Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA

PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Lencana Keris Gangsa ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Chepor.Program ini disertai oleh

pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada ahli-ahli pengakap Sekolah Kebangsaan

Chepor. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia

yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib

menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah

ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2. MATLAMAT.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan

disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan

keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai

aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat

ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program

ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan

mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras

dengan pembangunan negara yang mampan.

3. OBJEKTIF

3.1. Menilai kemahiran ilmu pengakap yang di pelajari oleh ahli pengakap.

3.2. Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian.


3.3. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai

program kepimpinan.

2.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial

4. KUMPULAN SASARAN

4.1. Ahli pengakap kanak-kanak tahun 4 , 5 dan 6 yang telah menyiapkan buku log

dengan sempurna.

4.2. Jumlah peserta adalah 30 orang sahaja.

4.3. Jumlah fasilitator adalah 6 orang

5. CADANGAN TARIKH

5.1. Tarikh yang di cadangkan adalah pada ______________hingga ______________.

5.2. Selama 2 hari 1 malam

6. TEMPAT

6.1.Padang Sekolah dan Dewan Terbuka

7. PERASMIAN PENUTUPAN

7.1.Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chepor – En. Mohd Ramli Bin Mohd Baki

8. JAWATANKUASA

TUGAS NAMA

PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA

BENDAHARI

KETUA KEM

PENDAFTARAN

PENGINAPAN

MAKANAN

ALATAN

PERASMIAN PENUTUPAN

FASILITATOR/PENILAI

9. PERBELANJAAN

BIL PERKARA NILAI JUMLAH

1 Makan Sarapan pagi

RM3.00 x 2 kali x 30 org RM 180.00

Makan tengah hari

RM5.00 x 2 kali x 30 org RM 300.00

Makan malam

RM5.00 x 2 kali x 30 org RM 300.00

Minum pagi dan petang

RM2.00 x 4 kali x 30 org RM 240.00

2 Lencana RM 6 x 30 org x 3 lencana RM 540.00


3 Banner RM 150 RM 150.00
JUMLAH RM 1710.00

10.TENTATIF
TARIKH MASA AKTIVITI
8.00 a.m Pendaftaran

8.30 a.m Taklimat Ketua Kem

9.00 a.m Mendirikan Khemah

10.00 a.m Minum Pagi

10.30 a.m Ikatan dan Ujian

12.00 p.m Membersihkan diri

12.30 p.m Makan Tengahari

02.00 p.m Ujian Lencana Basikal

04.30 p.m Solat Asar

05.00 p.m Minum Petang

05.15 p.m Latihan Laung Agung

06.15 p.m Persiapan diri /solat

07.30 p.m Makan Malam

08.15 p.m Solat Isya’

08.45 p.m Isyarat Hutan

10.45 p.m NyanyianLagu-Lagu Pengakap

11.45 p.m Minum Malam

12.00 am Tidur
05.00 a.m Persiapan Diri

05.45. a.m Solat Subuh

06.00 a.m Tazkirah

06.30 a.m Kawad Pagi

07.30 a.m Laung agung / Naik Bendera

08.00 a.m Sarapan Pagi

08.30 a,m Pertolongan Cemas / Ujian

10.00 a.m Minum Pagi

10.30 a.m Lencana Kegemaran

12.00 p.m Ahli Kraftangan – Bahan


1.0 p.m Terbuang, Buluh, Topeng

02.00 p.m Anyaman, Origami

04.00 p.m Makan Tengahari

05.00 p.m Solat Zohor

Mengemas Khemah /

Penginapan

Perasmian Penutupan

Bersurai

11. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan

bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk

melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama

daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak oleh:

(PN.WAN FAIZA BT YUSUFF) ( PN HJH ROSNI BT KASSIM)


Pemimpim Pengakap GPK KO-KURIKULUM

SKBS SKBS

Disahkan oleh :

Anda mungkin juga menyukai