Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN TENPIN BOLING 2016


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK SERI INTAN, KLUANG

PENGENALAN

Pertandingan bowling dalam Program Pendidikan Khas merupakan satu aktiviti riadah dan
rekreasi yang boleh menggembirakan peserta. Pertandingan ini dirancang bagi mengeratkan
hubungan di antara guru-guru dan murid-murid Program Integrasi Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, murid-murid akan didedahkan dengan pengalaman yang
pastinya akan meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kepada mereka. Program luar sebegini
juga akan memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan dunia luar
sekaligus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka.

MATLAMAT

Pertandingan boling ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk membina kecerdasan
fizikal dengan melibatkan pelajar secara aktif mengikut kebolehan dan kemampuan diri
pelajar. Kemahiran yang diajar juga dapat membantu pelajar membentuk keyakinan diri,
semangat kerjasama dan meningkatkan penjagaan kesihatan diri.

OBJEKTIF

Pada akhir program ini pelajar boleh


1. Belajar untuk mematuhi arahan dan peraturan-peraturan.
2. Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani.
3. Melahirkan sifat-sifat daya saing
4. Membentuk keyakinan diri
5. Memilih pelajar mewakili sekolah dalam pertandingan boling peringkat daerah.

RASIONAL

Pertandingan ini menjadi medan untuk pelajar-pelajar ini menunjukkan bakat, kebolehan dan


keupayaan bersaing di kalangan mereka. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan
Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses sosialisasi,
keyakinan diri dan motivasi kepada mereka. Pertandingan dalam kejohanan ini bukan semata-
mata mencungkil bakat-bakat baru tetapi memberikan ruang kepada golongan ini untuk
berinteraksi sesama mereka, menilai pengurusan diri dan keupayan mereka dalam sukan.

TARIKH PELAKSANAAN
24 Februari 2016

TEMPAT
Pusat Boling, Kluang Mall

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas SMK Seri Intan


Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid
JAWATAN KUASA PELAKSANA

Panitia Pendidikan Khas SMK Seri Intan

STRATEGI

Bagi menjayakan program ini, beberapa strategi telah diatur iaitu:


1. Perbincangan bersama AJK Program
2. Melantik jawatankuasa terlibat
3. Perancangan aktiviti secara terperinci
4. Menjalankan aktiviti mengikut perancangan

PIHAK YANG TERLIBAT

Semua guru Pendidikan Khas : 15 orang


Semua Pembantu Pengurusan Murid : 4 orang
Pelajar Pendidikan Khas : 55 orang
Jumlah : 74 orang

SUMBER KEWANGAN

Bantuan Sukan Sekolah (BSS) Pendidikan Khas : RM 135


Sumbangan Individu : RM 330
Jumlah : RM 465

PERBELANJAAN

Sewa Gelanggang RM6.00 x 55 orang : RM 330


Hadiah
a. Kumpulan RM30 x 3 kumpulan : RM 90
b. Individu RM15 x 3 orang : RM 45
Jumlah : RM 465

TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara
9.30 pagi : Sarapan pagi di SMK Seri Intan
10.00 pagi : Bertolak ke Pusat Boling Kluang Mall
11.00 pagi : Pembahagian kumpulan
11.30 pagi : Pertandingan boling dimulakan
2.00 petang : Penyampaian hadiah
3.00 petang : Bertolak pulang

PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak
sekolah dan pihak-pihak lain untuk merealisasikan objektif program ini ke tahap cemerlang.
Disediakan oleh;

--------------------
(SITI SARAH BINTI SAHLAN)
Setiausaha ,
Pertandingan Tenpin Boling 2016
Program Integrasi Pendidikan Khas (BP)
SMK Seri Intan, Kluang

Disemak oleh;

---------------------
(EN. ZAKARIA BIN HASHIM)
Penolong Kanan Pendidikan
Program Integrasi Pendidikan Khas (BP)
SMK Seri Intan, Kluang

Disahkan oleh;

--------------------
(PN HJH SITI FATIMAH BINTI UMAR)
Pengetua,
SMK Seri Intan, Kluang

Anda mungkin juga menyukai