Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BAHAGIAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG (PESSCA)


D/A JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
JALAN BUKIT GAMBIR, 11700 PULAU PINANG.

Tel : 04-657 5500


Faks : 04-658 2500
Email : pesscajpnpp@gmail.com
________________________________
Ruj. Kami : JPNPP(PESSCA)700-1/1 ( 98 )
Tarikh : 05 Mac 2021

Semua Pengetua Sekolah Pulau Pinang


Semua Guru Besar Sekolah Pulau Pinang

Tuan,

PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKOLAH PERINGKAT JABATAN


PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan


Pendidikan Bahagian Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (PESSCA BHG JPNPP)
dengan kerjasama Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang (PESSCA Pulau Pinang) serta Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Negeri Pulau Pinang (SSTPN) akan menganjurkan Pertandingan Video Korporat
Sekolah Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

3. Untuk makluman tuan/puan, objektif utama pertandingan ini adalah untuk


mencungkil bakat dikalangan warga sekolah serta melahirkan warga sekolah yang kreatif
dan inovatif. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah dibawah Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Bersama-sama ini disertakan syarat Pertandingan
Video Korporat tersebut berserta Hadiah Kemenangan seperti di Lampiran A untuk
makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, tuan/puan


boleh menghubungi En. Syariman Bin Alias Pengerusi PESSCA BHG JPNPP di talian
019-4518010 atau En. Abdul Rahman Bin Md Isa Setiausaha PESSCA BHG JPNPP
di talian 013-4450583.

Sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung


JPNPP(PESSCA)700-1/1 ( 98 )
PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKOLAH PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
PULAU PINANG TAHUN 2021

5. Kerjasama dan komitmen dari tuan/puan amatlah diharapkan bagi memeriahkan


pertandingan tersebut serta membentuk jaringan hubungan antara PESSCA Pulau
Pinang dengan semua sekolah negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

ʽʽPRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19ʼʼ

ʽʽBERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Syariman Bin Alias)


Pengerusi
Persatuan Sukan & Kebudayaan
Bahagian Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
No Tel : 019-4518010
No Faks : 04-6521083
E-Mel : syariman@moe.gov.my

s.k.:
1. Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Merangkap; Presiden PESSCA Negeri Pulau Pinang

2. Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pulau Pinang

Sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung

Anda mungkin juga menyukai