Anda di halaman 1dari 18

KOD KURSUS : A01 2003

NAMA KURSUS : BAHASA MELAYU

NAMA CALON : MOHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD KHAIRUNIE IHSAN


NO KAD PENGENALAN : 070301-08-0213
NAMA PENSYARAH : PUAN YUSNI
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK

TUGASAN : PENGKARYAAN (ADAPTASI) SAJAK


PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

1.KANDUNGAN

BIL PERKARA/ ISI KANDUNGAN M/S

1 Kandungan 1

2
2 Penghargaan
3
3 Pengenalan umum
3
4 Pendahuluan topik
3
5 Tema - pelancongan
3
6 Tugasan
4-5
7 Bahan 1 - petikan rencana
6
8 Bahan 2 - petikan rencana
7-8
9 Bahan 3 – petikan rencana
9
10 Bahan 4 - petikan rencana
10-11
11 Bahan 5 -
11
12 Rasional
12-14
13 Adaptasi Sajak – PERLANCONGAN
14-16
14 Ulasan sajak
17
15 Penutup

1
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

2.PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester satu 2023.Masa yang
diberikan iaitu selama 8 minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Yusni selaku pensyarah bahasa Melayu saya kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan folio ini.
Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan pensyarah
memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna.
Terima kasih juga atas dorongan dan teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk
ajar dan dorongan daripada pensyarah sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini.

2
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

2.PENGENALAN UMUM

Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengikut kajian sastera. Pada tafsiran
paling umum, adaptasi didefinisikan sebagai ‘penyesuaian dengan keadaan yang baru
atau berbeza' atau proses menulis semula komposisi daripada satu medium kepada
satu medium yang lain. Untuk tugasan ini, adaptasi dibuat berdasarkan tajuk yang
dipilih daripada bahan bercetak lain kepada karya sastera iaitu sajak. Adaptasi ini
dibuat dengan cara mengubah,menyesuaikan, dan menukarkan serta menyelaraskan
bahan- bahan tersebut dengan mencipta sesuatu hasil yang baru iaitu sajak.

3.PENDAHULUAN TOPIK

Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi berdasarkan rencana, cerpen,


gurindam dan lirik lagu. Aspek kajian bahasa berdasarkan kandungan yang terdapat
dalam KSKV semester semasa. Bahan yang dihasilkan adalah bahan autentik dan
karya yang dihasilkan merangkumi aspek-aspek dalam seni bahasa.

4.TUGASAN

Pengkaryaan Adaptasi - Menghasilkan sajak berdasarkan tema yang terdapat


dalam bahan yang dipilih, iaitu berkisar kepada kehidupan remaja yang penuh
pancaroca dan mudah terpedaya oleh hasutan dunia. Remaja juga sering membuat
pertimbangan yang salah dan tersasar, Terdapat juga remaja yang sering membuat
keputusan berdasarkan gerak hati dan bukan berdasarkan akal yang waras. Remaja
yang terdidik biasanya akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.

5.TEMA BAHAN

PELANCONGAN

3
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

6.BAHAN 1

PELANCONGAN DI MALAYSIA
PENGENALAN
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang beriklim khatulistiwa dengan
mempunyai alam semulajadi yang unik. Kebanyakan negara memilih Malaysia sebagai
destinasi percutian dan pelancongan kerana mempunyai daya tarikannya tersendiri.
Singapura merupakan negara pelancongan utama bagi Malaysia. Industri
pelancongan merupakan penyumbang penting dalam pembangunan ekonomi negara.
Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia telah membangunkan industri pelancongan bagi
memenuhi beberapa objektif antaranya adalah 1) peningkatan pendapatan negara
dalam pertukaran mata wang asing, 2) meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat
tempatan, 3) menggalakkan pembangunan kawasan, 4) mempelbagaikan aktiviti
ekonomi setempat, dan 5) meningkatkan hasil kerajaan. Malaysia juga mencatatkan
rekod purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta bagi setiap tahun.
Malaysia juga diiktirafkan di peringkat global sebagai destinasi pelancongan utama
dengan kedudukan diantara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara
teratas dari segi penerimaan global

MAKSUD INDUSTRI PERLANCONGAN


Pelancongan mempunyai pelbagai maksud berdasarkan perspektif dan
pandangan seseorang yang terlibat dalam industri pelancongan. Mengikut Persatuan
Pelancongan Sedunia (World Tourism Malaysia) pelancongan merupakan aktiviti
pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat, iaitu keluar daripada persekitaran
asal yang menetap tidak lebih daripada satu tahun untuk tujuan rehat, perniagaan dan
sebagainya. Tujuan pelancongan adalah untuk mengisi masa lapang atau rekreasi.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, pelancongan merupakan perihal
melancong dan perkhidmatan yang berkaitannya. Pelancongan juga merupakan
aktiviti ekonomi yang mampu membawa pendapatan dan manfaat kepada komuniti.
Pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan yang berperanan dalam
pembangunan negara. Dalam sistem pelancongan, aspek pasaran dan pembekalan
memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan dan kemajuan
industri pelancongan. Terdapat empat element utama yang diberi penekanan kepada
pengertian pelancongan antaranya adalah pelancong, perniagaan, kerajaan dan tuan
rumah. Pelancongan adalah individu yang keluar ke sesuatu destinasi bagi beberapa
tujuan, manakala perniagaan pula adalah individu yang terlibat dalam pembekalan
barangan atau perkhidmatan dalam industri pelancongan dan pada masa sama

4
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

memenuhi permintaan pelancong. Kerajaan pula adalah pihak yang terlibat secara
langsung dalam memenuhi ekonomi berbentuk pendapatan daripada tuan rumah atau
hasil daripada kedatangan pelancongan. Akhir sekali adalah tuan rumah, dimana
individu terlibat secara langsung dengan destinasi terpilih dan menjaga budaya
masyarakat destinasi tersebut.
Dasar Pelancongan diwujudkan untuk menjadikan industri pelancongan
sebagai salah satu sektor yang mampu memberi sumbangan kepada sosioekonomi
negara. Peningkatan pendapatan negara melalui sektor pelancongan mampu
meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

https://vanan143467.blogspot.com/

5
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

7.BAHAN 2

3 destinasi pelancongan Malaysia antara 10 carian popular di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: Tiga tiga destinasi pelancongan di negara ini yang berada dalam
10 kedudukan teratas mendapat paling banyak carian untuk dikunjungi pada musim
panas ini.Berdasarkan dapatan analisis menerusi carian Google Flights, Kota
Kinabalu berada di kedudukan keenam paling banyak carian, disusuli Pulau
Langkawi (ketujuh) dan Kuala Lumpur (kesembilan).Google Flights adalah platform
yang membantu orang awam untuk mencari destinasi, menjejak harga dan
menempah penerbangan.Dapatan itu hasil analisis diperoleh menerusi jumlah
pertanyaan tertinggi yang direkodkan sekitar Jun hingga Ogos tahun ini.

5 pantai awam popular

1. Pantai Pengalan Balak, Melaka


2. D'Aur Beach Resort
3. Pantai Tanjung Biru
4. Pantai Batu Hitam Kuantan
5. Pantai Batu Layar, Kota Tinggi

5 taman popular

1. KLCC Park
2. 99 Wonderland Park
3. Taman Saujana Hijau Putrajaya
4. Anjung Floria
5. Gunung Lang Recreational Park

5 muzium popular

1. Muzium Negara
2. Pinang Peranakan Mansion
3. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
4. Muzium Kebudayaan Borneo
5. Muzium Wonderfood

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2023/07/1129232/3-destinasi-
pelancongan-malaysia-antara-10-carian-popular-d

6
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

8.BAHAN 3
BAHAN 3

Industri pelancongan perlu bangkit perkukuh ekonomi negara


popular di Malaysia - GAMBAR HIASAN Malaysia
Industri pelancongan negara merupakan salah satu sektor utama dalam ekonomi
negara kita. Pada tahun 2019, industri ini menyumbang sebanyak RM86.14 bilion
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, dengan jumlah pelancong
antarabangsa yang mencapai lebih dari 26 juta orang.

Menurut data dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia,


industri pelancongan di Malaysia menyumbang lebih dari 3.5 juta pekerjaan pada
tahun 2019. Namun demikian, Covid-19 menyebabkan industri pelancongan telah
terjejas teruk. Menurut data yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia, jumlah
pelancong ke Malaysia pada tahun 2020 turun sebanyak 83.4% berbanding tahun
2019. Oleh itu, sektor pelancongan perlu bangkit sebagai destinasi pelancongan yang
menarik dalam memperkukuh ekonomi negara.

Dalam menghasilkan daya lonjakan dalam industri ini, tahun 2025 telah ditetapkan
sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan 23.5 juta pelancong
antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga 76.8 bilion ringgit.

Selain itu, cabaran yang dihadapi ialah persaingan dari destinasi pelancongan yang
lain di rantau Asia Pasifik. Destinasi seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan
Vietnam juga menawarkan tarikan pelancongan yang menarik dan telah menjadi
pesaing kepada negara dalam menarik pelancong antarabangsa.

Negara kita menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik, termasuk


tarikan semula jadi seperti pantai yang indah, gunung, hutan hujan tropika dan tasik
yang menakjubkan. Sebagai contoh, Pulau Sipadan telah diiktiraf sebagai salah satu
daripada 10 destinasi menyelam terbaik di dunia.

Selain itu, Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya yang kaya dengan pelbagai
suku kaum, bahasa, makanan serta adat istiadat yang menarik dan unik. Sebagai
contoh, UNESCO telah mengiktiraf Pulau Langkawi sebagai ‘Geopark Dunia’ bagi
mempromosikan warisan geologi, biologi dan budaya pulau tersebut.

Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan industri


pelancongan untuk meningkatkan ekonomi negara.

7
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Promosi
Promosi yang agresif perlu dilakukan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan
Kebudayaan Malaysia melalui pelbagai program pemasaran dan promosi ini dapat
membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik di
dunia. Program seperti pelancaran pelbagai aktiviti promosi di dalam dan luar negara,
promosi dalam talian dan media sosial, serta peningkatan infrastruktur pelancongan,
dapat memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan.

. https://news.uthm.edu.my/ms/2023/04/industri-pelancongan-perlu-bangkit-
perkukuh-ekonomi-negara/

8
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

9.BAHAN 4

Pelancongan di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan terkenal sebagai salah
sebuah destinasi pelancongan dunia. Dari segi geografi, Malaysia terdiri daripada dua
bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo yang dipisahkan oleh
Laut China Selatan.

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal dalam
suasana harmoni iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala Kepulauan Borneo didiami
oleh pelbagai kumpulan etnik peribumi antaranya etnik Kadazan dan Murut di Sabah,
manakala etnik Iban, Bidayuh, Penan dan Senoi di Sarawak.

Gabungan budaya dan kaum rakyat Malaysia menjadikan negara ini diwarnai oleh
sambutan perayaan yang berbeza dan begitu meriah sepanjang tahun. Malah,
Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai menu-
menu tradisi yang enak lagi tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia mempunyai banyak tarikan lain yang tiada tolok
bandingnya. Antaranya ialah keunggulan landskap dan seni bina di negara ini seperti
rumah kayu, bangunan pencakar langit dan juga kawasan percutian yang terdapat di
kawasan pergunungan, pantai dan hutan paya bakau.

Singkaplah maklumat lanjut mengenai segala yang menarik di Malaysia, destinasi


pelancongan, festival dan sebagainya di laman web Tourism Malaysia dan anda pasti
teruja!

https://www.upm.edu.my/kandungan/pelancongan_di_malaysia-29885?L=bm

9
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

10.BAHAN 5

Pelancongan dianggap sebagai satu industri yang menguntungkan negara.


Kemukakan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan
kedatangan para pelancong ke Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor pelancongan telah menggalakkan


pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, menjelaskan bahawa sektor pelancongan akan
terus menawarkan sejumlah RM 15.2 billion menjelang tahun 2000 melebihi daripada
jumlah yang dijangkakan. Berdasarkan hakikat itu, usaha-usaha perlu ditingkatkan lagi
oleh semua pihak supaya setiap perancangan yang diatur terhadap industri
pelancongan dapat berjalan dengan lancar.

Keistimewaan Malaysia dapat diperhatikan melalui budaya dan etika kerja


penduduknya, bangunan dan perusahaannya, tempat-tempat sejarah yang unik, dan
keindahan alam semulajadinya seperti bukit-bukau yang menghijau, rangkaian pulau
yang cantik, air terjun yang bertingkat-tingkat, dan pantainya yang putih bersih.
Keistimewaan-keistimewaan tersebut menjadi faktor pendorong kepada kedatangan
pelancong ke negara kita. Untuk menggalakkan lagi kedatangan mereka, langkah-
langkah yang wajar dan program terancang harus dilaksanakan, seperti membuka
tempat-tempat rekreasi yang baru dan berpotensi, dan melaksanakan pembangunan
di kawasan pelancongan. Ini termasuklah menyediakan prasarana dan kemudahan
penginapan untuk kegiatan pelancongan, serta mengekalkan tempat-tempat
bersejarah. Projek pembangunan semula jadi juga dapat mendatangkan pulangan
yang besar kepada ekonomi negara.

Kita juga dapat mengembangkan aktiviti pelancongan melalui usaha-usaha


politik seperti menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar yang boleh
dilakukan melalui misi-misi lawatan rasmi. Di samping itu, pihak Perbadanan
Pelancongan Malaysia boleh memajukan industri pelancongan dengan cara
mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia,
misalnya tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yng bersejarah,
pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya. Usaha-
usaha promosi boleh dijalankan menerusi penayangan filem-filem rencana tentang
keindahan negara Malaysia.

Agensi-agensi pelancongan juga boleh memainkan peranan dengan cara


menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong mudah tertarik dan
tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.

10
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Di samping kestabilan politik, pihak kerajaan juga harus memastikan


perkembangan ekonomi negara terus meningkat. Oleh itu, pengeluaran pelbagai
barangan tempatan dan industri desa seperti kraf tangan, batik, dan barangan
makanan perlu ditingkatkan. Seterusnya, kemudahan tempat membeli-belah dan
kawasan bebas cukai harus disediakan untuk menampung keperluan pelancong.
Dengan itu, kemudahan-kemudahan tersebut akan menjadikan tarikan kepada
pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Satu perkara lagi ialah pihak kerajaan
perlu memastikan nilai mata wang negara terus berkeadaan stabil.

Masyarakat atau penduduk tempatan juga boleh berusaha untuk menarik minat
pelancong. Mereka boleh mengamalkan corak hidup yang harmoni, beramah mesra,
bersopan santun, dan bertoleransi dengan para pelancong. Sikap biadab dan karenah
buruk penduduk tempatan akan memberikan persepsi negatif kepada pelancong. Para
pelancong akan bertindak lebih drastik dengan melaporkan kepada mana-mana media
yang akhirnya menjatuhkan imej negara. Oleh itu, untuk meningkatkan lagi imej
negara, kebersihan setempat juga harus dijaga.

Kesimpulannya, industri pelancongan merupakan satu projek atau program


pembangunan yang menguntungkan negara daripada pelbagai sudut. Sebagai satu
industri yang menguntungkan, faktor-faktor semula jadi yang menarik dalam negara
harus dikekalkan. Manakala semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
hendaklah mengambil tahu tentang industri ini. Orang awam sekurang-kurangnya
boleh memainkan peranan dengan cara bertegur sapa dengan para pelancong atau
sekadar mengukir senyuman sebagai tanda persahabatan.

https://cikgurazak.blogspot.com/2015/09/karangan-bm-spm-pelancongan.html

11. RASIONAL

Bahan ini dipilih kerana lebih dekat dengan pelajar yang berada pada usia remaja
dan sesuai dengan tema pelancongan . Isu yang dikemukakan dan bahan yang
dipilih berkisar tentang kehidupan masyarakat. Isu ini juga bukanlah suatu isu yang
asing malah sering dibincangkan dalam pelbagai media. Isu diharapkan dapat
menjadikan pelajar kita lebih hidup bermakna dan dapat berbakti kepada negara
dan bangsa.

11
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

12.ADAPTASI SAJAK: PERLANCONGAN

SILA TULIS SAJAK YANG DICIPTA ;

TAJUK : INDAHNYA LANGKAWI

MAHSURI,

SELENDANGMU MENGIBAR DI PANTAI,

MENYAMBUT TETAMU PULAU,

SUMPAH ITULAH YANG TELAH MENGHIDUPKAN LANGKAWI,

KERANA TANPAMU,

LANGKAWI TIDAK SEBEGINI.

TAJUK : GUNUNG TERKENAL

DALAM KESUNYIAN YANG SEPI,

AKU MEMERHATI TINGGINYA GUNUNG ITU,

TERPEGUN INDAH PUNCAK GUNUNG KOTA KINABALU ITU,

DI ASIA TENGGARA DIALAH YANG PALING TINGGI.

12
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

TEMA : MENARA MENCAKAR LANGIT

MENARA KL,

SETIAP KALIKU DATANG KL PASTI AKU MENGUNJUNGINYA,

MENARA YANG MENCAKAR LANGIT,

TEMPAT UTAMA BAGI PARA PELANCONG ,

MENARA KL JUGA MEMPUNYAI 2 ADIK KEMBAR,

ITU IALAH KLCC.

TEMA : DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI DAERAH DIBERI,

PENUH DENGAN SUMBER SEMULA JADI,

TEMPAT LETAKNYA PANTAI DESARU,

TERKENAL SUDAH DI NEGERI JOHOR,

PANTAINYA MEMUTIH DIBUCU SELATAN,

TARIKAN PELANCONG DULU DAN SEKARANG.

13
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

TEMA : MALAYSIA INDAH

DIKANDUNG TANAH,

BUDI BAIK MEMBAWA FAEDAH,

PEMANDU TEKSI BERKHEMAH AMANAH,

KEKALKAN IMEJ MALAYSIA INDAH,

LAUTAN API AKANKU REDAH,

DEMI MENCARI TEMPAT YANG INDAH.

14
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

13. ULASAN SAJAK

1. TEMA : PERLANCONGAN

2. MAKSUD :

RANGKAP 1:

PADI,

KAIN PANJANG MENGIBAR DI PANTAI,

MENYAMBUT ORANG LUAR,

SUMPAH ITULAH YANG TELAH MENGWARNAI LANGKAWI,

SEBAB TANPAMU,

LANGKAWI TIDAK SEBEGINI.

RANGKAP 2:
DALAM KESUNYIAN YANG SEPI,

AKU MELIHAT TINGGINYA GUNUNG ITU,

TERCENGANG INDAH PUNCAK GUNUNG KOTA KINABALU ITU,

DI ASIA TENGGARA DIALAH YANG PALING TINGGI

RANGKAP 3:
SETIAP KALI AKU DATANG KL PASTI AKU MENGUNJUNGINYA,

MENARA YANG MENCAKAR LANGIT,

TEMPAT UTAMA BAGI PARA PELANCONG,

MENARA KL JUGA MEMPUNYAI 2 ADIK KEMBAR,


ITU ADALAH KLCC.

15
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

RANGKAP 4:
KOTA TINGGI DAERAH DIBERI,

DILITUPI DENGAN ALAM SEMULA JADI,

TEMPAT LETAKNYA PANTAI DESARU,

TERKENAL SUDAH DI NEGERI JOHOR,

PANTAINYA MEMUTIH DIHUJUNG SELATAN,

TARIKAN PELANCONG DULU DAN SEKARANG

RANGKAP 5:
DIKANDUNG TANAH,

PERBUATAN BAIK MEMBAWA FAEDAH,

PEMANDU TEKSI BERSOPAN AMANAH,

KEKALKAN IMEJ MALAYSIA INDAH,

LAUTAN API AKANKU REDAH,

DEMI MENCARI TEMPAT YANG INDAH.

16
PE PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

3. PERSOALAN
i. Persoalan kehidupan remaja yang penuh pancaroba
ii. Persoalan
iii. Persoalan remaja yang bakal menjadi pelapis pimpinan negara
iv. .

4. BENTUK : Bebas

5. NILAI
i. Nilai tanggungjawab
ii. Nilai kasih sayang
iii. Nilai keinsafan

6. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah memperkenalkan budaya di Malaysia.


ii. Kita hendaklah memelihara dan memulihara alam sekitar di Malaysia.
iii. Kita hendaklah memajukan bandar-bandar perlancongan seperti Kuala Lumpur,
Melaka dan lain-lain.
iv. Kita hendaklah bersedia menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan
dihargai.

14. PENUTUP

Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera


sangat penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana
aktiviri ini akan membantu meningkat kemahiran membaca, memahami dan
memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga mampu mengembangkan bakat dan
kreativiti pelajar dalam berkarya. Oleh itu, pelajar akan lebih menghargai karya sastera
dan menjadi seorang pengarang yang berkualiti dalam menyampaikan maklumat dan
maksud kepada masyarakat.

17

Anda mungkin juga menyukai