Anda di halaman 1dari 19

SULIT*

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 STPM 2020
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH DUNIA (1500 -1955 )
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2020

STPM 940/1 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Jawab empat soalan sahaja.

1. Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17M.
(20
markah)

2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan
sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
(20
markah)

3. Bincangkan idea-idea utama yang disumbangkan oleh Charles Louis Montesque


dalam karyanya ‘The Spirits of Law’.
(20
markah)

4. Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Perancis pada abad ke 16


hingga 18M.
(20
markah)

5. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan gerakan nasionalisme di


India.
(20
markah)

6. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong penubuhan Pertubuhan Perjanian Atlantik


Utara (NATO).
(20
markah)
SET 2

1. Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17M.

A. PENGENALAN
1. Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti
berasaskan laut. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan, perikanan,
dan pengumpulan hasil laut.
2. Portugal muncul sebagai kuasa maritm yang unggul dan mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.

B. ISI
1. Kegiatan ekonomi
i. Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritime di Portugal ialah perdagangan.Mereka
menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan sepertiAntwerp dan Lisbon.

ii. Masyarakat maritim Portugal melancarkan ekspedisi ke timur untuk menguasai


perdagangan rempah. Selain aktiviti perdagangan, mereka juga terlibat dalam aktiviti
menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan membina kapal.

2. Petempatan
i. Masyarakat maritime lazimnya tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah sungai dan
kawasan kepulauan. Petempatan mereka terletak berhampiran laut bagi memudahkan
mereka menjalankan aktiviti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
ii. Masyarakat maritime juga tinggal di pelabuhan-pelabuhan seperti Antwerp dan Lisbon
yang terletak di muara sungai.

3. Teknologi Perkapalan Dan Pelayaran


i. Dalam konteks teknologi perkapalan, mereka mempunyai kemahiran dalam pembinaan
perahu dan kapal. Contohnya, mereka mempunyai kemahiran membina kapal jeni
Caravel seberat 2000 tan
ii. Kapal - kapal ini dibina dengan menggunakan teknologi tinggi dan digunakan dalam
pelayaran jarak jauh mereka juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran
seperti dalam menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetic dan
astrolabe. Penemuan peralatan-peralatan baru membolehkan pelaut Portugis
melancarkan ekspedisi pelayaran ke Timur.
4. Penjelajahan Dan PEnerokaan
i. Mereka mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi
penerokaan dan penjelajahan. Sebagai contoh Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung
Pengharapan yang terletak di bahagian selatan Afrika pada tahun 1487.
ii. Vasco da Gama belayar mengelilingi Tanjung Harapan pada tahun 1497 dan tiba di
Malindi.Beliau meneruskan pelayaran merentas lautan Hindi dan selamat tiba di
Calicut, India pada tahun 1498. Masyarakat maritime Portugal mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
5. Sifat Ingin Tahu
i. Semangat ini mendorong masyarakat maritime melakukan penerokaan dan
penjelajahan.
Penduduk Portugal mempunyai keinginan untuk mengetahui adat resam, budaya dan
sejarah masyarakat sesuatu tempat.
ii. Pelayar Portugal mempunyai keinginan untuk mencari Prestor John, seorang raja yang
memerintah kerajaan Kristian di Afrika. Semangat ingin tahu mendorong mereka
menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi, iklim dan cuaca sesuatu tempat.

C. KESIMPULAN

1. Kesimpulannya, masyarakat maritime Portugal memberi sumbangan dalam bidang


perdagangan, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
2. Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangandan
mengasaskan koloni tanah jajahan di Timur. Perkembangan ini menyebabkan
Portugal muncul sebagai kuasa maritime yang unggul di dunia pada abad ke-16 dan
17M.
2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan
sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.

A. PENDAHULUAN
1. Sistem pemerintahan monarki mutlak di Perancis mencapai zaman keagungannya
semasa pemerintahan Raja Louis XIV.Beliau juga dikenali sebagai Grand Monarch
merupakan pemerintah agung Perancis dari tahun 1643 hingga tahun 1715.
2. Semasa pemerintahannva, wujud keamanan, kemakmuran dan kestabilan politik
dalam negara. Baginda mengukuhkan kedudukan dengan memperkenalkan sistem
pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur.
3. Beliau mendapnt sokongan padu daripada semua golongan termasuk golongan
bangsawan huguenot dan institusi kerajaan.ferkembangan ini mengukuhkan
kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah pnonarki mutlak di Perancis.
4. Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan
sistem pemerintahan monarki di Perancis.

B ISI
1. Pentadbiran
i. Langkah pertama yang diambil oleh Raja Louis XIV bagi mengukuhkan
pemerintahan monarki mutlak adalah mengukuhkan sistem pentadbiran.
ii. Bagi tujuan tersebut, beliau menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada
empat majlis utama. Majlis tersebut adalah seperti berikut:

Majlis Peranan
Majlis Negara Mengurus h$l ehwal luar negara
Majlis Despatches Mengurus hal ehwal tempatan kecuali kewangan
Majlis Kewangan Memgurus masalah percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan
Majlis Privy Menguruskan pentadbiran keadilan

iii. Raja Louis XIV telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan unti
membantunya dalam pentadbiran seperti:

Menteri Kementerian
Colbert Menteri Kewangan
Le Tellier Menteri Hal Ehwal Luar
Louvois Menteri Peperangan
Vauban Menteri Ketenteraan

iv. Selain itu, Raja Louis XIV juga melantik intendent bagi melaksanakan dasar diraja
di peringkat provinsi.
v. Mereka ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan cukai dan
pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
vi. Tuntasnya, penyusunan semula sistem pentadbiran telah mengukuhkan kedudukan
raja dalam sistem monarki.

2. Dasar Ekonomi Merkantilisme


i. Langkah kedua yang diambil oleh raja Louis XIV adalah mengukuhkan kewangan
negara menerusi sistem ekonomi merkantilisme.
ii. Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme dengan bantuan menteri
kewangannya yang berwibawa iaitu Colbert.
iii. Colbert telah melaksanakan dasar merkantilisme dengan bersungguh-sungguh.
iv. Beliau mengambil beberapa langkah untuk membangunkan ekonomi merkantilisme
di Perancis. Antaranya adalah: Memulakan industri baharu, Memansuhkan tarif
tempatan, Menghapuskan tol, Mengurangkan kadar bunga keatas hutang
kerajaan dan Mengawal upah dan harga barangan
v. Dasar merkantilisme yang dilaksanakan oleh Colbert telah meningkatkan
pendapatan dan kekayaan kerajaan.
vi. Ternyata dasar merkantilisme meningkatkan kekayaan dan mengukuhkan sistem
monarki di Perancis.

3. Ketenteraan
i. Langkah ketiga yang diambil oleh Raja Louis XIV adalah melalui reformasi dalam
bidang ketenteraan.
ii. Beliau melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dengan bantuan menteri
peperangan iaitu Louvois.
iii. Selepas reformasi, Raja Louis XIV mempunyai kawalan penuh terhadap angkatan
tentera.
iv. Selain itu, baginda turut bertindak menghapuskan dominasi golongan bangsawan
dalam bidang ketenteraan.
v. Tambahan pula, perlantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit.
vi. Kerajaan bertanggungjawab dalam merekrut tentera, menyediakan perumahan
dan bekalan makanan untuk tentera.
vii. Impkasi langkah-langkah ini, pasukan tentera Perancis muncul sebagai pasukan
tentea terkuat di benua Ertopah.
viii. Dengn adanya pasukan terntera yang kuat, secara tidak langsung kedudukan ii monaki
menjadi kukulh.

4. Dasar agama
i. Langkah keempat yang diambil oleh Raja Louis XIV adalah mengawal pengiruh
golongan bukan Katolik iaitu Huguenot.
ii. Dalam hal ini, Raja Louis XIV bertindak memaksa golongan bukan Katolik iaitu
Huguenot untuk menerima agama Katolik.
iii. Beliau bertindak membatalkan Edict of Nantes yang memberi kebebasan kepada
Huguenot untuk menganut agama pilihan mereka.
iv. Tindakan Raja Louis XIV ini telah menyebabkan seramai 200 000 Huguenot
meninggalkan Perancis.
v. Namun begitu, tindakan Raja Louis XIV telah mendapat sokongan dari penduduk
tempatan.
vi. Jelas ternyata tindakan drastik Raja Louis XIV mengawal ancaman golongan
Huguenot berjaya mengukuhkan kedudukan monarki di Perancis.

5. Dasar luar negara


i. Langkah terakhir yang diambil oleh Raja Louis XIV bagi mengukuhkan monarki
adalah melalui dasar peluasan kuasa.
ii. Raja Louis XIV menggunakan kekuatan pasukan tentera untuk melancarkan
peperangan bagi meluaskan wilayah. Contohnya, semasa pemerintahan Louis XIV,
wilayah kekuasaan Perancis menganjur hingga ke perbatasan di Sungai Rhine.
iii. Antara kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera Perancis semasa pemerintahan
Raja Louis XIV adalah wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman
contohnya Wilayah Spanish Netherlands (Belgium), United Province (Belanda)
iv. Jelas ternyata, peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh Raja Louis XIV telah
mengukuhkan kedudukan institusi monarki di Perancis.

C. KESIMPULAN
1. Raja Louis telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam pemerintahannya
di negara Perancis.
2. Beliau telah mengambil pelbagai langkah bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai
pemerintah agung pada masa tersebut.
3. Langkah-langkah ini menyebabkan Perancis muncul sebagai sebuah negara yang
kuat dan disegani di Eropah.
4. Malah raja-raja dari negara Eropah yang lain menjadikan Raja Louis XIV sebagai
model untuk mengukuhkan pemerintahan monarki mutlak di negara masing-masing.
3. Bincangkan idea-idea utama yang disumbangkan oleh Charles Louis Montesque
dalam karyanya ‘The Spirits of Law’

A. PENDAHULUAN

Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Cheateu de la Brede, barat daya Perancis pada 18
Januari 1689. Beliau merupakan graduan lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux
dan berjaya menjadi peguam pada 1708.Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan
banyak memberi sumbangan semasa zaman pencerahan (Enlightment). Pada tahun1716,
Montesquieu dilantik sebagai presiden parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Antara karya beliau ialah The Considerations On The Causes Of The Grandeur, Decadence
Of The Romans (1734) dan Letter Persanes (1721). Idea beliau melalui buku yang terkenal
ialah The Spirit Of Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 yang telah membawa perubahan
yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.

B. ISI

1. Idea Doktrin Pengasingan Kuasa

Antara Idea-idea Charles Louis Montesquieu dalam bidang politik berdasarkan buku The
Spirit Of Law ialah doktrin pembahagian kuasa.Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan
antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara 3
badan bebas iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman. Jika ketiga-tiga kuasa tersebut
tidak dipisahkan, penyelewengan akan berlaku dan kebebasan tidak wujud. Beliau
berpendapat jika kuasa menggubal undang-undang (legistatif) dan kuasa memerintah
(eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan tidak akan wujud kerana pihak
pemerintah akan menggubal undang-undang yang zalim supaya mereka terus berkuasa.
Kebebasan juga tidak akan berlaku jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk
melaksanakan tugasnya. Menurutnya pembahagian kuasa ini perlu, supaya penyalahgunaan
kuasa dapat dielakkan. Melaui doktrin pembahagian kuasa beliau berpendapat undang-
undang kebanyakan negara boleh menjadi lebih liberal, berperikemanusiaan dan
menggelakkan penyelewengan kuasa. Oleh itu, penganiayaan agama dan perhambaan boleh
dihapuskan dan perdagangan boleh digalakkan.

2. Idea Dokrin Pembahagian Kuasa (Imbangan Kuasa )

Seterusnya, beliau mengemukakan idea tentang doktrin pembahagian dan imbangan kuasa.
Doktrin ini dikemukakan oleh beliau ketika menentang pemerintahan mutlak Perancis.
Montesquieu percaya bahawa kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan-badan
perantaraan seperti parlimen, estet-estet, provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja.
Oleh itu, beliau menyatakan pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Perancis telah
menyekat kebebasan hak asasi rakyat.

3. Idea Membentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim

Di samping itu, The Spirit Of Laws mengetengahkan dua idea utama iaitu pertama
membentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan tertentu. Contohnya
despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas
dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil. Oleh itu, sistem pemerintahan
menjadi lebih berkesan.

C. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada


Perancis khususnya, iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan
mengubah secara drastik lanskap poilitik, ekonomi dan social di Eropah apabila idea beliau
tersebar ke negara-negara lain di benua eropah. Idea dan doktrin belia mempunyai pengaruh
dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari ini termasuklah dalam penggubalan
Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787.
4. Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Perancis pada abad ke 16
hingga 18M.

A. PENGENALAN

Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada awal abad ke-16
hingga abad ke 18 Masehi. Kemewahan masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang
dimiliki. Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding di bandar.

B. ISI

1. Aspek Pertanian

Petani masih lagi terikat dengan tuan-tuan tanah dan golongan bangsawan. Petani masih lagi
mengerjakan tanah-tanah pertanian dalam sistem manor. Dalam sistem ini, petani mempunyai
kewajipan kepada tuan tanah, antaranya; tinggal di tanah kepunyaan tuan tanah,
mengusahakan tanah terutamanya pada musim menuai, membekalkan kayu api ke rumah
manor, membaiki jalan jka diminta oleh manor dan membayar cukai hasil pertanian yang
diusahakan kepada manor.

Petani mengusahakan tanah pertanian menggunakan kaedah sistem tanah lapang atau open
field. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bahagian untuk pusingan dalam proses
penanaman. Bahagian pertama akan ditanam dengan oat dan barli pada musim bunga.

Selain itu, petani tidak lagi menjadi hamba atau serf, tetapi kini menjadi penyewa tanah yang
bebas atau mengambil upah sebagai buruh. Masyarakat petani kini digelar metayers.
Metayers mula mempelbagaikan pekerjaan. Di samping itu, penanaman pokok mulberi dan
penternakan ulat sutera diusahakan oleh Raja Henry VI telah meningkatkan ekonomi rakyat
dan membawa perkembangan bandar Paris, Lyons dan Marseilles.

Perkembangan dalam bidang pertanian dibantu dengan pembinaan jalan raya pada tahun
1747 yang membolehkan perhubungan lebih luas di Perancis dan membawa hasil pertanian
ke bandar-bandar besar.

2. Aspek Perdagangan

Kepesatan perdagangan di Perancis dapat dilihat pada masa pemerintahan Raja Henry VI.
Raja Henry VI telah menubuhkan sebuah angkatan tentera laut bagi melindungi perdagangan
Perancis. Seterusnya, Perancis mula menerajui perdagangan di seberang laut dan bersaing
dengan Belanda dan British.

Perancis mula membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara. Kekayaan yang
dimiliki Portugal dan Sepanyol telah membangkitkan semangat Perancis untuk meluaskan
tanah jajahan di seberang laut dan mencari kekayaan. Oleh yang demikian, pedagang
Perancis mula melebarkan pencarian dengan membuka petempatan di Amerika Utara.
Pembukaan petempatan ini membolehkan pedagang Perancis memonopoli perdagangan bulu
dan memberi hak pembukaan petempatan imigran Perancis di Amerika. Pada tahun 1642,
Perancis berjaya membuka bandar Montreal.

3. Aspek Institusi Kewangan

Perkembangan dalam bidang perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor perkembangan


sistem kewangan. Pada tahun 1500, wang tidak perlu dibawa dengan banyak untuk
melakukan urusan perdagangan. Keadaan tersebut memudahkan pedagang dan pengeluar
mengawal dan memasarkan barangan dengan bebas.

Selain itu, urusan pengutipan cukai juga mula dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai berjaya
dikutip dalam satu masa di 120 tempat yang berlainan di Sungai Loire dan daerah-daerah
yang lain.

Sistem perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke-18. Misalnya,
pembukaan Paris Bourse pada tahun 1724, Caisse D’escompte pada tahun 1776, dan Lorene
Royale pada tahun 1783. Syarikat Joint Stock berkembang pada pertengahan abad ke-18.
Pada tahun 1788, syarikat Perancis memperkenalkan insurans kebakaran.

C. KESIMPULAN

1. Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada awal abad ke-
16. Kemewahan masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang dimiliki mereka.
Masyarakat masih lagi selesa tinggal di desa berbanding dengan di bandar.
5. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan gerakan nasionalisme di
India.

A. PENDAHULUAN
1. Ramai sarjana berpendapat peristwa Dahagi 1857 menandakan kesedaran kebangsaan
bermula dalam kalangan masyarakat India.
2. Namun demikian, kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India telah bermula
sebelum 1857 lagi.
3. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosio-agama sebelum 1857, menandakan
semangat kebangsaan bermula di India.
4. Pertubuhan-pertubuhan ini membangkitan kesedaran kebangsaan melalui
pembaharuan sosial.
5. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan ini juga memperjuangkan hak masyarakat India
dalam politik, ekonomi dan sosial.
6. Pertubuhan-pertubuhan ini meletakkan asas bagi kemunculan gerakan kebangsaan
yang teratur dan sistematik di India pada awal abad ke-20 M.
7. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat India.
B. ISI
1. Pendidikan Barat
i. Faktor pertama yang mendorong perkembangan nasionalisme di India adalah
pengenalan sistem pendidikan barat.
ii. Pendidikan Barat telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan
rakyat India seperti doktor, peguam dan kerani.
iii. Pendidikan barat menyebabkan rakyat terdedah kepada pandangan pemikir-pemikir
Barat seperti John Locke, Rousseau, Voltaire dan Thomas Paine.
iv. Golongan berpendidikan di India terdedah kepada konsep kebebasan, demokrasi,
persamaan dan hak asasi manusia.
v. Malah pendidikan barat memberi kesedaran tentang penindasan yang dilakukan oleh
pemerintah British di India.
vi. Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis terulung seperti Raja Ram
Mohan Roy, W.C. Banerjee dan G.K. Gokhale.
vii. Tokoh-tokoh ini memainkan peranan sebagai pelopor dalam membangkitkan
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat India.
viii. Tegasnya, pendidikan barat telah meletakkan asas bagi perkembangan nasionalisme di
India.
2. Diskriminasi Dalam Perkhidmatan Awam
i. Faktor kedua yang menyebabkan muncul nasionalisme di India adalah diskriminasi
dalam perkhidmatan awam.
ii. Kerajaan Inggeris mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan orang India bagi
memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.
iii. Amalan diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
terpelajar di India.
iv. Contohnya, kerajaan British menghalang penyertaan orang India dalam
perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan perkhidmatan awam di Britain.
v. Tambahan pula, kerajaan bertindak mengurangkan had umur untuk menyertai
perkhidmatan awam daripada 22 tahun kepada 19 tahun.
vi. Langkah-langkah tersebut bertujuan menghalang pelajar-pelajar yang menuntut di
universiti daripada menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.
vii. Justeru, dasar diskriminasi British dalam pengambilan perkhidmatan awam turut
mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di India.
3. Dasar Pentadbiran British
i. Faktor ketiga yang menyebabkan tercetus gerakan nasionalisme di India adalah dasar
pentadbiran British yang bercorak penindasan.
ii. Contohnya, pelbagai akta yang diperkenalkan oleh Lord Lytton seperti Akta Senjata
dan Akta Akhbar Vernakular.
iii. Pengenalan akta-akta ini telah membangkitkan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan
penduduk tempatan.
iv. Akta Akhbar Vernakular melarang penerbitan rencana dan artikel yang
membangkitkan sentimen anti-Inggeris.
v. Tindakan kerajaan mengenakan sekatan terhadap akhbar vernakular menyekat
kebebasan bersuara rakyat.
vi. Dalam pada itu, akhbar-akhbar Inggeris tidak dikenakan sebarang sekatan oleh
kerajaan British.
vii. Selain daripada akta-akta tersebut, Lord Lytton mengambil beberapa langkah yang
membangkitkan kemarahan rakyat, iaitu:
- menggalakkan import kain kapas
- menghadkan umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun
viii. Langkah-langkah ini membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pemerintahan
British.
ix. Tuntasnya, pelbagai dasar yang membangkitkan kemarahan rakyat menyumbang
kepada kelahiran semangat nasionalisme di India.
4. Peranan Akhbar
i. Faktor seterusnya yang membangkitkan nasionalisme di India adalah peranan akhbar
tempatan.
ii. Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan rakyat.
iii. Contoh akhbar-akhbar yang mengkritik dasar British adalah akhbar Kesari, The
Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot.
iv. Akhbar-akhbar tempatan berperanan melahirkan kesedaran politik dalam kalangan
golongan kelas menengah.
v. Selain itu, akhbar-akhbar ini juga menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan
amalan demokrasi dalam kalangan penduduk tempatan.
vi. Tegasnya, akhbar-akhbar tempatan berperanan menyebarkan idea anti-British yang
melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
5. Dasar Ekonomi British
i. Faktor seterusnya yang mendorong semangat nasionalisme di India adalah dasar
ekonomi bercorak penindasan yang dijalankan oleh British di India.
ii. Dasar ekonomi kerajaan British adalah bagi memenuhi kepentingan sektor
perindustrian di England.
iii. Kerajaan Inggeris tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan
mengawal perusahaan-perusahaan tempatan.
iv. Tindakan kerajaan Inggeris memonopoli perdagangan garam menjejaskan
pendapatan penduduk tempatan yang terlibat dalam industri tersebut.
v. Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci penduduk tempatan terhadap
pemerintahan Inggeris di India.
vi. Justeru, dasar ekonomi British membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam
kalangan penduduk di India.
6. Gerakan Reformasi Sosio-Agama.
i. Faktor terakhir yang membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di India
adalah gerakan reformasi sosio-budaya.
ii. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosio-agama melahirkan semangat
kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.
iii. Antara pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan membangkitkan semangat
kebangsaan ialah:
a. Brahmo Samaj
b. Brahma Samaj
c. Arya Samaj
7. Pertubuhan Ramakrishna
i. Persatuan tersebut menjalankan reformasi bagi menghapuskan penyelewengan dalam
kalangan penganut agama Hindu.
ii. Persatuan ini juga mendesak kerajaan meluluskan akta untuk mengiktiraf
perkahwinan semula janda beragama Hindu.
iii. Pertubuhan-pertubuhan ini juga meletakkan asas bagi kebangkitan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat India.

C. KESIMPULAN
1. Terdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan semangat
kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.
2. Kemuncak kepada kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat India ialah
kemunculan Kongres Kebangsaan India pada tahun 1885.
3. Kongres Kebangsaan India berjaya menyatukan golongan nasionalis bagi mengatur
gerakan menentang British di India.
4. Perjuangan Kongres membuahkan hasil apabila British meluluskan Akta
Kemerdekaan India pada 15 Ogos 1947.
6. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong penubuhan Pertubuhan Perjanian
Atlantik Utara (NATO).

A. PENDAHULUAN
i. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang dikenali sebagai NATO ditubuhkan pada 4
April 1949.
ii. Ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terletak di Paris.
iii. NATO ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama melibatkan semua
negara anggota.
iv. Pertubuhan ini juga berperanan memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan
membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union.
v. Penubuhan NATO menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.

B. ISI
1. Menyekat Komunisme
i. Faktor utama penubuhan NATO adalah membendung penyebaran fahaman komunis
yang diterajui oleh Rusia.
ii. Rusia berjaya menyebarkan dan mengukiKan pengaruh komunis di Negara-negara
Eropah Timur selepas Perang Dunia Kedua.
iii. Perkembangan komunis di negara-negara Eropah Timur membimbangkan Amerika
Syarikat dan Britain.
iv. Perkembangan ini mendorong Amerika Syarikat dan Britain menubuhkan NATO
sebagai benteng menyekat penyebaran fahaman komunis.

2. Menyekat Dasar Ketenteraan Rusia


i. Faktor seterusnya yang mendorong penubuhan NATO ialah menyekat dasar
ketenteraan dan peluasan pengaruh Rusia di Eropah.
ii. Rusia mengukuhkan kedudukan dan kekuatan tentera di negara-negara Eropah Timur
yang pro-komunis.
iii. Rancangan Rusia mengukuhkan kekuatan tentera bagi mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat.
iv. Dengan demikian, pertubuhan NATO diwujudkan bagi mewujudkan pakatan tentera
bagi menghadapi ancaman Rusia.

3. Menghalang Kebangkitan Jerman


i. Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang
mendorong penubuhan NATO.
ii. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah
seperti Britain dan Perancis.
iii. Negara-negara Eropah mahu menyekat kebangkitan Jerman yang dikhuatiri akan
mencetuskan pergolakan dunia.
iv. Dalam konteks ini, pakatan tentera seperti NATO dapat menyekat kebangkitan
Jerman sebagai kuasa tentera yang mengancam kestabilan politik di benua Eropah.

4. Penglibatan Amerika Syarikat


i. Penubuhan NATO bertujuan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal
ehwal ketenteraan dan politik di benua Eropah.
ii. Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan untuk memastikan pertubuhan
ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan berkesan.
iii. Umpamanya, tentera Amerika Syarikat ditempatkan di Jerman dan Turki selepas
Perang Dunia Kedua supaya komunisme dapat disekat.

5. Mengambil Alih Peranan PBB


i. Penubuhan NATO bertujuan untuk mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia.
ii. PBB tidak berupaya memainkan peranan sebagai pertubuhan yang boleh mengekang
sebarang konflik dengan berkesan.
iii. Dalam hal ini, kelemahan utama PBB dalam menangani sebarang konflik adalah
badan dunia tersebut tidak memiliki pasukan tentera sendiri.
iv. Perkembangan ini mendorong penubuhan NATO yang memiliki pasukan tentera bagi
menjamin keselamatan dan kedaulatan negara anggota.

C. KESIMPULAN
1. Tuntasnya, NATO memainkan peranan sebagai badan bagi mempertahankan
keselamatan dan pertahanan negara-negara anggota.
2. Keadaan politik yang tidak menentu ketika era Perang Dingin menyebabkan
kerjasama dalam bidang ketenteraan amat diperlukan.
3. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun
Perang Dingin sudah berakhir.
4. Sebaliknya, era Pasca Perang Dingin menyaksikan NATO terus wujud dan kuasa-
kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi
bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai