Anda di halaman 1dari 22

 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 3103

KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

JANUARI 2014

 NAMA : LUKMAN NUL HAKIM BIN ADNAN 

 NO. MATRIK : 841019145485001 

 NO. I.C : 841019-14-5485

 NO. TELEFON : 0122408003  

EMAIL : luqmanhaqem@gmail.com 

 NAMA TUTOR : ENCIK RAGU A/L KUPPUSAMY 

PUSAT PEMBELAJARAN:

MELAKA LEARNING CENTRE 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 1/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.  Muka depan 1

2.  Isi Kandungan 2

3.  Pengenalan 3

4.  Kemahiran – kemahiran asas permainan Bola Sepak : 4

1.0 –  Menendang 5  –  7

   – 
2.0 Menyerkap 8  10
3.0 Menggelecek 11

4.0 Melakukan Hantaran 12  –  14

5.0 Menanduk 15  –  17

6.0 Menjaga Gol 18  –  21

5.  Bibliografi 22

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 2/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

PENGENALAN

Bola sepak ialah salah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan permainan
yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh
tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila
tertubauhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah
diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia). 

Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini
Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri

 pertandingan termasuklah pertandingan yang melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola
Sepak Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana.  

Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat
antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan mendiang R. Arumugam.  

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 3/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK 

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah : 

1)  Menendang 
  Tendangan leret 

  Tendangan lambung 
  Tendangan voli 

2)  Menyerkap 
  Menyerkap bola leret 
  Menyerkap bola tinggi 

3)  Menggelecek  

4)  Melakukan hantaran 


  Hantaran ke hadapan 
  Hantaran ke sisi 
  Hantaran silang 

5)  Menanduk  
  Menanduk ke hadapan 
  Menanduk ke sisi 

6)  Menjaga gol 


  Menangkap bola leret 
  Menangkap bola tinggi 
  Menumbuk bola 
  Tendangan bola 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 4/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

1.0 MENENDANG

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul.
Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan

kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan
sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan
gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan
tendangan voli. 

1.1 - Tendangan leret 

  Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret : 

i.  Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata
memandang bola.
ii.  Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki
sokongan dibongkokkan sikit.
iii.  Tendang di bahagian tengah bola.
iv.  Ikut lajak selepas melakukan tendangan. 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 5/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

1.2 - Tendangan Lambung 

  Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas,  tendangan
sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol

Teknik melakukan tendangan lambung : 

i.  Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus.
Mata memandang bola.
ii.  Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.
iii.  Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.

iv.  Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 6/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

1.3 - Tendangan Voli 

  Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk

menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola
di udara

Teknik melakukan tendangan voli : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.


ii.  Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.

Mata memandang bola.


iii.  Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke
 belakang.
iv.  Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 7/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

2.0 MENYERKAP 

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan
yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh
digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada
keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.  

2.1 - Menyerkap Bola Heret 

  Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian
luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.  

Teknik menyerkap bola leret : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  
ii.  Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.
iii.  Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.

iv.  Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah
 bola datang 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 8/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

2.2 - Menyerkap Bola Tinggi  

  Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan

dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
ii.  Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap
 bola.
iii.  Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.
iv.  Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 9/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

ii.  Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan lutut
 bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
iii.  Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian
 bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :  

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
ii.  Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka
di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.  
iii.  Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa
 badan ke hadapan.

10

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 10/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

3.0 MENGGELECEK  

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan
atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting
untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya,
 bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.

Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.


ii.  Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.
 
iii. Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan
sedikit.
iv.  Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong
ke kanan.

11

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 11/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

4.0 MELAKUKAN HANTARAN 

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan
sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran
menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan
lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh.

Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa
melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung
kepada situasi ketika bermain.

4.1 - Hantaran ke hadapan 

  Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau
kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan :

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.


 
ii. Mata memandang bola.
iii.  Ayunkan kaki menendang ke belakang.
iv.  Tendang di bahagian belakang bola.
v.  Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

12

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 12/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

4.2 - Hantaran ke sisi 

Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura sama
ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal
 bola. 

Teknik melakukan hantaran sisi : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.Ayunkan kaki
menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan. 
ii.  Tendang di bahagian sisi bola.
 
iii. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

13

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 13/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

4.3 - Hantaran Silang 

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika
 bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola.
Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk
menendang bola.

Teknik melakukan hantaran silang :

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.  


ii.  Ayunkan kaki menendang ke sisi.
iii.  Badan condong ke arah bola hendak dihantar.
iv.  Tendang di bahagian sisi bola. 
v.  Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

14

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 14/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

5.0 MENANDUK 

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran.
Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan
semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.  

Teknik menanduk ke hadapan : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola
datang. Mata memandang bola.

ii.  Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit.
Kedua-dua tangan dibuka di sisi. 
iii.  Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.
Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
iv.  Ikut lajak selepas melakukan tandukan

15

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 15/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

Teknik menanduk ke sisi : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola

datang. Mata memandang bola. 


ii.  Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran
tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi. 
iii.  Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.  
iv.  Ikut lajak selepas melakukan tandukan 

16

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 16/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

Teknik menanduk ke belakang : 

i.  Kedudukan bersedia.


ii.  Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata

memandang bola.
iii.  Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke
atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.
iv.  Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

17

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 17/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

6.0 MENJAGA GOL 

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan
 jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran
menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan
tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan
tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian
kekura kaki 

Teknik menangkap bola leret : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.


ii.  Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.
iii.  Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di
 belakng tumit kiri.
iv.  Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

18

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 18/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

Teknik menangkap bola tinggi : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
ii.  Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.  
iii.  Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan
hampir rapat.
iv.  Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  
ii.  Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola.
iii.  Tangan menyentuh bahagian bawah bola.  

19

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 19/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

Teknik tendangan bola di udara :  

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah

tangan.
ii.  Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang.
Badan condong ke hadapan.
iii.  Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah.
iv.  Ikut lajak selepas menendang.
v.  Mata memandang bola.

20

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 20/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

Teknik tendangan lantun : 

i.  Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan.

Mata memandang bola.


ii.  Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang.
Badan condong ke hadapan.
iii.  Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari
tanah. Ikut lajak selepas menendang 

21

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 21/22


 

5/20/2018 Ke ma hira n Asa s Bola Se pa k - slide pdf.c om

BIBLIOGRAFI

Aminudin Yusof et.al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Kuala Lumpur : LongmanMalaysia.

Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(pengkhususan).ShahAlam:


Fajar Bakti.

Cheah SweebMing ( 1995 ). Sains dalam Sukan.Shah Alam : Fajar Bakti.

http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/files/Bola%20Sepak.pdf  

http://trollsport91.blogspot.com/2012/12/topik-1-bola-sepak_4.html 

22

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ke ma hira n-a sa s-bola -se pa k 22/22

Anda mungkin juga menyukai