Anda di halaman 1dari 1

12, Jalan batu 1,

Taman Sri Ramri,


14300,Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

25 Jan 2021

Menemui sahabatku, Saudara Ali yang berada di Kuala Lumpur. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat
walafiat. Bagi diri saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Saudara,
Apa khabar saudara sekeluarga? Saya berdoakan saudara dan keluarga saudara berada dalam keadaan sihat
sejahtera. Saya terbaca rungutan saudara di media sosial tentang kadar penggunaan eletrik yang tinggi pada setiap
bulan. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi dengan saudara tentang cara-cara untuk menjimatkan
penggunaan tenaga eletrik.

Antara cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga eletrik di rumah ialah saudara hendaklah menutupkan
suis alat elektronik selepas digunakan. Lebih-lebih lagi, saudara juga harus mencabutkan plug apabila peralatan
tersebut tidak digunakan lagi. Hal ini demikian kerana, arus elektrik tetap mengalir walaupun suis peralatan tersebut
tidak digunakan. Oleh itu, sekiranya saudara mengamalkan kebiasaan tersebut, saya pasti saudara dapat
menjimatkan penggunaan tenaga eletrik pada setiap bulan.

Di samping itu, saudara haruslah berhati-hati apabila memilih sesuatu peralatan elektrik. Sebagai contohnya,
saudara patutlah membeli dan menggunakan barangan eletrik yang mempunyai simbol cekap tenaga. Hal ini
demikian kerana, produk tersebut dapat menggunakan lebih kurang tenaga berbanding dengan produk biasa. Oleh
hal yang demikian, saudara hendaklah membeli barangan eletrik yang mempunyai simbol tersebut agar dapat
menjimatkan penggunaan tenaga eletrik.

Selain itu, saudara mesti menggunakan mesin basuh dengan muatan yang betul. Oleh sebab itu, saudara
haruslah elakkan membasuh pakaian dengan muatan yang sedikit. Dengan itu, pada masa yang sama saudara dapat
menjimatkan air dan elektrik. Bak kata peribahasa sambil menyelam minum air. Tambahan pula, saudara juga harus
menyeterika pakaian dalam jumlah yang besar untuk setiap sesi supaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Saudara yang budiman,


Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian saya tentang cara-cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga
eletrik. Semoga perkongsian maklumat yang jelas ini membantu saudara untuk menjimatkan penggunaan tenaga
eletrik pada setiap bulan. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, janganlah segan untuk menghubungi saya.

Sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih.

Yang benar,
OOI SHU TAO

Anda mungkin juga menyukai