Anda di halaman 1dari 11

IPPJ SDN BHD

( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMANTAPAN
PROFESIONALISME
(BINA INSAN CEMERLANG)

UNTUK ANGGOTA PEKERJA

KOPERASI MMHE BERHAD

DISEDIAKAN OLEH:

INSTITUT PEMBANGUNAN PENGURUSAN JOHOR (IPPJ)


Tingkat 25, KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook 80000 Johor Bahru, Johor
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

PROGRAM PEMBANGUNAN BINA INSAN CEMERLANG

1. PENDAHULUAN
Program Pembangunan Bina Insan Cemerlang ini adalah program untuk
membentuk jati diri dan meningkatkan nilai-nilai kualiti dalam diri individu
untuk lebih berdaya saing dan bermotivasi di alam pekerjaan masing-
masing. Ia secara tidak langsung, dapat meningkatkan produktiviti dan
kualiti disamping meningkatkan prestasi sesebuah syarikat. Program ini
juga dapat memberikan kekuatan kepada mental dan fizikal para peserta
dalam menghadapi cabaran-cabaran pekerjaan atau di luar dari pekerjaan.
Di samping itu, pembangunan dari segi jasmani dan rohani tidak dilupakan
supaya dapat melahirkan anggota pekerja yang mempunyai nilai-nilai dan
etika kerja yang baik serta mempunyai sikap yang positif terhadap setiap
perkara yang dilakukan.

2. OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, pihak Putra Specialist Hospital Sdn. Bhd akan dapat
melahirkan individu dan anggota pekerja yang:
Berwibawa dan berkaliber dalam melaksanakan tanggungjawab
Peka dan berkebolehan memikul amanah yang diberi
Berupaya mengurus diri dalam semua aspek kehidupan
Berilmu dalam menguasai pelbagai perspektif hidup
Komited dalam melaksanakan tanggungjawab
Berfikiran positif dan sentiasa teguh dalam pendirian
Proaktif dalam menghadapi cabaran dari semasa ke semasa
Berdaya saing dan mampu menjadikan diri mereka sebagai contoh
kepada masyarakat sekeliling
Bermotivasi tinggi dan dapat memotivasikan orang lain dalam
melakukan pekerjaan
Bebas dari penyakit hati yang terdiri dari hasad dengki dan niat jahat
terhadap satu sama lain dan kepada organisasi
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

3. METODOLOGI
Di sepanjang program, keseluruhan aktiviti kursus ini melibatkan
semua peserta di mana kaedah dilaksanakan melalui:
Ceramah/kuliah interaktif
“Experiential learning”
Penilaian diri
Pengembaraan jiwa/minda
Pembentangan kumpulan
Perkongsian pengalaman
Perbincangan/bengkel/latihan dalam kumpulan
Pendekatan analogi
Pengamatan alam
Demonstrasi/kupasan tayangan video
Aktiviti kerohanian
Penghayatan melalui lagu-lagu bermanfaat
Aktiviti luar (tertakluk kepada pihak pengurusan tempat latihan)
Qiammullail
Kuliah Subuh dan Maghrib

4. FORMAT LATIHAN
1. Program yang dicadangkan ini bertujuan untuk membentuk jati diri dan
meningkatkan nilai-nilai kualiti dalam diri individu untuk lebih berdaya
saing dan bermotivasi di alam pekerjaan masing-masing.
2. Program latihan dan motivasi ini akan berlangsung selama TIGA (3) hari
DUA (2) malam. Jumlah hari program boleh dijalankan mengikut
keperluan dan kesesuaian syarikat/organisasi.
3. Intipati modul setiap fasa/sesi boleh diubahsuai mengikut keperluan
mengejut mana-mana kumpulan tertentu, tetapi tertakluk kepada
urusan umum merangka jadual program bagi setiap unit dalam satu-
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

satu modul dengan mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua


belah pihak.

5. ISI KANDUNGAN

1. Mengenal Rahsia Diri Dan Pelita Hidup


2. Penyakit Hati dan Cara Pengubatannya
3. Ke Arah Kecemerlangan Diri (6M)
4. Mengurus Tekanan Secara Bijaksana (Pengurusan Stress)
5. Kepentingan Berkat Dalam Pekerjaan Dan Kehidupan
6. Pengamatan Alam : Mencari Kekuatan Di Sebalik Ciptaan Alam
7. Pengembaraan Minda/Jiwa Ke Arah Mencari Tujuan Hidup
8. Mewujudkan Kesedaran Dengan Cara Berfikiran Sendiri
9. Memperkukuhkan Azam Diri
10. Qiammulail dan Kuliah

6. KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI

Meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja


Menyemai nilai-nilai murni dalam organisasi dan individu
Berkomitmen tinggi dalam pekerjaan
Mempunyai sikap positif terhadap pekerjaan
Bertanggungjawab terhadap pembangunan kendiri
Menangani konflik dan masalah dengan bijak
Memupuk budaya kerja yang positif dalam organisasi
Meningkatkan budaya kerja berkumpulan

7. SASARAN PESERTA
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

Semua warga MUSLIM yang terdiri dari para pegawai dan juga anggota
kumpulan sokongan yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan
organisasi

CADANGAN PROGRAM

TEMPOH : 3 HARI 2 MALAM

TEMPAT : DITETAPKAN OLEH KOPERASI MMHE BERHAD


(BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH : DITETAPKAN OLEH KOPERASI MMHE BERHAD


(BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

8. PELABURAN

RM 12,000.00 – maksimum 30 orang peserta


*meliputi bayaran penceramah, pengangkutan penceramah dan sekretariat,
alat bantuan mengajar, lap top dan LCD serta sijil kehadiran program.
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

9. CADANGAN ATURCARA PROGRAM PEMBANGUNAN BINA INSAN


CEMERLANG UNTUK PEKERJA KOPERASI MMHE BERHAD

HARI PERTAMA

MASA PERKARA TEMPAT

1500 : Pendaftaran & Sesi Taklimat Dewan


Perlantikan Ketua Program dan
Urusan Pendaftaran Penginapan

1530 : Program Taaruf (Suai Kenal) Dan Dewan


Pengukuhan Program
12.30 - 2.00 ptg : Kafe & Surau
2.00 - 4.30 ptg : Dewan
4.30 – 4.45 ptg : Minum petang & solat Asar Kafe & Surau
berjemaah

4.45 - 5.45 ptg : Sesi Khas Sebelum Riadah Outdoor

5.45 - 6.45 mlm : Riadah Outdoor

6.45 - 8.00 mlm : Solat Maghrib Berjemaah & Makan Surau & Kafe
malam
( Penyakit hati dan pengubatannya

8.00 - 10.00 mlm : Surau

10.00 – 10.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah Surau

10.30 mlm : Minum Malam Kafe


IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

HARI KEDUA

MASA PERKARA TEMPAT

5.45 – 7.00 pagi : Solat Subuh berjemaah Surau


Bacaan al – Ma’thurat

7.00 – 8.00 pagi : Riadah Outdoor

8.00 – 9.00 pagi : Sarapan pagi Kafe

9.00 – 10.30 pagi : MODUL 1 Dewan


1.1 Memahami konsep 6M ke
arah memantap jati diri dan
keutuhan peribadi
(Musyaratah, Muraqobah,
Muhasabah, Mu’aqobah,
Mujahadah dan Mu’atabah)

Kecemerlangan Diri.
 Memahami konsep 6M yang
bersifat universal
 Aplikasi konsep 6M dalam
membentuk kepimpinan
diri dan perubahan sikap

10.30 – 10.45 pagi : Minum pagi Kafe

10.45 – 12.45 tgh : Modul 2 Dewan


2.1 Mengurus tekanan hidup
secara bijaksan
Memahami kewujudan dan
keperluan stress dalam hidup
Kaedah penyelesaian kepada
stress
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

1.00 – 2.00 ptg : Makan tengahari dan solat Zohor Kafe & Surau

2.00 – 4.30 ptg : Modul 3 Dewan


3.1 Konsep rezeki yang berkat
dalam kehidupan
3.2 Tanggungjawab insan kepada
kehidupan dari aspek spiritual,
mental dan fizikal meliputi aspek
kepentingan solat dan pergaulan
menurut pandangan islam

Penerangan dan latihan


kumpulan

4.30 – 4.45 ptg : Minum petang, solat Asar Kafe & Surau
berjemaah

4.45 - 5.45 ptg : Program Khas Sebelum Riadah Dewan

5.45 - 6.45 mlm : Riadah Oudoor

6.45 - 8.00 mlm : Solat Maghrib berjemaah Surau

8.00 – 10.00 mlm : Modul 4 Dewan


Tayangan Hidup Insan (5 Alam)
- Sesi tayangan video
- Ceramah / demo

10.00 – 10.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah & Minum Surau & Kafe
Malam

* Visual
Perjalanan Hidup Insan ( 5 Alam)

Objektif :
1. Menundukkan rasa ego serta menimbulkan kesedaran dari mana kita
dijadikan.
2. Untuk menunjukkan perjalanan hidup seseorang insan yang meliputi 5
alam yang tertentu.
3. Untuk merasakan kesunyian / kesepian betapa kita memerlukan sokongan
oleh teman-teman, ahli keluarga dan sebagainya di sekeliling kita.
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

HARI KETIGA

MASA PERKARA TEMPAT

3.30 - 7.00 pagi : Qiamullail Surau


(Solat Taubat, Solat Tasbih, Solat
Tahajjud, Solat Hajat dan Solat Witir)

Solat Subuh berjemaah


Selawat

7.00 – 8.00 pagi : Riadah Outdoor

8.00 – 9.00 pagi : Sarapan pagi Kafe

9.00 – 10.30 pagi : Modul 5 Dewan


 Apa Itu motivasi
 Apa Itu kualiti

10.30 –10.45 pagi : Minum pagi Kafe

10.45 – 1.00 tgh : Modul 6 Dewan


 Sesi perbincangan dan rumusan
program secara berkumpulan. –
 Pembentangan resolusi program
oleh para peserta.
Majlis Penutup dan Penyampaian
Sijil

1.00 – 2.00 ptg : Makan tengahari dan solat Zohor Kafe & Surau
berjemaah

3.00 ptg : Bersurai


IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

TERMA DAN SYARAT


50% daripada jumlah pelaburan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak perlu dijelaskan ketika kertas cadangan ini ditandatangani dan
disahkan atau sebelum program tersebut berjalan. Manakala baki 50% lagi
perlu dilangsaikan setelah program berlangsung. Semua pembayaran mesti
dilunaskan dalam jangkamasa dua (2) minggu selepas menerima invois
daripada IPPJ Sdn Bhd

PENUNDAAN DAN PEMBATALAN


Setelah disepakati bersama dan sekiranya pihak IPPJ dimaklumkan KURANG
daripada 7 hari dari tarikh kursus tentang penangguhan program, maka pihak
tuan/puan hendaklah membayar 20% dari jumlah nilai program ini.

Seterusnya, tarikh baru yang ditetapkan tidak boleh melebihi 6 bulan dari
tarikh asal. Jika 6 bulan yang ditetapkan telah tamat tanpa ada sebarang
pembaharuan dan pindaan dibuat, baki 50% nilai pelaburan perlu dijelaskan
kepada IPPJ Sdn Bhd dengan menganggap pembatalan program telah berlaku.

PERSETUJUAN
Sekiranya pihak tuan/puan bersetuju dengan terma dan syarat ini, sila
keluarkan surat persetujuan kepada kami selewat-lewatnya seminggu dari
tarikh program. Adalah amat dihargai jika pihak tuan/puan dapat
mengesahkan dan menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan
sebelum memulangkan semula kertas persetujuan ini kepada pihak IPPJ
Sdn Bhd selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum program bermula.

TARIKH, JANGKAMASA DAN TEMPAT


Nama Program : Program Pembangunan Bina Insan Cemerlang
Tarikh : Ditentukan oleh Koperasi MMHE Berhad
Masa : Ditentukan oleh Koperasi MMHE Berhad
Tempat : Ditentukan oleh Koperasi MMHE Berhad
Pelaburan : RM 12,000.00 – maksimum 30 orang peserta
*meliputi bayaran penceramah, pengangkutan penceramah dan sekretariat,
alat bantuan mengajar, lap top dan LCD, nota serta sijil kehadiran program.

Dicadang oleh: Dipersetujui oleh:

Salinan asal telah ditandatangani


----------------------------------- -------------------------------------
HAJI ZAMRI NORANI (Cop & Pengesahan Syarikat)
Pengurus Besar Nama Pegawai:
IPPJ SDN BHD
( No Syarikat : 220321-M)
(SYARIKAT DI DALAM KUMPULAN JOHOR CORPORATION)

IPPJ Sdn Bhd Jawatan

Anda mungkin juga menyukai