Anda di halaman 1dari 1

MOHD RAZALI BIN ABD SAMAD

NO. 12, JALAN BESTARI 2/4,

TAMAN YAYASAN,

85010, SEGAMAT, JOHOR

18 JUN 2016

_________________________________________________________________________________

GURU BESAR,

SK DATO’ SERI MAHARAJALELA,

KM.3, JALAN BULOH KASAP,

85000 SEGAMAT, JOHOR.

Tuan,

PERKARA : SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN BERTUGAS

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Mohd Razali Bin Abd Samad, tidak dapat menghadirkan diri bertugas pada hari Isnin 16 Jun
2016.

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana menghadiri kuliah kaedah penyelidikan II di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran belajar dari Jabatan Pendidikan
Negeri Johor dan jadual kuliah untuk rujukan tuan.

4. Dengan ini, saya akhiri dengan ucapan mohon maaf atas ketidakhadiran bertugas pada hari
tersebut.

Segala perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………………………………

(MOHD RAZALI BIN ABD SAMAD)

NO K./: …………………………

Anda mungkin juga menyukai