Anda di halaman 1dari 2

PERSETUJUAN PEMANDULAN KUCING

Nama Kucing : ___________________________ Tarikh : ________


Jantina : ___________________________

Syarat Kembiri Kucing :

1. Kucing perlu divaksin sekurang-kurangnya sekali dan vaksin haruslah up-to-date.


2. Kucing yang statusnya sudah divaksin perlu dibawa bersama kad vaksin semasa
pemandulan.
3. Kucing yang tiada kad vaksin atau status vaksin tidak diketahui akan dianggap sebagai
belum divaksin.
4. Kucing hendaklah berada dalam keadaan sihat, tidak demam, tidak selsema dan tidak
mempunyai fungus yang teruk semasa hari pemandulan.
5. Kucing wajib dipuasakan sekurang-kurangnya 10jam bagi mengelakkan risiko semasa
proses bius kucing (kucing akan muntah selepas bius dan boleh membawa maut).

Nota (tertakluk kepada kucing yang tidak vaksin sahaja):

Kucing yang tidak divaksinkan sebelum pemandulan mempunyai risiko jangkitan selsema, batuk
dan berkemungkinan terkena wabak Parvo, FIP, Calicivirus dan sebagainya selepas pemandulan
dilakukan. Ini adalah kerana tiada antibodi yang boleh melawan jangkitan ketika berada dalam
keadaan stres (stres sebelum dan selepas surgeri, stres perubahan persekitaran dan lain-lain).

Pemilik kucing adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak akan menyalahkan pihak My
Own Pet Shop dan Doktor Veterinar sekiranya ini berlaku akibat dari kucing yang tidak
divaksinkan sebelum pemandulan.

Prosedur Anestesia :

1. Ubat bius – Klinik akan menggunakan Xylazine/Ketamin/Zoletil untuk pengsankan


pesakit mengikut dos yang sesuai dengan berat badanmya. Ini bertujuan supaya pesakit
tidak merasa sakit dan pengendalian pesakit menjadi lebih mudah semasa melakukan
prosedur surgeri.
2. Pengawasan – Tekanan darah, suhu, degupan jantung, dan kadar pernafasan akan
sentiasa diawasi. Kami akan menggunakan pelbagai teknik dan peralatan untuk
mengekalkan keadaan pesakit dalam tahap yang stabil semasa di bawah anesthesia
sepanjang surgeri berlaku.
3. Intravenous (IV) drip/Subcutaneous fluid – Air akan dimasukkan ke dalam darah atau
bawah kulit untuk membantu pesakit pulih lebih cepat dari anestesia, mengekalkan
tekanan darah dan meningkatkan peredaran darah ketika anestesia.
4. Pengurusan kesakitan – Kami mengutamakan keselesaan pesakit semasa dan selepas
surgeri. Oleh itu, kami dengan proaktif mengawal kesakitan yang berkaitan dengan
prosedur surgeri dengan ubat tahan sakit yang sewajarnya. Ubat-ubatan yang lain akan
turut diberikan untuk memastikan prosedur surgeri sukses dan pesakit sembuh dengan
lebih cepat.

Memberi Kuasa / Kebenaran dan Penilaian Risiko

Saya memberi kebenaran untuk anestesia dan surgeri ke atas haiwan saya. Saya faham bahawa
beberapa risiko wujud dengan anestesia dan surgeri yang akan dilakukan. Saya juga
membenarkan pihak klinik membuat sebarang penambahan diagnostik dan rawatan uang
dianggap perlu untuk tujuan perubatan. Walaupun pemantauan terbaik telah dilakukan semasa
anestesia dan surgeri, saya faham risiko yang di luar jangkaan mungkin boleh berlaku. Saya juga
faham Doktor Veterinar dan pihak klinik akan berusaha segala mampu untuk mengurangkan
risiko tersebut. Oleh itu, saya bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak akan menyalahkan pihak
Doktor Veterinar dan pihak klinik atas sebarang komplikasi terjadi.

Tandatangan saya di dalam borang ini menunjukkan bahawa persoalan saya telah dijawab
dengan baik dan saya berpuas hati dengan dengan semua penerangan di dalam surat
persetujuan ini.

SAYA TELAH BACA, FAHAM DAN BERSETUJU DENGAN PROSES SURGERI DAN
ANESTESIA INI

Nama Pemilik : __________________________ No. Tel :_________________

No. K/P : __________________________ Tandatangan : _________________

Anda mungkin juga menyukai