Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 6 November 2020

Latihan

Gariskan jawapan yang betul .

1 Hodin sentiasa ( mencuci , mengelap ) tangan sebelum menyentuh sebarang


makanan.

2 Kita perlu mandi sekurang – kurangnya ( dua , satu ) kali dalam sehari.

3 Samaon selalu mengamalkan sikap ( boros , sederhana ) semasa berbelanja .

4 Pek Wei bercakap ( bohong , benar ) walaupun tahu dia tahu yang dia akan
dihukum kerana tidak sengaja memecahkan pasu bunga ibunya .

5 Apabila menderma , kita hendaklah sentiasa ( angkuh , ikhlas ) memberikan


bantuan kepada mereka yang memerlukan .

6 Ucapan terima kasih selepas mendapat pertolongan dari orang lain dapat

( mengeratkan , memecahkan ) lagi hubungan persaudaraan .

7 Ibu bapa perlu ( dihormati , diderhakai ) sepanjang masa kerana mereka


membesarkan kita dan mengajar kita nilai – nilai yang baik .

8 Endol sentiasa ( berbuat baik , berbuat jahat ) dengan jiran tetangga demi
menjaga maruah keluarganya.

9 Setiap anggota masyarakat perlu ( bermusuhan , bekerjasama ) untuk


mewujudkan suasana hidup berjiran yang harmoni.

10 Penduduk Taman Paya Keladi telah ( memulaukan , menghadiri ) Majlis Hari


Keluarga di padang rekreasi di kawasan kediaman mereka .

Anda mungkin juga menyukai