Anda di halaman 1dari 48

PENDAHULUAN

Bahasa Malaysia akan terus memainkan peranannya yang penting


sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan yang utama dan
bahasa perpaduan. Penguasaan yang baik dalam kemahiran berbahasa akan
membantu murid-murid mengikuti pelajaran mereka dengan lebih mudah dan
berkesan. Kurikulum bahasa Malaysia merangkumi asas berbahasa dalam
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang meliputi aspek
mekanis, penggunaan dan penakulan. Walau bagaimanapun, kemahiran bahasa
yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu
mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling
melengakapi. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas.
Kemahiran ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang pelajar yang telah
menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik perkara yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta berupaya untuk
membuat tafsiran tehadap perkara yang didengar. Manakala kemahiran menulis
dan membaca pula merupakan media tulisan. Kesimpulannya, kemahiran
mendengar dan membaca merupakan kemahiran menerima komunikasi, dan
kemahiran menulis dan bertutur adalah kemahiran menyampaikan komunikasi.
Konsep ini boleh ditunjukkan dalam jadual 1 seperti yang berikut:

Jadual 1
Media Bahasa Kemahiran Menyampaikan Kemahiran Menerima
Komunikasi Komunikasi
Lisan Bertutur Mendengar
Tulisan Menulis Membaca

KEMAHIRAN MENDENGAR

1
Kemahiran mendengar adalah penting dalam mempelajari sesuatu
bahasa. Melalui proses mendengar seseorang itu akan memperoleh maklumat
dan penerangan yang perlu untuk bertindak balas, memahami persoalan baru
dan menimbulkan komunikasi yang berkesan. Kemahiran mendengar adalah
kemahiran paling asas untuk mempelajari kemahiran-kemahiran bahasa yang
lain. Kita belajar bercakap melalui pendengaran. Dalam komunikasi lisan, kedua-
dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat. Perlu diingat
bahawa mendengar dan bertutur, walaupun berhubung rapat antara satu sama
lain, merupakan kemahiran yang berbeza.

TAKRIF KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merupakan sebahagian daripada kemahiran lisan.


Oleh itu, kemahiran mendengar penting dalam proses pembelajaran. Dengan
adanya kemahiran mendengar, komunikasi antara guru dan pelajar berjalan
dengan lancar kerana pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik
berkebolehan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cekap.

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat


kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi
bahasa yang hampir sama seperti:

b–d (badang - padang)


d–t (datang - tatang)
l–r (lali - lari)
k–g (kalah - galah)

2
Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna
seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu
bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.
Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur
kefahaman yang berikut:

a) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan


budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.

b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.

c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami
bunyi bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah
satu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui
makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa
yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu
proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

KONSEP MENDENGAR

Kemahiran mendengar boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara.


Antaranya ialah:

a. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar,


difaham dan diingat.

b. Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang


dilakukan secara berperingkat-peringkat.

3
c. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui
pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.

d. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses


pendengaran.

e. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang


logik dan berkesan.

f. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan


perasaan.

g. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran


yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

h. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas


positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama, dan lain-lain bahan
kreatif.

i. Pendengaran untuk tujuan apresasi memerlukan analisis


kritis terhadap bentuk dan isi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

a) Fizikal

Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang


semulajadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara
seseorang, ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang
sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

4
b) Jantina

Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak


lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7
hingga 9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar mereka berbanding
dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

c) Status Ekonomi

Latar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan


interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar
kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi
kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

d) Gangguan Bunyi

Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh


pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi
kebolehan mendengarnya.

e) Mental

Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang


kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses
mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan
mempengaruhi kecepan mereka mendengar.

5
PROSES MENDENGAR

Proses mendengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga


sebagai alat penerima bunyi bahasa. Walaupun telinga merupakan alat asas
dalam proses mendengar, proses memahami pendengaran pula melibatkan
proses psikologi dan mental. Proses mendengar boleh dibahagikan kepada
peringkat:

i. Mendengar deretan bunyi bahasa.

Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja


dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar
setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada
peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan
lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa
kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini
hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi
dan pancaindera dengar yang normal.

ii. Memahami bunyi tersebut.

Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud


tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan
tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan
menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi
tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan
menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku
yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berulangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

6
iii. Menilai atau mentasir bunyi

Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa


deretan bunyi. Ia dapat memahami perasaan erti dan kelainan
makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain,
antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam
bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi
yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang
menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih,
simpati, dan sebagainya. Secara ringkasnya, pendengar yang baik
akan faham dan mengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan.
Mereka bukan sahaja boleh memaham malah boleh juga membuat
interpretasi daripadanya.

iv. Bertindak terhadap bunyi

Peringkat ini hanya terlaksana setelah pendengar melalui


ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu ini, pendengar akan membuat
rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah
arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama


ialah mendengar secara aktif dan yang kedua ialah mendengar secara pasif.

7
 Mendengar secara aktif

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran


mendengar yang paling tinggi. Pada peringkat ini, pendengar
berupaya memahami makna keseluruhan ujaran yang diucapkan
dalam sesuatu pertuturan percakapan yang didengar. Pendengar
mengumpul data-data yang disampaikan secara lisan kemudian
dianalisis dan diproses. Pendengar berupaya menyimpan,
mengingati dan menyebut semula  perkara-perkara yang didengar
itu.

 Mendengar secara pasif

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran


mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar
biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan ujaran
yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang
didengarnya. Si pendengar juga jarang dapat memahami dan
mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang
didengar itu.

Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak


mendengar secara pasif. Antaranya adalah mungkin kerana bahan
yang diperdengarkan kepada mereka itu kurang menarik minat
mereka. Atau mungkin kerana bahan itu terlalu sukar untuk
difahami dan tidak bermakna kepada mereka. Kanak-kanak yang
tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa dalam sesuatu
bahasa itu tentulah tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan
dalam bahasa itu. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila

8
mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda, dialek, terhadnya
perbendaharaan kata atau sebagainya.
PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar terdiri daripada tiga peringkat iaitu:

i. Peringkat awal

Kemahiran mendengar pada peringkat awal bermaksud kanak-


kanak mengumpul data yang didengar. Dalam peringkat ini murid-
murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa
yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid
mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja
dan mengenepikan yang lainnya.

ii. Peringkat pertengahan

-    Mengecam dan mengingat fakta serta butiran secara terperinci.

-    Mengenal maklumat khusus.

-    Mengenal urutan.

-    Mengenal sebab dan akibat.

-    Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi.

-   Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap dan


sebagainya.

9
iii. Peringkat maju

-    Mengenal isi-isi penting.

-    Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang bercakap.

-    Mengetahui fungsi tekanan dan intonasi.

-    Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.

-    Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.

-    Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai


bentuk struktur nahu.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEFAHAMAN MENDENGAR

Selain ketajaman pengamatan, kecerdasan dan daya pemikiran


pendengar, terdapat juga faktor lain yang boleh mempengaruhi kefahaman
apabila seseorang itu mendengar sesuatu bahan atau topik. Faktor-faktor ini
adalah :

a) Sikap pendengar terhadap perkara yang didengar.

b) Minat dan motivasi pendengar berhubung dengan perkara atau


topik yang didengar.

c) Personaliti pendengar dan orang yang bercakap.

10
d) Keperluan mendengar. Misalnya, seseorang itu mungkin tidak
meminati sesuatu topik, tetapi terpaksa memahaminya kerana ingin
lulus peperiksaan.
KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM KBSR

Program bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada kemahiran


asas berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap
kemahiran ini diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran ini
akan mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain.

Mislanya, apabila seseorang itu mempelajari bahasa ia memerlukan


pasangan untuk berbual bagi berlatih menggunakan bahasa itu. Perbualan ini
memerlukan kesepaduan kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran


menulis. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kemahiran mendengar
dengan baik, mungkin ia tidak akan dapat menulis dengan lebih tepat dan jitu.
Kemahiran mendengar juga menjadi asas kepada kemahiran membaca. Oleh itu,
guru perlu mengukuhkan kemahiran mendengar murid-murid agar mereka boleh
menguasai kemahiran membaca dengan baik.

KEMAHIRAN MEMBACA

TAKRIF MEMBACA

Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan untuk mendapatkan


maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca
melibatkan dua proses, iaitu:

a) Menterjemahkan lambang bertulis kepada bunyi bahasa.

11
b) Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa
yang disuarakan itu.
Tugas membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental.
Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut
perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan
yang dibaca. Walau bagaimanpun, dalam proses membaca, aspek
penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayan berfikir,
merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui
proses tersebut pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan
atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi


diirigi dengan tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu.
Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut
sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.

KONSEP KEMAHIRAN MEMBACA

Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat


mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa
soalan tentang apa yang dibaca, tetapi ia adalah lebih jauh daripada itu.
Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksudnya, dengan
membaca seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan
mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan
aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang
terbuka dan positif. Psikolinguitik kognitif menolak definisi membaca menurut
fahaman teori pembelajaran lama yang mengatakan bahawa membaca adalah
satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikannya (dalam
hati) dan kemudian menarik erti daripada kata-kata itu. Definisi ini seolah-olah

12
mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan cara
menyembnyikannya lebih dahulu sebelum kita dapat menarik erti sesuatu
kalimat.

TUJUAN MEMBACA

Tujuan kemahiran membaca adalah untuk memahami apa yang dibaca,


iaitu pembaca mempunyai kebolehan memetik dan mengutip makna yang
tersurat daripada teks bertulis. Memahami juga melibatkan proses mencipta dan
menilai, iaitu mencantum idea semasa membaca dan mempertimbangkan buruk
baiknya.

Kefahaman merupakan intipati kepada bacaan. Kefahaman melibatkan


proses mental yang kompleks, iaitu merangkumi proses-proses yang
disenaraikan di bawah ini:

 Mengecam perkataan.
 Memilih makna yang sesuai.
 Menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang
sedia ada.
 Menyusun idea.
 Membuat generalisasi.
 Membuat penilaian

PROSES MEMBACA

Proses membaca adalah interaksi antara teks dan imaginasi pembaca.


Perkataan proses di sini membawa makna sesuatu yang bermula kemudian
berakhir. Pembaca memerlukan tiga aspek bagi tujuan memperoleh situasi
interaksi dengan teks iaitu membuat jangkaan, menganggap teks sebagai
peristiwa kehidupan dan persamaan dengan kehidupan. Kesemua aspek itu

13
saling berkaitan dan banyak menekankan keperluan menganggap membaca
sebagai sesuatu yang dinamik dan berkaitan dengan kehidupan.

Proses membaca yang ditekankan di sini adalah perlunya pembaca


mewujudkan pemahaman. Proses membaca adalah usaha berterusan yang
dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna
teks yang dibaca. Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang
dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau
idea yang terdapat dalam teks. Semua amalan kognitif yang diakui secara
berterusan dalam aktiviti membaca dapat membantu membentuk pembaca yang
berjaya.

Membaca seperti juga menulis, adalah asas literasi yang digunakan


sebagai alat berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu,
pembaca melakukan pembacaan dengan tujuan menambahkan maklumat yang
sedia diketahui. Sementara itu bagi Smith (1994) pula berpendapat membaca
memberikan peluang kepada seseorang bagi mendapatkan sesuatu yang lebih
luas sifatnya. Daripada segi penguasaan pula, pada dasarnya hubungan antara
penguasaan kemahiran membaca dengan strategi metakognisi yang digunakan
memang berkaitan. Pandangan ini berdasarkan pada kaitan yang rapat antara
bahasa dengan pemikiran, seperti yang dibuktikan oleh Piaget, Vygotsky dan
Luria. Di samping itu, penyelidik dan pelaksana pendidikan juga sering
mengaitkan kemahiran generik berfikir dengan mata pelajaran bahasa.
Contohnya Pearson dan Tierney (1984) yang melihat kemahiran mambaca
sebagai proses mental yang aktif melibatkan pengajaran mendapatkan makna
daripada teks. Hal ini juga disokong oleh Thorndike yang menganggap membaca
sebagai proses berfikir. (Moharani Yusuf : 2000)

Oleh itu, proses memahami teks yang dibaca melibatkan aktiviti-aktiviti


kognitif, terutama yang melibatkan kesedaran metakognitif. Kemampuan pelajar
memahami teks sangat perlu diberikan perhatian, terutamanya bagi

14
meningkatkan pengetahuan isi kandungan pelajaran secara optimum. Tambahan
pula, kajian-kajian dalam bidang pemahaman teks mengetengahkan proses
utama dalam membaca yang menekankan kepentingan kognitif. Sehubungan itu,
pembaca dianggap berperanan sebagai proses pemproses maklumat yang aktif.
Bagi memproses maklumat secara berkesan, pembaca perlu menggunakan
keupayaan kognitifnya melalui proses berfikir sambil merancang strategi
metakognitif yang sesuai ketika membaca. Proses ini menunjukkan pengajaran
pemahaman teks perlu melibatkan penggunaan aspek kognitif dalam pengajaran
bahasa di sekolah.

Keupayaan penguasaan membaca bagi membina makna sering diberikan


penekanan supaya dapat meningkatkan penguasaan pemahaman membaca di
kalangan pelajar. Oleh itu, pemahaman membaca bukan sekadar menjawab
soalan pemahaman atau memahami makna beberapa kata atau rangkai kata,
tetapi melibatkan proses mendapatkan makna teks dan strategi yang digunakan
bagi menjadikan pemahaman lebih mendalam.

JENIS-JENIS BACAAN

Memahamkan teks yang bertulis bermakna memetik maklumat yang


diperlukan secekap yang mungkin. Seseorang pembaca yang mahir akan
menolak maklumat yang tidak berkaitan dengan cepat dan hanya menumpukan
perhatian kepada yang dikehendaki sahaja. Pemahaman membaca melibatkan
beberapa cara membaca iaitu bacaan mekanis, bacaan mentalis dan bacaan
intensif.

1. Bacaan Mekanis

Bacaan mekanis merupakan satu aktiviti membaca yang


disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi,

15
fikiran dan perasaan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-
bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang
tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh
mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya
bagi para pendengar.

Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit


dan kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman
kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang
digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan
daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang
mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan
sejumlah ketrampilan serta minat.

Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan


dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama
mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah
atau pada peringkat kelas permulaan. Ia bertujuan untuk latihan teknik
supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan
sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna. Bacaan bersuara
mempunyai beberapa tujuan:

 Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas


dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

 Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca


yang betul.

16
 Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda
baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti
yang betul.
 Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang lain.

 Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan


kecekapan membaca bersuara.

2. Bacaan Mentalis

Membaca mentalis ialah kegiatan membaca yang melibatkan


ingatan visual dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca
jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca
senyap merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian
besar hidup kita.

3. Bacaan intensif

a) Membaca pantas

Membaca secara pantas adalah sejenis kegiatan membaca


yang menyebabkan mata bergerak cepat untuk melihat atau
memerhatikan bahan-bahan bertulis untuk mendapatkan informasi
atau penerangan tertentu. Tujuannya adalah untuk :

 Memperoleh sesuatu kesan secara umum daripada


bahan-bahan yang dibaca. Ia mungkin melibatkan buku-
buku, artikel, tulisan-tulisan singkat atau sebagainya.

17
 Untuk menemukan hal-hal tertentu daripada bahan-
bahan yang dibaca.

 Untuk menemukan atau menempatkan bahan-bahan


rujukan.

b) Membaca secara imbasan.

Membaca secara imbas adalah untuk meninjau teks dengan


pantas untuk mendapatkan maklumat tertentu secara khusus,
misalnya nama, tarikh, tempat atau sebagainya. Ia juga mungkin
digunakan untuk mendapatkan impresi awal terhadap sesuatu
bahan, sama ada ia benar-benar sesuai untuk digunakan bagi
sesuatu tujuan tertentu.

c) Membaca secara luncuran.

Membaca teks yang pendek-pendek untuk memetik


maklumat tertentu. Cara ini lebih menekankan ketepatan, yakni
membaca secara terperinci. Dalam membaca secara lncuran,
hakikatnya bukanlah ketrampilan yang dilihat yang diutamakan
tetapi ia lebih menekankan hasilnya. Dalam hal ini, satu pengertian
atau sesuatu pemahaman yang mendalam serta terperinci adalah
ditekankan.

d) Bacaan ekstensif

Membaca teks yang lebih panjang yang biasanya untuk


keseronokan sendiri. Ia melibatkan kelancaran membaca dan
pemahaman secara keseluruhan. Ia melibatkan sebanyak yang
mungkin teks dalam masa yang sesingkat mungkin. Pengertian

18
atau pemahaman yang bertaraf rendah sudah memadai untuk
teknik ini kerana ia tidak memerlukan penelitian yang terperinci dan
mendalam. Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca yang
bertujuan untuk memahamkan isi-isi penting dengan cepat dan
pantas.

PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat enam peringkat kemahiran membaca iaitu kesediaan membaca,


prabacaan, bacaan secara mekanis, membaca dan memahami, bacaan intensif
dan bacaan ekstensif.

a) Kesediaan membaca

Peringkat kefahaman ini bergantung kepada beberapa


faktor. Antaranya ialah faktor kematangan mental dan juga
gangguan fizikal serta mental. Sekiranya terdapat gangguan
tesebut, maka berlakulah masalah kesalahan membaca.
Kekurangan dan kemudahan membaca juga boleh menyebabkan
kecacatan dan kelemahan membaca.

Kesediaan membaca adalah penting supaya dapat menjadi


asas kepada peringkat perkembangan, faktor persekitaran dan
peribadi dan juga perlu untuk menyediakan pelajar bersedia
membaca. Apabila kanak-kanak sudah berada di peringkat ini,
maka boleh diajar membaca secara formal. Kemahiran ini boleh
diajar atau dilatih sebelum pengajaran bacaan formal di sekolah.

b) Prabacaan

19
Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid
untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka
pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca
huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti-
aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu
diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk
kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari
atas ke bawah.

c) Membaca secara mekanis

Pada tahap ini, murid sudah boleh membunyikan huruf, suku


kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh
membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup yang bermula dengan konsonan.

d) Membaca dan memahami

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan


bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan
bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini
murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk :

 Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang


dibaca.

 Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang


apa yang dibaca.

20
Penguasaan kosa kata seharusnya dapat membantu murid
memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan
melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajar
bacaan dan kefahaman ialah untuk membantu murid menambah
dan meluaskan kosa kata.

Penguasaan kosa kata seharusnya dapat membantu murid


hal-hal yang berikut:

 Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman yang sedia


ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna
perkataan itu dengan lebih lama.

 Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan


luas dan rapi.

 Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dan


perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan
menggunakannya dalam konteks.

 Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan


memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab atau
menggunakan perkataan dalam ayat.

 Membina strategi pembelajaran perkataan dan konsep


secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri
tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.

e) Bacaan intensif

21
Teknik bacaan intensif adalah bentuk pembelajaran yang
dilakukan secara terperinci dan berhati-hati. Teknik ini menekankan
pengendalian secara terperinci sesuatu aspek bacaan atau sesuatu
tugas di dalam kelas. Ia melibatkan tugasan yang pendek-pendek
yang kurang daripada empat halaman setiap hari. Soal selidik,
latihan pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, rencana,
perbincangan umum merupakan segmen penting membaca
intensif.

Dalam membaca telaah isi, aspek-aspek yang dipentingkan


ialah ketelitian, pemahaman, kekritisan berfikir serta ketrampilan
memahami idea-idea yang diketengahkan. Aspek-aspek yang
tersirat adalah tumpuan utama.

Dari segi telaah bahasa pula, aspek-aspek yang


menyangkut bahasa adalah amat ditekankan. Hal ini biasanya
melibatkan dua perkara penting, iaitu pengembangan daya kata,
dan peningkatan kosa kata.

f) Bacaan ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara meluas.


Ia melibatkan sebanyak mungkin teks yang dalam jangka masa
yang sesingkat mungkin. Pengertian atau pemahaman yang
bertaraf rendah sudah memadai untuk teknik ini kerana ia tidak
memerlukan penelitian yang terperinci dan mendalam. Membaca
ekstensif melibatkan tiga perkara penting, iaitu membaca tinjauan,
membaca sekilas, dan membaca dangkal. Untuk membuat
tinjauan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu apa yang akan
ditelaah. Mereka membuat tinjauan untuk bahan-bahan yang akan

22
dipelajari, dan yang akan ditelaah. Biasanya aktiviti-aktiviti yang
akan dilakukan untuk membaca ekstensif ini adalah memeriksa,
meneliti indeks-indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku,
meneliti daftar isi, judul-judul, bab-bab, subbab, serta yang lain-
lainnya.

PERINGKAT PEMAHAMAN

Pada umunya, dalam kefahaman bacaan terdapat empat kategori utama


iaitu kefahaman lateral, kefahaman interprestasi, kefahaman inferensi, dan
kefahaman menilai.

1) Kefahaman Lateral

Kefahaman literal boleh diertikan sebagai kefahaman berdasarkan


apa yang difahami daripada perkataan dan idea penulis atau pengarang.
Secara umumnya, dalam kategori ini murid dikehendaki mengecam dan
mengingati apa yang dikatakan oleh pengarang sahaja.

Secara terperinci, kemahiran yang perlu ada termasuklah


kebolehan memahami. Di bawah ini disenaraikan kemahiran-kemahiran
yang perlu.

a) Makna perkataan
 Menggunakan kemahiran struktural.
 Menggunakan konteks bergambar.
 Menggunakan konteks bercetak.
 Menggunakan kamus.
 Mengecam sinonim dan antonim.
 Mengenal pasti perkataan dengan pelbagai makna.
 Mengecam kesan penekanan ke atas makna.

23
b) Makna ayat
 Dengan menggunakan bantuan tipografi seperti tanda
baca dan taip khas.
 Mengenal pasti rujukan ganti nama dan adjektif.

c) Huraian isi
 Mengecam dan mengingati penjelasan isi-isi penting.

d) Idea utama
 Mengecam dan mengingati isi-isi penting.

e) Urutan idea
 Perkembangan plot.
 Perkembangan perwatakan.
 Perbincangan atau pertentangan pendapat.

f) Perbandingan
 Mengecam dan mengingati sama ada terdapat persamaan
atau perbezaan antara watak, peristiwa atau situasi dalam
petikan yang dibaca.

g) Hubungan sebab dan akibat


 Pada peringkat ini guru boleh membantu murid dengan
menarik perhatian mereka kepada perkataan dan frasa yang
berkaitan seperti “sebab”, “kerana”, “akibatnya”, “kemudian”,
“oleh itu”, dan “oleh sebab”.

24
2) Kefahaman Interprestasi

Kemahiran interpretasi ialah kebolehan menghubungkaitkan


bahagian-bahagian alam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam
bentuk lain seperti verbal atau grafik dengan mengekalkan makna set
komunikasi itu. Antara aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan dalam
pemahaman ini ialah :

i. Menyatakan atau pernyataan, peristiwa yang lalu atau konsep


dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah
susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa
mengubah makna tujuan asalnya.

ii. Menginterpretasikan graf, carta, peta, jadual, dan kartun ke


bentuk verbal atau sebaliknya.

iii. Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks


penggunaannya dalam suatu puisi.

3) Kefahaman Inferensi

Kefahaman inferensi boleh diertikan sebagai kemampuan mentafsir


makna, iaitu kefahaman yang berdasarkan keupayaan pembaca membuat
ringkasan, interprestasi, generalisasi, kesimpulan dan telahan.
Kefahaman dalam kategori ini perlu melampaui apa yang dicatatkan oleh
pengarang untuk membolehkan pembaca menginterprestasikan apa yang

25
sebenarnya dimaksudkan. Kadang kala, pembaca juga perlu menentukan
apa yang menyebabkan sesuatu bahagian petikan atau teks itu ditulis.

Kefahaman inferensi memerlukan penggunaan apa yang berupa


tersurat, bersama dengan intuisi dan pengalaman. Dengan perkataan lain,
pembaca diberi beberapa fakta dan fakta-fakta ini perlu digabungkan
untuk mencapai kesimpulan yang tidak dinyatakan.

Di bawah ini diseneraikan kemahiran yang diperlukan dalam


kategori kefahaman ini.

a) Memberi kesimpulan.

Membuat kesimpulan boleh bermula daripada peringkat


yang paling mudah iaitu berdasarkan perenggan pendek yang
berupa teka-teki hinggalah kepada bahan bacaan yang lebih
panjang seperti hasil kesusasteraan kanak-kanak yang popular.

b) Mengeluarkan idea utama.

Idea yang dimaksudkan tidak dinyatakan dan perlulah


diandaikan oleh pembaca berdasarkan petunjuk yang terdapat
dalam petikan.

c) Membuat perbandingan.

Persamaan dan perbezaan yang dikehendaki tidak


dinyatakan secara jelas. Selepas membaca dan mendapatkan
gambaran tentang tingkah laku watak dalam sebuah cerita, murid
boleh ditanya pendapat mereka tentang persamaan atau

26
perbezaan watak-watak itu berdasarkan beberapa situasi yang
diandaikan.

d) Menunjukkan hubungan sebab dan akibat.

Murid diminta mengenal pasti atau membayangkan


hubungan sebab dan akibat yang tidak dinyatakan atau diberi
sebarang petunjuk dalam petikan yang dibaca.

e) Membuat jangkaan.

Murid membuat jangkaan terhadap peristiwa yang akan


berlaku berdasarkan peristiwa-peristiwa yang lepas yang terdapat
dalam petikan.

f) Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan.

Murid memberi interprestasi terhadap unsur-unsur bahasa


yang berbentuk ibarat, peribahasa, metafora dan personafikasi.

4) Kefahaman Menilai

Keupayaan pembaca membentuk konsepsi dan pendirian ke atas


teks. Pembaca seharusnya dapat membandingkan pendapat pengarang
dengan satu kriteria. Pembaca sering kali menggunakan penilaian
berdasarkan pengalaman yang pernah dialami. Dalam proses menilai,
pelajar dapat membuat kategori yang melibatkan label perkataan bagi
kategori yang berlainan dan ciri kategori yang dijadikan kriteria. Sub
kemahiran bagi pemahaman jenis ini ialah:

27
 Mengelaskan idea.
 Membezakan perkara benar dan yang khayal.
 Membezakan perkara yang nyata dengan yang tidak nyata.
 Membezakan fakta dengan pendapat.
 Membezakan perkara yang berkaitan dengan yang tidak
berkaitan.
 Menilai bahan yang dibaca.

KEMAHIRAN MEMAHAMI

KONSEP PEMAHAMAN MEMBACA

Pemahaman ialah perihal memahami apa yang difahami berkenaan


sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami atau tanggapan. Kefahaman
adalah tujuan utama pelajar membaca. Walaupun wujud dalam pengajaran,
membaca bertujuan mencari makna kata atau frasa atau aspek-aspek mekanis
yang lain, penekanan pada pemahaman perlu ditingkatkan. Penilaian sejauh
mana pelajar memahami bacaannya adalah berdasarkan kemampuannya
menterjemahkan isi teks yang dibaca dalam pelbagai cara. Kualiti pengajaran
dapat meningkatkan dan memperkembangkan pemahaman membaca. Kesan
pengajaran juga berkait rapat dengan hasil daripada pembacaan.

 Pengajaran membaca berdasarkan pandangan kognitif pada strategi


mengajar boleh digunakan ketika membaca teks.

 Penyoalan yang efektif dan tindak balas guru penting.

 Pengajaran pemahaman secara eksplisit atau terus menitikberatkan


pemahaman pelajar.

28
 Kurikulum pengajaran pemahaman difokuskan pada strategi mengajar
pelajar membaca.

 Mengaitkan pembacaan dengan menulis adalah ciri utama dalam


pengajaran pemahaman.

 Pemahaman bergantung pada pelbagai faktor.

Matlamat utama dalam membaca adalah pemahaman. Pemahaman


adalah keupayaan mencari makna bagi perkara yang dibaca, didengar dan
ditulis. Kita menganggap apabila seseorang dapat memahami bahasa lisan,
mereka tentunya dapat memahami perkataan bertulis, ayat, dan perenggan iaitu
dapat mentafsir. Di sini, berlaku perbezaan antara proses lisan dengan maklumat
bertulis.

SYARAT-SYARAT PEMAHAMAN

Terdapat beberapa syarat yang menjamin wujudnya pemahaman dalam


membaca. Syarat-syarat itu adalah :

 Kebolehan mengenal pasti kata-kata penulis dan memahaminya.


 Kebolehan melampaui perkataan penulis dengan membuat inferens.
 Kebolehan membina dan mengawal mesej penulis.
 Kebolehan menggunakan pengetahuan sedia ada.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PEMAHAMAN MEMBACA

Matlamat utama dalam membaca adalah membaca bagi pemahaman iaitu


keupayaan mencari makna perkara yang dibaca. Pandangan umum adalah
apabila kita dapat memahami perkataan bertulis, ayat, dan paragraf serta dapat

29
mentafsir. Sebenarnya terdapat perbezaan antara proses lisan dan malumat
bertulis.

Kemahiran Pemahaman Yang Khusus

i. Memahami urutan.

 Keupayaan memahami urutan peristiwa adalah perlu apabila ingin


faham pelbagai bahan bacaan.

 Objektif memahami urutan ialah baca cerita tersebut dan


menyenarai bagi menunjukkan apa yang mereka lakukan.

ii. Menginterpretasikan struktur ayat.

 Semantik bagi struktur ayat bergantung pada susunan ayat.

 Sintaksis merujuk pada cara perkataan itu digabungkan. Bahasa


tulisan kelihatan lebih formal dan mempunyai lebih kekangan
daripada bahan lisan.

 Struktur bahasa dalam buku teks selalunya tidak begitu biasa bagi
kanak-kanak.

 Oleh itu objektif bagi membantu mereka terutama dalam ayat aktif
dan pasif serta sebagainya adalah perlu.

iii. Menginterpretasikan makna melalui tanda bacaan.

30
 Simbol menegaskan makna perkataan yang menjadi kunci
menginterpretasikan makna.

 Tanda bacaan mempunyai fungsi masing-masing.


iv. Memperoleh makna perkataan melalui imbuhan.

 Kata dasar atau akar adalah bahagian yang terbesar.

v. Mengenal pasti idea utama dalam perenggan.

 Selalunya idea utama wujud dalam ayat topik pada permulaan ayat
ataupun dalam rumusan pada akhir ayat.

KEMAHIRAN MENULIS

DEFINISI DAN KONSEP MENULIS

Konsep menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang


berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk
tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

Definisi menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi


melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan
seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu
dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Ayat-
ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan
bercetak.

31
Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik
yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan
seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya
panjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang
membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.
Menurut Raminah Hj. Sabran (1985:183), penulisan ialah pelahiran
perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini
disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami
maksudnya.

Mengikut Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu


proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan
berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.

Don Bryne (1979:1) pula menyatakan bahawa kita menggunakan simbol-


simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat
semasa kita bercakap.

TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia adalah untuk


membolehkan pelajar yang tamat pengajian mencapai tahap penguasaan yang
dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan. Gerak
kerja dalam bidang penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk
membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka
membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah,
dan bahan-bahan yang berkaitan. Selain itu, kemahiran menulis juga bertujuan
untuk merakamkan sejarah atau peristiwa, membuat catatan disamping dapat

32
menambahkan koleksi bahan-bahan penulisan. Walau bagaimanapun, tujuan
dapat dilihat dengan lebih jelas melalui dua aspek iaitu :

i. Tujuan serta merta

a) Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan


kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.

b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan


dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan
boleh difahami oleh pembaca.

c) Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya


dengan membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau
membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi
bacaannya.

d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan


dengan sempurna dalam bentuk tulisan.

e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam


kalangan kanak-kanak.

f) Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak


dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan
tulisan.

g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

33
ii. Tujuan lanjut

a) Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan dan


matlamat menerusi penulisan.

b) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman


dan perasaan.

c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat


memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden,
khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai
umumnya.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENULIS

1. Kemahiran Menulis Secara Mekanis

Kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal agar pelajar dapat


menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti
tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah
penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang
diperlukan oleh kanak-kanak. Ini dapat membantu pelajar menguasai
kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku
kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Selain itu, murid dilatih menggunakan tanda baca di tempat-tempat


yang betul. Kemahiran ini penting kerana tanpa tempat-tempat yang betul,
hasil penulisan akan menjadi sukar dibaca dan kemungkinan membawa

34
kepada kesalahan maksud. Pada peringkat awal pembelajaran menulis,
pelajar menganggap bahawa aktiviti menulis sebagai satu aktiviti yang
menyeronokkan berbanding dengan orang dewasa.

Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan


tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut
tanggapan mereka. Contengan ini merupakan asas bagi kebolehan
menulis. Semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan)
sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan
bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang
mereka kuasai daripada contengan lukisan itu membolehkan mereka
meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka. Latihan awal menulis di
peringkat rendah perlu menekankan aktiviti-aktiviti yang berikut :

a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan

b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis


dengan selesa dan sempurna.

c) Melakukan latihan-latian pergerakan mata.

d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

2. Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental

Kemahiran menulis ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak


memperoleh kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini banyak
melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk
mendapatkan kemahiran menulis ini ialah:

35
a. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.
b. Latihan pernyataan perasaan.
c. Latihan pernyataan kehendak.
d. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.

W.M. Rivers menyenaraikan lima peringkat pengajaran menulis


secara mental iaitu :

a. Menyalin dan meniru (copying)


b. Menghasilkan semula (reproduction)
c. Menggabung (recombination)
d. Penulisan berpandu
e. Penulisan bebas.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

a) Peringkat pramenulis

Peringkat pramenulis ini melibatkan latihan pergerakan tangan,


pergerakan mata, serta kordinasi tangan dan mata. Latihan pergerakan
tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk ukuran
dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini
dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan
seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. Untuk
mencapai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar
murid mendapat asas yang kukuh dalam kemahiran menulis ini. Antara
kemahiran yang dimaksudkan dalam kemahiran menulis ialah :

i. Kemahiran tulisan tangan, yakni kebolehan murid


membentuk huruf, mengetahui konsep jarak perantaraan

36
huruf dalam perkataan dan jarak perantaraan perkataan
dalam ayat.
ii. Kemahiran huruf besar.
iii. Kemahiran tanda baca.
iv. Kemahiran mengeja.

b) Peringkat mendirikan asas

Peringkat ini dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.


Pelajar diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian
dengan gambar, seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis,
pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan itu. Buku
tulisan pelajar pada peringkat ini sebaik-baiknya tidak mempunyai garisan.
Pelajar menulis dengan menggunakan krayon atau pensil warna. Apabila
tulisan pelajar beransur baik, mereka boleh menulis dalam buku latihan
bergaris yang jarknya ¾ inci.

Huruf manuskrip merupakan bentuk awal dalam pembelajaran


tulisan. Dalam mengajar kemahiran menulis ini, pembelajaran tulisan
meliputi beberapa peringkat seperti yang berikut :

i. Guru mengajar tiga peringkat perkembangan:

a) Peringkat pramenulis yang membolehkan pelajar-


pelajar mengenal bentuk huruf.

b) Peringkat model yang membolehkan pelajar-pelajar


berlatih menulis nama mereka sendiri dengan
merujuk model-model yang tertentu.

37
c) Peringkat menghafal yang membolehkan pelajar-
pelajar menulis nama sendiri tanpa merujuk sebarang
model.

ii. Guru mengajar pelajar cara kedudukan badan, kertas dan


pensil semasa menulis.

a) Duduk dengan selesa di kerusi, kaki diletakkan di


lantai, dan siku diletakkan di atas meja.

b) Letakkan kertas di atas meja.

c) Pensil dipegang dengan keadaan ibu jari dan jari


telunjuk dalam keadaan yang paling selesa.

iii. Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf.

a) Menyalin model huruf.

b) Menulis kembali huruf di atas satu garis lurus, sama


ada huruf itu dibina daripada garisan lurus atau bulat.

c) Semua huruf yang berbentuk lurus ditulis dari atas.

d) Semua huruf yang berbentuk bulatan ditulis mengikut


pusingan lawan jam pada pukul 2.00.

e) Semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan.

f) Ruangan huruf berbentuk bulat didekatkan.

38
g) Ruangan huruf yang lurus hendaklah dijauhkan.

h) Ruangan antara perkataan hendaklah dijarakkan satu


jari.

i) Menulis di atas garisan.

j) Huruf besar dan huruf lurus perlu menggunakan dua


ruang untuk membezakannya tetapi huruf kecil hanya
memerlukan satu ruang sahaja.

k) Kumpulan nombor dan huruf yang serupa strukturnya.

iv. Guru menolong pelajar-pelajar mengenal pasti kesalahan


mereka semasa menulis.

a) Kesalahan dari segi bentuk huruf yang tidak tepat dan


tidak kemas.

b) Kesalahan dari segi ruang, iaitu sama ada sesuatu


huruf itu perlu dijarakkan atau dirapatkan.

c) Kesalahan dari segi saiz, iaitu pembentukan saiz


yang tidak konsisten.

d) Kesalahan dari segi susunan, iaitu terdapat susunan


huruf yang sesetengahnya ditulis menaik dan
sesetengahnya ditulis menurun.

c) Peringkat untuk pelahiran

39
Pada peringkat ini, pelajar hendaklah digalakkan menulis apa
sahaja yang terlintas dalam kepala mereka untuk melahirkan idea dan
perasaan serta menceritakan sesuatu pengalaman.

KESALAHAN-KESALAHAN BIASA DALAM TULISAN

Terdapat beberapa kawasan kelemahan dalam penulisan pelajar. Faktor-


faktor kelemahan ini adalah masalah yang terdapat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu itu sendiri. Akibat daripada kurangnya
penguasaan pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka
berlakulah pelbagai jenis kesalahan tatabahasa dalam penulisan.

i. Pembinaan ayat-ayat yang tidak gramatis.

Ayat-ayat yang gramatis ialah ayat yang lengkap dan sempurna,


mengandungi paling kurang satu subjek dan satu prediket. Ayat yang
begini dinamakan sebagai ayat dasar atau ayat inti. Ayat dasar ini boleh
dikembangkan sehingga terbentuklah ayat-ayat transformasi satu dasar.
Untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis, penggunaan bentuk ayat
aktif dengan pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan persoalan yang
diungkapkan perlu diberi perhatian.

ii. Pemilihan perkataan yang tidak tepat.

Jalinan fikiran yang logis harus dibuat secara bersepadu.


Kesepaduannya dapat dilakukan dengan pemilihan kata-kata yang sesuai

40
dan tepat. Sebaliknya, pemilihan perkataan yang tidak tepat akan
menjadikan hasil tulisan tidak lancar dan tidak logik daripada satu idea
kepada satu idea, daripada satu perenggan kepada perenggan yang
berikutnya, malahan daripada satu ayat kepada satu ayat yang lain.

iii. Penggunaan gaya tidak tepat dan sepadan.

Gaya tidak tepat dan sepadan dengan tajuk karangan akan


menghasilkan karangan yang rendah mutunya dan tidak menarik. Gaya
yang dipilih hendaklah disesuai dengan pemberatan isu yang
diketengahkan. Isi yang berat, tegas dan bernas menuntut gaya yang
tegas dan jitu. Pemilihan gaya hendaklah sesuai dengan topik dan
wacana yang dipilih.

Pilihan kata hendaklah tepat dan dapat mendukung maksud yang


dibawa. Kalau maksudnya hendak mengungkapkan sesuatu ketegasan
dan kejituan, gaya dan nada yang sesuai digunakan adalah yang bernada
dan bergaya tegas juga. Sekiranya persoalan yang hendak ditekankan itu
bernada lembut dan merendah seperti dalam puisi-puisi dan hasil prosa
kreatif, gaya dan nada yang sesuai diterapkan adalah juga rendah dan
lembut. Dengan kata lain, pemilihan kata dan frasa akan menentukan
nada yang sekaligus akan mencerminkan gaya.

iv. Penggunaan tanda bacaan yang tidak betul.

Satu lagi kelemahan yang terdapat dalam sebuah tulisan ialah


penggunaan tanda bacaan yang tidak betul. Contohnya, dua ayat yang
bercantum dan berselarian satu sama lain sehingga seolah-olah menjadi

41
satu ayat yang lengkap. Hal ini terjadi disebabkan pelajar terlupa hendak
meletakkan tanda bacaan atau kata penghubung yang tertentu.

v. Kesalahan ejaan.

Contoh : boleh  bolih


periksa  pereksa
batuk  batok
vi. Kata pinjaman.

Contoh : taufu
pelan
stor

vii. Kata terbitan.

Contoh : jam tangan


pelajar
pengajar

viii. Kata majmuk.

Contoh : antarabangsa
jalan raya
setiausaha

ix. Kata nama.

Contoh : kampung  kampong


dapur  dapor
calon  calun

42
JENIS-JENIS PENULISAN

a) Terkawal

Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asas


atau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja
penulisan. Karangan yang harus dilalui oleh murid-muird dalam gerak
kerja penulisan. Karangan terkawal adalah segala isi dan bahasanya
sedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal ketat dan sedikit dipimpin
ke arah karangan bebas. Tujuan karangan terkawal ini ialah untuk
mengurangkan kesilapan berlaku di kalangan murud-murid. Apa yang
dititikberatkan dalam karangan terkawal ini ialah kelancaran dalam
penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran
mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa. Karangan jenis ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

i. Seratus peratus terkawal tau kawalan sepenuhnya. Ia


hampir menyerupai peringkat menyalin semula.

ii. Separuh terkawal, iaitu peringkat menghasilkan semula.

iii. Hampir terkawal, iaitu peringkat menggabungkan semula


ayat-ayat.

b) Separa terkawal

Pada tahap ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun


tidak sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit

43
daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya
dengan pengajaran guru. Misalnya, guru akan membacakan sebuah
karangan pendek yang sedia tulis di papan hitam dan kemudian murid-
murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam
dengan perkataan-perkataan lain yang disediakan. Latihan ini mungkin
menimbulkan sedikit kesukaran dan murid-murid boleh melakukan
kesalahan.

c) Berpandu

Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan


bentuk ayat tetapi dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya,
menyudahkan cerita, melengkapkan perenggan-perenggan, menulis ayat-
ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Latihan di peringkat
ini memerlukan murid bertindak balas secara individu.

d) Bebas

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran ini.


Mandel (1980:377) menyatakan bahawa penulisan bebas merupakan
penulian sebenar. Karangan bebas hanya akan dijalankan setelah murid-
murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.
Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka
diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak
ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Oleh sebab murid-
murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran
mekanikal yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi
dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.

44
Latihan peringkat ini memberi kebebasan kepada murid membuat
pemilihan perkataan dan struktur ayat berlandaskan kreativiti mereka.
Murid membuat pemilihan perkara dengan mecipta ayat-ayat sendiri
dengan melahirkan pendapat masing-masing. Pada peringkat ini, hasil
kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih
kompleks seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasi
penulisan, misalnya mengikut kronolgi, mengikut fakta perbandingan,
susunan sebab dan akibat, serta penerangan sesuatu. Selain itu, murid
juga perlu menguasai kemahiran menulis yang lain seperti penggunaan
tanda baca, pemerengganan, wacana, organisasi idea dan stail. Apabila
menggunakan pendekatan ini, murid haruslah mengetahui tentang proses
menulis yang terdiri daripada tiga langkah iaitu pramenulis, membuat
rangka dan draf serta menyemak dan memeriksa kembali.

Untuk sekolah menengah pada peringkat kelas-kelas yang lebih


tinggi, jenis-jenis karangan ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk
dan bentuk-bentuk ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu karangan
bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan agrumentatif.

Karangan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan,


rencana dan tulisan. Karangan jenis deskriptif pula merangkumi gambaran
suasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Karangan jenis imaginatif
berkait rapat dengan pengalaman sementara yang berbentuk argumentatif
pula terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan. Bagi karangan
yang berbentuk kreatif, ia meliputi puisi, cerpen, drama dan sebagainya.
Ia merupakan ekspresi dan perasaan serta pengalaman seseorang
melalui tulisan atau perkataan.

Antara aktiviti-aktiviti penulisan bebas lain yang boleh dijalankan


ialah seperti berikut :

45
i. Menulis kenyataan untuk satu pengumuman.
ii. Menulis karangan biografi dan autobiografi.
iii. Menulis karangan cerita sendiri.
iv. Menulis dialog untuk dua atau tiga orang pelajar.
v. Menulis puisi seperti syair, pantun dan sajak.
vi. Menulis ucapan seperti ucapan perasmian.

KEMAHIRAN MENULIS DALAM KBSR

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR menyatakan bahawa objektif


program pengajaran kemahiran menulis ialah untuk membolehkan murid
dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan
tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-
borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran
menulis, penekanan diberikan juga kepada tulisan yang jelas dengan
menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul. Kemahiran menulis dalam
KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :

i. Pratulisan.
ii. Tulisan mekanis.
iii. Menulis dan mengarang.

46
KESIMPULAN

Dalam pengajaran bahasa Melayu, kebolehan berbahasa boleh


dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran mendengar
merupakan sebahagian daripada kemahiran lisan dan merupakan unsur
komunikasi yang tertua. Dari kemahiran dan proses mendengar juga, kita dapat
belajar kemahiran untuk bertutur serta membaca. Kemahiran membaca ialah
lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang
tidak dapat diperoleh melalui pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat
membantu memperluas pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Pendidikan bahasa Melayu KBSM lebih menekankan penguasaan bahasa


Melayu yang bermutu yang berasaskan ketepatan berbahasa, kecekapan
berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai
situasi. Bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur nilai dan budaya tinggi
penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang tepat lagi berkesan di
kalangan pelajar bukan sahaja berungsi untuk menrokai ilmu dan menuntut
keupayaan kognitif yang tinggi, tetapi mencakupi hal-hal yang berkait dengan
unsur dan nilai kemanusiaan yang menyeluruh.

47
48

Anda mungkin juga menyukai