengurangan markah terkecil
4. Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat mencapai
keputusan cemerlang.

6.3 Johan keseluruhan akan ditentukan :

a. Berdasarkan kepada pungutan pingat iaitu johan, naib johan dan ketiga iaitu
pingat emas, perak dan gangsa.
b. Jika didapati sama jumlah pingat, jumlah kutipan markah keseluruhan akan
menjadi penentu kemenangan.
c. Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan kategori
I,II dan III.
d. Jika didapati masih sama,undian akan dijalankan.

6.4 Segala keputusan akan diumumkan oleh Ketua Pertandingan atau mana-mana orang
yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan.

7. FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN.

7.1 Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:


a. Peserta memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri dan penonton.
b. Peserta menghadap ketua pertandingan untuk menerima arahan memulakan
pertandingan.
c. Peserta bersedia memulakan persembahan.
d. Masa akan diambil apabila bunyi penanda permulaan dibunyikan dan peserta
hendaklah memulakan persembahannya.
e. Bagi kategori I, II dan III, setelah 2 minit 50 saat dijalankan, bunyi penanda 1
kali akan dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi.
f. Tanda masa penamat bagi perkara 7.1 (e) di atas akan dibunyikan 3 minit
setelah persembahan dibuat dan peserta hendaklah mengakhiri persembahannya.
g. Peserta memberi hormat dan keluar gelanggang.

8
LAMPIRAN D

8. ENGKAR HUKUMAN

8.1 Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada


tatatertib pertandingan boleh dikenakan tindakan:
a. Amaran
b. Dilarang mengikuti kegiatan pertandingan
c. Hukuman

8.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati syarat:
a. Peringkat umur dan status persekolahan
b. Jantina dan
c. Kerakyatan
Kategori yang tersebut diatas akan tersingkir dari menyertai pertandingan.

8.3 Perlaksanaan hukuman engkar juga termaktub kepad pengurus, jurulatih dan
pegawai pasukan.

9. RAYUAN / BANTAHAN

9.1 Bantahan keputusan pertandingan hanyalah boleh dibuat selepas


diumumkan keputusan pertandingan satu-satu kategori pertandinagn ke
Meja Urusetia.
9.2 Semua bantahan mesti disertakan dengan wang bantahan sebanyak
RM200.00. Wang bantahan akan dikira lupus (tidak dikembalikan)
jika keputusan tidak memihak kepada pembantah. Jika keputusan memihak
kepada pembantah, wang bantahan akan dikembalikan.
9.3 Bantahan selepas Majlis Penutup Kejohanan Pencak Silat MRSM Se-Malaysia
2012 tidak akan dilayan.

10. PEGAWAI TEKNIKAL

10.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pertandingan.


10.2 Boleh melantik daripada kalangan juri ataupun dilantik terus oleh pihak
penganjur dari mana-mana juri yang difikirkan mempunyai kepakaran dan
pengalaman.

11. HAL-HAL LAIN

11.1 Peraturan-peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah


ditentukan dan dijelaskan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan
semasa
taklimat pertandingan.

9
LAMPIRAN D

SILAT OLAHRAGA

SYARAT PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA

1.0 PENYERTAAN

1.1 Terbuka kepada semua pelajar MRSM di seluruh negara.


1.2 Hanya warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan bertanding.
1.3 Penyertaan hanya disahkan apabila pihak penganjur menerima borang
penyertaan rasmi berserta salinan kad pengenalan, borang pemeriksaan
kesihatan dan borang kebenaran waris.
1.4 Sesi timbang, undian dan taklimat akan diadakan pada hari pertandingan
bermula.
1.5 Peserta dikehendaki membawa kad pengenalan asal untuk pengesahan
sewaktu sesi timbang dijalankan.

2.0 KELAYAKAN PASUKAN DAN PESERTA

2.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar satu pasukan sahaja.


2.2 Setiap pasukan bertanding hendaklah didaftarkan didalam borang penyertaan
yang disediakan oleh pihak penganjur.
2.3 Semua peserta haruslah disahkan sihat dan layak bertanding oleh pegawai
kesihatan kerajaan. Surat akuan sihat hendaklah dilampirkan bersama-sama
dengan kad pengenalan ketika sesi timbang. Kegagalan berbuat demikian akan
mengakibatkan penyertaan peserta akan ditolak.
2.4 Penganjur dan pegawai teknikal kejohanan tidak akan menyediakan pegawai
perubatan untuk tujuan akuan sihat tersebut.

3.0 KELAS YANG DIPERTANDINGKAN DAN BERAT

3.1 Setiap pasukan mempunyai lima peserta (3 putera , 2 puteri).


3.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati individu.
3.3 Kelas pertandingan adalah seperti berikut :
3.3.1 KELAS I - 50 kg – 55 kg (Putera)
3.3.2 KELAS II - 56 kg – 60 kg (Putera)
3.3.3 KELAS III - 61 kg – 65 kg (Putera)
3.3.4 KELAS I - 45 kg – 50 kg (Puteri)
3.3.5 KELAS II - 51 kg - 55 kg (Puteri)

10
LAMPIRAN D

4.0 PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini adalah mengikut undang-undang PESAKA dan juga


PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAH-
SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Segala perkara
yang tidak terkandung didalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Teknikal pertandingan dan pihak penganjur.
4.2 Semua peserta dikehendaki melaporkan diri 15 minit sebelum acara
dimulakan. Kegagalan menghadirkan diri selepas panggilan ketiga oleh Ketua
Pertandingan, peserta berkenaan dikira undur diri.
4.3 Pesilat dikehendaki memakai pakaian silat hitam potongan melayu dan
pelepas berpakaian serupa dan berbengkung warna oren. Peserta lelaki
pelepasnya perlulah pelepas lelaki manakala peserta perempuan pelepasnya
ialah seorang pelepas lelaki dan perempauan.
4.4 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati individu berdasarkan kepada
jadual undian.
4.5 Pertandingan ini akan dijalankan sebanyak 3 babak. Satu babak memakan
masa selama 2 minit.
4.6 Undian akan dijalakan untuk menentukan kelas mana yang akan bermain
dahulu.
4.7 Setiap pesilat diwajibkan memakai perlindungan keselamatan yang
dibenarkan.
4.8 Toleransi berat minima dan maksima setiap kelas ialah 0.5 kg sahaja.

5.0 KETENTUAN PEMARKAHAN DAN KEMENANGAN

5.1 Juri akan menggunakan sistem angkat bendera (FORMAT PESAKA) untuk
menentukan jatuhan sah atau tidak dan untuk menentukan kemenangan.

6.0 BANTAHAN

6.1 Semua pasukan layak mengemukakan bantahan berhubung keputusan


pengadilan. Hanya pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan membuat
bantahan.
6.2 Bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis menggunakan borang yang
disediakan dalam masa 20 minit selepas pertandingan yang berkenaan dengan
disertakan wang bantahan sebanyak RM 200.00 tunai.
6.3 Wang bantahan akan dikira lupus (tidak dikembalikan) jika keputusan tidak
memihak kepada pembantah. Jika keputusan memihak kepada
pembantah,wang akan dikembalikan.

11

Anda mungkin juga menyukai