Pada zama moden ini, pakaian adalah penting kepada seseorang. Hal
ini disebabkan pakaian dapat menunjukkan kedudukan sesoeorang dan cita rasa
seseorang. Jika seseorang memakai pakaian yang kurang sesuai dalam majlis
rasmi, orang lain akan pandang rendah orang itu dan tidak menghormatinya.
Oleh sebab itu, kita harus pandai memilih pakaian dan memakai pakaian yang
sesuai dalam pelbagai majlis supaya tidak tidak berasa dipinggir oleh orang lain.
Kesimpulannya, ceramah ini telah menyebabkan saya lebih
mengetahui tentang protokol dan etika pakaian sendiri. Saya mengetahui cara
memilih pakaian dan memakai pakaian yang sesuai dalam pelbagai jenis majlis
rasmi. Saya berharap ceramah ini akan dianjurkan pada masa yang akan
datang. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak guru pelatih mengetahui
memilih pakaian yang sesuai untuk diri sendiri.
Teng Mee Na
Refleksi
Setelah menghadiri ceramah ini, saya mengetahui pakaian adalah sangat
penting kepada seseorang itu. Hal ini disebabkan pakaian dapat mencerminkan
personaliti dan imej seseorang. Jika seseorang itu memilih pakaian yang kurang
sesuai dengan sendiri, orang lain akan ketawa. Sekiranya saya selalu memakai
pakaian yang kemas dan sesuai , hal ini akan menunjukkan saya mempunyai
disiplin dan dapat dihormati oleh orang lain.
Apabila ceramah dijalankan, Pn. Rojiah juga memberi contoh kepada kami
tentang cara berpakaian yang sesuai. Beliau memanggil beberapa guru pelatih
menaik ke pentas dan menunjukkan kami cara yang betul memakai apabila
menjadi seorang guru. Beliau pula memberi cadangan kepada beberapa guru
pelatih semasa memilih warna pakaian dan lain. Pn. Rojiah memberitahu kami
bahawa perempuan guru pelatih tidak boleh memakai seluar semasa menghadiri
kuliah dan dilarang memakai seluar pendek dan pakaian yang seksi.