Anda di halaman 1dari 36

W e A r e T o g e t h e r

JAN 2019 - OGOS 2019 (VOL. 3)

1
JAN 2019 - OGOS 2019 (VOL. 3)
W e A r e T o g e t h e r
Kata - kata Aluan Sidang Redaksi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PENAUNG
Syukur Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Prof. Madya Ts. Amran bin
Selusuri Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam (JTKA) dapat terus
diterbitkan dengan edisi ketiga pada tahun 2019 ini. Tahniah dan
Mohd Zaid
syabas diucapkan kepada pasukan warga sidang editor yang
diterajui oleh Dr Hasnida Harun. Tidak lupa juga sekalung tahniah PENASIHAT
untuk warga JTKA yang telah berjaya dalam pelbagai aspek
sehingga ke saat ini. Terbukti warga JTKA mampu menjulang
Prof. Madya Ts. Dr. Norshuhaila
amanat yang telah diamanahkan dengan baik dan memaparkan Mohamed Sunar
kejayaan, komitmen serta semangat yang tinggi dalam
meningkatkan prestasi dan mencipta kegemilangan JTKA. Semoga
momentum ini akan terus dipertingkatkan dan digandakan PEREKA GRAFIK
sepanjang semester akan datang. Tahun ini merupakan tahun Pn. Harina binti Md Amin
pertama saya mengalas amanah sebagai Ketua Jabatan di JTKA.
Walaupun agak berat untuk memikul jawatan ini, namun saya berasa amat bertuah kerana diberi
peluang untuk berbakti dan bekerja bersama-sama semua ahli jabatan yang sentiasa komited EDITOR
melaksanakan tugas masing-masing. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Dr. Hasnida binti Harun
selamat maju jaya kepada semua warga JTKA. Marilah kita melaksanakan tanggungjawab dengan
penuh integriti terhadap tugas yang telah diamanahkan. Semoga semua perancangan dan
Ts. Dr. Mohd Arif bin Rosli
perlaksanaan kita akan berjaya dan terus dipermudahkan. Berdisiplin, sentiasa positif dan Dr. Tuan Noor Hasanah binti
bersemangatlah dalam menyumbang bakti. Ini kerana, walau sebesar zarah ilmu dan amal yang Tuan Ismail
kita curahkan akan sentiasa diambilkira sebagai sumber kebaikan yang berterusan.
Pn. Nur Faezah binti Yahya
Ketua Jabatan JTKA Prof. Madya Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar
Emel: selusuri.jtka@gmail.com
Highlight PENULIS BERSAMA
Ts. Dr. Kamarul Aini Hj. Mohd Sari
Explorace@Campus 2.0 Dr. Fatimah Mohamed Yusop
Ts. Zarizi Awang
Ts. Rahmat Muslim
Faeqatul Nabila Zubir
Ts. Dr. Peniel Ang Soon Ern
Ts. Mohd Fahmi Abdul Rahman
CSR @ Kg. Jawa Ts. Dr. Mariah Awang
Ir. Ts. Mohd Kamaruzaman Musa
Sr. Ts. Dr. Mohammad Ashraf Abdul
Rahman
Ts. Mohd Syafiq Syazwan Mustafa
Ts. Dr. Nurdalila Saji

CSR @ Pagoh Jaya


CSR : kami tahu! kami peduli!
kami buat! 01/34
LAWATAN TEKNIKAL:
IWK Sewage Treatment Plant

Pada 13 Feb 2019 satu lawatan teknikal ke loji rawatan air Indah
Water Konsortium (IWK), Bandar Universiti Pagoh telah
dijalankan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan
pendedahan mengenai sistem rawatan air yang digunapakai
disamping mencari peluang untuk berkolaborasi. Lawatan yang
diketuai oleh Dr. Mimi Suliza Bin Mohamad ini disertai oleh
beberapa orang pensyarah dari program Alam Sekitar, JTKA.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

RESEARCH METHODOLOGY CLASS:


PSM 1&2 PROGRAM BNB SEM II 18/19

Kelas Kaedah Penyelidikan kali tiga bagi pelajar PSM program BNB
telah diadakan bertujuan memantapkan penyelidikan Projek Sarjana
Muda yang sedang dan akan dijalankan. Kehadiran pelajar PSM 1 & 2
adalah 33 orang. Kelas penyelidikan ini telah dijalankan oleh 9 orang
pensyarah BNB sendiri yang dibahagikan mengikut bab-bab dalam tesis
pelajar.
Penerangan yang jelas telah disampaikan agar tidak berlaku
kemusykilan kepada pelajar. Hasil daripada kelas yang diadakan ini,
diharapkan para pelajar mendapat pendedahan sewajarnya berkaitan isu
PSM termasuk perjumpaan dengan penyelia, menepati masa,
perbincangan isu semasa serta permasalahan kajian, pengumpulan data,
cerapan data kajian kualitatif atau kuantitatif, penggunaan perisian untuk
menganalisis data, hasil dapatan dan lain-lain lagi.
Penambahbaikan PSM akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi
mengukuhkan penyeliaan serta penyelidikan PSM diperingkat program,
jabatan serta fakulti.
Disediakan oleh :
Ts. Dr. Kamarul Aini Hj. Mohd Sari

02/34
KECEMERLANGAN BERTERUSAN ALUMNI BNB
YTL Corporation Sdn Bhd
Pada 3 Mac 2019, seramai 8 orang pelajar BNB telah mendapat
tawaran bekerja sebagai Technical Officer setelah tamat tempoh 6
bulan menjalani latihan industri di YTL Construction Sdn Bhd.
Turut bersama melapor diri adalah PM Dr. Chan Chee Ming yang
menjalani program Sangkutan Industri selama setahun di syarikat
yang sama. Alumni program BNB ini telah mempamerkan sikap
dedikasi serta etika kerja yang tinggi, mahir dalam kerja-kerja
praktikal dan mampu menyelesaikan permasalahan secara individu
mahupun berkumpulan.
Oleh itu, mereka telah mendapat kepercayaan daripada pihak
syarikat untuk melaksanakan projek pembinaan laluan keretapi dari
Gemas ke Johor Bahru yang dijangka siap pada tahun 2022.
Terdapat empat lokasi projek pembinaan ini yang menempatkan
Alumni BNB iaitu di Labis, Kluang, Layang dan Kempas Baru,
manakala seorang ditempatkan di Kuala Lumpur. Kecemerlangan
berterusan ini amat membanggakan dan membuka mata pihak luar
Berdiri depan kiri: Nuradila, PM Dr. Chan bahawa graduan teknologi kejuruteraan kini telah diterima bekerja
Chee Ming, Hafiz Zaini, Izwan Syahmi
dalam sektor industri pembinaan utama di Malaysia. Diharapkan
Berdiri belakang kiri: Tarmizi, Mohd Fadli dan semoga semua Alumni BNB tabah dalam mengharungi cabaran
Mohd Taufik hidup di alam pekerjaan yang sebenarnya.

Disediakan oleh :
Ts. Dr. Kamarul Aini Hj. Mohd Sari

PROGRAM JTKA:
Knowledge Sharing Talk
6 Mac 2019—Sebuah program ‘Knowledge Sharing Talk’ anjuran
JTKA dan focus group BIM dan SET telah diadakan untuk
berkongsi pengalaman dan teknik dalam menjuarai pertandingan
inovasi. PM Ts Dr. Norshuhaila Binti Mohamaed Sunar telah
dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘How to win medal
in innovation competition?’ dan Ts Mohamad Lutfi Bin Ahmad Jeni
menyampaikan ceramah bertajuk ‘Success Factor in Innovation
Competition.’

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun 03/34
LAWATAN AKADEMIK:
Bangunan Pentadbiran Baru
Majlis Perbandaran Muar

Lawatan tapak ke bangunan pentadbiran baru Majlis


Perbandaran Muar, Johor diadakan pada 13 Mac 2019
yang melibatkan pensyarah Ts. Zarizi Awang, Dr.
Mohamad Faizal Bin Tajul Baharuddin dan pelajar
program alam sekitar.

Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk


memahami dan mendalami pembelajaran bagi subjek
Sustainable Development Project (BNA 41103).

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

PROGRAM JTKA:
Explorace@Campus 2.0

Explorace@Campus siri 2 telah berlangsung dengan jayanya


pada 14 Mac 2019 melibatkan pelajar tahun 1 kemasukan sesi
I 2018/2019 daripada BNB, JTKA bertempat di Auditorium
3, Kemudahan Gunasama, HPTP serta laluan kembara di
Blok A1 (Akademik & Pentadbiran FTK) dan juga makmal-
makmal JTKA.
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh PM Ts.
Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar, KJ JTKA dan seterusnya
diikuti dengan sesi pengenalan oleh Ketua Program BNB, Ts.
Kamarul Aini Hj. Mohd Sari, sesi NLP oleh PM Dr. Angzzas
Sari Mohd Kassim, TD Akademik & Antarabangsa FTK
UTHM KCP serta pengenalan “Smart Digital Campus” &
laman sesawang FTK oleh Ts. Dr. Faridahanim Hj. Ahmad.
Seterusnya, pelancaran barisan kepimpinan JTKA
baharu Sem I Sesi 2018/2019 melalui Civil Engineering
Technology Student Secretariat (CETSS) dan perasmian
penutupan program telah disampaikan oleh PM Ts. Dr.
Jumadi Abdul Sukor mewakili Dekan FTK UTHM KCP.
Disimpulkan bahawa program ini mendapat sambutan yang
baik dalam kalangan pelajar dan berharap agar program ini Disediakan oleh :
diteruskan dari tahun ke tahun.
Ts. Dr. Mohd Arif Rosli

04/34
INDUSTRIAL TALK:
Fire Protection & Security System

Pada 18 Mac 2019 - Sr. Ts. Dr. Mohammad Ashraf Abdul Rahman dan Dr. Fatimah Mohamed Yusop telah
menganjurkan Program Industrial Talk - “Fire Protection & Security System” bagi kursus BNB31603 dan ianya
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan staf FTK tentang kepentingan pengawalan api dan sistem
keselamatan di dalam bangunan khususnya.
Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Hairul Nizam Ridhuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Pagoh, Muar, Johor bertempat di Dewan Auditorium 4, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Disediakan oleh :
Dr. Fatimah Mohamed Yusop

LAWATAN AKADEMIK:
Nutrition Technologies Factory Sdn Bhd

Lawatan akademik oleh pelajar bagi subjek projek sarjana muda bersama pensyarah Prof. Madya Ts Dr
Norhaslina Hashim, Dr Nuramidah Hamidon dan Ts. Zarizi Awang ke Nutrition Technologies Factory Sdn
Bhd, Senai, Johor telah dijayakan pada 20 Mac 2019.
Lawatan ini memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk menbincangkan projek berkaitan po-
tensi Black Soldier Fly dalam menangani masalah alam sekitar.

Disediakan oleh :
Ts. Zarizi Awang

05/34
INDUSTRIAL TALK:
Construction Industry Payment &
Adjudication Act (CIPAA)

Pada 27 Mac 2019 - Pn. Noor Khazanah A. Rahman dan Ts. Az-
man Ja'afar telah menganjurkan Program “Industrial Talk - Con-
struction Industry Payment and Adjudication Act (CIPAA)” bagi
memberi pendedahan kepada staf dan pelajar FTK tentang isu-isu
di industri pembinaan dan cara penyelesaiannya.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Hj. Shamsuddin Sulaiman
dari CIPAA claim Johor Bahru bertempat di Dewan Audi 4,
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail & Ts. Nur Faezah Yahya

LAWATAN AKADEMIK:
POLITEKNIK MELAKA KE MTKAS, JTKA

Lawatan akademik dari Politeknik Melaka ke Makmal


Teknologi Kejuruteraan Alam Sekitar (MTKAS), JTKA, FTK
UTHM KCP telah berlangsung pada 1, 2 & 4 April 2019.
Dalam lawatan tersebut, seramai 96 orang pelajar
Diploma Kejuruteraan Awam semester 4 yang mendaftar kursus
DCC5172 (Structure, Hydraulic and Water Quality Lab),
Politeknik Melaka dan diiringi oleh pegawai pengiring iaitu Pn.
Shahrun Nazida Salleh, Pn. Norlydah Othman Latpi, En.
Mohamad Azwan Ikhwat, Pn. Sinatu Sadiah Shapie dan juga Pn.
Mazlina Abdul Ghani telah didedahkan pada para pelajar
mengenai prosedur dan teknik untuk melakukan persampelan,
pengujian dan juga pemantauan bagi kualiti air yang disampaikan
oleh PM Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar, Dr. Mimi
Suliza Muhamad, Ts. Dr. Mohd Arif Rosli dan dibantu juga
oleh Pn. Faeqatul Nabila Zubir, Penolong Jurutera, MTKAS
bagi sesi demonstrasi.

Disediakan oleh :
Ts. Dr. Mohd Arif Rosli

06/34
BEURC 2019:
Penyertaan Projek Sarjana Muda (PSM)

Lima pelajar tahun empat dari program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan)
(BNB), JTKA, FTK UTHM KCP yang terdiri daripada Syahirah Ishak, Norfariza Shafie, Nor Izlyin Amani Azlan,
Fatin Aimi Amir Hamzah dan Norohayu Mohamad@Fuad berjaya meraih tujuh pingat melalui lima penyertaan
Projek Sarjana Muda (PSM) di Built Environment Undergraduate Research Competition (BEURC 2019) anjuran
Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 4 April 2019 lalu.
Kelima-lima mereka mempertandingkan kajian ilmiah yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi
kejuruteraan. Lebih membanggakan salah seorang pelajarnya iaitu Syahirah Ishak berjaya membolot tiga pingat sekali
gus merangkul Outstanding Undergraduate Award dan Excellence Research Award melalui kajian sisa polisterin
sebagai bahan penebat bunyi dan haba melalui tajuk kajian Development of Expanded Polystyrene (EPS) Waste for
Sound and Thermal Properties di bawah seliaan pensyarah, Ts. Dr. Kamarul Aini Hj. Mohd Sari.

Disediakan oleh :
Ts. Rahmat Muslim

INDUSTRIAL COLLABORATION:
Soil Sampling at Pulau Melaka

Lawatan soil sampling di Pulau Melaka diadakan pada


4 April 2019 (Khamis) dan melibatkan pensyarah dan
staf bagi subjek Penyiasatan Tanah iaitu Dr. Tuan
Noor Hasanah Binti Tuan Ismail, Ts. Nurfaezah Binti
Yahya, Ts. Mohd Fahmi Bin Abdul Rahma dan En.
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin.
Soil sampling ini dijalankan oleh syarikat Parkland
Group untuk pembinaan water chalet.

Disediakan oleh :
Ts. Nur Faezah Yahya

07/34
DEMONSTRASI COD:
Pelajar Pasca-Siswazah FTK

Pada 11 April 2019 - Makmal Teknologi Kejuruteraan Alam


Sekitar (MTKAS), JTKA, FTK UTHM KCP telah mengadakan
“Latihan Penyediaan Reagen Permintaan Oksigen Kimia (COD)”
yang dikendalikan oleh pelajar pasca-siswazah FTK UTHM -
Muhammad Shahrul Shafendy Ibrahim di bawah seliaan
pensyarah PM Ts. Dr. Nor Haslina Hashim bertempat di,
MTKAS, JTKA.
Dengan latihan secara demonstrasi ini, pelajar/staf dapat
mengetahui dengan lebih jelas mengenai tatacara dan prosedur
yang betul dalam penyediaan reagen COD.

Disediakan oleh :
Cik Faeqatul Nabila Zubir

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:


Kami Tahu, Kami Peduli, Kami Buat!

Program tanggungjawab sosial korporat di SMK Dato'


Sulaiman, Parit Sulong, Muar, Johor yang diketuai oleh
Pof. Madya Ts. Dr. Nor Haslina Binti Hashim telah
dijalankan pada 13 April 2019. Seramai 45 orang pelajar
JTKA terlibat bagi menjayakan program ini dengan
kerjasama SW Corp Sdn. Bhd. dan National STEM
Movement. Tujuan program ini adalah untuk
menerapkan kesedaran alam sekitar dan penerapan
ilmu dikalangan masyarakat dan pelajar sekolah. Antara
aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah alam sekitar,
pameran kesedaran alam
sekitar, pembuatan
kompos dan pameran
robotik.

Disediakan oleh :
Dr Hasnida Binti Harun

08/34
LAWATAN AKADEMIK:
Tensar International Limited

Lawatan akademik anjuran JTKA


bersama focus group BIM ke Tensar
International Limited, Kota Damansara
telah dijayakan pada 17 April 2019 oleh
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail dan
Ts. Nur Faezah Yahya.
Lawatan ini memberi peluang
kepada pelajar untuk memahami skop
pembelajaran dan aplikasi bagi
matapelajaran Soil Mechanics and
Foundation (BNP 20903) di Malaysia.
Pelajar juga didedahkan dengan teknologi
penstabilan tanah yang lestari and inovatif
yang sedang berkembang pesat di industri
pembinaan pada masa kini. Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail

INDUSTRIAL TALK:
Taklimat SWM Environment Sdn Bhd

17 April 2019—Perkongsian pengalaman industri berkisar tentang


pengasingan sisa pepejal di punca dan amalan 3R oleh En.
Muhamad Bakhtiar Bin Azni, pegawai komunikasi korporat
SWM Environment Sdn. Bhd.
Ceramah disampaikan oleh pihak industri di dalam kelas ini
telah berlansung dan disertai pelajar dari kursus BNA 31003:
Pengurusan sisa pepejal dan berbahaya. T a h n i a h k e p a d a
koordinator program iaitu Ts Dr Linda Binti Ali dan Dr Mimi
Suliza Binti Mohamad.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun
09/34
SHORT DISCUSSION
by Adjunct Professor
Satu perbincangan antara Profesor
Adjung FTK bersama staf JTKA telah
berlansung dengan jayanya pada 17
April 2019 yang lalu di UTHM-
Kampus (Cawangan Pagoh).
Pelbagai program telah dirancang
untuk dilaksanakan pada tahun 2019
ini bagi meningkatkan kecemerlangan
akademik dalam memenuhi keperluan
industri. Nasihat serta strategi juga
turut diberikan.
Perhargaan ucapan terima kasih
kepada Dato' Sr Zulkefli bin Mohd
Zain diatas ilmu yang telah dicurahkan
kepada staf JTKA.
Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail

INDUSTRIAL TALK:
Adjunct Professor JTKA

On April 17, 2019 - JTKA presents the Industrial Talk that


focused on Plant and Machinery. This program is as additional
knowledge for all the third year BNC students.
The talk is delivered by Dato’ Sr Zulkefli Mohd Zain,
Director of Design Cost Consultants. He had more than 36
years of experience in the construction industry, business and
education. Besides, Dato’ Zulkefli also awarded plenty awards
such as the award of excellence.

Prepared by:
Ts. Dr. Peniel Ang Soon Ern

10/34
LAWATAN AKADEMIK:
Loji Rawatan Air Sri Gading

Lawatan ke Loji Rawatan Air Sri Gading, SAJ Rahhill bagi


program kelas di industri untuk subjek Teknologi Rawatan Air
(BNA31203) telah diadakan pada 18 April 2019 (Khamis)
melibatkan pensyarah iaitu PM Dr Ts Norshuhaila binti Sunar
dan Dr Mimi Suliza bt Mohamad.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami
dan mendapat pendedahan mengenai sistem rawatan air yang
digunapakai pada masa kini dan secara tidak langsung dapat
menambah pengetahuan para pelajar.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:


Pagoh Sifar Sisa Buangan
Program Tanggungjawab Sosial Korporat #jomkitaplogging telah dijayakan oleh pensyarah dan pelajar dari program
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Muar dan SWM
Environment Sdn. Bhd. pada 20 April 2019 yang lalu. Ts Dr Linda Binti Ali merupakan pengarah program
mengetengahkan konsep berlari sambil menjaga alam sekitar yang melibatkan pelajar dan masyarakat setempat
bertemakan "Pagoh Sifar Sisa Buangan". Selain plogging, antara aktiviti yang djalankan adalah waste audit bersama
komuniti setempat dan taklimat daripada MPM mengenai amalan 5R+2C.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

11/34
LAWATAN AKADEMIK:
STP Bandar Universiti Pagoh (MUN196)

Lawatan akademik anjuran BNB 31703 (Water, Drainage & Plumbing System), JTKA FTK UTHM KCP bersama
dengan kumpulan fokus Building Intelligent Management (BIM) ke Loji Rawatan Kumbahan (STP), Bandar
Universiti Pagoh (MUN196) dan taklimat ringkas “Sesi pengenalan kepada STP” yang telah disampaikan oleh En.
Akeel Muhildin, Pengurus Operasi, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Unit Kluang) pada 21 April 2019 yang lalu
di Makmal Teknologi Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (MTKPB). Antara staf-staf yang terlibat dalam lawatan
ini ialah Ts. Dr. Mohd Arif Rosli, Ts. Mohd Fahmi Abdul Rahman dan juga Ts. Zarizi Awang. Lawatan ini
memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi rawatan air terkini di Malaysia amnya. Di
samping itu, pelajar juga dapat memahami proses asas rawatan kumbahan domestik dan operasi sistem yang terlibat
di loji rawatan kumbahan.
Disediakan oleh :
Ts. Mohd Fahmi Abdul Rahman

INDUSTRIAL TALK:
Career Enhancement

Pada 22 April 2019 - Program Industrial Talk - Career


Enhancement telah dijayakan oleh Ts. Dr. Peniel Ang Soon Ern
dan rakan-rakan Program BNC di Dewan Audi 3, Hub
Pendidikan Pagoh.
Ceramah yang disampaikan oleh penasihat industri JTKA, Datuk
Hj Astaman Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga bagi
Master Builders Association of Malaysia (MBAM) memberi
pendedahan awal kepada para pelajar terhadap peluang
pekerjaan yang boleh diceburi selepas tamat pengajian dan
persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Disediakan oleh :
Ts. Nur Faezah Yahya

12/34
LAWATAN AKADEMIK:
BNB41403 (Tek. Pengurusan Fasiliti)
Lawatan akademik pelajar Sarjana Muda
Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan
Bangunan) ke Unit Pengurusan Fasiliti,
Universiti Teknologi Mara, Pasir Gudang,
Johor di bawah kursus BNB 41403 (Teknologi
Pengurusan Fasiliti) yang diketuai oleh Ts. Dr.
Mariah Awang telah dijalankan pada 22 April
2019.
Matlamat utama adalah untuk mendedahkan
pada para pelajar mengenai pengurusan fasiliti
di IPTA lain selain dari UTHM dan seterusnya
dapat mengetahui perlaksanaan dan
pengurusan projek Private Finance Initiative
(PFI) yang dilaksanakan dari penyediaan
kontrak sehingga bangunan beroperasi.

Disediakan oleh :
Ts. Dr. Mariah Awang

SEMBANG TEKNOLOGIS AWAM SIRI 1:


Defect, Detection & Diagnosis

Program “Sembang Teknologis Awam (Siri 1) - Defect Detection and Diagnosis” yang diketuai oleh Ts. Dr. Mariah
Awang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2019 bertempat di Auditorium 4, Kemudahan Gunasama,
HPTP. Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak JTKA berserta kumpulan fokus Building Intelligent
Management (BIM) terhadap perkongsian ilmu bersama Panelis Profesional dengan para mahasiswa/wi FTK terdiri
daripada Panelis UTHM iaitu Ir. Ts. Dr. Raha Abdul Rahman (FKAAS), Ir. Ts. Mohd Hairi Osman & Ir. Ts.
Mohd Kamaruzaman Musa (FTK), Felo Industri dan panelis jemputan dari JKR, Sr. Dr. Syamilah Yacob, Juruukur
Bangunan Kanan.
Program sembang santai ini dikendalikan oleh Sr. Ts. Dr. Mohammad Ashraf Abdul Rahman sebagai moderator.
Selain itu, para pelajar juga didedahkan mengenai kecacatan bangunan dan bagaimana untuk mendiagnosis
kecacatan. Diharapkan program ini berlanjutan kerana memberi banyak manfaat pada para pelajar dan juga melatih
staf untuk berketerampilan.
Disediakan oleh :
Ir. Ts. Mohd Kamaruzaman Musa
13/34
AMBUSH 5.0:
“Kampung Boy” Theme

Pada 24 April 2019 - Mohammad Isa Abdul Hadi, pelajar FTK dari
program BNB mengetuai program Ambush 5.0 telah berlangsung
dengan jayanya yang melibatkan semua pelajar dan penasihat
akademik jurusan Perkhidmatan Bangunan (BNB) dari tahun
pertama sehingga tahun keempat. Antara aktiviti yang dijalankan
termasuklah jamuan, persembahan, permainan dan penyampaian
hadiah untuk pelbagai acara.
Ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara
pelajar, mengukuhkan ukhwah antara pelajar dan pensyarah,
memupuk semangat kerjasama sesama pelajar, membantu pelajar
berkenalan dengan pelajar yang berbeza kemasukan dan juga
memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar dalam
mengendalikan program. Justeru, program ini harus diteruskan dan
menjadi tradisi jurusan Perkhidmatan Bangunan.

Disediakan oleh :
Sr. Ts. Dr. Mohammad Ashraf Abdul Rahman

INDUSTRIAL TALK:
Penilaian Risiko Alam Sekitar

28 april 2019 - Dr. Mohamad Faizal bin Tajul Baharuddin telah


menganjurkan Program bersama penceramah industri - Penilaian
Risiko Alam Sekitar bagi bagi kursus BNA30903 dan ianya bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu alam
sekitar dan cara penyelesaiannya.
Ceramah itu telah disampaikan oleh Encik Amirul Shazli bin
Mohamed, Pengurus Kanan Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd.
bertempat di dewan Auditorium 1, Bangunan Gunasama, Hub
Pendidikan Tinggi Pagoh.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun
14/34
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:
“Mahasiswa Perihatin, Masyarakat Terjamin”

Program Tanggungjawab Sosial Korporat bersama pendukduk Kg.


Jawa, Panchor merupakan inisiatif kumpulan fokus Building
Intelligent Management (BIM) dan JTKA yang dibantu gerak kerja
oleh Civil Engineering Technology Student Secretariat (CETSS) telah
diadakan di Masjid Jamek An Nur, Kg. Jawa pada 28 April 2019.
Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang perihatin
terhadap masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.
Di samping itu ianya juga bertujuan mendekatkan jurang di antara
masyarakat setempat dengan mahasiswa selain untuk mempraktikkan
ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar mahasiswa Universiti
Tun Hussein Onn. Kesimpulannya, program ini perlu
diteruskan pada masa akan datang dan berharap hubungan yang
sedia terjalin ini akan berpanjangan dengan menjalankan pelbagai
aktiviti dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh :
Ts. Mohd Syafiq Syazwan Mustafa

LAWATAN PENANDA ARAS DARI:


KKTM Sri Gading

Pada 30 April 2019 - JTKA berbesar hati menerima kedatangan KKTM Sri Gading bagi lawatan penanda aras
(benchmarking) telah berlangsung dengan jayanya. Lawatan diketuai oleh Puan Nor Sham Obai Dullah, Timbalan
Pengarah Hal Ehwal Akademik, KKTM Sri Gading telah disambut oleh Ketua Jabatan JTKA dan diiringi oleh
Ketua Program BNB serta staf akademik dan juga felo industri. Semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan.
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pelajar serta staf KKTM Sri Gading dan JTKA khususnya.

Disediakan oleh :
Ts. Dr. Nurdalila Saji
15/34
LAWATAN AKADEMIK:
Bangunan Permata Suruhanjaya Tenaga

Pada 30 April 2019 - Lawatan akademik bagi


program kelas di industri - Teknologi Bangunan
Hijau di Bangunan Permata Suruhanjaya Tenaga,
Putrajaya telah berjalan dengan jayanya. Tujuan
lawatan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang teknologi
terkini bangunan hijau.
Lawatan ini telah melibatkan pelajar dari kursus
Green Building Technology (BNA41003) dan
beberapa orang staf iaitu Dr. Hasnida Binti Harun
dan Dr Norhazren binti Abdul Hamed.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

LAWATAN TEKNIKAL:
Panggung Budaya FMSP, UPSI

Projek pengujian sistem penyaman udara jenis


berpusat di Panggung Budaya FMSP, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah
berlangsung pada 2 Mei 2019 yang lalu. Tahniah
kepada penyelaras program iaitu Ts. Muhd
Syafiq Syazwan bin Mustafa dan Dr Fatimah
binti Mohamed Yusop.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

16/34
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:
Kampung Orang Asli Kangkar Senangar

Pengujian kualiti air oleh kumpulan pensyarah dari program


Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar).
Ianya adalah sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat
bagi masyarakat di Kampung Orang Asli Kangkar Senangar.
Pengujian Kualiti air ini telah berlansung pada 5 Mei 2019 yang
lalu.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

INDUSTRIAL TALK:
Natural & Organic Product Advancement

20 Mei 2019—Program “Industrial Talk - Natural &


Organic Product Advancement: Implication, Challenge
& Marketing Strategy From Industrial Prospective”
telah diadakan dengan hasil kerjasama JTKA, JTKK
dengan pihak industri. Taklimat disampaikan oleh En.
Hariz Haikal bin Haji Nasuha iaitu Pengarah Syarikat
Nasuha Herba dan Rempah Karya Sari Sdn. Bhd.
Disamping itu, terdapat aktiviti perbincangan serta
perbentangan produk inovasi hasil kreativiti pelajar.
Pelajar juga turut menerima sumbangan berupa dua
voucher penginapan bernilai RM 500 bagi hasil
kumpulan yang berjaya membentangkan inovasi
terbaik. Tahniah kepada penyelaras program PM
Ts. Dr NorHaslina Hashim.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

17/34
INDUSTRY IN CLASSROOM:
GeoTech Expo 1.0

Program GeoTech Expo 1.0 telah berlansung dengan jayanya pada 29 Mei 2019 (Rabu) yang lalu. Program
ini merupakan satu inisiatif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam (JTKA) FTK untuk melibatkan pihak
industri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Universiti selari dengan keperluan pengiktirafan badan
akreditasi ETAC. Melalui program ini, pembentangan projek pelajar berdasarkan permasalah di lapangan
telah dinilai oleh panel-panel industri seperti Sime Darby Tunas Selatan dan Dewaras Maju Sdn. Bhd.
Program ini telah melibatkan 80 orang pelajar dari kursus BNP20903 (Soil Mechanics and Foundation).
Program ini memperlihatkan kebolehan dan kreativiti pelajar dalam penyelesaian permasalahan
sebenar di industri secara lestari, inovatif dan ekonomik. Pihak industri juga kagum dengan kebolehan dan
inovasi yang dibawakan oleh pelajar JTKA FTK dan merasakan program seperti ini perlu diteruskan untuk
masa-masa akan datang supaya pelajar mendapat pendedahan tentang dunia kerja sebenar.

Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail

JALINAN INDUSTRI:
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
Perbincangan bersama IWK dan wakil FTK, UTHM ke arah menjalinkan kerjasama telah berlansung pada
30 Mei 2019 yang lalu. Penyelidik utama dari Focus Group SET yang diketuai oleh Dr. Mimi Suliza
Muhamad dan wakil daripada IWK iaitu En. Akeel Muhildin. Perbincangan adalah bagi menjamin kedua
belah pihak mencapai persetujuan kebenaran daripada pihak IWK serta pihak FTK, UTHM melaksanakan
pengumpulan data di salah sebuah loji IWK. Data ini akan digunakan untuk tujuan sijil professional
(CEPSTPO) yang akan dijalankan oleh Dr Mimi Suliza Muhamad mengenai Program Rakan Sungai 2019.
Hasil perbincangan, kedua belah pihak mencapai kesepakatan untuk menandatangani NDA tersebut bermula
pada 17/7/2019 sehingga pengumpulan data di loji tersebut selesai.

Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail
18/34
JALINAN INDUSTRI:
CREaTE, JKR

Majlis penyerahan MOU diantara Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan
UTHM telah berlangsung dengan jayanya di CREaTE Alor Gajah pada 12 Jun 2019 . Majlis ini
disempurnakan oleh Dato.' Ir. Dr. Che Hassandi bin Abdullah (Pengarah Kanan, CREaTE) dan Prof. Madya
Ts. Amran Bin Mohd Zaid (Dekan, FTK).
Majlis diteruskan dengan mesyuarat bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang melalui
kerjasama MOU tersebut. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Prof Madya Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed
Sunar (Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam), Ts. Mohd Fahmi Bin Rahman (Felo Industri, Jabatan
Teknologi Kejuruteraan Awam) selaku penyelaras MOU ini dan staf akademik bersama-sama wakil CREaTE,
JKR.

Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail

AKTIVITI JTKA:
Rumah terbuka BNB
Riang ria hari Raya Aidilfitri 1440H dimeriahkan dengan jamuan sambutan aidilfitri anjuran staf dari Program
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) yang telah berlangsung pada 25 Jun 2019 yang
lalu. Sambutan juga turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelajar tahun akhir dari program tersebut,
pensyarah dan staf FTK.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun
19/34
AKTIVITI JTKA:
Rumah Terbuka BNA
3 Julai 2019 - Staf dari Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) telah menganjurkan
Rumah Terbuka BNA sempena penutup bulan Syawal. Aktiviti ini telah berlangsung di kediaman Dr Nor Hazren
Abdul Hamid di Taman Harmoni Vista, Pagoh. Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran staf FTK
serta pelajar tahun akhir dari program tersebut.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

PERTANDINGAN INOVASI:
Malaysia Green Project Management (GPM) Award
2019

4 Julai 2019 - Beberapa orang pelajar tahun akhir JTKA dari


Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam
Sekitar) telah terlibat di dalam pembentangan bagi Malaysia
Green Project Management (GPM) Award 2019. Antara
pegawai pengiring yang terlibat ialah Dr Mimi Suliza bt
Mohamad dan Dr Nor Hazren bt Abdul Hamid.

Program ini adalah anjuran Sustainable Business Network


Association Malaysia (SustNET). Tahniah kepada semua
pelajar yang terlibat dan penyelaras program iaitu Ts
Dr Roslinda bt Ali.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

20/34
LAWATAN PENANDA ARAS
dari FTK UNIMAP

Jabatan Teknologi Kejuruteraaan Awam, FTK UTHM berbesar hati menerima kedatangan pensyarah dari
Jabatan Teknologi Kejuruteraaan Awam, FTK UniMAP bagi program lawatan penanda aras pada 15-16 Julai
2019 yang lalu. Pelbagai perbincangan telah dilakukan terutama sekali berkisar mengenai persediaan mereka
untuk menghadapi akreditasi ETAC 2021 bagi program Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan).
Selamat maju jaya buat JTKA FTK UniMAP. Semoga hubungan dan kerjasama baik ini terus berkekalan.

Disediakan oleh :
Ts. Dr. Mohd Arif Rosli

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KOPRAT


Penstrukturan Bekalan Air Kampung Orang Asli

Mesyuarat penyelarasan penstrukturan bekalan air di


Kampung Orang Asli Kangkar Senangar Parit Sulong Batu
Pahat Johor telah berlansung pada 21 Julai 2019 yang lalu yang
membincangkan laporan sumber air. Ianya merupakan
penglibatan aktif Dr Mohamad Faizal bin Tajul Baharuddin
bersama JAKOA, dan agensi terlibat yang telah banyak
membantu masyarakat orang asli disana. Tahniah diucapkan
diatas segala usaha beliau yang murni ini.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun
21/34
LAWATAN PENANDA ARAS:
Kolej Vokasional
23 Julai 2019—JTKA berbesar hati menerima kedatangan
tiga buah Kolej Vokasional iaitu Kolej Vokasional Sungai
Buloh, Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur, dan Kolej
Vokasional Klang bagi lawatan penanda aras (benchmarking)
untuk program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Awam (Pembinaan). Lawatan ini telah diketuai oleh En.
Abdul Razak bin Taib (Ketua Program Teknologi
Pembinaan).

Perbincangan secara mendalam telah dilakukan mengenai


akreditasi MQA dokumen COPPA Edisi 2. Selain daripada
itu, lawatan di makmal-makmal JTKA juga turut dilakukan.
Semoga hubungan yang erat ini akan terus berkekalan.

Disediakan oleh :
Ts. Dr. Mohd Arif Rosli

JALINAN INDUSTRI:
Tensar International Limited
Perbincangan kolaborasi bersama Tensar International Limited diadakan pada 5hb Ogos 2019 (Isnin) di
Bilik Mesyuarat 5, UTHM cawangan Pagoh. Pihak FTK, UTHM sangat berbesar hati dengan kehadiran Mr
Mike Dobie (Regional Manager for Asia Pacific) & Dr. Mahesa Bhawanin (Regional Technology Support
Engineer) yang merupakan wakil Tensar International Limited.
Di samping itu perbincangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Ts. Hj. Amran Bin Mohd Zaid
(Dekan FTK UTHM), Prof. Dr. Abu Khari Bin A'ain (Pengarah Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
UTHM) Prof. Madya Ts. Dr. Suraya Hani Binti Adnan (Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan &
Penerbitan), FTK UTHM), Prof. Madya Ts. Dr. Norshuhaila Binti Mohamed Sunar (KJ Jabatan Teknologi
Kejuruteraan Awam FTK UTHM), Ketua Program JTKA, Ahli-ahli FG BIM dan staf-staf
JTKA.Perbincangan kolabrasi ini lebih cenderung ke arah menjalinkan usahasama antara industri & universiti.
Antara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan geran industri, penyelidikan, training/sharing
knowledge. Perbincangan ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak Tensar. Oleh itu,
perancangan dan perbincangan lebih terperinci perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat antara dua-dua
pihak.

Disediakan oleh :
Ts. Nur Faezah Binti Yahya
22/34
INDUSTRIAL TALK:
Geogrids for Civil Engineering Applications
Pada 5hb Ogos 2018, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam,
FTK, UTHM telah menganjurkan Industrial Talk bertajuk
"Geogrid for Civil Engineering Application“ bertempat UTHM
Kampus - (Cawangan Pagoh). Industrial talk ini telah
disampaikan disampaikan oleh Dr. Mahesa Bhawanin,
Manager Tensar International Limited.
Industrial talk ini telah dihadiri oleh pihak staf JTKA,
ahli FG BIM, Pensyarah PPD UTHM, Sime Darby Properties
cawangan Pagoh dan para pelajar Kejuruteraan Awam
Diploma, PPD UTHM.
Industrial talk ini merupakan salah satu inisiatif jabatan
untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan
dengan dunia sebenar di industri. Di samping itu memberi
nilai tambah dalam sesuatu topik yang dipelajari di dalam
kelas.

Disediakan oleh :
Ts. Nur Faezah Binti Yahya

PROF ADJUNG:
Perancangan program JTKA
6 Ogos 2019—Prof Madya Ts. Dr. Norshuhaila
Mohamed Sunar dan bebrapa staf akademik JTKA
telah mengadakan perbincangan serius bersama Dato’
Sr. Zulkefli Bin Mohd Zain bagi membentuk program
Spin Off di JTKA, FTK.
Dato’ Sr. Zulkefli Bin Mohd Zain juga dilantik
sebagai penasihat dalam pembentukan Program Spin
Off ini telah memberikan beberapa pandangan yang
memberangsangkan untuk memastikan ketelaksanaan
program tersebut.
Perbincangan diteruskan bersama Ketua Jabatan
JTKA, Prof Madya Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed
Sunar, ketua-ketua program dan staf akademik bagi
membincangkan aktiviti bersama JTKA bagi Semester
2 Sesi 2019/2020.
Hasil daripada bengkel ini, antara aktiviti yang akan
dijalankan adalah indistrial talk, lawatan tapak dan
perancangan ke arah kerjasama MoU bersama syarikat
IBS. Ini merupakan usaha JTKA ke arah melahirkan
graduan yang berkualiti.
Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail
23/34
JARINGAN INDUSTRI:
Bina Initiatives Sdn.Bhd. &
Cinnotek International
7 Ogos 2019—Ts Dr Peniel Ang Soon Ern telah
mengadakan sebuah perjalinan industri dengan Bina
Initiatives Sdn Bhd dan Cinnotek International di BINA
Initiatives Sdn Bhd Headquarters.
Hasil daripada perbincangan tersebut, Bina
Initiatives dan Cinnotek International bersetuju untuk
menandatangani kerjasana MoU. Antara aktiviti-aktiviti
yang dikemukakan dalam MoU adalah perancangan
pembukaan Profesional Industry Training Centre (PITC)
oleh Bina Initiatives di Kampus Pagoh. Selain itu,
Cinnotek International bersetuju untuk memberi
industrial talk, dilantik sebagai Industial Advisor Panel
dan melibatkan diri dalam penyelidikan pelajar tahun
akhir di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam (JTKA).

Disediakan oleh :
Dr. Tuan Noor Hasanah Tuan Ismail

JALINAN INDUSTRI:
SAJ Ranhill Sdn Bhd

7 Ogos 2019 - Perbentangan hasil kemajuan


kajian bersama SAJ Ranhill Sdn Bhd yang
diketuai oleh Dr. Mimi Suliza Binti Muhamad
dan ahli penyelidik lain yang terlibat iaitu Prof
Madya Ts Dr Norshuhaila bt Mohamed
Sunar dan Dr. Nor Hazren bt Abdul Hamid.
Input kemajuan projek telah diperolehi dan
juga beberapa maklumbalas positif juga
diterima dari pihak industri tersebut.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun
24/34
PENGLIBATAN JTKA:
Melaka International Intellectual Exposition
2019 (MIIEx 2019)

7 Ogos 2019 - Beberapa orang staf JTKA telah


terlibat dalam Melaka International Intellectual
Exposition 2019 (MIIEx 2019) di Kolej Profesional
MARA Bandar Melaka.
Antara staf yang terlibat adalah Sr. Ts. Dr.
Mohammad Ashraf Bin Abdul Rahman, Ir. Ts.
Mohd Kamaruzaman Bin Musa, Ts. Dr. Nurdalila
Binti Saji dan Ts. Azman Bin Ja'afar.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida binti Harun

PENGLIBATAN JTKA:
Incident of Toxic Waste Dumping:
Issues and Challenges

9 Ogos 2019 - Seminar “Incident of Toxic Waste Dumping : Issues and Challenges” telah berlangsung di
Hotel Balik Pulau Melaka. Seminar ini adalah anjuran The Clean Air Forum Society of Malaysia
(MyCAS). Antara staf yang terlibat dalam seminar ini ialah Assoc. Prof. Ts. Dr. Nor Haslina Hashim, Dr.
Nor Hazren Abdul Hamid dan Ts. Dr. Mohd Arif Rosli.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun
25/34
JARINGAN INDUSTRI:
Sanc IBS dan Politeknik Melaka

9 Ogos 2019 - Perbincangan wakil Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam bersama pihak Sanc IBS dan Politeknik
Melaka berhubung kerjasama industri - akademik telah berlangsung. Selain itu, lawatan tapak bagi melihat rumah
contoh yang telah selesai pembinaannya juga diadakan. Tahniah kepada penyelaras program iaitu Sr. Ts. Dr.
Mohammad Ashraf bin Abdul Rahman dan harapan agar hubungan yang sedia terjalin ini akan berpanjangan.

Disediakan oleh :
Dr Hasnida Binti Harun

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:


Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2

22 Ogos 2019 - Penglibatan staf Jabatan


Teknologi Kejuruteraan Awam, Prof. Madya
Ts. Dr. Nor Haslina Hashim merangkap
ahli The Clean Air Forum Society of Malaysia -
MYCAS dan staf akademik dari Fakulti
Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM,
Dr Azra Munirah Binti Daud serta ahli lain
mewakili pertubuhan telah menyampaikan
sumbangan berbentuk penutup hidung dan
mulut jenis R95 berjumlah RM1,680 kepada
murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasir
Gudang 2.

Disediakan oleh :
Dr. Hasnida Binti Harun

26/34
12-13 FEB 2019— Congratulation to Ts.
Muhammad Luthfi Ahmad Jeni and research
team for winning Silver Medal in the CREATION,
INNOVATION, TECHNOLOGY & RESEARCH
eXPOSITION (CITREx) 2019 at Universiti
Malaysia Pahang.
Project title: USED OF CERAMIC INDUSTRIAL
WASTE AS REPLACEMENT MATERIALS OF FINE

19-21 MARCH 2019— Congratulation to Ir. Ts. Mohamad


Hairi and research team for winning Silver Medal in the
National Innovation And Invention Competition Through
Exhibition (iCompEx2019) at Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah.
Project title: THE POTENTIAL OF USING PALM OIL FUEL

20-21 APRIL 2019—Congratulation to Dr Fatimah


Mohamed Yusop for Best Paper Award! at International
Conference on Engineering and Computing
(ICEEComp2019) in HIG Hotel, Langkawi.
Paper title: COMPUTATIONAL STUDY OF FLOW AROUND
A NACA 0012 BY USING ROE FVM SCHEME AND DAVIS-

25 APRIL 2019— Congratulation to Ir. Ts. Mohamad Hairi


Osman, Ts. Mohd Sufyan Abdullah and research team for
winning Gold Medal in the Defence, Security and
Sustainability Exhibition 2019 (DSS2019) held at the
National Defence University of Malaysia (UPNM).
Product title: HYBRID MICRO HYDRO SYSTEM

2-4 May 2019— Congratulation to Assoc. Prof. Ts. Dr.


Norshuhaila Mohamed Sunar for winning Gold Medal
(CLEAN BIOBEADS) and Ts. Dr. Faridahanim Binti Hj.
Ahmad for winning Silver Medal (DIGITAL CAMPUS) in
the 30th International Invention, Innovation &
Technology Exhibition 2019 (ITEX 2019), Malaysia in
Kuala Lumpur Convention Centre. 27/34
J T
on K A

29 APRIL 2019 l SINAR HARIAN


UTHM pupuk kesedaran cintakan alam sekitar

14 MAY 2019 l SINAR HARIAN


‘Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin’

01 JULAI 2019 l KOSMO


UTHM bergotong-royong bantu
bersih masjid

28/34
DEPUTY DEAN (RESEARCH,
DEKAN
DEVELOPMENT & PUBLICATION)
FTK
OF FTK
PROF. MADYA Ts. AMRAN BIN
MOHD ZAID PROF. MADYA Ts. Dr. SURAYA HANI
BINTI ADNAN

KETUA JABATAN KETUA JABATAN KETUA UNIT PERSEKITARAN


JABATAN TEKNOLOGI JABATAN KEUSAHAWANAN PEJABAT PERSEKITARAN,
KEJURUTERAAN AWAM SOSIAL PELAJAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
PROF. MADYA Ts. Dr. NORSHUHAILA
Ts. Dr. MOHD ARIF BIN ROSLI ASSOC. PROF. Ts. Dr. NOR HASLINA
BINTI MOHAMED SUNAR
BINTI HASHIM

29/34
on your recognition as a Professional Technologist (Ts.)

Ts. ZARIZI BIN Ts. Dr. PENIEL ANG Ts. Dr. MOHD ARIF Ts. MOHD FAHMI BIN
AWANG SOON ERN BIN ROSLI ABDUL RAHMAN

Ts. MOHD SYAFIQ Ts. NUR FAEZAH BINTI ASSOC. PROF. Ts. Dr. NOR
SYAZWAN BIN MUSTAFA YAHYA HASLINA BINTI HASHIM

TAHNIAH kepada dua staf JTKA diatas kejayaan mereka sebagai


penerima geran FRGS-RACER 2019 iaitu Dr Mimi
Suliza Muhamad dan Dr Nor Hazren Abdul Hamid.

Tahniah kepada Dr. Mimi Suliza Binti Muhamad & Dr.


Nuramidah Binti Hamidon atas kejayaan memperoleh geran
penyelidikan FRGS Fasa 1/2019. Jumlah keseluruhan geran
yang diperolehi JTKA untuk fasa ini ialah sebanyak
RM191,917.00

30/34
Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun Perkhidmatan 2018

PN. HARINA BINTI Ir. Ts. MOHAMAD Sr. Ts. Dr. MOHAMMAD
MD AMIN HAIRI BIN OSMAN ASHRAF BIN ABDUL RAHMAN

PN. NUR AIN BINTI Tc. MOHD FAIZAL Ts. MOHD SUFYAN
MOHAMAD RIZA BIN KAMIAN BIN ABDULLAH

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

ASSOC. PROF. Ts. Dr. NORSHUHAILA ASSOC. PROF. Ts. Dr. SURAYA PN. HARINA BINTI MD AMIN
BINTI MOHAMED SUNAR HANI BINTI ADNAN

31/34
PENSYARAH

FELO INDUSTRI

PENSYARAH

Ts. Dr. PENIEL ANG SOON ERN

20 OCTOBER 2019

&
Ts. Dr. Faridahanim Binti Ahmad

32/34
33/34
34/34
W e A r e T o g e t h e r

JAN 2019 - OGOS 2019 (VOL. 3)

Anda mungkin juga menyukai