Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT 06000 JITRA KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI / TMK


KALI PERTAMA SESI 2020

Tarikh : 16 Januari 2020 (Khamis)


Masa : 2:30 PM
Tempat : Bilik Mesyuarat SK PUTAT
Pengerusi : En.Yusri Bin Abu Bakar (Ketua Panitia)
Kehadiran : 2 orang

Nama kehadiran :
01. En. Yusri Bin AbuBakar

02. En Muhammad Amirul Siah

Hadir Bersama :

1. Pn Azlina Bt Salim (Penolong Kanan Kurikulum)

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk menjayakan
mesyuarat panatia kali pertama ini.

1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang telah memberi mandat kepada
beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada tahun 2020.

1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru untuk mengajar
subjek Reka Bentuk dan Teknologi dan Teknologi Maklumat pada tahun ini serta mengharapkan
guru-guru dapat berkongsi pengalaman dan idea untuk memantapkan program-program yang
bakal dilaksanakan

Makluman dan tindakan: Semua Guru


RBT/TMK
2.0 UCAPAN wakil Pentadbiran (Pn Azlina Bt Salim)
2.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua guru AJK Panitia RBT/TMK pada
hari itu dan mengharapkan agar semua guru dapat berbincang serta memberikan idea untuk
menaiktarafkan peningkatan subjek RBT ini.
2.2 Mengharapkan semua guru mengikut dasar kurikulum yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
supaya memudahkan guru melaksanakan P&P sekaligus memberi keberkesanan terhadap
pelajaran.

2.3 Mengharapkan supaya guru-guru perlu membuat post mortem setiap kelas yang diajar selepas
setiap peperiksaan untuk fokus pada kelemahan dan kekuatan murid dalam subjek berkenaan.

Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT/TMK

3.0 AGENDA

3.1 DASAR KURIKULUM

3.1.1 SEKOLAH KONDUSIF

Makluman semua guru agar memastikan kelas dalam keadaan lengkap dengan keperluan
yang sepatutnya seperti jadual waktu, jadual tugasan, pelan kebakaran, peraturan kelas &
peraturan kerja kumpulan , kerusi meja dalam keadaan baik & susunan berkumpulan. (ada
pelbagai jenis susunan meja kumpulan, ikut kesesuaian), learning standard & successful
criteria, parking lot diisi, penggunaan reward chart dan sudut hasil kerja murid.
3.1.2 Adalah dicadangan penggunaan parking lot, mengedarkan kertas dan meminta murid
menulis apa aktiviti yg mereka ingin buat berkaitan mana-mana subjek. Sudut hasil kerja
adalah kerjasama semua guru yang mengajar di kelas tersebut.

KSSR
3.1.3 Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2020 (KSSR) yang dilaksanakan mulai
tahun 2017 diteruskan untuk Tahun 4 2020. Pembaharuan dalam KSSR (Semakan) –
Aspek, Prinsip & Strategi Semakan meliputi aspek Kandungan, Pedagogi dan
Pentaksiran. Prinsip Kandungan termasuklah penambahbaikan kandungan mengikut
trend global dan tanda aras antarabangsa dan memperkukuhkan penerapan KBAT.
Prinsip Pedagogi melibatkan pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan
berkesan dan prinsip Pentaksiran mengikut perkembangan pembelajaran murid yang
ditaksir secara berterusan. Strategi Kandungan melibatkan penjajaran semula kandungan
kurikulum sesuai dengan tahun dan tahap persekolahan. Di samping mengeksplisitkan
KBAT dalam penyataan standard DSKP. Strategi Pedagogi melibatkan peruntukan waktu
mengikut jam, penggabungan mata pelajaran dan modul tambahan. Seterusnya, strategi
pentaksiran melibatkan perkembangan dan pencapaian murid ditaksir berdasarkan
Standard Prestasi yang diintegrasikan dalam DSKP.

4.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


4.1 Pelaksanaan sepanjang tahun oleh semua guru mata pelajaran. Guru-guru membuat
penilaian PBD melalui rekod transit. Adalah diharapkan penilaian dijalankan dengan
telus semasa menilai murid-murid.Penilaian akhir akan dimasukkan ke dalam rekod
offline untuk simpanan sekolah.

5.0 DSKP, REKOD TRANSIT DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


5.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa guru-guru wajib mempunyai Dokumen
Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Reka bentuk dan teknologi beserta
Rekod Transit untuk menilai murid semasa sesi Pdpc di dalam kelas. Penggunaan
rekod transit adalah selaras untuk Tahap 2.
5.2 Guru-guru digalakkan menggunakan komputer untuk menulis buku rancangan
mengajar selaras dengan sistem pendidikan yang menggalakkan penggunaan ICT
disamping memudahkan guru-guru yang mengajar menulis format RPH yang panjang.

6.0 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


6.1 Mesyuarat memaklumkan contoh RPH Pembelajaran Abad 21 yang perlu digunakan
oleh semua guru panitia RBT
6.2 Mesyuarat menerima maklum supaya memastikan penulisan RPH perlulah
dilengkapkan sebelum sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
(Tindakan: Semua guru RBT)

7.0 PROSEDUR PEMBELIAN PANITIA DAN PENGURUSAN STOK


7.1 Mesyuarat menerima maklum supaya guru-guru yang ingin membuat pembelian
bahan atau projek untuk Pdpc perlulah mengikut prosedur dan mengemaskini
pengurusan stok dari semasa ke semasa. Pembelian perlu melalui nota minta.
(Tindakan: Semua guru RBT)
8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Rekod Kewangan Projek RBT yang masih berbaki dari tahun sebelum dan masih
boleh digunakan, perlu dikira dan direkodkan.
8.2 Anggaran PCG bagi Tahun 2020 bagi Panita RBT ialah sebanyak 1000.00

(Tindakan Semua Guru


RBT/TMK)

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN


9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Berharap
semua guru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid terutama
untuk mata pelajaran RBT dan TMK.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Dicadang tangguh oleh : En. Muhammad Amirul Siah
Disokong oleh : En. Yusri bin Abu Bakar

Disediakan oleh,

………………………………………………
(EN MUHAMMAD AMIRUL SIAH)
Setiausaha Panita,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi,

Disahkan oleh

………………………………………..
(EN YUSRI BIN ABU BAKAR)
Ketua Panitia TMK /RBT Sek.Putat
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT
06000 JITRA KEDAH

Tarikh : 13.01.2020
…………………………………
…………………………………
…………………………………

Tuan / Puan

NOTIS MESYUARAT PANITIA RBT KALI KE-1/2020

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak panitia akan mengadakan
mesyuarat seperti butiran berikut:

Tarikh : 16.01.2020
Har i : Khamis
Masa : 2:30 ptg
Tempat : BILIK MESYUARAT SK PUTAT

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Ucapan Pengerusi


2.2 Ucapan Penolong Penasihat
2.3 Dasar kurikulum
2.4 Dskp,rekodtransit, rpt
2.5 Buku rph
2.6 Prosedur pembelian ABM
2.7 Pengurusan stok
2.8 Hal -hal lain

3. Kehadiran tuan / puan amatlah diharapkan agar segala perancangan panitia dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

4. Keprihatinan tuan / puan dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………...................................
(EN MUHAMMAD AMIRU SIAH )
Setiausaha Panitia RBT
SK PUTAT JITRA KEDAH

Anda mungkin juga menyukai