Anda di halaman 1dari 12

SMK SUNGAI KAPAR INDAH

JALAN HARAPAN 3A, TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH,


42200 KAPAR, KLANG
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET

KOD DAN NAMA


HT-014-2:2011 PEMBUATAN PASTRI
PROGRAM

TAHAP 2

KOD DAN NAMA UNIT HT-014-2:2011-C01 AMALAN KESELAMATAN, KESIHATAN


KOMPETENSI DAN KEBERSIHAN

1. IDENTIFY SAFETY, HEALTH AND HYGIENE PRACTICES


REQUIREMENTS
2. PLAN SAFETY, HEALTH AND HYGIENE PRACTICES
ACTIVITIES
NO. DAN PENYATAAN 3. CARRY OUT SAFETY, HEALTH AND HYGIENE
AKTIVITI KERJA PRACTICES
4. CHECK SAFETY, HEALTH AND HYGIENE PRACTICES
CONFORMANCE
5. PRODUCE SAFETY, HEALTH AND HYGIENE PRACTICES
ACTIVITIES REPORT

Muka Surat/ Page: 1


NO. KOD HT-014-2:2011-C01/P(4/5)
Drp/ of : 12

TAJUK : PENGURUSAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


TUJUAN : Menerangkan tentang pengetahuan pencegahan kebakaran dan alat
pemadam api semasa bekerja di premis makanan supaya keselamatan,
kesihatan dan kebersihan sentiasa diutamakan dan kemalangan boleh
dielakkan.
No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 2 Drp : 12

KEBAKARAN

• Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang diambil untuk mengelakkan kebakaran
daripada berlaku.
• Ia juga penting untuk mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada terus
merebak menjadi tidak terkawal.
• Antara langkah-langkah pencegahan kebakaran adalah,

1. Berhati-hati semasa menyalakan penunu dapur dan ketuhar.

Rajah 1.4.1 Cara menyalakan dapur


2. Selepas memasak, padamkan dapur dan tutupkan alatan gas. Jika tidak memasak
manual
pada jangka masa yang lama, tanggalkan alat atur gas dan gunakan penutup
keselamatan.

Rajah 1.4.2 Cara menanggalkan alat atur gas

3. Elakkan timbunan kertas atau bahan lain yang mudah terbakar dan terdedah
kepada punca api.
4. Pastikan plag atau soket tidak dibebani dengan peralatan elektrik yang banyak.
No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 3 Drp : 12

Rajah 1.4.3 Plag atau soket elektrik

5. Pastikan bilik atau ruang dapur mempunyai pengudaraan yang baik.

Rajah 1.4.4 Pengudaraan yang baik

6. Memastikan alatan pencegahan kebakaran mencukupi dan sentiasa diselenggara.


7. Jangan tinggalkan masakan di atas dapur tanpa jagaan.

Rajah 1.4.5 Memasak air tanpa jagaan di dapur

8. Jika terhidu bau gas,


No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 4 Drp : 12

Padamkan dapur dan tutupkan alat atur gas

Jangan panik

Jangan pasang atau tutup sebarang perkakas


elektrik dan jangan menggunakan sebarang Keluarkan tong gas dari rumah ke
telefon di kawasan ini tempat udara mengalir

Rajah 1.4.6 Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika terhidu bau gas

9. Membuat pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dan gas secara berkala.

Selalu gunakan air sabun


untuk memeriksa kebocoran
gas. Jangan periksa
kebocoran gas dengan
menggunakan api

Saluran dan klip gas digantikan jika telah


haus (digalakkan tukar 2 tahun sekali).
Alat atur tukar 5 tahun sekali.

Rajah 1.4.7 Pemeriksaan dan pengujian alatan gas


No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 5 Drp : 12

ALAT PEMADAM API

Jadual 1.4.1 Jenis-jenis alat pemadam api mengikut kelas

Kelas Api Bahan Mudah Terbakar Bahan Pemadam Yang Sesuai

A
Kertas, kayu, fabrik, getah, plastik Air, buih, debu dan halon
(Pepejal)

B Buih, karbon dioksida, debu dan


Petrol, gris, lemak
(Cecair) halon

C Buih, karbon dioksida, debu dan


Acetylene, ammonia, butane
(Gas) halon

D
Magnesium, natrium, kalium, titanium Pasir
(Logam)

E Debu, karbon dioksida dan


Perkakas elektrik
(Elektrik) halon

Rajah 1.4.8 Contoh-contoh alat pemadam api


No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 6 Drp : 12

Bahan kimia
khas (basah)
(Hijau) Serbuk
(Biru)
Buih
(Krim)
Air
(Merah)
Rajah 1.4.9 Jenis-jenis alat pemadam api dan kod warna

Rajah 1.4.10 Bahagian-bahagian alat pemadam api


No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 7 Drp : 12

CARA MEMADAM KEBAKARAN

Terdapat 4 cara yang boleh digunakan, iaitu,

1. Alat pemadam api


a. Cabut pin keselamatan.
b. Halakan nozel alat pemadam api ke pangkal api.
c. Pegang alat pemadam api secara menegak semasa menekan alat pemadam api.
d. Gerakkan alat pemadam api sehingga api yang menyala dapat dipadamkan.

Rajah 1.4.11 Cara-cara penggunaan alat pemadam api

2. Pasir
a. Simbahkan pasir ke atas api atau logam yang menyala. Pasir akan memadamkan api
kerana tiada bekalan oksigen.
b. Sesuai untuk api Kelas D, iaitu bahan logam yang mudah terbakar seperti
magnesium, natrium, kalium dan titanium.

Rajah 1.4.12 Bahan memadam api Kelas D


3. Selimut kebakaran
No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 8 Drp : 12

a. Selimutkan mangsa kebakaran.


b. Sesuai untuk memadamkan kebakaran kecil dan mengurangkan kesakitan mangsa
kebakaran apabila diselimutkan ke badan mangsa.
c. Terdapat 2 jenis iaitu,
i. Selimut keselamatan biasa
ii. Selimut kelselamatan gel air

Rajah 1.4.13 Contoh selimut kebakaran

4. Air
a. Buka injap gelung yang terdapat pada hujung sambungan hos dan paip.
b. Tarik hos ke tempat kebakaran dan buka nozel dengan memusingkan mengikut
lawan jam.
c. Tutup nozel dengan memusingkannya mengikut arah jam.

Rajah 1.4.14 Pili bomba


No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 9 Drp : 12

PEMERIKSAAN ALAT PEMADAM KEBAKARAN

Langkah-langkah Pemeriksaan Alat Pemadam Kebakaran

BIL PERKARA TINDAKAN

Jika tarikh luput telah tamat


Tarikh luput pada label alat
1 tempoh, alat tersebut perlu
pemadam api
diganti dengan yang baru.

Hos menunjukkan tanda-


Jika ada kerosakan perlu
2 tanda pecah, retak atau
diganti atau diselenggara.
berlubang

Jika jarum tidak berada di


kawasan hijau, lupuskan alat
3 Bacaan tolok tekanan
pemadam api yang lama dan
dapatkan yang baru.
No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 10 Drp : 12

BIL PERKARA TINDAKAN

Gantikan yang baharu, atau


Alat pemadam api yang
4 dicas semula atau pengisian
telah digunakan
semula.

Pin keselamatan ada tanda-


5 tanda haus, longgar, Gantikan yang baharu.
tercabut atau hilang

Kemek pada tangki alat Gantikan alat pemadam api


6
pemadam api yang baharu.

Muncung retak atau Ada kerosakan dan alat


7
longgar pemadam api perlu ditukar.
No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 11 Drp : 12

Latihan

1. Lengkapkan jadual jenis-jenis alat pemadam api mengikut kelas di bawah.


2.

Kelas Api Bahan Mudah Terbakar Bahan Pemadam Yang Sesuai

A
Air, buih, debu dan halon
(Pepejal)

Buih, karbon dioksida, debu dan


Petrol, gris, lemak
halon

Buih, karbon dioksida, debu dan


Acetylene, ammonia, butane
halon

D
Magnesium, natrium, kalium, titanium
(Logam)

E Debu, karbon dioksida dan


(Elektrik) halon

(5 markah)

2. Berikan 4 cara memadam kebakaran.

i. ______________________________________________

ii. ______________________________________________

iii. ______________________________________________

iv. ______________________________________________

(4 markah)
No. Kod / Code No. HT-014-2:2011-C01/P(4/5) Muka : 12 Drp : 12

3. Senaraikan 2 jenis selimut kebakaran.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

(2 markah)

RUJUKAN

1. Bo Friberg (1996). The Professional Pastry Chef (3rd Edition). John Wiley & Sons Ltd,
New York. ISBN 0-471-28576-5.

2. Kamariah binti Shahland et. al. (2005). Penyediaan Makanan Barat dan Timur : Tingkatan
4 dan 5 ( 1st Edition). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN983-62-
8656-X.

3. Wayne Gisslen (1999) Professional Cooking (4th Edition.), John Wiley & Sons Ltd, New
York.ISBN 0-471-23997-6

Anda mungkin juga menyukai