Anda di halaman 1dari 7

TEKS PIDATO PATRIOTISME

PEMBENTUKAN REMAJA YANG PATRIOTIK TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia

Yang saya hormati tuan pengerusi,

Kombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti,

Rakan rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti

Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma
berpandukan tinta dan wacana para sarjana menerusi mauduk pidato saya, Pembentukan
Remaja yang Patriotik Tanggungjawab Bersama

Remaja merujuk kepada individu yang berumur lingkungan 16 hingga 21 tahun manakala frasa
patriotik berasal daripada perkataan Greek, patris yangbermaksud perasaan dan semangat cinta
akan negara dan bersedia berkorban untuk mempertahankan tanah air. Tanggungjawab
bersama pula saya takrifkan sebagai peranan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak di
Malaysia secara bersinergi. Ijmalnya, saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama kita
fahami akan langkah langkah yang dapat kita laksanakan bagi membentuk generasi muda yang
cinta akan tanah air.

Pragmatik dewan sekalian,

Mantan Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata Berikan aku sepuluh orang tua, dan aku
cuma akan mampu menggoncangkan perahu yang terlangkup namun berikan aku sepuluh orang
pemuda, dan aku akan mampu menakluk dunia. Lantas, ayuhlah bersama-sama saya kita
rungkai satu persatu prakarsa ke arah melahirkan golongan patriot muda yang berwibawa
menerusi 3 prima kata, inspirasi mahakarya.

Pertama peranan ibu bapa dalam mendidik anak anak mencintai negara. Mungkin kini sudah 
begitu lama untuk kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa untuk kita bangun meratapi
muram durja, meratapi keagungan bumi Parameswara gugur rebah dimamah penjajah durjana.
Namun, hakikatnya manusia yang tidak mengetahui, tidak mungkin akan memahami dan
menghayati seterusnya mengaplikasi. Lantas, perlu bagi ibu bapa tonggak keluarga untuk
mendedahkan anak anak dengan pelbagai bahan bacaan sejarah negara. Alangkah manisnya
apabila anak-anak kita menjadikan Dato Onn Jaafar sebagai idola dan bukannya Abraham
Lincoln, alangkah indahnya apabila kanak kanak kecil yang baru berdikit mengatur kata namun
sudah petah bercerita tentang Rombongan Merdeka dan alangkah seronoknya andai anak anak
muda kita lebih senang membincangkan tentang strategi perjuangan Tunku Abdul Rahman
berbanding Alexander the Great.

Kedua ayuh hadirin, kita maju selangkah untuk menilai juga merungkai peranan para seniman
dan karyawan dalam industri seni negara. Masihkah hadirin semua ingat bait-bait lagu Warisan
nyanyian Belasungkawa Sudirman Haji Arshad? Masihkah terbayang di mata anda, saat
Leftenan Adnan Saidi lakonan Hairie Othman ditikam berkali-kali dengan bayonet oleh tentera
Jepun.  Semuanya cukup untuk membakar api di dada, menyemarakkan semangat yang
membara, cuma satu suara yang bergema di dalam diri kita, Aku Bangga Menjadi Anak
Malaysia. Kalaulah dengan kemudahan yang serba kurang pada tahun 90-an pun kita mampu
menghasilkan filem Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Anak Satria dan sebagainya. Kenapa tidak
pada hari ini, kita giatkan lagi penerbitan pelbagai filem nasionalisme serta lagu lagu patriotik?
Hakikatnya, inilah langkah paling proaktif untuk mendekati serta menyelami hati budi Generasi Y
yang sukakan hiburan.

Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,

Ketiga Penggubalan undang undang yang lebih ketat untuk memelihara maruah negara.
Menjelang sambutan jubli perak kemerdekaan negara iaitu pada tahun 2007 lalu, seorang
pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Taiwan seolah-olah merentap keharmonian yang kita
kecapi selama ini apabila memuat naik video yang menghina lagu Negaraku, lagu kebangsaan
kita. Ayuh kita renung bersama saudara dan saudari, andainya Allahyarham Tunku Abdul
Rahman masih berada bersama kita, apa kata beliau? Mungkinkah akan menitis air mata Bapa
Kemerdekaan Negara? Di sinilah perlunya untuk kita merangka pelan tindakan terhadap
segelintir golongan muda yang cuba mencemarkan keamanan serta kedamaian yang kita kecapi
selama ini.

Hadirin,

Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan patriotisme sebagai budaya dan
pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. 
502 tahun lalu kita dijajah selama 446 tahun. Seandainya saat ini, kemerdekaan yang ada tidak
kita hargai dengan patriotisme, ingatlah, bahawa taktala ayam direban disambar helang, padi di
tangan menjadi lalang, sejarah mungkin akan berulang

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh.

MENCARI WIRA
Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?

Lemas kita dilanda curiga


antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.

Bangunlah dari lena khayali


kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.

Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah


tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikam
atas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)

Marilah kita didihkan akal


mentafsir kata dengan sempurna
– ada waktunya berontak itu keji
– ada waktunya berontak itu suci
– ada waktunya berontak itu cemar
– ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian

Sesal hanya datang sekali


tapi seksanya sepanjang hayat
lukanya berparut berabad-abad

Nukilan:
Mohamad Saleeh Rahamad

NEGARAKU TERBILANG
Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku,


Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran,


Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini,


Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI


(Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden,
Putrajaya.)

TANAH JANTUNG
Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

Kita genggam sejarah


Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa


Jatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan warga
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

Ini ibu pertiwi kita


negeri tercinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

Alirnya memercikkan cita


Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

Selamatlah kau tanah jantungku yang indah


Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudah
Udaramu camilha akhirnya
Melindung memayungi
Bumi kekasih ini

Ini negeri kita


Diukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia

Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung


Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.
NEGERI BERTUAH INI

Negeri bertuah ini


Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini


Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini


Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini


Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini


Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini


Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini


Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.

Anda mungkin juga menyukai