Anda di halaman 1dari 2

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN (PENTADBIRAN)

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

 Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.


 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan.
 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Kurikulum

 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.


 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal
dan bengkel.
 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru
yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas
harian mereka.
 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
 Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
 Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan

 Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah


 Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta
staf sokongan.
 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
 Membantu merancang takwim sekolah.
 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
 Menyelaras semua jenis kutipan yuran
 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
 Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
 Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar

 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan


kebersihan sekolah.
 Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
 Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi

 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat.
 Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri.

 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.

Anda mungkin juga menyukai