Anda di halaman 1dari 3

Cara Protect Sheet Excel

Sekiranya anda menggunakan perisian Excel sebagai borang untuk


mendapatkan feedback/maklumat, adalah lebih baik sekiranya anda
dapat protect Excel sheet anda itu supaya formatnya tidak dapat
diubah oleh orang lain. Ini akan memudahkan kerja anda ketika
membuat kemas kini data. Maklumlah sekarang nikan ramai yang
bijak adjust sana sini, tambah baris, tambah kolum, tambah warna
dan bla… bla… Anda tentu bermasalah apabila hendak mengemas
data tersebut dengan cepat.

Cara protect Excel sheet;

Pada menu kat atas tu pilih Tools -> Protection


Kemudian pilih Protect sheet
Pada menu Protect sheet masukkan “password to unprotect
sheet” dan tandakan tick pada aktiviti yang dibenarkan kepada
pengguna sheet tersebut.
Serba Ringkas Penerangan Pilihan Protect Sheet;

Protect worksheet and contents of locked cells – Anda perlu


tandakan tick pada kotak ini. Semua options tersenarai akan
dikenakan kepada pengguna worksheet ini.
Select locked cells – Membenarkan pengguna untuk select
cell yang telah di protect.
Select unlocked cells – Membenarkan pengguna untuk select
cell yang tidak di protect.
Format cells – Membenarkan semua pengguna untuk format
cell mengikut format mereka.
Format columns – Membenarkan pengguna untuk format
column mengikut format mereka.
Format rows – Membenarkan pengguna untuk format row
mengikut format mereka.
Insert columns – Membenarkan semua pengguna untuk
tambah column.
Insert rows – Membenarkan semua pengguna untuk tambah
row.
Insert hyperlinks – Membenarkan semua pengguna untuk
tambah hyperlinks.
Delete columns – Membenarkan semua pengguna untuk
delete column yang tidak mempunyai cell berkunci.
Delete rows – Membenarkan semua pengguna untuk delete
row yang tidak mempunyai cell berkunci.
Sort – Membenarkan semua pengguna untuk semua data pada
worksheet.
Use AutoFilter – Membenarkan semua pengguna
menggunakan AutoFilter sebagai kaedah untuk menyorok row
yang tidak dikehendaki.
Use PivotTable reports – Membenarkan semua pengguna
untuk menggunakan Pivot tables pada data.
Edit objects – Membenarkan semua pengguna untuk edit
sebarang objek termasuk chart.
Edit scenarios – Membenarkan semua pengguna untuk guna
dan edit scenarios.

Nota : Protect sheet hanya bertujuan untuk membataskan


seseorang ketika mengendalikan fail kita. Kalau kita tak nak orang
bukak fail tu sila letakkan password pada fail kita.

Itu saja, moga membantu.

Anda mungkin juga menyukai